Ahad, 28 Februari 2010

Contoh ikutan bagaimana buat perarakan Maulidur Rasul


Setiap minggu mesti ada satu perkara yang akan di kecohkan oleh UMNO/BN. Tapi parti komponen BN takde rasanya yang sekecoh UMNO.Meracau2 tak tentu pasal,membebel tak ketahuan hala,berhujah dan bercakap mengikut nafsu dan akal malah jauh dari panduan Islam.

Bila di tegur macam2 pulak di katanya...macam2 di marahnya...
Bila di beri hujah Al-Quran dan As-Sunnah...di sebutnya pula kita tafsir Islam ikut suka hati...

Minggu lepas heboh seheboh2nya...meracau2,melutut2,merayu2,menagis2 sbb katanya kerajaan PR Penang yang di ketuai oleh Lim Guan Eng tak nak buat Perarakan Maulidur Rasul.

Maka berdemonstrasilah mereka2 yang di beri upah berupa wang ringgit Malaysia sekeping dua, sehelai t-shirt, sehelai kain lilit kepala, dan sedikit upah makan minum serta pengangkutan berhawa dingin di sediakan oleh penganjur. Gegak gempita lah mereka menyatakan bahawa hanyalah mereka yang cintakan nabi saw.Hanyalah mereka yang ingin kembalikan sunnah nabi saw.

Kononnya mereka sahajalah yang cintakan Nabi saw. Tuduh PAS mendiamkan diri menyokong segala macam yang di lakukan oleh rakan2 PR walaupun 'kununnya' dengan tiada membuat perarakan sambut hari lahir nabi saw maka PAS tidak sayangkan nabi saw.

Namun umum tahu bahawa lakonan mereka penuh dengan sumbang mambang.
Tak perlu nak bagitau apa yang UMNO buat.
Tak perlu nak bagitau apa yang UMNO ajar.
Tak payah nak cerita apa yang UMNO rosakkan Islam.
Tak payah nak sembang apa yang UMNO jahanamkan sunnah nabi saw.
Yang penting berarak untuk tunjuk cinta nabi saw mesti jalan.
Tengok sahajalah gambar kat atas tu...itu lah contoh ikutan dan ajaran UMNO akan bagaimana nak tunjuk sayang pada nabi saw. Nak ikut cara tu ker? sorry naik lorry...
oleh : Wirawan Islam

Jumaat, 26 Februari 2010

Dia Kekasih Allah...

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." (QS. al-Azhab: 56)


Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

(Hijaz-Putera Aiman/Ito Lara)

DPPK Tapah mengucapkan salam maulidurrasul kepada semua umat Islam. Bersama2lah kita menghayati suri teladan dan sunnah yang telah di bawa oleh baginda nabi saw agar kita menjadi insan yang cemerlang di dunia mahupun di akhirat...insyaallah.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Khamis, 25 Februari 2010

'Anak bilis' minum arak kena sebat...'bapak jerung' tokey arak apa cerita..??

(pertunjukan bunga api di sebalik botol arak gergasi milik San Miguel Corp.)

KUALA LUMPUR, Sept 10 — Mirzan Mahathir, the eldest son of Tun Dr Mahathir Mohamad was recently appointed to the board of San Miguel Corp, the biggest food and beverage conglomerate in the Philippines and the owner of San Miguel Brewery Inc.
San Miguel Corp told the Philippines stock exchange last week about Mirzan’s appointment which is to represent the interests of Q-Tech Alliance Holdings Inc on the board.


Q-Tech, a Manila-based investment company in which Mirzan has a stake in, recently acquired a 19.9 per cent share in San Miguel Corp for 39.61 billion pesos (RM2.9 billion).

It bought the stake from Japan ’s Kirin Holdings, which used the funds to help finance the acquisition of a 43 per cent stake in San Miguel Brewery Inc.

With this latest corporate exercise, San Miguel Corp still maintains a 51 per cent stake in San Miguel Brewery Inc.

San Miguel Brewery controls 95 per cent of the Philippine beer market. The company has made San Miguel Beer for more than a century. The beer is brewed in the Philippines , China , Indonesia , Vietnam , Thailand and Malaysia , and is sold in 60 markets worldwide, according to the company’s Web site.

San Miguel Corp has been selling its food and beverage assets since 2007 to expand into the mining, infrastructure and property industries.

Mirzan’s involvement in the deal, while a sound investment decision, has raised some eyebrows among Malaysia ’s conservative Muslim community.

Since news of Q-Tech’s acquisition of San Miguel Corp shares began circulating here, a number of news blogs have used it to attack Dr Mahathir’s Muslim credentials.

Mirzan’s corporate forays have not been without controversy.

He once controlled Ko nsortium Perkapalan Bhd when Dr Mahathir was prime minister, but was forced to sell its shipping assets to Malaysia International Shipping Corporation (MISC), in what critics said then was a bailout.

Ringkasan berita :

1) Mirzan Mahathir anak Dr.Mahathir jadi tokey Syarikat Arak terbesar di Filipina.

2) Dia pegang saham sebanyak 19.9% yang bernilai RM2.9 billion...di ulang RM2.9 billion...

3) Syarikat arak San Miguel ini menguasai pasaran arak sebanyak 95% di seluruh Filipina dan juga di pasarkan di hampir 60 buah negara di seluruh dunia.

4) Kecoh satu Malaya bila seorang model sambilan minta di sebat kerana insaf dengan kesalahan minum arak...

5) Yang minum arak di sebat...yang jadi tokey arak pulak apa cerita...???

Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-
1) Pembuatnya,
2) Pengedarnya,
3) Peminumnya,
4) Pembawanya,
5) Pengirimnya,
6) Penuangnya,
7) Penjualnya,
8) Pemakan wang hasilnya,
9) Pembayarnya
10) dan juga pemesannya.”

(Hadis Riwayat Imam Tirmidzi) *Kitab Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan, bab 30 hadis no. 3380.

Rabu, 24 Februari 2010

Makluman Program : Ceramah Umum

Ceramah Umum isu-isu semasa
Penceramah :
YB Khalil Idham Lim (ADUN Titi Serong)
En.Abd.Rahim Nordin (YDP PAS Kawasan Tapah)
Tarikh :
25/2/2010 (Khamis)
Masa :
9.00 malam
Tempat :
Markaz PAS Sg.Keroh
Anjuran :
PAS Kawasan Tapah
Semua di jemput hadir.

Hukuman sebat di penjara Kajang : Apa kata Dr.Asri

Beberapa pihak telah mengulas tentang hukuman sebat yang dikenakan oleh pihak berkuasa agama ke atas beberapa orang wanita muslimah. Saya ditanya berulang kali tentang hal ini. Berikut adalah beberapa perkara penting yang ingin saya sentuh;

1. Sebatan hukuman syariah dalam kes-kes maksiat peribadi (zina dan meminum arak) adalah sebatan yang tidak mencederakan. Ini hendaklah dibuat dalam keadaan yang tidak bertujuan memberikan kesakitan yang melampau, sebaliknya sekadar pengajaran. Bahkan dalam hadis, ada yang hanya dipukul dengan kain atau tangan sahaja.

Ini amat berbeza dengan sebatan yang biasa diamalkan bawah mahkamah sivil. Jika sebatan yang dilaksanakan itu –inilah juga yang dimaklumkan oleh pihak berkenaan- tidak mencederakan, atau menimbulkan kesakitan yang melampau, maka ia sesuatu yang mempunyai unsur-unsur islamik, dan itu lebih baik dari memenjarakan mereka berbulan atau bertahun yang lebih memberikan penderitaan kepada mereka. Membantah perlaksanaan hukuman tersebut adalah tidak wajar.

