Ahad, 31 Januari 2010

HEMPAP 2010 : Pemuda PAS Perak telah bersedia menghadapi pilihan raya

(Ketua Pemuda PAS Tapah, Ust.Shamsul menerima t-shirt daripada Ketua Pemuda PAS Pusat Ust.Nasruddin Hassan)

Bertempat di Madrasah Darul Ta'lim, Selama telah berlangsung program Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) pada hari Ahad, 31 Januari yang lepas.

Antara objektif HEMPAP adalah untuk mengumpulkan seberapa ramai pemuda PAS di seluruh Perak bagi menyampaikan mesej kepada UMNO/BN dan rakyat Perak amnya bahawa PAS telah bersedia menghadapi Pilihan Raya pada bila2 masa sahaja dari sekarang.

Dan Alhamdulillah, sasaran kehadiran melebihi sasaran awal seramai 10 ribu pemuda yang hadir dari seluruh kawasan2 di Perak. Kehadiran berbelas ribu pemuda dengan penuh bersemangat telah menggegarkan Darul Ta'lim dengan pelbagai aktiviti dan program yang padat bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang.


(Datuk Seri Nizar Jamaluddin memberi semangat kepada semua peserta)

DPPK Tapah juga tidak ketinggalan menghantarkan peserta.Oleh kerana tempat program agak asing bagi kami menyebabkan konvoi kami tersesat di beberapa simpang utama.Bukan hanya konvoi kami yang tersilap jalan tapi kelihatan beberapa konvoi dari kawasan2 lain juga termasuk bas dan kereta berpusing2 mencari jalan ke tapak program. Dan akhirnya kami sampai sekitar jam 11.00 pagi setelah lebih 3 jam di atas jalan raya.

Berbagai2 aktiviti dan program termasuk ceramah, persembahan silat, pemeriksaan kesihatan dan derma darah, pendaftaran pilihan raya, pameran motor berkuasa besar, kereta yang telah memenangi beberapa siri perlumbaan rally, khemah pameran dan jualan dan pelbagai lagi.

Antara penceramah yang telah berjaya menaikkan semangat peserta2 yang hadir adalah seperti Datuk Seri Hj.Nizar Jamaluddin, Y.B Mahfuz Omar, Y.B Sallehudin Ayub dan Ketua Pemuda PAS Pusat Ust.Nasarudin Hassan.

Secara keseluruhannya matlamat program telah berjaya di capai. Harapan kini agar jentera pemuda PAS di seluruh Perak dan di Tapah khususnya agar terus menyusun strategi dan memperkemaskan jentera bagi menghadapi pembubaran DUN Perak yang kita percaya akan berlaku sedikit masa lagi.

Tahniah kepada pihak penganjur program dan juga kepada semua Pemuda PAS Tapah yang telah berkorban masa dan tenaga bagi menghadiri program ini. Moga Allah mempermudahkan segala urusan hidup kita insyaallah.

ALLAHUAKBAR!

catatan : lebih banyak gambar2 sekitar program akan di upload pada post akan datang

Selasa, 26 Januari 2010

Makluman Program : HEMPAP 2010

Assalamualaikum w.b.t

Makluman terkini berkenaan Program HEMPAP 2010 bagi semua pemuda DPPK Tapah.

Tarikh :
31/1/10 (Ahad)

Tempat berkumpul :
Masjid Tapah

Masa berkumpul :
7.00 pg - 7.30 pg

Pakaian :
WAJIB BERBAJU HIJAU
(DPPK Tapah ada menyediakan t-shirt yang di tempah khas. Boleh di dapati pada harga RM15 shj pada hari tersebut)

Sila hubungi Sdr.Azmir atau Ketua Pemuda Cawangan masing2 untuk pengesahan kehadiran / maklumat lanjut.

Maklumat terkini (jika ada) akan di maklumkan dari masa ke masa dalam blog ini.Please alert...!!!

