Rabu, 31 Mac 2010

APCO Worldwide : PAS mohon campur tangan Majlis Raja-Raja


KUALA LUMPUR, 30 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfiz Omar (gambar) mencadangkan Majlis Raja-Raja Melayu campur tangan dalam inisiatif kerajaan melantik Majlis Penasihat Antarabangsa Apco Worldwide (IAC) sebagai syarikat perundingan total kepada komunikasi negara.
Cadangan sedemikian penting kerana dengan partisipasi syarikat yang dikaitkan dengan jaringan Zionis-Israel, meletakkan tahap keselamatan negara dalam bahaya."Selain mengusahakan tubuh Suruhanjaya Diraja, Majlis-Majlis Raja Melayu juga perlu campur tangan kerana isu ini secara tak langsung membabitkan kepentingan negara, kepentingan Islam.
"Isu ini adalah isu yang serius kerana berkiatan keselamatan negara dan boleh menjadi ancaman pada keamanan negara," ujarnya.Menurut beliau, kerajaan mustahil membekalkan maklumat biasa berkaitan tanah air kerana fungsi sebenar Apco adalah menguruskan komunikasi strategik ke atas rakyat.
Ujarnya lagi, seperti suatu syarikat komunikasi antarabangsa yang pernah menjual maklumat strategik kepada Amerika ketika meletusnya Perak Teluk di Asia Barat, tidak mustahil perkara demikian berulang di Malaysia.
Sebelum pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir kerajaan kerana melantik Apco sebagai firma perunding imej kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan serta gagasan 1Malaysia."Tentang 1Israel' (dan) 1Malaysia', ia tidak boleh semuanya dianggap sebagai kebetulan," ujarnya.

Tambahnya lagi, dengan penyertaan beberapa bekas perisik Agensi Keselamatan Israel (ISA) dalam firma perundingan itu seharusnya memerlukan penjelasan jujur daripada Najib sendiri, mewakili Presiden Umno/BN.Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, sekurang-kurangnya Najib wajar menafikan segala dakwaannya di Dewan Rakyat pada sesi penghujahan semula, tengah hari tadi.Turut menyertai Mahfuz dan Anwar di lobi Parlimen adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang.Dakwaan Apco seolah-olah mempunyai hubungan langsung dengan jaringan Zionis-Israel sekaligus mencemarkan wawasan 1Malaysia yang cuba diperkenalkan Najib.

Selasa, 30 Mac 2010

Yahudi memang KURANG AJAR...!!!

Gambar di atas adalah sebuah hasil seni yang di pemerkan dalam sebuah pameran seni di Sepanyol.

Hasil 'seni' tersebut menggambarkan seorang muslim yang sedang bersujud, di atasnya seorang penganut Kritsian dan di atasnya pula adalah seorang Yahudi yang semuanya di gambarkan sedang beribadat mengikut kepercayaan masing2.

Betapa kurang ajarnya artis yang mencipta agenda jahat ini yang di sebut sebagai hasil seni. Seolah2 menggambarkan betapa hinanya umat Islam dan betapa agungnya bangsa Yahudi.

Walau begini jahat dan kurang ajarnya Yahudi terhadap penganut agama lain, namun di Malaysia masih ada pemimpin negara yang sudi/rela menjadi tali barut Israel. Siapakah dia?

SATU MALAYSIA sudah tahu....

Jahanam Yahudi...!!!

Jumaat, 26 Mac 2010

UMNO tergamak menjadi tali barut Israel

(Satu Malaysia = Satu Israel)
KUALA LUMPUR, 25 Mac: Keputusan kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai syarikat perunding komunikasi 1Malaysia menyerlahkan Umno sebagai tali barut Israel, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Beliau berkata demikian kerana Umno tidak mampu menyatakan komitmennya terhadap syarikat tersebut walaupun syarikat itu dikatakan umum sebagai pro zionis Israel.

"Ini serlahkan bahawa Umno adalah tali barut Yahudi zionis kerana dia (Umno) tak boleh menyatakan pendirian (tentang Apco)," jelas beliau petang tadi.

Tidak cukup dengan itu, kata beliau, tidak mustahil kerajaan Malaysia turut memberikan maklumat yang strategik pada Apco kerana Apco tidak berupaya memberikan nasihat yang strategik.

"Kalau Umno tidak diberi maklumat yang strategik seperti demografi negara, bagaimana Apco nak beri nasihat supaya Najib dilihat baik, 1Malaysia direalisasikan.

"Dengan maklumat strategik ini, bermakna keselamatan negara sendiri terdedah pada pihak luar,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyuarakan rasa curiga pada kerajaan kerana melantik Apco secara tender yang eksklusif sedangkan Apco dibayangi oleh beberapa pemimpin zionis Israel seperti Shimon Stein (bekas Duta Kehormat Israel ke Jerman), Profesor Ittamar Rabinovich (bekas Duta Besar Israel ke Amerika Syarikat), Doron Bergerbest-Eilon (bekas Jeneral Major di Agensi Keselamatan Israel, ISA), David Heral (anggota perisik di ISA), Oded Raz (bekas Pegawai Kanan di ISA) dan Elliott Abrams (proksi Yahudi, bekas pembantu khas kepada Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush).

"Kesemua mereka jelas pro zionis Israel, sebab itu rakyat perlu diberitahu atas asas apa mereka ini dipilih," jelasnya.

"Dengan pemilihan Apco ini, apakah membabitkan individu di dalam kerajaan sendiri kerana ini bukan tender terbuka, dilanti khusus untuk perbaiki imej Najib."

Ekoran itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tindakan kerajaan itu seolah-olah tidak mengiktiraf kelayakan beberapa syarikat perunding tempatan yang sebenarnya mempunyai kelayakan dan wajar diberi peluang.

Bercakap di Dewan Rakyat, beliau turut menasihatkan kerajaan supaya tidak mendapatkan khidmat nasihat daripada syarikat yang dipercayai umum pro zionis Israel itu.

Ini kerana, beliau berkata, Israel pernah menggunakan maklumat komunikasi daripada agensi komunikasi Amerika Syarikat untuk turut serta secara tidak langsung dalam Perang Teluk pada 1988 lalu, bagi mengenakan Iraq.


(sumber : Harakahdaily)

nota tambahan:
1) Punya lah berlambak syarikat konsultan yang ada di dunia ni...boleh ambil pulak khidmat nasihat Israel... apa lah nak jadi ngan UMNO ni....Satu Malaysia jahanam...

Khamis, 25 Mac 2010

Terapi pernafasan : Maha Suci Allah

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/”breathe- in” and exhaling/”breathe- out”?).

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).(Actually it’s not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/”heat” and the left side represents the moon/”cold”.

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .
(When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
(When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.

Selasa, 23 Mac 2010

Jom Heboh di Kelantan menampilkan kelainan


(tiada lagi terkinja2 tak tentu hala dan percampuran bebas antara jantina...)