2. Persoalan yang patut juga diambil berat; bagaimanakah proses yang membawa mereka didakwa dan seterusnya dihukum? Jika kesalahan itu mereka lakukan di tempat terbuka, atau didedahkan kepada orang lain seperti di pusat-pusat hiburan, aktiviti pelacuran yang mencari pelanggan dan seumpamanya, maka mereka layak untuk dihukum. Namun, jika mereka itu ditangkap setelah pihak berkuasa agama mengintip dan menceroboh masuk ke kawasan persendirian yang tertutup, maka proses situ bercanggah dengan nas-nas Islam.

Hal ini telah disebut oleh ramai sarjana sejak dahulu seperti al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H), begitu juga Sayyid Qutb, Dr al-Qaradawi dan ramai yang lain. Para sarjana menyebut bahawa antara syarat Amar Makruf dan Nahy Munkar: An yakuna al-Munkar Zahiran min ghair tajassus (Hendaklah munkar itu zahir kelihatan tanpa intipan).

Bagi yang memahami bahasa Arab mereka boleh membaca bagaimana hampir semua tulisan berkaitan Amar Makruf dan Nahy Munkar yang ditulis oleh berbagai penulis meletakkan syarat tersebut. Sila lihat dalam internet begitu banyak artikel berbagai sarjana di peringkat antarabangsa yang mengingatkan tentang syarat ini. Hanya mereka yang primitive sahaja yang mengintip maksiat peribadi orang lain.

Saya telah tulis beberapa artikel tentang hal ini. antaranya artikel Bila Yang Nyata Dibiar, Yang Tersembunyi Dicari. Maka jika wanita-wanita tersebut dicemari hak mereka secara intipan lalu dihukum, maka itu menyanggahi ruh islami. Namun, jika mereka melibatkan diri dalam maksiat terbuka seperti di pusat-pusat hiburan, pentas-pentas lakunan dan seumpamanya, mereka layak dihukum.

3. Hukuman bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu kelihatan adil (not only be fair but seen to be fair). Masyarakat akan memandang serong kepada setiap hukuman yang hanya menghukum anak bilis dan membiarkan jerung. Maka, bukan sahaja peminum arak patut dihukum, tetapi taukeh-taukeh atau mereka yang terlibat dalam pengedaran arak dalam kalangan umat Islam patut di bawa ke pengadilan.

Ini termasuk mana-mana individu muslim yang memegang saham-saham arak dalam negara ini. Empunya pusat-pusat hiburan yang menggalakkan aktiviti tidak bermoral ini mestilah dibawa ke pengadilan. Maka pihak berkuasa agama hendaklah jujur dengan rakyat, dan berani membawa empunya, atau pemegang-pemegang saham arak dan judi yang membabit individu muslim sekalipun ‘kelompok yang dianggap kebal’ dalam negara ini.

4. Kecenderungan Islam bukanlah menghukum, tetapi mendidik. Jika terdapat jalan keluar agar mereka tidak dihukum disebabkan maksiat peribadi (zina dan arak), maka itulah yang paling utama. Nabi s.a.w dalam berbagai riwayat menunjuk cuba mengelak dari mengambil kes-kes zina dan memberikan berbagai alasan agar pelakunya tidak dihukum. Kes Maiz bin Malik dan berbagai yang lain menunjukkan baginda Nabi s.a.w tidak mahu kes-kes ini diteruskan ke peringkat hukuman, sebaliknya baginda mementing taubat individu berkenaan.

5. Banyak rakaman-rakaman yang tersiar dalam internet yang menunjukkan bagaimana operasi ‘tangkap khalwat’ begitu kejam dan sengaja mendedahkan keaiban mangsa. Ini seperti diambil gambar mangsa dalam keadaan bogel, disuruh mangsa mempamirkan pakaian dalamnya kepada kamera dan seumpamanya. Pegawai-pegawai yang terbabit dalam operasi yang seperti ini hendaklah diambil tindakan kerana mencemarkan maruah agama yang mulia ini dan maruah orang lain.

6. Hendaklah dielakkan gambaran bahawa negara ini kerap menghukum wanita. Apakah mereka melakukan kesalahan bersendirian? Amat membimbangkan, imej Islam yang sering dikaitkan media Barat dengan Malaysia akan menyebabkan mereka menyangka ini merupakan cara Islam yang selalu menghukum wanita, dan tidak pula menonjolkan hukuman terhadap lelaki yang terbabit. Maka, hukuman terhadap lelaki-lelaki yang terbabit juga hendaklah diumumkan dengan jelas dan media diminta menyiarkannya bersama.

7. Beberapa NGOs yang cuba mengkritik perlaksanaan hukuman ini hendaklah berhati-hati. Jika mereka muslim, mereka hendaklah memastikan dalam diri mereka; apakah mereka membantah hukuman Islam yang asal, atau perlaksanaan semasa? Jika mereka membantah hukuman asal, maka itu memberi implikasi akidah mereka. Jika mereka membantah perlaksanaan semasa, mereka hendaklah tumpukan kepada proses perlaksanaan semasa sahaja, jangan dipertikaikan hukuman Islam asal yang adil yang ada dalam al-Quran dan al-Sunnah. Begitu juga bukan muslim, jangan mereka mempertikaikan al-Quran dan Nabi orang Islam, itu boleh menimbulkan ketegangan dan huru-hara dalam negara yang harmoni ini.

8. Usaha menerapkan unsur-unsur Islam dalam negara ini merupakan satu usaha baik dan disanjung. Namun, dalam konteks negara moden, proses ini hendaklah dibuat dengan teliti dan berhati-hati. Negara beragama adalah tuntutan, tetapi negara autocratic agama amat menakutkan. Beberapa pengalaman Pakistan dan Afghanistan yang lepas patut diteliti. Maka, badan pemantau kepada perkembangan ini yang terdiri dari cendiakawan-cendiakawan muslim yang terbuka dan tidak sifat orthodoxy perlu diwujudkan untuk memberi pandangan balas kepada kerajaan.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin,Penang,
22 Feb 2010

Selasa, 23 Februari 2010

Koleksi barangan peribadi Rasulullah saw - part 1

Marilah kita sama2 menghayati koleksi gambar2 barangan peribadi Rasulullah dan yang berkaitan dengan hidup baginda. Sesungguhnya kami amat merinduimu ya habibullah...


(makam junjungan mulia nabi saw)


(topi perang baginda saw)




(koleksi pedang2 baginda saw)


(sandal / selipar baginda saw)


(gigi dan rambut baginda saw yg mulia)



(busur panah baginda saw)

Selawat dan salam kepada junjungan mulia nabi muhammad saw dan ahli keluarga baginda
saw. Syafaatmu kami dambakan...

Isnin, 22 Februari 2010

Al-kisah...tersebutlah kisah...