Bersama kita jana kekuatan dengan mengumpulkan seberapa banyak Pemuda Tapah yang ada untuk menjayakan program tersebut...

Hebah2kan...

ALLAHUAKBAR!!!

Wassalam.

Isnin, 25 Januari 2010

Bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya : KP DPPK Tapah

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji pujian hanya bagi Tuhan yang menguasai kerajaan langit dan bumi.
Selawat dan salam ke atas Muhammad bin Abdullah, penutup sekalian Nabi.
Salam sejahtera kepada semua pejuang agama Allah. Moga kalian di permudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.

Pertamanya ana ucapkan tahniah di atas kewujudan blog DPPK Tapah. Moga medan ini di jadikan salah satu saluran informasi dan dakwah sesuai dengan motto blog ini iaitu dakwah dan siasah seiring.

Dasawarsa mutakhir ini sering di gambarkan sebagai kurun persepsi. Barangsiapa yang lebih terkehadapan dalam menguasai persepsi maka dia lah yang akan menguasai dunia dan masyarakat khalayak.

Namun di sana Islam telah terlebih dahulu mengingatkan agar kita mengesahkan setiap maklumat danerita yang di terima bimbang ianya bakal menjadi senjata yang bisa menggoncang saf perjuangan pejuang2 agama Allah khususnya di muka bumi Malaysia yang kita cintai ini.

Ingatlah akan satu ingatan tegas yang telah Allah nukilkan dalam Al-Quran yang bermaksud :

"Wahai orang2 yangberiman, jika datang kepada kamu seorang fasik yang membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak di ingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya), sehingga menjadikan kamu menyesali dengan apa yang telah kamu lakukan..."(surah Al-Hujurat : 6)

Sahabat2 yang di rahmati Allah,

Desas desus DUN akan di bubarkan semakin bertiup kencang. Sumber media juga mengesahkan bahawa Mahkamah Persekutuan akan memutuskan keabsahan MB Perak pada 9 Februari 2010. Nah, itukah yang kita nantikan selama ini iaitu pembubaran DUN Perak bagi memberi laluan kepada suara demokrasi memilih siapakah yang layak memegang tanggungjawab untuk pentadbiran Negeri Perak yang kita kasihi ini?

Bagi peringkat DPPN Perak, satu program yang di namakan HEMPAP 2010 akan di jayakan pada hujung minggu ini. Dan DPPK Tapah telah bersedia untuk menyahut cabaran dengan insyaallah menghantar seberapa ramai pemuda2 di seluruh Tapah bagi menghantar satu mesej yang jelas kepada kerajaan Kudeta bahawa kami telah pun bersedia!

Bangkitlah semua...!!! Usah terlena dan terbuai dek kemenangan dalam PR yang lalu tanpa kita membantu gerak kerja jamaah dengan berkorban diri,masa,wang ringgit dan apa sahaja demi melihat Islam kembali di tempat yang sewajibnya ia duduki.

Amatlah malang sekiranya kita sekadar menjadi penonton yang menyorak kemenangan atas usaha orang lain serta ihsan undi protes terhadap UMNO/BN.

Jika kita diibaratkan dalam sebuah permainan bola sepak, kini yang tinggal hanyalah masa kecedaraan atau masa tambahan. Padang sudah senget sebelah, pengadil sudah pasti berat sebelah,bola pula belum pasti bentuk bulatnya...apa daya kita hanyalah berusaha bermati2 matian untuk memenangi hati pengundi. Menang dan kalah kita serahkan kepada kekuasaanNya.

Lakukanlah apa sahaja yang di benarkan syariat dan undang2 negara. Ringankan tangan hulurkan bantuan dari segenap aspek tenaga,masa dan juga material demi kelancaran gerak kerja pilihan raya yang sedang giat di usahakan oleh pasukan MTD N47.