KOTA BHARU, 19 Mac: Apabila disebut program Jom Heboh tentunya kita terbayang aksi artis lelaki dan perempuan terlonjat-lonjat di atas pentas.

Namun, lain pula dengan Jom Heboh yang akan diadakan di sini pada 26 dan 27 Mac ini, tiada artis wanita ditampilkan pada konsert yang akan diadakan.

Sebaliknya konsert itu pada malam 27 Mac hanya menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin.

Selain itu, difahamkan tiada siaran langsung dibuat bagi konsert berkenaan seperti dilakukan TV3 di negeri-negeri lain sebelum ini.

Kelainan juga dapat disaksikan apabila tempat duduk di antara lelaki dan wanita diasingkan pada persembahan konsert terbabit.

Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, pihak penganjur telah memberi jaminan akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri.

“Mereka bersetuju untuk mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998 yang dikuatkuasa di negeri ini.

“Datuk Takiyuddin Hassan sebagai anggota Exco yang bertanggungjawab memberi penekanan mengenai perkara itu pada mesyuarat yang diadakan sebelum ini,” katanya.

Karnival Jom Heboh TV3 sebelum ini lebih dikenali sebagai Sure Heboh diadakan di seluruh negara kecuali Kelantan.

Bagaimanapun, TV9 pernah menganjurkan program Sua Rasa dan Perkampungan Hadhari di Kota Bharu sebelum ini tanpa melibatkan percanggahan dengan dasar kerajaan negeri.

Program Jom Heboh akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV dengan menampilkan pelbagai pameran dan aktiviti jabatan-jabatan kerajaan negeri dan agensinya.

Nasruddin juga berkata, sebuah khemah besar yang dinamakan sebgai Kota Ilmu disediakan pihak penganjur untuk dijadikan tempat solat dan pameran program Jejak Rasul.

“Dijangka Pemangku Raja akan hadir pada program al Kuliyyah yang akan disiarkan secara langsung pada petang 26 Mac yang bakal diadakan di khemah tersebut.

“Selain itu Menteri Besar dan anggota-anggota Exco dijemput untuk mengisi program Talk Show,” katanya.

Program dua jam itu bermula dari jam 9 pagi hingga 12 malam.

Beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang akan terbabit dalam pameran dan aktiviti interaktif iaitu Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Urusetia Pembangunan Ihsan, Belia, Sukan dan NGO, Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan.

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Pusat Penerangan Pelancongan.

(sumber:Harakahdaily)

catatan :

1) Tahniah kepada kerajaan Kelantan kerana berusaha untuk menampilkan cara yang terbaik untuk berhibur yang sesuai dengan kehendak Islam.

2) Negeri2 lain insya'h boleh belajar dan meniru bagaimana Kelantan berganding bahu dengan penganjur untuk menjayakan sebuah program hiburan yang sebelum ini penuh dengan kontroversi. Jgn malu2 untuk meniru bagaimana Kelantan menyediakan platform hiburan yang sesuai untuk rakyat.

3) Mufti Perak nak komen something about this issue? TV3 masih berminat nak jadi pencacai UMNO/BN/Rosmah-Najib lagi lepas ni...?

22 Tips menghalang jenayah....

Tips menghalang jenayah ...
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulumasih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

22. JGN UNDI UMNO/BN LAGI...INSYA'H NEGARA AKAN AMAN DAN TENTERAM....aminnn

Isnin, 22 Mac 2010

Malam Kesenian Islam bersama Hijjaz dan Ar-Ridho

(Imej yang lebih jelas di bahagian bawah blog ini)

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan segala hormatnya mempersilakan tuan/puan untuk sama2 menghadiri Malam Kesenian Islam bersama kumpulan nasyid terkenal Hijjaz dan di serikan lagi oleh kumpulan nasyid tempatan Ar-Ridho pada 10/4/2010 (Sabtu) bertempat di Dewan Merdeka Tapah. Program tersebut di jadualkan bermula pada jam 9.00 malam hingga 11.00 malam.

Program adalah anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak2 Yatim Darul Aitam (BUSARAH) dan dengan kerjasama Sukarelawan Muslim Perak (SEMARAK) dan Pejabat Agama Islam Tapah.

Tiket2 mula di jual pada hari Rabu 17/3/2010 dan boleh di dapati melalui ejen2 tiket terpilih.

Mini Karnival Produk Halal juga akan di langsungkan bertempat di perkarangan Dewan Merdeka Tapah dan masuk adalah percuma. Pelbagai barangan halal boleh di dapati pada hari tersebut dengan harga yang sangat istimewa.

Sila hubungi wakil penganjur bagi sebarang maklumat lanjut seperti yang tertera pada poster tersebut.

BERHIBUR SAMBIL BERAMAL KERANA ALLAH...!!!

Wassalam.

Jumaat, 19 Mac 2010

Orang Asli pun berdemo, tak tahan di kelentong UMNO/BN lagi.....


Orang Asli bukan sekadar berjalan-jalan ke Putrajaya semalam tetapi membawa harapan yang sangat besar, kata presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) Majid Suhut.

Beliau berkata demikian bagi menolak kenyataan Datuk Seri Shafie Apdal semalam yang mengatakan masyarakat tersebut bukannya berdemo di putrajaya tetapi sekadar mengunjungi pusat pentadbiran negara itu untuk melancong.

Mengulas lanjut, Majid berkata kenyataan itu mungkin dikeluarkan Shafie berdasarkan persepsi menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu terhadap usaha yang dilakukan Orang Asli bagi mempertahankan hak mereka.

"Itu kenyataan yang tidak berapa tepat. Mungkin dia salah cakap dan perlu diperbetulkan. Itu persepsi dialah, tapi tujuan kita sebenarnya serius untuk serahkan memo kepada perdana menteri dan juga kepada beliau," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, program dialog dengan Shafie semalam sememangnya tidak dirancang, malah menteri berkenaan mengambil peluang atas kedatangan mereka bagi mengadakan dialog tersebut.

"Rancangan kita bukan untuk dialog. Dialog itu menteri yang buat bila dia sedar kita datang untuk hantar memorandum."Orang Asli datang dengan belanja sendiri dan tidak dibiaya oleh mana-mana orang. Mereka datang untuk tengok sendiri saya serahkan memorandum tersebut. Mereka tidak akan percaya jika sekadar dengar cerita orang," katanya lagi.

Katanya lagi, tindakan Orang Asli mengadakan demonstrasi semalam menunjukkan mereka berada dalam keadaan terdesak."Kehadiran mereka begitu ramai semalam dan kita juga bimbang jika berlaku suasana tegang atau kecoh. Tapi kita tidak bertindak seperti itu. Kita cuma mahu serahkan memo secara aman," katanya.