AL-KISAH PERARAKAN MAULIDUR RASUL
Dikisahkan bahawa terdapat seorang pemimpin bukan Islam dan Melayu yang memerintah di sebuah negeri Pulau Kelapa yang majoriti rakyatnya bukan Islam yang bernama LU GUA ONG yang juga meminati ciri-ciri kepimpinan Khalifa Umar Abdul Aziz.
Ditakdirkan beliau dikhianati oleh Pegawai Negeri beliau sendiri yang memaklumkan bahawa Perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini dibatalkan bagi negeri Pulau Kelapa.
Maka berlakulah gegak gempita di Negeri Pulau Kelapa membantah perkara tersebut yang diketuai oleh bekas Pembesar yang memerintah sebelum ini yang juga dikenali sebagai Pembesar Barisan Nyonglap (songlap).
Mereka menonjolkan seorang hero seorang India Muslim yang mengaku dirinya Melayu iaitu Mamak Merican (anak penjual pasembor) yang begitu marah atas pembatalan Perarakan tersebut dan menjajanya ke seluruh negeri hatta seluruh Negara.
Pembesar LU GUA ONG menafikan beliau mengeluarkan arahan pembatalan perarakan tersebut memandang tahun sebelumnya beliau turut menyertai perarakan tersebut dan merupakan satu-satunya pembesar bukan Islam yang menyertai perarakan dalam sejarah Pulau Kelapa. Malah beliau menjemput mereka yang memfitnah beliau.
Para Ulama dan alim di Pulau Kelapa amat musykil ke atas perkara ini, kerana hasil rujukan kitab-kitab lama dan baru, tiada akan perarakan Maulidur Rasul pernah diadakan oleh Rasullulah SAW, Khalifah Ar –Rassyidin begitu juga dengan Imam 4 Mahzab Hanafi, Hambali, Syafie dan Maliki.
Jadi tiadalah masalah sekiranya dibatalkan Perarakan Maulidur Rasul jika ianya bagi menjimatkan perbelanjaan Negara memandangkan ekonomi merosot, juga bagi mengelakkan percampuran lelaki dan perempuan dan juga kebanyakan yang hadir perarakan tidak menutup aurat dan tidak solat.
Selain itu ianya juga bertujuan bagi mengelakkan ianya dipolitikkan oleh Pembesar Barisan Nyonglap.Amatlah musykil juga sekalian ulama tindak tanduk Pembesar Barisan Nyonglap yang begitu beriya-riya untuk mengadakan Perarakan Maulidur Rasul sedangkan pada masa yang sama Pembesar mereka Bung Mangkok Raden yang menikahi primadona bangsawan turut berhibur di Pusat Riadah Malam sehingga pagi dengan tidak menutup aurat dan bergaul dengan bukan muhrim.
Begitu juga dengan Pembesar Mamak Merican yang berkahwin jua dengan Primadona Bangsawan yang bernama Seeripah Marlinda Ayamor yang tidak menutup auratnya juga sedangkan itu adalah tuntutan agama dan perlu dipatuhi.
Lagilah musykil sekalian rakyat kenapa Syariat Islam yang lebih utama dan penting tidak mahu ditegakkan oleh Pembesar Barisan Nyonglap melainkan meniup api kemarahan mengenai Perarakan Maulidur Rasul yang tidak wajib.Wallahu ‘Alam
oleh : ZORRO (AL-AZMY)

Sabtu, 20 Februari 2010

Tamrin Qiadi DPPN Perak di Tg.Malim

DPPK Tapah mengucapkan selamat ber'tamrin' kepada semua peserta yang terlibat.
Moga Allah memberkati program ini dan permudahkan perjalanannya...
ALLAHUAKBAR!!!

Khamis, 18 Februari 2010

Sambutan Maulidur Rasul : Apa kata ulama'?

SEJARAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain (r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.

Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.

Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.

Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.

Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini. Beliau menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meniggal dunia pada 633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada 683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada 670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meniggal di Sebata pada 670.

Oleh kerana amalan bid’ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama’ telah berbeza pendapat akan kebolehan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi. Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu(pada zamannya).

HUKUM MAULID

Seperti yang telah diketahui, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Para ulama’ berbeza pendapat akan kebolehan perayaan ini. Kita sebagai masyarakat awam tersepit antara dua pendapat. Yang mana perlu kita turuti. Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama’-ulama’ yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi akan kewibawaan mereka. Di dalam artikel ini, akan dilampirkan kedua-dua belah hujah setakat mana yang mampu dikumpulkan. Melalui cara ini, kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat. Dan insya Allah, kita akan berada di jalan yang benar.

HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL

Antara ulama’ yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan.

Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti:
"Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".

Dan berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan:
”Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat.”

Berkata pula Syeikh Atiah Saqr:
”Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bid’ah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat jika sesuatu acara tidak dilansungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat.”

Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini. Beliau berkata(ringkasan):
”Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa’ad Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertiman keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini.

Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid'ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid’ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam.”

Berikut adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid ini:

1) Allah berfirman:
”Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung.” – Al-Araf: 157

Keterangan:
Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah:
”Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah.” – Ibrahim: Ayat 5

Keterangan:
Al-Baihaqi di dalam ”Syakbu al-Iman” daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan ”hari-hari Allah” ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menjelaskan lagi dengan katanya ”kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar.”

3) Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.”Maka Nabi berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu.” [Riwayat Bukhari dan Muslim.]

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum:

- Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, mi’raj dan lain-lain.
- Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

4) Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.”

Keterangan:
Rasul saw menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda saw yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

HUJAH MENENTANG MAULIDUR RASUL

Berikut antara pendapat yang menentang bersertakan hujah mereka:

1) Nabi Muhammad saw tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Nabi saw telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang kristian memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari:

Baginda bersabda, “Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kristian memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, hamba Allah dan pesuruh-Nya.” (Au kama Qal)

Apa yang telah disuruh Rasulullah saw hanyalah menyuruh umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat yang mana berbeza dengan perayaan. Bertepatanlah dengan hadis di bawah:

Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: “Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.”

“Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat “. [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]

2) Para sahabat Rasulullah dan juga umat Rasulullah saw pada 3 abad kemudian tidak pernah merayakannya walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah saw lebih dari umat terkemudian.

Hadis Imran bin Husain r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: ”Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka.” Imran berkata: Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah s.a.w menyebut selepas kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksian tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan sukakan kemewahan. Perayaan Maulid Nabi datang beberapa abad kemudian yang mana ciri-ciri Agama Islam yang sebenar sudah hilang dan bid’ah berleluasa.

3) Allah berfirman di dalam Al-Quran:
Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu,Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "
Katakanlah, "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir". (QS. 3:31-32)

Ayat di atas menerangkan cara menunjukkan kasih sayang yang sebenar yang patut dilakukan kepada Rasulullah saw. Ayat yang pertama di atas menjelaskan bahawa cinta itu hanyalah pengakuan, tetapi buktinya ialah menuruti apa yang Rasulullah saw bawakan. Manakla ayat kedua menekankan kepentingan dalam menuruti kehendak Allah dan Rasul Nya. Allah menyudahi ayat di atas dengan ancaman yang keras bahawa sesiapa yang tidak mahu mentaati adalah kafir dan Allah tidak mencintai orang kafir.

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu.” (QS. 5:3)

”Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. 33:21)

4) Kata-kata sahabat Rasulullah saw:
Huzaifah Ibnu Al-Yamaan ra berkata: "Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya"

Dan berkata Ibnu Mas'ud :"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"
Allahu 'alam

( Dipetik dari laman web Suara Ulama' Persatuan Ulama' Malaysia )

PENGISIAN USRAH - Tinggalkan perkara yang tidak berfaedah


HADIS 12 -(Himpunan Hadith 40 Imam Nawawi)

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم :
(( مِنْ حُسْنِ
إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْآُهُ مَا لاَ یَعْنِيْهِ))
حدیث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا.
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.

Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.

Pokok Perbincangan Hadis :
1) Antara tanda Sempurna Islam sesaorang :
a-Menjaga lidah dari perkataan yang sia-sia
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).(Qaaf : 18)

2) Langkah bagi meninggalkan perkara yang tidak berkait:
-tidak mengikut hawa dan runtunan nafsu.
-silap faham hadis menyebabkan setengah orang banyak meninggalkan perkara yang wajib dan juga sunat disangkanya perkara yang tak berkait dengannya.