Bagi yang mempunyai halangan dalam menyumbangkan tenaga dan masa, sumbangan kewangan amatlah di harapkan.

Sahabat2 yang di kasihi Allah,

Sesungguhnya sahabat2 akan di tanya di Padang Mahsyar kelak tentang apa yang telah kalian lakukan untuk memenangkan Islam. Maka andainya kemenangan Islam itu tertangguh dek kerana kita maka bersedialah akan alasan yang akan di bawa di depan Rabbul Jalil kelak. Di manakah muka kita akan di sorokkan?

Maha suci Allah. Moga Allah mengampuni kita semua.

ALLAHUAKBAR!!!

Wassalam.

DAKWAH DAN SIASAH SEIRING

Ikhlas daripada,

Ust.Shamsul Anwar b.Hj Busro
Ketua Pemuda
DPPK Tapah
sesi 2009-2011

Ahad, 24 Januari 2010

Makluman Program : Ceramah Umum

Assalamualaikum w.b.t

Satu ceramah umum akan di adakan seperti yang berikut:

CERAMAH SEMPENA SETAHUN RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK

Tarikh :
27/1/10 ( Rabu)
9.00 malam

Tempat :
PASTI Batu 3, Temoh

Penceramah :
YB Drs Khalil Idham Lim Abdullah (ADUN Titi Serong / Ketua Penerangan PAS Perak)
YB Ngeh Koh Ham (ADUN Setiawan / Ahli Parlimen Beruas / Pengerusi DAP Perak)
YB Chang Li Kang (ADUN Teja)

Semua di jemput hadir

MARI DATANG BERAMAI2...
TOLONG SEBAR2KAN...



Hikmah sujud ketika solat : dari aspek kesihatan

Hikmah di sebalik sujud ketika solat

MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.dan menjauhi larangannya.Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia.
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke
tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak,takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mental seseorang.Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.Hanya ketika sujud setiap inci otak manusia akan dapat di aliri darah dengan sempurna.

Wallau'alam

Jumaat, 22 Januari 2010

PENGISIAN USRAH : Nabi Musa berguru dengan Nabi Khidir a.s

(Usrah AJK DPPK Tapah di rumah Saudara Kamil)

Surah Al-Kahfi (ayat 79-82)

Terjemahan maksud ayat :
Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.(78)

Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.(79)

Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.(80)

Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.(81)

Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".(82)

Huraian Dan Tafsiran Ayat.

Ayat-ayat ini adalah kesinambungan dan jawapan dari ayat yang terdahulu berkenaan dengan tindakan pelik Nabi Khidir a.s. Allah Taala menjelaskan satu persatu jawapan terhadap apa yang telah dilakukan oleh Khidir a.s. ketika Nabi Musa a.s. bersamanya.

Dalam ayat 78, Nabi Khidir a.s. menjelaskan kepada Nabi Musa a.s bahawa mereka perlu berpisah kerana Nabi Musa a.s. telah melanggar syarat dan seringkali melakukan kesalahan yang berulang-ulang iaitu sentiasa menegur perbuatan Nabi Khidir a.s. kerana tidak sabar di atas apa yang berlaku.

Perkara yang ditegur itu ialah membocorkan kapal kepunyaan orang miskin, membunuh seorang budak lelaki dan membaiki tembok/dinding rumah yang dimilki oleh 2 orang anak yatim yang hampir roboh.

Dalam ayat 79-82, Allah Taala menjelaskan 3 sebab perbuatan Nabi Khidir a.s.