Katanya lagi, Shafie telah beri jaminan untuk memperhalusi tuntutan mereka dan masyarakat itu secara umumnya berpuas hati dengan jaminan yang diberikan."Saya juga yakin Orang Asli percaya dia tidak cakap kosong. Kalau dia cakap kosong, mungkin akan berlaku perkara di luar jangkaan. Mungkin akan ada protes yang lebih besar lagi."Saya sebagai pemimpin mereka sekadar boleh menasihati. Saya tidak boleh jamin apa tindakan Orang Asli selepas ini sekiranya kerajaan tidak mahu dengar tuntutan kami," katanya lagi.

Sementara itu, seorang pengarah Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) Jerald Joseph pula berkata salah satu sebab Orang Asli berdemonstrasi di Putrajaya semalam adalah kegagalan komunikasi antara Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dengan pertubuhan-pertubuhan yang mewakili masyarakat berkenaan.Katanya, keadaan itu boleh dilihat apabila pertubuhan yang mewakili Orang Asli sering gagal mengadakan perbincangan dalam isu kritikal, khususnya dalam isu tanah.

Jerald berkata usaha jabatan tersebut setakat ini hanyalah sekadar memujuk ketua-ketua komuniti Orang Asli supaya menerima Dasar Pemberimilikan Tanah, tetapi enggan membuat perbincangan mendalam dengan NGO Orang Asli.

"Sangat susah untuk adakan perbincangan kritikal berkenaan isu tanah dengan mereka. Mereka cuma masuk ke kampung-kampung untuk bercakap dengan tok batin."Tok batin ini tidak berapa sedar dengan kesan-kesan daripada dasar tanah ini, jadi apabila JHEOA datang, mereka cuma duduk dan dengar sajalah."Sebab itu penting untuk libatkan NGO dalam perbincangan ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Jerald menjelaskan, pertubuhan yang dimaksudkannya itu termasuk Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan Jaringan Kampung Orang Asli Semalaysia (JKOAS)."(JKOAS) ini masih agak baru ditubuhkan tetapi ia digerakkan oleh tokoh-tokoh yang sudah lama dan fasih dengan isu-isu melibatkan Orang Asli seperti Tijah Yok Chopil," katanya lagi.

Tambahnya, masyarakat berkenaan perlu menempuh proses yang panjang sebelum berjaya mengusahakan dan menduduki tanah milik mereka sendiri."Apa yang mereka tuntut sekarang ini ialah supaya tanah mereka diberikan hak milik kumpulan dan bukan dipecah-pecahkan menjadi milik individu."Tambahan pula, hanya lebih kurang separuh daripada mereka yang dapat milik tanah ini, banyak yang belum dapat hak milik."Ini pun mengikut kemampuan negeri masing-masing untuk berikan tanah itu kepada mereka," katanya lagi
sumber : Malaysiakini
catatan :
1) Agak2 kalau ada FRU, gamaknya kena sumpit dengan org asli baru dia tau langit tinggi ke rendah.
2) Tahniah kepada pimpinan org asli yang berjuang untuk mendapatkan hak yang selama ini di nafikan oleh pemerintah UMNO/BN.
3) Boleh ler joint Pakatan Rakyat berdemo lepas ni...jgn lupa bawa sumpit yer...

Khamis, 18 Mac 2010

Kisah benar 'seorang' katak

Zul Nordin yang saya kenal - Zulkifli Sulong

Saya mula mengenali Zulkifli Nordin sejak isu Aishah Bukhari, gadis Melayu dari Johor yang keluar Islam dan menyertai Kristian kerana mengikut kekasihnya. Ketika itu Zulkifli Nordin adalah Setiausaha Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Kerana kedudukannya di situ, Masjid Jamek menjadi pusat kegiatan menangani isu murtad itu. Sejak itulah, saya mula kagum dengan keberanian Zul.Namun, hari demi hari, sebagai wartawan keyakinan dan kekaguman saya kepada beliau mula terhakis.

Ia bermula sejak dia mengendalikan isu Aishah Bukhari lagi. Kenyataan, bahasa yang digunakan, fakta yang diberikan sangat hebat. Namun, di dalam hati kecil saya mula tertanya-tanya...betulkah segala kenyataan ini.Yang paling ketara, kenapa beliau begitu berani membuat kenyataan yang bersifat hasutan tetapi beliau tidak pernah dilaporkan dipanggil atau disiasat oleh polis. Padahal apa yang beliau nyatakan dalam ucapan dan kenyataannya amat sensitif kepada hubungan kaum di negara ini ketika itu.

Sebagai wartawan yang sudah acap kali disiasat polis kerana laporan hasutan dan fitnah, saya rasa faham benar apakah dia hasutan dan fitnah ini.Namun saya sejukkan hati...mungkin dia lebih tahu dan apa yang dinyatakan itu tidak bertentangan dengan undang-undang kerana dia peguam.

Kes Arsenik Anwar
Lepas isu Aishah Bukhari, datang isu Anwar Ibrahim. Zul telah dilantik sebagai salah seorang peguam Anwar. Ekoran itu, keraguan saya terhadap Zul terlerai begitu sahaja. Tentu Anwar dan pasukannya lebih kenal Zul dari saya yang hanya seorang wartawan cabok. Tentu beliau betul. Itulah yang bermain di kepala saya ketika itu.Namun, hari demi hari kes Anwar berjalan...keraguan terhadap Zul datang kembali.

Ceramah yang beliau berikan sangat ramai pendengar dan penontonnya. Namun, kenyataan-kenyataan yang beliau buat dalam ceramahnya mula meragukan saya.Misalnya, apabila beliau bercakap soal Anwar terkena Arsenik.

Saya masih ingat lagi kata-kata Zul dalam ceramahnya. Kalau tidak silap di sekitar Kampung Baru pada tahun 1998."Tuan-tuan, semalam saya ke Sungai Buluh bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Bagi saya Anwar sah terkena racun Arsenik. Apabila saya pegang kepala Datuk Seri Anwar, penuh tangan saya dengan rambut beliau tuan-tuan. Rambut beliau mula gugur. Saya yakin lepas ini semua rambut Anwar akan gugur...." Begitulah lebih kurang kata-kata Zul Nordin dalam ceramahnya itu.

Pendengar sangat hiba dengan Anwar. Terkena Arsenik.Namun, sebagai wartawan lain pula yang saya rasa. Betul ke ni...bagaimana dia boleh pegang kepala Anwar?, hati saya terdetik.

Lalu sebagai pengarang, saya arahkan wartawan, jangan tulis berita itu. Tidak masuk akal.

Kesangsian kepada Zul semakin bertambah dengan cerita-cerita dari kartunis Zunar yang kebetulan ketika itu sentiasa mendapat surat-surat dari Anwar dari dalam penjara. Ketika itu, Harakah siarkan surat-surat Anwar dari penjara dalam kolum "Warkah Dari Penjara".