Pengajaran hadis:
Seseorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkara yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.

Antara perkara yang tidak berguna ialah bercakap kosong, berhiburan yang melalaikan, duduk-duduk di jalan, bertandang ke rumah orang tanpa niat ziarah atau tanpa ada kepentingan, suka mengambil tahu perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah pembangunan umat.

Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.
Di antara salah satu ajaran Islam kepada penganutnya dalam menjaga keharmonian hidup bermasyarakat ialah menjaga lidah daripada menyakiti orang lain terutama terhadap saudara sesama Islam.
Bahaya lidah yang tidak bertanggungjawab boleh menggugat keharmonian hidup bernegara, bermasyarakat dan berkeluarga. Berapa banyak penganiayaan, kezaliman, keruntuhan rumahtangga dan permusuhan dan akhirnya pembunuhan berlaku hanya disebabkan oleh lidah?
Maka tidak hairanlah, di dalam agama Islam, seorang yang tidak menjaga lidahnya iaitu berkata-kata tanpa memikirkan akibat buruk dari kata-katanya boleh menjerumuskannya masuk ke neraka seperti kata-kata yang membawa kufur.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu bahawasanya dia mendengar Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya : "Sesungguhnya adakalanya seorang hamba (Allah) yang bercakap satu ucapan yang menyebabkan dia terjerumus ke dalam api neraka yang dalamnya lebih jauh dari jarak di antara timur dan barat."
(Hadits riwayat Muslim)
Manakala di dunia pula hukum syara' telah menetapkan bahawa disebabkan oleh lidah seseorang itu boleh dijatuhi hukuman sebat sebanyak lapan puluh kali akibat kata-kata yang dikeluarkannya seperti menuduh seseorang berzina tanpa membawakan empat orang saksi.
Firman Allah Ta'ala dalam surah An-Nur ayat 4 yang tafsirnya:
"Dan orang-orang yang melimparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka itu lapan puluh kali sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya, kerana mereka adalah orang-orang fasik."
Oleh kerana itu, syara' menegaskan bahawa berita-berita yang dibawa oleh lidah-lidah yang fasik, hendaklah dipastikan dahulu kesahihan dan kebenarannya, kerana mempercayai berita-berita yang tidak dipastikan kesahihannya itu boleh mengakibatkan kezaliman dan penyesalan.
Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
Memang tidak dapat dinafikan bahawa untuk memelihara lidah dari mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah dan yang dilarang oleh syara' adalah suatu perkara yang bukan mudah. Kadang-kadang secara tidak langsung dan tanpa disedari dalam percakapan seharian kita, terkandung kata-kata yang dilarang oleh syara'.
Oleh kerana itu sebagai jalan selamat, syara' sejak dari mula lagi menganjurkan kepada kita agar tidak terlalu banyak bercakap kecuali percakapan yang jelas ada manfaatnya. Bahkan apabila berdiam diri itu sama saja manfaatnya dengan manfaat menuturkan percakapan, maka dalam kedudukan begini, adalah disunatkan bagi seseorang itu untuk diam sahaja.
Sebab kadang-kadang apabila percakapan yang harus itu tidak dapat dikawal, ia boleh membawa kepada yang haram dan dilarang oleh syara'. Pada kebiasaannya kata-kata yang haram itu bermula dengan cara yang sedemikian.
Maka justeru itu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhialallahu 'anhu yang maksudnya:
"Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia (bila berkata-kata) berkata yang baik atau diam sahaja."
(Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)
Ajaran Islam menghendaki hubungan sesama manusia terutama saudara Islam itu terselamat daripada segala penganiyaan sama ada berbentuk perbuatan atau perkataan. Orang Islam yang lebih utama ialah mereka yang memegang prinsip sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Musa Al-Asy'ari Radhiallahu 'anhu berkata yang maksudnya:
"Wahai Rasulullah! Orang muslimin yang bagaimanakah yang paling afdhal (utama)?" Nabi bersabda: "Orang yang orang-orang Islam yang lain selamat dari lidah dan tangannya."
(Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah hadits lain pula diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
"Daripada keelokan Islam seseorang itu ialah meninggalkan apa saja yang tidak berguna."
(Hadits riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Hadits ini menurut kebanyakan huraian ulama lebih banyak memperkatakan hal-hal yang bersangkutan dengan percakapan, sekalipun pengertiannya lebih umum. Ini disebabkan akibat buruk yang ditimbulkan oleh lidah atau perkataan amatlah besar bencananya.
Oleh itu pengertian 'meninggalkan yang tiada berguna' adalah diutamakan di dalam perkara meninggalkan percakapan yang sia-sia atau yang tidak berfaedah atau meninggalkan percakapan yang boleh menyebabkan terjadinya fitnah dan permusuhan.
Dari pandangan syarak, dalam kebanyakan percakapan atau perbualan manusia itu tidak ada yang lebih baik daripada percakapan atau perbualan yang membawa kepada mengingat Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.
Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 114 yang maksudnya:
"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali (bisikan-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia."
Ini ditegaskan lagi dari sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ummu Habibah, isteri Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam daripada Nabi Sallallah 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya: "Setiap percakapan anak Adam (seseorang) itu berakibat buruk, tidak membawa faedah kecuali (percakapan) yang menyeru kepada kebaikan, yang mencegah daripada kemungkaran dan yang mengingati Allah."
(Hadits riwayat Tirmidzi)
Salah satu daripada keburukan yang banyak dilakukan oleh lidah dan banyak tersebar di dalam masyarakat ialah mengumpat. Mengumpat itu dilarang di dalam Islam. Ia dikenal dalam bahasa arab dengan panggilan ghibah.
Ghibah adalah haram dengan ittifaq para fuqaha, bahkan setengah ahli tafsir dan fuqaha berpendapat ia termasuk di antara dosa-dosa besar berdasarkan Firman Allah Ta'ala dalam surah Al-Hujurat ayat 12 yang maksudnya :
"Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan- larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani."
Memang selayaknya orang yang mengumpat itu diumpamakan seperti memakan daging mayat saudaranya sendiri. Ini menunjukkan bahawa betapa perbuatan mengumpat itu adalah perbuatan yang dibenci oleh syara' sebagaimana tabiat semulajadi manusia membenci memakan bangkai mayat manusia.
Di akhirat nanti orang yang mengumpat ini akan menerima balasan yang setimpal sebagaimana yang diriwayatkan dAnas bin Malik yang berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam yang maksudnya:
"Tatkala aku dimikrajkan, aku melalui satu kaum yang mempunyai kuku dari tembaga yang mengoyak-ngoyak wajah dan dada mereka dengan kuku itu, lalu aku bertanya: "Siapakah mereka itu wahai Jibril?" Jibril menjawab: "Mereka adalah orang-orang yang memakan daging manusia dan menjatuhkan (merendahkan) kehormatan mereka."
(Hadits riwayat Abu Daud)
Allahu 'alam

Rabu, 17 Februari 2010

Sebuah tragedi menyayat hati...

RAZIN (bukan nama sebenar) telah pulang ke rumahnya pada suatu petang setelah kepenatan berhempas pulas di pejabat.Dalam kepenatan sambil bersandar di kerusinya, dia ternampak kelibat LEMBAGA HITAM di kamar biliknya.