Tindakan Nabi Khidir a.s. membocorkan perahu orang miskin yang bekerja di laut mencari nafkah hidup - Ini kerana tindakan merosakkan perahu itu untuk menghindarkan perbuatan seorang raja yang zalim yang suka merampas perahu yang elok secara paksa daripada rakyatnya. Walaupun dilihat membocorkan perahu itu zalim pada peringkat awalnya tetapi ianya lebih ringan jika dibandingkan perbuatan dirampas oleh raja yang zalim. Inilah kaedah mengambil pakai mudharat yang lebih kecil dari mudharat yang lebih besar.(irtikaabu akhaffi Dhorarain) Ibn Jarij meriwayatkan dari Syuib al-Jubaie bahawa Nama raja itu ialah Hadad bin Badad dan namanya disebut di dalam taurat dari zuriat al-‘Aisu bin Ishak.

Tindakan Nabi Khidir a.s. membunuh seorang budak lelaki(Ghulam) - Tindakan Khidir a.s. membunuhnya kerana budak itu ditakdirkan akan menjadi kafir apabila dewasa kelak.Oleh kerana untuk menyelamatkan ibubapanya yang beriman supaya tidak berpegaruh dan mengikut jejak anaknya itu maka dia perlu dibunuh. Nabi Khidir a.s. mendapat ilham dari Allah Taala bahawa peristiwa itu pasti berlaku jika tidak membunuh budak itu. Inilah yang disebut kaedah saddu zarai’k (menutup ruang maksiat). Kemudiannya Khidir a.s. mengharapkan Allah Taala mengantikan anak yang lebih baik dari anak yang mati dibunuh tadi kepada kedua ibubapanya.

Tindakan Nabi Khidir a.s. membaiki tembok/dinding yang dimiliki oleh 2 orang anak yatim- Tindakan ini dilakukan oleh Nabi Khidir a.s. kerana untuk menyelamatkan harta anak yatim tersebut yang tersimpan di bawahnya. Harta itu adalah peninggalan bapanya yang telah mati dan bapanya adalah seorang yang soleh. Diriwayatkan bahawa kedua-dua anak yatim tersebut tinggal disebuah kampung bernama Antakiah.

Di akhir ayat 82, Allah Taala menjelaskan bahawa ketiga-tiga tindakan Nabi Khidir a.s.yang menyebabkan nabi Musa a.s. tidak mampu sabar denganya itu bukanlah ijtihad semata-mata tetapi ia merupakan perintah Allah dan ilham serta wahyu dari-Nya.

Pengajaran Ayat.

Ketiga-tiga peristiwa yang disebutkan itu sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Khidir a.s. adalah dari pilihan mengambil mudharat yang paling minimun dari mudharat yang paling maksimun.

Wajib ke atas setiap muslim menghindarkan diri supaya tidak berteduh di bawah dinding yang condong/senget kerana bimbang menimpa diri bahkan hendaklah mempercepatkan diri ketika melalui kawasannya. Berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Apabila kamu melalui ‘tirbal’(tembok/dinding yang tinggi atau batu yang besar dari atas bukit) yang condong maka hendaklah kamu percepatkan langkahmu” Riwayat ini disebut oleh Ibn Athir dalam kitab an-Nihayah.

Keramat para wali thabit nasnya berdasarkan hadis-hadis dan Ayat-ayat yang mutawatir kecuali ianya amat diingkari oleh ahli bidaah yang sesat dan ahli fasiq yang menyeleweng. Antaranya dalil nas al-Quran yang menceritakan kisah Maryam ibu Nabi Isa.a.s. yang mendapat buah-buahan musim sejuk pada musim panas dan mendapat buah-buahan musim panas pada musim sejuk. Ataupun karamahnya ketika mengoncang pokok kurma yang kering boleh menghasil buah sedangkan beliau bukanlah nabi. Begitu juga buktinya kekuatan tangan khidir a.s. yang membocorkan perahu, membunuh budak dan mendirikan tembok. Pandangan ini disandarkan kepada pendapat yang mengatakan Khidir bukanlah nabi tetapi seorang wali.
Hukum Syarak hanya boleh diterima apabila ianya adalah wahyu dan mimpi para Nabi a.s. Dan tidak boleh diterima pakai pendapat yang mengatakan hukum syarak yang baru boleh diterima daripada ilham para wali dan seumpamanya.