Ia berupa surat-surat yang ditulis Anwar sendiri di atas pelbagai jenis kertas termasuk di atas kertas tisu dari dalam penjara dan diseludupkan keluar kepada kami di Harakah.

Zunar juga mendapat maklumat yang sama...Zul Nordin 'melampau' atau exegerate dalam ucapan dan tindakannya.Ekoran itu, kami sepakat, berita berasaskan kenyataan dan tulisan Zul Nordin tidak boleh disiarkan dalam Harakah kerana kebolehpercayaannya amat rendah.

Dengan MB Terengganu
Selepas pilihan raya 1999, PAS telah menang di Terengganu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Menteri Besar. Pada satu hari, beberapa peguam telah diamanahkan untuk membuat satu perbentangan kepada beliau di pejabatnya dekat Kuala Terengganu. Salah seorang dari mereka adalah Zulkifli Nordin.

Untuk membuat perbentangan itu, mereka telah berbincang sehari suntuk di Kuala Lumpur sebelum membuat perbentangan pada keesokan harinya. Maknanya, kesemua mereka sentiasa bersama untuk membuat persiapan itu. Mereka berlepas ke Kuala Terengganu pada pagi esoknya dan terus ke pejabat MB Terengganu.

Di pejabat MB, apabila bersalam dengan Abdul Hadi, Zul Nordin berkata, "Tuan Guru, Datuk Seri Anwar kirim salam. Semalam saya jumpa beliau," kata Zul Nordin kepada MB Terengganu itu.

Tercengang-cengang semua rakan-rakan peguamnya apabila Zul berkata demikian kepada MB Terengganu itu. Bila pula 'mamat' ni jumpa Anwar. Semalam sehari suntuk mereka bersama.Berpaling arahBilakah Zulkifli Nordin mula berpaling arah.

Dalam hal ini saya bersetuju degan rakan penulis saya Mohd Sayuti Omar. Menurut Sayuti, Zul Nordin mula meninggalkan PKR sejak tahun 2009 lagi apabila Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzil menarik balik petition pilihan rayanya terhadap Zul.

Ketika itu, Zul telah dipetition kerana gagal membuat laporan kewangan perbelanjaan beliau dalam pilihan raya umum 2004. Ia menjadi syarat wajib bagi SPR. Mana-mana pihak yang tidak membuat laporan kewangan pilihan raya sebelumnya tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya berikutnya.

Ekoran kegagalan itu, calon BN telah membuat petition. Zul juga mempunyai masalah besar kerana dia juga didakwa cuba membuat laporan palsu dalam kes ini.Menjelang mahkamah membuat keputusan, tiba-tiba calon BN itu telah menarik balik petitionnya.

Ekoran itu selamatlah Zul dan kekallah beliau sebagai anggota Parlimen.Walaupun masih anggota Parlimen PKR, namun tindak tanduk Zul bukan lagi anggota Parlimen PKR. Banyak kenyataan dan tindakan beliau sudah selari dengan Umno dan bukan Pakatan Rakyat lagi.

Secara tidak rasmi, dia bagi saya sudah menjadi anggota Parlimen Umno. Apatah lagi, berita angin melaporkan beliau telah bertemu dengan Datuk Seri Najib sebelum itu. Saya tidak berani untuk berkata, adakah beliau bertemu dengan Rosmah atau tidak.Kemuncak tindakan Zul Nordin adalah selari dengan Umno dalam isu nama Allah.

Ketika PAS, sebagai sebuah parti Islam yang dipimpin oleh ulama berkata orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah kerana sememangnya nama Allah sudah digunakan oleh Kristian khasnya di Timur Tengah, Zul mengambil sikap selari dengan Umno. Sikap ini bertentangan dengan sikap PKR dan PAS sendiri.

Ia tidak menjadi masalah lagi kerana di dalam PAS juga mempunyai pendapat yang berbeza sebelum kata sepakat dicapai. Tetapi, apabila Zul membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad ekoran isu nama Allah ini, dia sudah melampaui batas. Semua pihak mengatakan Zul Nordin sudah melampau.

Saya menyokong penuh kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, "Saya berdoa agar Zul keluar PKR atau dipecat oleh PKR."Dan kini PKR sudah memecat Zulkifli Nordin.

Sebagaimana dijangka, beliau diangkat menjadi hero oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia dan diberikan laporan muka depan akhbar itu.Saya selalu berkata kepada pemimpin PAS, "kalau kenyataan tuan disiarkan oleh Utusan, apatah lagi di muka depannya, percayalah itu bukan publisiti yang tuan perlukan. Itu sebenarnya publisiti buruk dan percayalah ia akan menyusahkan tuan dan PAS."

Selasa, 16 Mac 2010

Doa laknat : Kata Menteri jaga Agama vs Kata Islam

APA KATA MENTERI JAGA AGAMA UMNO???

1)"Perbuatan mendoakan kecelakaan orang lain perlu dihentikan kerana ia berdosa dan tidak mencerminkan ajaran Islam yang sebenar."

2)"Tidak ada nas menunjukkan ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW mengajar orang untuk menjadi jahat."

3)"Tujuan doa dan solat hajat adalah untuk sesuatu perkara yang baik dan agama Islam tidak pernah mengajar kita untuk mendoakan kejahatan kepada orang lain."Semasa Nabi Muhammad kena pukul di Taif pun, baginda masih berdoa untuk orang yang membuat kezaliman terhadapnya,"

4)"Perbuatan tersebut berdosa kerana kita tidak boleh mendoakan kecelakaan sesama umat Islam."

5)"Saya nasihatkan kepada mereka yang melakukan perbuatan itu supaya menghentikannya dan jangan kerana politik, kita hilang pertimbangan agama,"

(Menteri Jaga Agama UMNO tersebut mengulas gertakan PAS untuk mengadakan solat hajat bagi Allah menunjukkan keadilan kepada pengkhianat kepada pengundi2 Parlimen Bagan Serai)


APA KATA ISLAM???

Di sini, dipetik satu pandangan yang membolehkannya berdasarkan beberapa sandaran untuk menjadi renungan kita bersama.

PERTAMA:Di awal dakwah, nabi SAW naik atas bukit safa, lalu berucap di atas bukit tersebut untuk menyampaikan kandungan dakwah nabi SAW.

Di saat itu, Abu lahab marah dengan dakwah nabi SAW, menyebabkan beliau telah mengambil batu dan membaling ke arah nabi SAW.