Dia amat terkejut dan terus menerkam ke kamar biliknya. Dia tersentak dan tergamam melihat seorang lelaki di biliknya sedang berdua-duaan dengan isterinya. Mereka nampaknya begitu mesra. Dia menempik ke arah lelaki tersebut namun ternyata tidak dipedulikan. Dia menerkam lelaki tersebut dan cuba menolak lelaki tersebut namun segera ditahan oleh isterinya.


Anak-anak yang tidur di bilik bersebelahan terkejut bangun, membuka kamar tidur mereka, lantas berlari ke arah bapa mereka namun ditahan oleh lelaki durjana tadi. “Aku bapa kamu sekarang, ibu kamu yang mahukan aku sebagai bapa barumu”, kata lelaki tersebut dengan nada ego dan takaburnya.


“Cis!!!.. siapa kamu yang mahu mengaku bapa kepada anak-anakku? Aku bapa mereka yang sah dari perkahwinan yang sah. Kamu pula siapa yang memandai mengaku bapa mereka”, bentak Razin dengan nada keras.‘Aku memang tiada ikatan yang sah dengan isterimu dan anak-anakmu, tetapi isterimu mahukan aku, biarpun tanpa ikatan perkahwinan yang sah”, ujar lelaki durjana tadi dengan nada penuh riak di wajahnya.


Razin kemudiannya dihalau keluar oleh lelaki durjana tadi, namun dia tetap tidak mahu berganjak. “Ini rumah aku, kenapa aku pula yang dihalau, engkau yang patut keluar”, bentak Razin dengan keras. Lelaki durjana tadi terus ketawa sambil tangannya memegang pinggang isteri Razin yang turut tersenyum dengan kejadian tersebut.


Razin kemudiannya dihumban keluar pintu rumahnya oleh lelaki durjana tadi dengan kasar. Tersungkur dia di pintu masuk rumahnya, namun digagahi juga untuk bangun.Razin amat bersedih dengan sikap isterinya dan lelaki durjana tadi, dia masih duduk di hadapan pintu rumahnya mengenangkan nasib dirinya. Kesian pada anak-anaknya yang masih mengharapkan bapa mereka yang tersayang. Apa sudah jadi pada dirinya, begitu besar ujian yang menimpa dirinya.


Selang beberapa minit kemudian, sebuah kereta peronda berhenti di hadapan rumahnya. Seorang pegawai polis yang segak beruniform keluar dari kereta tersebut dan melangkah menuju ke arahnya. “Encik, saya diminta oleh tuan rumah ini untuk memastikan encik tidak membuat kacau di sini, harap encik dapat pergi dari sini” ujar pegawai polis berkenaan.


“Kenapa pula, ini rumah saya, lelaki durjana itu yang merampas rumah saya” kata Razin dengan nada keras. “Itu saya tak mahu tahu, yang penting encik perlu pergi dari sini sebelum saya berkeras, sebarang masalah encik boleh membawa kes ini ke mahkamah” kata pegawai polis tadi.


“Baiklah, saya menghormati awak, saya akan pergi dari sini, saya akan bawa kes ini ke mahkamah”, ujar Razin dengan nada kecewa.


Di mahkamah


“Setelah mendengar segala penghujahan yang diberikan, maka mahkamah dengan ini memutuskan bahawa isteri kamu adalah milik lelaki tersebut walaupun tanpa perkahwinan yang sah. Ini kerana isteri kamu telah bersetuju menerima lelaki tersebut maka secara rasminya anak-anak kamu juga merupakan anak-anak lelaki tersebut” ujar hakim dengan nada selambanya.


Razin tersentak dan terpaku dengan keputusan mahkamah itu, bagaimana mungkin isteri dan anak-anaknya menjadi milik lelaki durjana itu dalam sekelip mata sahaja, tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Ayah mertua yang di harap menjadi org tengah pula kelihatan gembira dengan keputusan mahkamah dan di lihat memeluk erat lelaki tersebut tanda restu.


Terkejut memikirkan bagaimana mudah, hanya dengan mengaku seseorang itu miliknya, maka dengan mudah sudah bertukar tangan. Apa sudah jadi dunia ini.“Ya Allah, sebegitu berat ujian yang Kau berikan padaku. Adakah dunia ini sudah hampir sampai ke penghujungnya jika sebegitu mudah seseorang mengambil hak orang lain tanpa rasa bersalah, dan perbuatannya direstui oleh masyarakat” getus rasa sedih hati Razin.


Kesimpulan :


Siapakah Razin?
Siapakah Lembaga Hitam a.k.a lelaki perampas yg ego?
Siapakah Isteri Razin?
Siapakah ayah mertua?
Siapakah anak2 yang menjadi mangsa?

Gunakanlah aqal fikiran yang Allah berikan untuk menilai sendiri apakah mesej yang ingin di sampaikan dalam cerpen tersebut.


Catatan :Terima kasih kepada penghantar cerpen ini. Mohon agar di sertakan pengenalan diri agar mudah kita berkomunikasi di lain masa. Kami mengalu2kan sebarang sumbangan dalam sebarang bentuk artikel yang sesuai untuk di siarkan dalam blog ini.Syukran Jazilan...

Ahad, 14 Februari 2010

Kerajaan Najib alami masalah kewangan serius

Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat Kerajaan Persekutuan dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada dalam keadaan kritikal dimana Kementerian dan agensi kerajaan kini telah diarah untuk melaksanakan perbelanjaan berhemah.

Sebelum ini Kerajaan mengarahkan agar semua Pejabat kerajaan mematikan lampu dan semua peralatan elektrik diwaktu rehat sebagai langkah penjimatan bil elektrik. Kemudian Kerajaan membuat dasar mengurangkan aktiviti latihan, peperiksaan dan mengarahkan Kementerian serta Jabatan agar tidak membuat begitu banyak program di Hotel-hotel. Walaubagaimana pun arahan ini tidak semua dipatuhi. Langkah terbaru Kerajaan cuba membekukan aktiviti latihan dibeberapa jabatan.

Tahun lepas sahaja, 1 juta kakitangan awam kecewa kerana Kerajaan sudah tidak mampu membayar bonus dan Najib mengantikannya dengan wang saguhati RM 500 yang dibayar secara ansuran oleh kerajaan.

Kerajaan juga didapati telah mengeluarkan arahan tidak rasmi dibeberapa Kementerian untuk tidak memberikan bayaran berbentuk wang kepada kakitangan yang bekerja lebih masa. Pada waktu ini Kerajaan hanya membenarkan kakitangannya untuk mendapat cuti gantian memandangkan budget pengurusan telah dikurangkan.

Kerajaan turut membuat dasar mengurangkan pengambilan baru untuk kakitangan sokongan dan Profesional serta melanjutkan tempoh perkhidmatan pegawai yang sepatutnya pencen melalui skim kontrak selama 2 atau tiga tahun.

Semua kakitangan kontrak pula dijangka akan ditamatkan kontrak bermula pada bulan Mac hingga Jun ini

PAS melihat bahawa negara bakal mengalami peningkatan kadar pengangguran yang tinggi menjelang bulan Mac ini ekoran begitu ramai kakitangan kontrak Kerajaan ditamatkan kontrak.
PAS menyarankan agar kerajaan memberikan peluang kepada Kakitangan Kontrak yang ditamatkan ini untuk menyertai GLC milik Kerajaan dan meminta syarikat-syarikat GLC ini agar mengurangkan pengambilan pekerja asing. PAS mendesak agar jumlah kemasukan pekerja asing dikurangkan disemua sektor sebelum akhir 2010.

PAS juga mahu Kerajaan menumpukan perbelanjaan mengurusan dan dalam masa yang sama mengurangkan perbelanjaan pembangunan. Projek pembangunan yang tidak perlu atau tidak mendesak wajar dibekukan pada masa ini.