Hendaklah seseorang itu bersifat tawadhuk dan tidak bersikap takjub dan sombong dengan ilmu yang dimilikinya. Juga jangan pula cepat membantah dan melenting apabila sesuatu keputusan dibuat selagimana keputusan itu belum diketahui secara mendalam. Contohilah politik bijak Nabi s.a.w. yang menangguhkan tuntutan menjatuhkan hukuman kepada musyrikin yang mempersendakan Islam dan Kitab-Nya. Mereka semua akan menerima azab yang pedih dan akan musnah di dunia dan akhirat. Begitulah juga kisah dalam ayat-ayat yang dibincangkan di sini.


Wallahua'lam



(AJK DPPK Tapah sedang tekun berusrah yang di pimpin oleh Ustaz Hasri selaku Ketua Lujnah Tarbiah)

*kualiti gambar kurang memuaskan.harap maaf

Rabu, 20 Januari 2010

Makluman Program: Usrah AJK DPPK Tapah

Assalamualaikum w.b.t

Adalah di maklumkan aktiviti usrah bagi AJK DPPK Tapah akan di jalankan seperti maklumat yang berikut :

Tarikh : 20/1/2010
Hari : Rabu
Masa : 9.15 malam
Tempat : Rumah Saudara Kamil ( di Mambang di Awan )
Agenda :
1) Tafsir surah Al-Kahfi ayat 60-83
2) Membincangkan program2 terdekat
3) Lain2 hal

Semua AJK di wajibkan untuk menghadiri program usrah tersebut. Sebarang keuzuran harap di maklumkan.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
Pen.Setiausaha 1
DPPK Tapah

Selasa, 19 Januari 2010

Gerak kerja MTD N 47 Air Kuning di lancarkan




Pada 18 Januari 2010 bertempat di Markaz PAS Cawangan Batu Masjid, gerak kerja MTD N 47 telah di lancarkan oleh Pengarah MTD Tuan Hj.Yusof Nor. Program ziarah MTD ke setiap cawangan di mulakan dengan melawat Cawangan PAS Batu Masjid dan di ikuti oleh setiap cawangan2 di seluruh DUN Air Kuning khususnya dan Parlimen Tapah amnya pada tarikh2 yang telah di tetapkan.



Antara agenda yang di bincangkan adalah persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri yang di jangka akan di adakan pada bila2 masa dari sekarang. Pengarah MTD memberikan taklimat gerak kerja pilihan raya di samping motivasi bagi menyuntik semangat kepada semua petugas2 pilihanraya agar jgn leka dan terus membuat persiapan UPU dari segenap segi termasuk peralatan, kewangan,bilik gerakan dan semakan daftar pemilih.

Selain itu beliau juga mengingatkan petugas dan ahli agar mempersiapkan diri dari aspek kerohanian dengan menitik beratkan solat berjamaah,solat tahajud dan solat dhuha di samping amalan2 sunat yang lain.

PAS kini bertanding dalam pilihanraya bukan sekadar untuk menang tetapi bersiap sedia bagi mengambil alih kerajaan negeri dan persekutuan kelak insyaallah.Oleh yang demikian paradigma setiap ahli dan petugas perlu di anjak dan di jana bagi satu hadaf dan matlamat tanpa melupakan visi yang utama bagi meletakkan nama Allah dan Islam di tempatnya.


Program ziarah MTD ke setiap UPU akan di teruskan dan cawangan berikutnya adalah cawangan PAS Kg.Hj Salleh, Temoh jumaat ini dan di harapkan semuanya bersiap sedia.