Tindakan Abu Lahab tersebut dibenci oleh Allah, menyebabkan Allah menurunkan firman-Nya ;تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ “celakalah kedua tangan abu Lahab, dan sememangnya Abu lahab adalah celaka” (Surah Al-lahab : 1)

KEDUA: Firman Allah ;وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أُولَئِكَ يُعْرَضُونَ عَلَى رَبِّهِمْ وَيَقُولُ الْأَشْهَادُ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى رَبِّهِمْ أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ “

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka, dan para saksi akan berkata: “Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Tuhan mereka.” Ingatlah, laknat Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim“(Surah Hud : 18)

KETIGA: Firman Allah;أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ أَنَّ عَلَيْهِمْ لَعْنَةَ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ “

"Mereka itu (orang yang zalim), balasannya ialah: bahwasanya la’nat Allah ditimpakan kepada mereka, (demikian pula) la’nat para malaikat dan manusia seluruhnya”(Surah Al-Imran : 87)

KEEMPAT: Imam Al-Bukhari ada meriwayatkan hadis, bahawa nabi SAW ada berdoa dalam qunutnya; اللَّهُمَّ الْعَنْ فُلَانًا وَفُلَانًا وَفُلَانًا

“Ya Allah, berilah laknat kepada fulan, fulan dan fulan” Doa ini dibaca oleh nabi SAW setelah membaca ;سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ “telah mendengar oleh Allah terhadap mereka yang memujinya. Wahai tuhan, kepujian itu layak untuk kamu” (Al-Bukhari : 3762)

KELIMA: Imam At-tarmizi ada meriwayatkan hadis, bahawa Nabi SAW ada berdoa dalam peperangan uhud;اللَّهُمَّ الْعَنْ أَبَا سُفْيَانَ اللَّهُمَّ الْعَنْ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ اللَّهُمَّ الْعَنْ صَفْوَانَ بْنَ أُمَيَّةَ

“Ya Allah, berilah laknat terhadap Abu Sufyan. Ya Allah, berilah laknat terhadap Al-haris bin Hisyam. Ya Allah, berilah laknat terhadap Safwan bin Umayyah”

Ekoran doa nabi SAW itu, menyebabkan Allah SWT menurunkan firman-Nya; لَيْسَ لَكَ مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ ”

"Tak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka, atau mengazab mereka karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim.”(Surah Al-Imran : 128)

Kemudian dari turunnya ayat ini, menyebabkan mereka yang nama-nama mereka disebut oleh Nabi dalam doa tersebut bertaubat. Dan Allah telah mengampun dosa mereka, bahkan selepas itu, mereka menjadi orang islam yang baik. (At-tarmizi : 2930)

KEENAM: Imam At-tibrani meriwayatkan hadis. Bahawa nabi SAW berdoa ketika baginda takut/bimbang terhadap sesuatu kaum;اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ، وَنَدْفَعُكَ فِي نُحُورِهِمْ

“Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung dengan kamu daripada segala kejahatan mereka, dan kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka” (Al-Mukjam Al-kabir : 1579)

* maksud dengan doa “kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka”, adalah doa agar mereka binasa.

ISTIDLAL Dari Ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis nabi SAW ini, dilihat bahawa Allah sendiri membenarkan ungkapan celaan dan laknat diberikan kepada mereka yang zalim.

Bukan sekadar itu sahaja, mendoakan agar diberikan laknat kepada mereka terbabit pun dibenarkan dalam islam.

Makanya, terlebih dibenarkan dalam islam apabila mendoakan kecelakaan seseorang itu ‘dita’liqkan’(digantungkan/dikaitkan) dengan sesuatu amalan kezaliman yang bakal dilakukan.

Ia sedikit sebanyak, merupakan salah satu cara untuk mencegah seseorang itu daripada melakukan kezaliman.

Sabda nabi SAW;انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ

“tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim”Seorang lelaki bertanya, “wahai rasulullah, aku akan menolong seseorang yang dizalimi. Bagaimana pula, hendak menolong orang yang zalim?”Jawab nabi, “berhentikan dia daripada melakukan kezaliman, maka itu adalah cara kamu menolong dia” (Al-bukhari : 6438)

Dari hadis ini, amat nyata bahawa Nabi SAW menyatakan bahawa perlu dilakukan tindakan yang boleh memberhentikan seseorang yang zalim itu daripada dia melakukan kezaliman.

Justeru, jika dengan cara menyebut akan berdoa kebinasaan terhadap orang yang zalim dapat memberhentikan dia dari melakukan kezaliman, maka itu merupakan tindakan yang tidak salah dalam islam, malahan ia adalah sesuatu yang disyariatkan dalam islam.

Oleh : Al-Fadhil Al-Ustaz Yusuf Embong

Sekian. Wallahu ‘Alam.

Nota : Berikut adalah bait2 doa yg telah di ucapkan oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz tetapi LANGSUNG tak di berikan perhatian oleh media massa BN. Lihatlah, betapa berlapiknya bahasa yang Tuan Guru gunakan untuk berdoa kepada Allah...

“Ya Allah, Ya Tuhanku, kalauMu tengok dua orang ni (Najib & Zahid) ada bakat menjadi baik, bukalah pintu hati dia untuk Islam dan Iman, kalau tak ada bakat dah jadi baik, kacau sokmo, turunkanlah bala supaya orang lain gerun nak tiru dia”

Kemudian Tok Guru berdoa dalam bahasa Arab dengan menyebut nama Najib dan Zahid. Orang salah sahaja TAKUT kerana doa adalah senjata bagi kaum mukmin.

Jadi UMNO tak perlu takut dan pengecut dengan doa org2 yang di zalimi. Terpulang lah kepada Allah untuk memakbulkannya atau sebaliknya...

Jumaat, 12 Mac 2010

Wanita mampu menarik lelaki ke NERAKA...!!!

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik keneraka oleh anaknya.
(catatan: Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahanam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(catatan: Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(catatan: Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(catatan: Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatila h dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...selamatkanla h dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.) Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... "

Khamis, 11 Mac 2010

Iman Semut vs Iman Manusia

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.

Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".
Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu.

Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya,iman dia akan beralih.

Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali :
" ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .

Wallahulam.

Rabu, 10 Mac 2010

Mufti Perak dicabar untuk menjelaskan isu Kerajaan Perpaduan.

Kenyataan Media (10 Mac 2010)

ISU KERAJAAN UMNO & PAS: FORUM PENJELASAN AKAN DI ADAKAN DI PERAK

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) akan menyediakan satu pentas dengan mengadakan forum berkaitan perkara yang di bangkitkan oleh Tan Sri Haji Harussani Zakaria di dalam isu menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak dengan menghadirkan semua yang terlibat tersebut di atas satu pentas demi mencari kebenaran.

DPPN Pk akan menurunkan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Negeri Kelantan, Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Haji Ahmad Awang, mereka yang telah terlibat secara langsung sebagaimana yang di dakwa oleh Tan Sri Harussani. DPPN Pk dengan ini meminta Tan Sri Harussani menetapkan tarikh, tempat dan masa bagi menjayakan forum tersebut.

Bagi bersikap adil, Tan Sri Harussani boleh menjemput seorang lagi panel daripada UMNO untuk bersamanya di dalam forum tersebut. DPPN Pk berharap forum tersebut akan memperjelaskan dan juga membetulkan fakta yang sebenar demi mencari kebenaran. DPPN Pk berharap Tan Sri Harussani akan menerima pentas forum ini untuk menjelaskan sepertimana yang di dakwanya.