Beberapa program ekonomi baru perlu diwujudkan, tetapi PAS menolak cadangan Kerajaan yang mahu memperkenalkan GST, kerana ianya tidak releven dengan keadaan ekonomi rakyat pada masa ini. Pada waktu inflasi sebegini, bantuan Kerajaan amat diperlukan tetapi jika kerajaan menaikkan cukai atau meluaskan pakej cukainya maka peningkatan harga barangan pengguna dipasaran tidak boleh dihalang. Tindakan kerajaan menarik beberapa subsidi dalam keadaan sekarang juga dilihat tidak bijak, kerana ianya tidak memberikan manfaat mutlak kepada pengeluar dan pengguna.

PAS juga hairan, kenapa Najib mengurangkan tumpuan kepada program-program pertanian yang sebelumnya diusahakan di zaman Pak Lah, tetapi lebih sibuk mengejar usaha rundingan FTA dengan negara luar khususnya Amerika. Untuk rundingan dengan Amerika sejak empat tahun yang lalu, negara telah belanjakan lebih sejuta wang rakyat, sedangkan belum ada apa-apa perjanjian yang berjaya dimeterai.

PAS berharap agar sebarang rundingan FTA dengan negara luar dibekukan buat sementara waktu memandangkan penguatkuasaan dalam negara pada masa ini terlalu lemah hingga menyebabkan negara menjadi pusat lambakan barangan dari negara China yang mengambil peluang dari perjanjian FTA-China ASEAN.

Negara akan bankrap jika Kerajaan yang dipimpin Najib gagal untuk membangunkan sumber-sumber kewangan baru dan merancang perbelanjaan kerajaan secara bijak.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Khamis, 11 Februari 2010

Kisah Pemuda dalam menegakkan kebenaran dan kaitannya dengan RAKYAT PERAK


Pengorbanan seorang budak demi Risalah, dan realiti kisah ini dengan kita RAKYAT PERAK


Dari Shuhaib Ar-Rumi radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


“Ada seorang raja pada zaman sebelum kalian. Ia memiliki seorang tukang sihir.
Ketika tukang sihir itu telah tua, ia berkata kepada sang raja, ‘Sesungguhnya usiaku telah tua dan ajalku telah dekat. Karena itu, utuslah kepadaku seorang anak muda agar aku ajari sihir’.
Maka diutuslah seorang pemuda yang kemudian ia ajari sihir. Dan jalan antara raja dengan tukang sihir itu terdapat seorang rahib. Pemuda itu mendatangi sang rahib dan mendengarkan dakwahnya. Sang pemuda begitu kagum kepada rahib dan dakwahnya.


Apabila dia sampai kepada tukang sihir karena terlambat serta merta ia dipukulnya seraya ditanya, ‘Apa yang menghalangimu?’


Dan bila sampai di rumahnya, keluarganya memukulnya seraya bertanya, ‘Apa yang menghalangimu (sehingga terlambat pulang)?’


Lalu, ia pun mengadukan halnya kepada sang rahib. Rahib berkata, ‘Jika tukang sihir ingin memukulmu katakanlah, aku terlambat karena keluargaku. Dan jika keluargamu hendak memukulmu maka katakanlah, aku terlambat karena (belajar dengan) tukang sihir’.


Suatu hari, dia menyaksikan binatang besar dan menakutkan yang menghalangi jalan manusia, sehingga mereka tidak boleh menyeberang. Maka sang pemuda berkata, ‘Saat ini aku akan mengetahui, apakah perintah ahli sihir lebih dicintai Allah ataukah perintah rahib. Setelah itu ia mengambil batu seraya berkata, ‘Ya Allah, jika perintah rahib lebih engkau cintai dan redhai daripada perintah tukang sihir maka bunuhlah binatang ini, sehingga manusia boleh menyeberang’. Lalu ia melemparnya, dan binatang itu pun terbunuh kemudian ia pergi. Maka ia beritahukan halnya kepada rahib. Lalu sang rahib berkata, ‘Wahai anakku, kini engkau telah menjadi lebih utama dari diriku. Kelak, engkau akan diuji. Jika engkau diuji maka jangan tunjukkan diriku.


Hari hari yang berikutnya, pemuda itu mampu menyembuhkan orang buta, sopak dan segala jenis penyakit. Allah menyembuhkan mereka melalui kedua tangannya. Alkisah, ada pejabat raja yang tiba-tiba buta. Ia mendengar tentang pemuda itu. Maka ia membawa hadiah yang banyak kepadanya seraya berkata, ‘Sembuhkanlah aku, dan engkau boleh memiliki semua ini! Pemuda itu menjawab, ‘Aku tidak mampu menyembuhkan seseorang. Yang mampu menyembuhkan adalah Allah Azza wa Jalla. Jika Anda beriman kepada Allah dan berdo’a kepadaNya, niscaya DIA akan menyembuhkanmu. Ia lalu beriman dan berdo’a kepada Allah dan sembuh.


Kemudian ia datang kepada raja dan duduk di sisinya seperti sedia kala. Sang raja bertanya, ‘Wahai fulan, siapa yang menyembuhkan penglihatanmu?’ Ia menjawab, ‘Tuhanku’. Raja berkata, ‘Saya?’ ‘Tidak, tetapi Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’, tegasnya. Raja bertanya, ‘Apakah kamu memiliki Tuhan selain diriku?’ Ia menjawab, ‘Ya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’.



Demikianlah, sehingga ia terus-menerus disiksa sampai ia menunjukkan kepada sang pemuda. Pemuda itu pun didatangkan. Sang raja berkata, ‘Wahai anakku, sihirmu telah sampai pada tingkatan kamu mampu menyembuhkan orang buta, sopak dan berbagai penyakit lainnya’. Sang pemuda menangkis, ‘Aku tidak mampu menyembuhkan seorang pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah Azza wa Jalla. Raja berkata, ‘Aku?’ ‘Tidak!’, kata pemuda. ‘Apakah kamu punya Tuhan selain diriku?’ Ia menjawab, ‘Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’.


Lalu ia pun terus disiksa sehingga ia menunjukkan kepada rahib. Maka rahib itu pun didatangkan. Sang raja berkata, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Ia menolak. Lalu di tengah-tengah kepalanya diletakkan gergaji dan ia dibelah menjadi dua. Kepada pejabat raja yang (dulunya) buta juga dikatakan, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Ia menolak. Lalu di tengah-tengah kepalanya diletakkan gergaji dan ia dibelah menjadi dua. Kepada sang pemuda juga dikatakan, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Ia menolak.


Lalu bersama beberapa orang ia dikirim ke sebuah gunung. (Sebelumnya) sang raja bertitah, ‘Ketika kalian telah sampai pada puncak gunung maka bila ia kembali kepada agamanya (biarkanlah dia). Jika tidak, maka lemparkanlah dia! Mereka pun berangkat. Ketika sampai di ketinggian gunung, sang pemuda berdo’a, ‘Ya Allah, jagalah diriku dari mereka, sesuai dengan kehendakMu. Tiba-tiba gunung itu mengguncang mereka, sehingga se-muanya tergelincir. Lalu sang pemuda datang mencari sampai bisa bertemu raja kembali.


Raja bertanya, ‘Apa yang terjadi dengan orang2ku?’ Ia menjawab, ‘Allah menjagaku dari mereka’.