Isnin, 18 Januari 2010

Program ziarah DDPN Perak ke DPPK Tapah

(sebahagian AJK DPPK Tapah bergambar dengan wakil DDPN Perak)
Alhamdulillah, pada 17 Januari 2010 bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat PAS Tapah ziarah DPPN Perak ke DPPK Tapah telah berlangsung dengan jayanya.Wakil DPPN Perak di ketuai oleh Saudara Salman Saleh selaku Naib Ketua DPPN Perak, Saudara Safarizal Saleh selaku Pen.Setiausaha 2 dan Saudara Hafez Sabri sebagai Ketua Jabatan Pembangunan Mahasiswa.Kesemua Dewan Harian DPPK Tapah hadir meraikan rombongan tersebut di samping AJK dah ahli pemuda cawangan dan kawasan.


Objektif program adalah sebagai satu sesi dialog antara DDPK dan wakil DPPN bagi membincangakan beberapa perkara yang berkaitan.Antaranya ialah berkaitan laporan perjalanan pengurusan organisasi,perancangan bagi tahun 2010 dan program terdekat iaitu HEMPAP 2010.


(makanan dan minuman di sediakan oleh Saudara Bajeri Ismail yang juga merupakan pengurus syarikat katering yang sedang berkembang maju.Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau sila hubungi beliau di talian 016-5008358)



(antara makanan dan minuman yang sediakan...semuanya enak2 belaka...)

Secara keseluruhannya wakil DPPN Perak memberikan motivasi agar DPPK Tapah terus menggiatkan aktiviti untuk mendekatkan masyarakat bersama PAS.Gunakan setiap peluang yang ada bagi menyampaikan mesej Islam kepada semua tanpa mengira kaum dan agama. Di samping itu terus bersiap sedia menghadapi pembubaran DUN Perak yang di jangka akan berlaku sedikit masa lagi. Aktiviti bagi mendaftarkan pengundi dan ahli baru wajib terus di giatkan pada setiap masa.


Saudara Salman Saleh juga berkesempatan untuk merasmikan blog DPPK Tapah yang telah di lancarkan secara tak rasmi pada 13 Januari 2010 yang lepas. Beliau berharap agar blog ini dapat berfungsi dan bermanfaat seperti yang


(Saudara Salman Salleh bersama Ketua dan Timb.Ketua DPPK Tapah merasmikan blog DPPK Tapah)



(Sesi dialog sedang berlangsung)


DPPK Tapah merakamkan setinggi penghargaan kepada semua yang hadir terutamanya wakil DPPN Perak dan di harapkan program sebegini akan dapat di jalankan di masa akan datang.

Program bermula sekitar 3.30 ptg dan berakhir sekitar jam 5.30 petang.

Khamis, 14 Januari 2010




HIMPUNAN PEMUDA PAS PERAK

(HEMPAP) 2010


Semua ahli DPPK Tapah di wajibkan menyertai program HEMPAP 2010 seperti yang di nyatakan pada banner di atas.Mohon kerjasama semua untuk memperuntukkan masa kalian bagi sama2 menjayakan program ini.

Maklumat2 terkini akan di kemaskini dari masa ke masa melalui blog dan minta semua ahli pemuda 'alert'...


MOH KITA GEGARKAN UMNO/BN...!!!

Rabu, 13 Januari 2010

BLOG DPPK Tapah dilancarkan...ALLAHUAKBAR!!!

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...bersyukur kepada Allah taala kerana dengan izinNya maka DPPK Tapah melangkah setapak lagi kehadapan dengan melancarkan blog sendiri. Blog ini akan sentiasa mengemaskini segala perjalanan aktiviti khasnya yang melibatkan DPPK Tapah dan DPPN Perak amnya.Namun tidak dilupakan juga aktiviti PAS Kawasan Tapah serta sayap2 yang bernaung di bawahnya...insyaallah...

Pertamanya ana ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada sahabat ana Al-Akh Nazri bin Abdullah (sahabat Pemuda dari Perlis) kerana tanpa ragu membantu ana menyiapkan blog ini.Terima kasih syeikh...banyak tips dan panduan yang berguna telah membantu dalam memulakan blog ini.Terima kasih,moga Allah permudahkan segala urusanmu...