DPPN Pk akan menunggu Tan Sri Harussani menetapkan tarikhnya kelak secepat mungkin. DPPN Pk juga akan cuba merealisasikan kehadiran Datuk Nik Abdul Aziz dan Ustaz Ahmad bagi menggunakan ruang pentas forum tersebut demi membetulkan fakta yang sebenar.

SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak


Catatan :
Agak2 ler berani ke idak Tok Mufti kita ni sahut cabaran ni??
Atau sekadar berani baling batu sembunyi tangan??
Ayuh Tan Sri...sahut cabaran ini kerana berani kerana benar...
dan TAKUT KERANA SALAH...!!
Hanya UMNO sahaja yang takut bersemuka dengan rakyat...

Ringkasan prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat sepanjang 2 tahun pentadbiran.

Pakatan Rakyat secara tuntas memperlihatkan kerjasama dan muafakat utuh demi memasti serta menjamin kemaslahatan rakyat. Pakatan Rakyat akan sentiasa menjunjung prinsip-prinsip Perlembagaan yang menjamin hak orang Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Pakatan Rakyat akan terus memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan didasari prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Berdepan dengan masalah perkauman yang meruncing, rakyat di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan perpaduan kaum yang semakin jitu dan utuh. Negeri-negeri Pakatan menunjukkan prestasi ekonomi yang memberansangkan jika dibandingkan dengan negeri yang ditadbir umno-barisan nasional.

SELANGOR
Negeri Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM6.76 billion pada tahun 2009 dan mencipta sebanyak 20,753 peluang pekerjaan. Dari jumlah pelaburan tersebut, RM2.752 bilion (40.8%) merupakan pelaburan tempatan. Manakala Projek Industri yang diluluskan di Selangor berjumlah 278, ianya merupakan yang tertingi dicatatkan di negara ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga mensasarkan enam hingga tujuh peratus pertumbuhan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini daripada penguncupan sebanyak 3.87 peratus tahun lepas.

Selangor juga mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya.

Kerajaan Negeri juga memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam sepanjang 2010. Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari Kerajaan Negeri mahupun sumbangan individu.

PULAU PINANG
Pulau Pinang meluluskan sebanyak 104 projek industri (ketiga tertingi). Dasar CAT (daya saing, pertanggungjawaban dan ketelusan) menjadi pemangkin kepada kejayaan Pulau Pinang untuk merekodkan lebihan belanjawan (surplus) sebanyak RM88 juta berbanding jangkaan defisit sebanyak RM35 juta (belanjawan 2008)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan terunggul. Pengiktirafan serta bantuan kewangan (pemberian tunai) kepada pelajar terbaik SPM dan STPM serta para huffaz.

Bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM97 ribu per sekolah, RM60 ribu kepada setiap sekolah Cina dan RM63 ribu kepada setiap sekolah Tamil. Jumlah keseluruhan ialah RM11.3 juta.


KEDAH
Pelaburan adalah penyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kedah telah mencatatkan pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta bagi tempoh Januari hingga September 2009, dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4 juta dan pelaburan asing sebanyak RM559.8 juta.


Kini dengan keluasan 1,000 hektar kerajaan mendapat hasil RM16.7 juta, tidak termasuk cukai per tan metrik bila balak dikeluarkan dari hutan.Sedangkan di bawah pentadbiran Umno-BN, dengan keluasan yang sama, hanya mampu mengutip RM3 hinggga RM4 juta sahaja termasuk cukai kayu pertan metrik. Kejayaan ini merupakan hasil dari pelaksanaan dasar yang telus serta tidak berkompromi dengan rasuah.


KELANTAN
Semenjak 20 tahun lepas Kerajaan Kelantan secara berterusan dianaktirikan akan tetapi Kelantan tetap berjaya dengan program negeri berkebajikan. Program Kifalah untuk anak yatim, golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menjadi contoh kepada banyak negeri.

Begitu juga dengan program Perbadanan Ladang Rakyat yang membantu golongan marhaen, Bandar Baru Tunjung dibina menjadi pusat komersil satelit kepada Kota Bharu. Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan.

Selain itu PMBK menjadi agensi pelaburan utama negeri yang sebelum ini gagal di bawah pemerintahan BN sebelum 1990. Kerajaan Negeri berjaya menguruskan 20 sekolah agama bantuan penuh kerajaan negeri yang cemerlang dan menjadi saingan kepada sekolah premier di bawah Kementerian Pendidikan.

Kehadiran pelbagai syarikat multinasional adalah bukti kuasa beli rakyat Kelantan terus kukuh. Sepanjang 20 tahun pemerintahan ekonomi tempatan dibina secara kendiri tanpa bantuan stimulus dari kerajaan Pusat.

Oleh : Harakahdaily

Selasa, 9 Mac 2010

Memahami Cabaran Dalam Dakwah dan Jamaah

Oleh : Al Fadhil Ustaz Mohd Hazmi Dibok

1) Golongan yang berbisik-bisik di belakang atau tidak melalui saluran jika tidak berpuas hati dan menimbulkan klik dalam jamaah

"As-Syahid Sayyid Qutb ketika menafsirkan ayat yang membicarakan tentang berbisikan (Surah An-Nisak ayat 114-pen) berkata :

Nampaknya sebahagian kaum muslimin - yang terdiri drpd mereka yang belum sensitif dengan deria tanzim Islami - ketika berlaku sesuatu perkara, mereka berkumpul sesama sendiri untuk bersembang-sembang dan berbisikan serta bermesyuarat jauh dari pantauan qiadah (pimpinan) mereka.

Kaedah ini tidak diperakui oleh tabiat perjalanan Jamaah Islam dan ruh tanzim Islami yang menuntut agar segala pandangan, pendapat dan cadangan (atau kritikan) yang timbul hendaklah dibentangkan kepada qiadah secara lansung (face to face). Perkumpulan-perkumpulan pinggiran (klik atau team) dalam jamaah adalah tidak dibenarkan.

Adalah diperhatikan bahawa perkumpulan-perkumpulan yang wujud di dalam jamaah akan menyebabkan keadaan kucar-kacir dan menyusahkan jamaah, sekali pun orang yang melakukannya tidak berniat demikian (mungkin niat kerana sayangkan jemaah).

Tetapi, cara pengutaraan permasalahan semasa yang dihadapi atau pembentangan pendapat dan cadangan (atau kritikan) dengan cara demikian (tidak melalui saluran) sudah cukup untuk membawa kepada kesulitan dan ketidak patuhan."

[petikan tafsir Fi Zilal Al-Quran, 6/351]

2. Penimbul fitnah (perpecahan) dalam jamaah seringkali menggunakan alasan yang indah untuk menjustifikasi tindakan

Sikap menjustifikasikan tindakan sumbang dengan alasan yang indah (cth : kerana sayangkan jamaah) ini adalah merupakan syiar golongan kafir yang menjangkiti penimbul fitnah dalam jamaah Islam.