Lalu ia dihantar lagi bersama beberapa orang dalam sebuah perahu kecil. Raja berkata, ‘Jika kalian berada di tengah lautan (maka biarkanlah ia) jika kembali kepada agamanya semula. Jika tidak, lemparkanlah dia ke laut yang luas dan dalam’. Sang pemuda berdo’a, ‘Ya Allah, jagalah aku dari mereka, sesuai dengan kehendak-Mu’. Akhirnya mereka semua tenggelam dan sang pemuda datang lagi kepada raja.
Sang raja bertanya, ‘Apa yang terjadi dengan kawan-kawanmu?’
Ia menjawab, ‘Allah menjagaku dari mereka’.


Lalu sang pemuda berkata, ‘Wahai raja, kamu tidak akan bisa membunuhku sehingga engkau melakukan apa yang kuperintahkan. Jika engkau melakukan apa yang aku perintahkan maka engkau akan bisa membunuhku. Jika tidak, engkau tak akan bisa membunuhku’.
Raja menjadi kebingungan, ‘Perintah apa?’


Sang pemuda menjawab, ‘Kumpulkanlah orang-orang di satu padang yang luas, lalu saliblah aku di batang pohon. Setelah itu ambillah anak panah dari wadah panahku, lalu ucapkan, ‘Bismillahi rabbil ghulam (dengan nama Allah, Tuhan pemuda ini).


Maka (raja memanahnya) dan anak panah itu tepat mengenai pelipisnya. Pemuda itu meletakkan tangannya di bagian yang kena panah lalu meninggal dunia. Maka orang-orang ramai yang berhimpun menyaksikan peristiwa tersebut kagum dan tiba2 berkata, ‘Kami beriman kepada Tuhan Pemuda ini. Kami beriman kepada Tuhan Pemuda ini. Lalu rakyat berkata kepada raja, ‘Tahukah Anda, sesuatu yang selama ini Anda takut-kan? Kini sesuatu itu telah tiba, semua orang telah beriman.


Lalu raja yang murka memerintahkan membuat parit-parit di beberapa persimpangan jalan, kemudian dinyalakan api di dalamnya. Dan raja pun bertitah, ‘Siapa yang kembali kepada agama-nya semula, maka biarkanlah dia. Jika tidak, maka lemparkanlah dia ke dalamnya’.


Maka orang-orang pun menolaknya sehingga mereka bergantian dilemparkan ke dalamnya. Hingga tibalah giliran seorang wanita bersama bayi yang sedang disusuinya. Sepertinya, ibu itu enggan untuk terjun ke dalam api. Tiba-tiba sang bayi berkata, ‘Bersabarlah wahai ibuku, sesungguhnya engkau berada dalam kebenaran’.” Dan ibu itu pun terjun ke lembah api tersebut bersama2 bayinya.


Catatan

(HR. Ahmad dalam Al-Musnad, 6/16-18, Muslim dan An-Nasa’i dari hadits Hammad bin Salamah. Dan An-Nasa’i serta Hammad bin Zaid menambahkan, yang keduanya dari Tsabit. Dan At-Tirmidzi meriwayatkan dari jalan Abdurrazak dari Ma’mar dari Tsabit dengan sanad darinya. Ibnu Ishaq memasukkannya dalam Sirah dan disebutkan bahwa nama pemuda itu adalah Abdullah bin At-Tamir).


Pengajaran

1) Sesungguhnya bukanlah kuasa manusia yang mampu untuk mengatur hati2 manusia untuk patuh dan setia kepada sesama manusia bahkan Allah lah yang menjaga semua2 hati2 manusia.


2) Walaupun manusia melakukan pelbagai cara dan usaha untuk memalingkan manusia dari kebenaran namun akhirnya yakinlah bahawa yang hak pasti akan di tegakkan dan kebatilan akan di musnahkan.


3) Dalam kes rampasan kuasa di Perak, dengan keputusan mahkamah telah di putuskan yang menyebabkan UMNO/BN menyangka mereka telah berjaya membunuh pengaruh Pakatan Rakyat. Namun hakikatnya rakyat khalayak semakin meluat dan sedar akan betapa jijiknya Kerajaan yang di bina atas dasar ugutan, salah guna kuasa, rasuah dan menafikan hak rakyat dalam menentukan kerajaan.


4) UMNO/BN - walaupun kamu sangka kamu mempunyai kuasa untuk meneruskan kezaliman kamu ke atas rakyat namun sedarlah satu masa nanti keburukan dan kebobrokan kamu akan di zahirkan oleh Allah taala. Jangan kamu mendabik dada meminta rakyat percaya bahawa HANYA KAMU yang mampu membawa kemajuan dan kemakmuran tetapi dalam masa yang sama kamu berlumuran dengan segala macam dosa dan kemaksiatan.


HIDUP! HIDUP!...HIDUP RAKYAT!!!

Rabu, 10 Februari 2010

Rayuan bantuan kewangan kepada OKT Jabatan Amal Tapah

(KP DPPK Tapah bersama OKT di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi sokongan)

(sebahagian daripada OKT dari Jabatan Amal Tapah)

( Gambar2 peguam bela sedang memberi taklimat kepada OKT) Kronologi peristiwa penangkapan

1/8/2009
OKT dari Jabatan Amal Tapah ditahan di Jalan Kucing semasa menaiki van menuju ke Markaz PAS Taman Melewar sekitar 3-4 pagi (sebelum demonstrasi yang di jadualkan bermula keesokan harinya) atas alasan memiliki bahan terlarang iaitu t-shirt unit amal.

4/8/2009
Setelah 3 hari di tahap di lokap Balai Polis Bukit Jalil dan di bebaskan dengan ikat jamin RM500

3/2/2010
Perbicaraan kali ke 4 di langsungkan namun mahkamah menetapkan kes akan di sebut semula pada 24/2/2010 di Mahkamah Kuala Lumpur.

Oleh yang demikian DPPK Tapah mendoakan agar keadilan dapat di capai di pihak OKT. Dan DPPK Tapah merayu sumbangan kewangan bagi meringankan beban yang di tanggung terutamanya kos pengangutan dari Tapah ke Kuala Lumpur. Jasa baik kalian amat lah di hargai.
Sila hubungi DPPK Tapah bagi tujuan sumbangan.

DPPK Tapah juga merakamkan ucapan jazakumullah kepada PAS Kawasan Tapah dan DPPN Perak kerana sudi menyumbangkan bantuan kewangan dan kenderaan dalam perbicaraan yang lalu.

Isnin, 8 Februari 2010

Makluman : Alamat email DPPK Tapah

Assalamualaikum w.b.t


DPPK Tapah kini telah mempunyai alamat email rasmi seperti tertera di bawah.




Jika anda ingin mengiklankan.memberitahu sebarang bentuk perniagaan/program2/maklumat2 penting dan sebagainya untuk dimuatkan dalam blog ini sila gunakan alamat email di atas.

Harap maklum.

Wassalam

Pesan DS Nizar untuk sentiasa bermunajat dan sujud syukur

Asalamualaikum dan salam sejahteraKepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak.

Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.Oleh itu bagi semua rakyat Perak yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.30 pagi esok, 9 Feb 2010, sila pastikan memandu dengan cermat dan hati2 di Lebuh Raya masa pergi dan balik. Pastikan kenderaan cukup minyak, ada cukai jalan/roadtax dan lesen memandu yang sah dan ada air sembahyang.

Berdoa dan berzikir munajat disepanjang perjalanan agar Allah membantu kita bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak serta keamanan negeri yang kita cinta ini.Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan santun disepanjang perjalanan serta diperkarangan Mahkamah. Tiada mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi.

Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.Taqdir Allah memenangkan PR, maka kita sujud syukur dimana2 ruang yang ada di Mahkamah nanti. Sementara itu elok jika diteruskan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah selagi tidak menghalangi laluan trafik dsbnya.

Ingat! jangan ada yang provokasi sbb ini akan menimbulkan suasana tegang. InshaAllah kita akan cadang untuk berkumpul berceramah di Ipoh bagi mengumumkan keputusan kepada semua rakyat jelata di Perak bersama2 semua pimpinan dan ADUN PR.

Ingat! Ikut peraturan dan arahan pasukan keselamatan Polis!Akhir sekali terima kasih kepada semua rakyat khususnya warga Perak segenap lapisan, kaum dan agama yang telah mendoakan secara berterusan demi kemenangan keadilan dan kebenaran di Perak inshaAllah.

Bagi kaum tionghua selamat tahun baru Cina, Gung Xi Faa Cai.Nasruminallahi wa fathun qariib! (Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir)!

Hidup Rakyat ! Bubar DUN! Wasalam!

*ihsan dari blog sisi bukit

Program Solat Hajat di Kampar



Sabtu, 6 Februari 2010

KEMPEN UMNO BERMULA???


Gendang pilihan raya bagi pihak UMNO/BN nampaknya telah pun bermula. Namun UMNO/BN berselindung di sebalik program pelancaran projek perumahan Taman Bidor Damansara yang di majukan oleh sebuah syarikat yang bernama Villaworld Sdn.Bhd.


(Banner jelas tertulis Ketua UMNO Bahagian Tapah sedangkan program ini untuk rakyat)

Apa yang menjadi kepelikan ialah apabila ADUN Air Kuning Y.B Dato' Hj.Samsudin Abu Hassan 'di jemput' untuk merasmikan projek perumahan tersebut.

Pada banner jelas tertulis nama beliau dan kapasiti beliau sebagai Ketua Bahagian UMNO Tapah. Adakah beliau hadir sebagai ADUN atau sebagai Ketua UMNO Bahagian?
(khemah pun bergantung kain merah putih...warna sinomim dengan UMNO)

Persoalan pertama :

Benarkah beliau di jemput atau beliau mengambil kesempatan ini untuk berkempen bagi pihak UMNO/BN.?

Sumber juga memberitahu Dato' Samsudin telah mengarahkan pemimpin masyarakat di sebuah kampung tersusun berdekatan dengan taman perumahan tersebut bagi sebuah program penyerahan geran tanah. Amat menghairankan apabila betapa susah selama ini pengundi untuk bersua muka dengan beliau tetapi beliau sanggup pula meluangkan masa untuk bertemu pengundi2 beliau.

Persoalan kedua :

Adakah beliau akan menggunakan agenda ini sebagai satu modal politik beliau untuk kembali meraih undi? Pasti kononnya beliau akan melabelkan bahawa UMNO lah JUARA RAKYAT!!!

Beginikah pemimpin yang berjiwa rakyat. Nak jumpa rakyat susah tapi bila dah susah baru nak jumpa rakyat!! Bila nak pilihan raya baru tunjukkan muka.
Rakyat semakin sedar dan muak dengan sikap bermuka2 para pemimpin UMNO/BN. Selama 52 tahun memerintah jelaslah UMNO JUARA MENYUSAHKAN RAKYAT!!!




Rombongan pimpinan PR turun ke Bidor

Pada 6 Februari 2010 sekitar jam 2.15 petang rombongan pimpinan Pakatan Rakyat singgah di Bidor dalam satu program yang di atur oleh Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.
Rombongan terdiri daripada Y.B Ngeh Koo Ham (Pengerusi DAP Perak), Al-Fadhil Ust.Abu Bakar Husin (Pesuruhjaya PAS Perak), Y.B Sivakumar (Speaker DUN Perak), Al-Fadhil Ust.Misbahul Munir (S/U Politik MB Perak) serta beberapa org pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
Reaksi org awam sungguh baik apabila yang di temui menunjukkan sambutan yang hangat. Ada yang ingin bersalam dan tak melepaskan peluang bergambar dengan pimpinan PR yang hadir menzahirkan bahawa PR tetap di hati masyarakat .

(rombongan yang memeriahkan Pekan Bidor dengan di bantu team amal...good job)



(YB Ngeh Koo Ham segak berbaju batik kuning bersama rombongan)




(Ust.Misbah bagi posing istimewa...sempat juga kasi candid camera sama ust.)



(beberapa org polis kelihatan santai ketika menjalankan tugasnya apabila hanya menjadi pemerhati jarak jauh...tiada apa yang nak di risaukan...program PR di jamin aman)


(penyokong DAP dengan bangga mengibarkan bendera PAS menambahkan lagi pening UMNO/BN yang telah sedia pening)



(Pakatan Rakyat = PAS + DAP + PKR)

Di samping melawat dan berjumpa dengan penduduk Pekan Bidor, risalah penerangan juga di edarkan bagi menyalurkan maklumat yang tepat kepada masyarakat yang selama ini di kaburi dengan berita2 berat sebelah orang media massa kerajaan.


Program yang berlangsung lebih kurang setengah jam dan lokasi seterusnya ialah ke selatan Perak iaitu Sungkai, Tg.Malim dan beberapa tempat lagi sebelum bertolak pulang ke Ipoh.


(team Nisa' dan Muslimat berganding bahu mengedarkan risalah2 penerangan)

(sempat membeli buah limau daripada seorang taukeh...nak buat makan2 dalam bas kata Y.B Ngeh dan Ust.Abu Bakar)


(bergambar kenangan2 bersama Y.B Sivakumar)


(Timb.Ketua DPPK Tapah bersama Pesuruhjaya PAS Perak)



(Bas yang membawa rombongan...terima kasih dan selamat jalan, jemput singgah lagi di lain masa insyaallah...)

Khamis, 4 Februari 2010

Gambar2 sekitar Program HEMPAP-part 2

(sebahagian pemuda yg hadir setia mendengar amanat pimpinan)






(lebih 10 ribu pemuda dan orang awam hadir menyatakan sokongan...pastinya menggerunkan UMNO/BN)


(Ust.Nasarudin Hassan, KP Pusat mencuba motorsikal berkuasa besar...bergaya sungguh)




(boleh guna motor ni 'langgar' kezaliman UMNO/BN merampas hak rakyat Perak)


(latihan menembak guna paint ball...boleh 'tembak' penyakit rasuah yang semakin membusuk dalam UMNO/BN)
DPPK Tapah merakamkan setinggi2 tahniah dan penghargaan kepada penganjur Program HEMPAP 2010...semoga Allah mengukuhkan jamaah dan parti yang kita dokongi ini...
ALLAHUAKBAR!!!

Selasa, 2 Februari 2010

Gambar2 sekitar program HEMPAP 2010-part 1

(kaunter pemeriksaan kesihatan di sediakan...sempat menjeling doktor tu)

(nak derma darah pun boleh...beramal kerana Allah)


(dah check ngan doktor...alhamdulillah sihat...derma darah lagi...apa lagi, kasi hantam bihun sup pulak...ermm sedap)



(mak aii...banyaknya pilihan baju...tak tau nak pilih mana satu)

(jgn ingat Pemuda PAS tak pandai berposing yeob..siap 'spek' hitam lagi...)


(kereta yang telah banyak menjuarai siri rally tempatan..tengoklah hadiah atas kereta tu..)


(mat rempit PAS...tersengih tengok motor 'cun'..plan nak rempit Zambry and the konco2nya...siap ko Zambry!!!)

(sempat lawat pameran anti ISA....jahanam betul ISA ni...tak payah pinda2...mansuh jer lah)