Keduanya terima kasih buat semua saf Dewan Harian Pemuda yang MENGARAHKAN ana untuk menyiakan blog ini secepat mungkin.Maka dengan penuh keinsafan ana sedaya upaya menyiapkan blog ini dalam masa yang agak singkat...kekurangan dan kelemahan harap di maafi...

Seterusnya buat semua sahabat DPPK Tapah...Blog DPPK Tapah telah di lancarkan secara tak rasmi.Mohon sokongan antum semua tak kira sumbangan maklumat,informasi juga kritikan untuk menambahbaik blog ini semasa ke semasa.Kalau nak iklan sebarang bentuk perniagaan pun di galakkan.Buat masa ini percuma sehingga di beritahu kelak...

Tak lupa buat zaujah tersayang...banyak masa bersama keluarga telah 'dicuri' dan akan sentiasa 'dicuri' demi gerak kerja Islam...terima kasih kerana sgt2 memahami...

Akhir kalam...di harapkan senarai AJK baru yang di rombak akan terus proaktif dalam merencanakan segala gerak kerja Islam dan politik demi melihat Islam kembali berdaulat di bumi Malaysia ini kelak insyaallah...selaras dengan motto blog kita...dakwah dan siasah seiring...

Maka dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim secara tak rasminya ana selaku yang di amanahkan...melancarkan blog DPPK Tapah pada 13 Januari 2010.

FASTAQIM KAMA UMIRT
Dakwah dan Siasah seiring...
Yang benar,
Azuan b.Ali Aziz
Pen.Setiausaha 1
DPPK Tapah

AJK DPPK Tapah 2010-2011 (rev.1)

AJK DPPK TAPAH SESI 2010-2011 (berkuatkuasa 1/1/2010)



Ketua Pemuda
Ust.Shamsul Anwar b.Hj Busro
(Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan)


Timbalan Ketua Pemuda
Abdullah Hafiz b.Hj Ramli
(Ketua Lujnah Politik dan Pilihanraya)


Naib Ketua
Ust.Mohd Nizam b.Daud


Setiausaha
Azmir b.Bakri


Pen.Setiausaha 1
Azuan b.Ali Aziz


Pen.Setiausaha 2
Ali b.Jaafar


Pen.Setiausaha 3
Afzainizam b.Mokhtar


Bendahari
Hj.R.Azmi b.Shaari
(Ketua Lujnah Ekonomi)


AJK
Bajeri b.Ismail
(Pengarah Pilihanraya Pemuda)


AJK
Ust.Hasri b.Kamaldin
(Ketua Lujnah Tarbiah dan Kepimpinan)


AJK
Ahmad Mazlan b.Ahmad Pasro
(Penyelaras Unit Amal)


AJK
Effendi b.Harun
(Ketua Lujnah Penerangan dan Dakwah)


AJK
Mohd Kamil b.Mahfuz
Bold(Ketua Lujnah IT)


AJK
Ust.Khalid b.Azman
(Ketua Lujnah Pembangunan Remaja)


AJK
Dahari b.Daud
(Ketua Lujnah Sukan dan Kebudayaan)


AJK
Azmi b.Ahmad Shaari
(Ketua Lujnah Perpaduan Nasional)


AJK
Ust.Khairul b.Mohd Ali

Ust.Muhd Zaid b.Abd Talib

Hj.Mohd Safuan b.Abd Hamid

Razali b.Abdul Aziz

Shamsul Anwar b.Nordin


Rombakan AJK di putuskan dalam mesyuarat harian DPPK Tapah bagi memantapkan lagi organisasi dan gerak kerja.Mohon Allah permudahkan segala gerak kerja yang di rancang.

SELAMAT MENJALANKAN AMANAH BUAT SEMUA AJK...

ALLAHUAKBAR!!!