"Kemudian ada pemimpin yang dituduh tidak memahami permainan politik. Qiaskan apa yang berlaku sekarang dengan apa yang telah berlaku dahulu. Al-Quran telah memberi amaran kepada kita daripada terlibat dengan tuduhan-tuduhan tersebut kerana ia merupakan syiar golongan kafir. Firaun (dan menteri-menterinya) telah berkata tentang Nabi Musa a.s ;{dan Firaun berkata ; Biarkan aku membunuh Musa dan biarlah dia memohon kepada Tuhannya kerana aku bimbang dia akan menukar agama kamu atau dia akan menimbulkan kerosakan di muka bumi - Surah Al-Ghafir ayat 26

{Dan berkata pula ketua-ketua dari kaum Firaun ; Adakah kamu (wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir)} - Surah Al-A'raf ayat 127

Bukankah inilah perkataan yang turut digunakan oleh setiap thagut yang melakukan kerosakan di atas muka bumi dan mendakwa yang yang mereka melakukan pembaikan?

Bukankah ia merupakan perkataan batil yang hodoh dan digunakan bagi berhadapan dengan kebenaran yang indah?

Bukankah ia juga perkataan yang digunakan oleh si penjahat bagi membangkitkan keraguan dan syak wasangka di sisi seorang yang beriman lagi tenang?

Logik yang digunakan adalah sama. Ia berulang ketika bertembung di antara kebenaran dan kebatilan, iman dan kufur, kebaikan dan keburukan di sepanjang zaman dan setiap tempat. Kisah ini sentiasa berulang dari masa ke semasa" [Fi Zilal Al-Qur'an, 5/3078]

Oleh itu para daie hendaklah sentiasa berwaspada daripada menyerupai golongan kafir, iaitu dengan mengadakan alasan ;

- bahawa fitnah yang digembar-gemburkan bertujuan untuk membaiki,
- bahawa mereka keluar dari jamaah demi melakukan pembetulan,
- bahawa bisikan yang dilakukan di kalangan mereka bertujuan untuk berbincang (wacana),
- bahawa umpatan yang dilakukan bertujuan untuk mewujudkan suasana dialog,
- bahawa percanggahan dengan pemimpin atas alasan kebenaran bukannya satu,
- bahawa ketidak tegasan (dengan Islam-pen) dengan hujjah untuk mendapatkan sokongan,
- bahawa tidak taat kepada dakwah atas alasan mempermudahkan (dinamik)
- bahawa mengkritik golongan yang membawa kebaikan dengan alasan (kebaikan) itu subjektif,
- bahawa meninggalkan dasar-dasar syarak dengan hujjah maslahah,........

Tetapi, kerosakan adalah tetap kerosakan, tidak boleh diubah oleh ibarat dan lafaz yang digunakan untuk menggambarkannya. Tetap teguh di atas manhaj adalah lebih utama daripada mendapat sokongan yang cepat. Kesatuan jamaah adalah daripada lebih utamamendapat sokongan di dalam satu-satu situasi. Kemaslahatan umum mengatasi kepentingan individu.

* Petikan dari buku Fitnah Dalam Kehidupan Pendakwah - Muhammad Ahmad Ar-Rashid m.s. 55-57

Isnin, 8 Mac 2010

UMNO/BN cemburu Pakatan Rakyat bersama PAS - Tuan Guru Nik Abd.Aziz

Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya:
1. Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.

2. Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.

3. Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

4. Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.

5. Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.

Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.

Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu ”hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.

Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.

Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ’orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.

Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.

Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya, maksudnya,
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).(al-Hujuraat, 49: 13)

Semoga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul Am PAS,
merangkap Menteri Besar Kelantan.
22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010.

Mengapa Mufti Perak sanggup berbohong?


Membaca pengakuan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam Malaysian Insider berhubung usahanya memujuk PAS untuk bekerjasama dengan Umno bagi mewujudkan Kerajaan Campuran di Perak, pasti ramai yang sudah menduga, tapi tidak kurang juga yang kesal dan menganggapnya sebagai tindakan yang sia-sia.

Malah ramai yang kesal kerana beliau sebagai seorang Mufti rela diperkudakan untuk menjadi ejen Umno bagi memujuk PAS. Paling menyedihkan kerana Umno, beliau sanggup mengkhianati jubah Muftinya dan berbohong kepada rakyat dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ahli Majlis Syura Ulama PAS, yang juga Pesuruhjaya PAS Perak ketika itu Ustaz Ahmad Awang menjelaskan;“Apa yang beliau (Harussani) cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul (bohong),”Ustaz Ahmad turut menjelaskan bahawa dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda. Malah perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu pun tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya.

Memang jelaslah Harussani begitu taksub pada Umno, dan layaknya beliau berhenti jadi Mufti dan bertanding sebagai calon Umno kalau mahu tubuh Kerajaan dan jadi menteri Besar.Harussani sudah lupa bahawa sekarang dia masih lagi Mufti Perak.

Dan amat tidak wajar beliau bercakap tentang isu ini sekarang kerana Umno sudah kembali merompak kuasa di Perak dan tubuh Kerajaan haram. Jadi apa jadahnya beliau bangkitkan hal ini dalam Forum di UKM.

Mahu sindir PAS?

Nak bagitau bahawa PAS sekarang sudah rugi?

Memang jelas beliau ada niat yang tidak baik bila mengungkitkan hal itu. Sejak dapat gelaran Tan Sri ni, makin galak beliau berjuang untuk Umno.Yang pasti beliau sudah bekerjasama dengan kezaliman yang tidak diredhai rakyat dan Islam.

Kalau Khalifah Umar hidup lagi, pasti beliau dah kena tampar sebab bersekongkol dengan penzalim, perasuah dan pemimpin-pemimpin Umno yang begitu taat sembah tugu negara setiap tahun.

Beliau sebelum ini begitu semangat bicara soal murtad, tapi apa pula hukum Pak Lah dan Najib sembah tugu negara? Adakah itu amalan yang dituntut oleh Islam.

Bagaimana pun dengan cara Umno rompak kerajaan Perak. Halalkah?

Ingatlah wahai Harussani…jangan hanya tahu harus sana sini. Gunakanlah ilmu yang ada untuk bercakap benar, bukannya berbohong.

Bersamalah dengan kebenaran kalau tidak mahu lari sana-sini di Padang Mahsyar nanti.

Oleh : Herman Samsudeen

Jumaat, 5 Mac 2010

Gempa bumi di Chile : Paling dasyat pada abad ini!!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

SURAH AL-ZALZALAH

[1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
[2] Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
[3] Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
[4] Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
[5] Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
[6] Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
[7] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[8] Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Saban hari kita di sajikan dengan berita2 terkini perkembangan bencana gempa bumi yang melanda Negara Chile sejak 28 Februari 2010. Bukan sekadar gempa bumi bahkan amaran tsunami juga di keluarkan di sekitar perairan Pasifik hingga ke Negara Jepun.

Gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala Ritcher di laporkan adalah gempa bumi paling dasyat dalam abad ini selepas gempa bumi di Acheh yang mengakibatkan tsunami mega yang mengorbankan tak kurang dari 200 ribu orang di seluruh dunia.

Saksikanlah gambar2 akibat dari gempa bumi di Chile dengan penuh rasa insaf akan betapa kerdilnya kita di muka bumi Allah ini...Moga ianya mampu meningkatkan rasa taqwa dan kehambaan kita kepadaNya...

Maha Suci Allah. Ampunkanlah dosa2 kami Ya Allah....

Khamis, 4 Mac 2010

Apa lah si Najib buat sekarang ni...???


HARGA GULA NAIK...


HARGA IKAN NAIK...


HARGA MINYAK...SIKIT LG MAU NAIK...


APA LAGI MAU NAIK LEPAS NI...???


BN- Barang Naik,

Bila Naik?, Baru Naik,

Berapa Naik?.....Baaaaaaaanyyyakkkk Naik...


Apa ler si Najib buat la ni....moh kita siasat...


Lerrrrr.....rakyat tengah menderita...dia boleh...


ZZZzzzzzzz.......TIDO???

(member kat belakang pun dok geleng kepala...ishh ishh...kuat tido rupanya...)

Rabu, 3 Mac 2010

UMNO/BN- Parti Tong Sampah

Pengistiharan bekas TKM 1 P.Pinang Fairus keluar dari Parti Keadilan dan menyertai UMNO serta pengumuman bekas s/usaha agong dan pengumuman Ahli Parlimen Nibong Tebal keluar dari Keadilan adalah satu proses pembersihan dalaman Parti Keadilan dan gabungan Pakatan Rakyat.(catatan : Ahli Parlimen Bagan Serai yg terkini telah mengisytiharkan keluar PKR)

PAS telah melalui proses ini satu waktu dulu,bukan sekadar wakil rakyat tetapi Presiden Pas dan pimpinan tertinggi yang termasuk para Ulamak meninggalkan PAS. Namun PAS terus mantap dan maju dengan didokong oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas.

Proses ini membuktikan parti parti kompnen Pakatan Rakyat(PR) hanya layak didokong oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas dan jujur kepada perjuangan memertabatkan kedaulatan rakyat yang berteraskan kebenaran dan keadilan.

Ini adalah neutral proses yang tak mampu dilakukan oleh proses organisasi. Dari sudut proses organisasi kita tak upaya nak tapis sedalam dalam niat dan agenda sebenar seseorang.Tetapi proses alam semulajadi(Sunattullah)yang pasti akan menentu dan melakukan pembersihan Parti dari pengkhianat perjuangan rakyat.

Kemasukkan Firdaus dalam umno dan pengistiharan beberapa orang wakil rakyat keluar dari PKR dan menjadi bebas dan menyempurnakan agenda umno/Bn membuktikan umno/bn adalah" PARTI TONG SAMPAH "yang layak menghimpunkan bungkusan sampah dan kotoran didalamnya.

Sebelum ini umno/bn bekerjasama dengan tiga adun perak yang dituduh oleh umno/bn sebagai perasuah.Mereka ini keluar dari PKR dan DAP sokong umno/bn untuk merampas kerajaan PR Perak.

Umno/bn sanggup bersekongkol dengan orang rendah moral untuk kepentingan politik singkat mereka.Dengan keluarnya mereka akan mengwujudkan suasana persekitaran pkr dan pr yang lebih baik.

Ini akan menjadi PKR dan PR sebagai parti yang bersih dari kekotoran dan najis yang membusukan dan menjadikan PKR dan PR bebas dari sarang pengkianat perjuangan rakyat.

Pengkianat perjuangan rakyat hanya layak bersama parti tong sampah dan tong najis umno/bn.Saya harap mana mana mereka yang keluar dari PKR dan PR yang dipilih sebagai wakil rakyat atas nama PKR dan PR agar melepaskan jawatan mereka seperti mana yang telah dilakukan terlebih dahulu olih Fairus dengan melepaskan jawatannya sebagai adun.

Kepada rakyat saya yakin mereka tidak menghirau dengan perkembangan yang berlaku,kerana PR bukan milik beberapa kerat pemimpin yang lari tetapi PR adalah milik rakyat semua.

Walaupun seribu pemimpin yang pergi namun perjuangan rakyat tetap diteruskan.

Dato'Mahfuz OmarNaib
Presiden PAS
Ahli Paerlimen Pokok Sena

Selasa, 2 Mac 2010

Bila PAS dan PKR takkan jadi boneka DAP?

Di Perak, Umno kata PAS boneka DAP. Di Pulau Pinang, Umno kata PKR pula boneka DAP. Bagi Umno sesiapa sahaja yang berkawan dengan DAP adalah boneka parti itu.

Di Kedah, Umno tak kata pula DAP boneka PAS sedangkan MB Kedah daripada PAS.

Di Selangor pun, Umno tak kata DAP boneka PKR walau pun MB negeri itu daripada PKR.

Bagi Umno, yang boleh jadi boneka hanyalah PAS dan PKR. DAP pula tak pernah dituduh jadi boneka sesiapa.

Pelik juga, mengapa parti-parti lain sering dituduh jadi boneka DAP? Kerana DAP parti Cina?
Di Perak, semasa Nizar menjadi MB, Nizar dituduh menjadi boneka DAP kerana meluluskan sejumlah tanah kepada sekolah persendirian Cina.

Kelantan juga turut memperuntukkan tanah untuk sekolah Cina, tetapi PAS Kelantan tidak pernah dikata sebagai boneka DAP atau Cina. Nik Aziz juga tidak dituduh begitu.

Mengapa?

Umno boleh kata PAS Kelantan adalah boneka DAP atau apa sahaja, tapi Umno tidak berkata begitu kepada PAS Kelantan.

Umno pun tahu kalau itu yang dikatakan kepada PAS Kelantan, orang Umno Kelantan sendiri akan membodohkan orang Umno yang berkata begitu.

Di Kedah, Umno tidak pula kata PAS boneka sesiapa, pada hal kerajaan Kedah meluluskan sejumlah tanah kepada sekolah Tamil.

Malah di Kelantan ada masjid dengan reka bentuk ala di negeri Cina, tak pula dikata PAS Kelantan boneka DAP atau Cina.

Satu lagi, mengapa Umno tidak rasa parti itu boneka MIC, atau Najib dikata boneka Samy? Atau Umno boneka MCA atau Najib boneka Koh Tsu Koon?

Umno juga tidak berasa dirinya boneka Gerakan suatu masa dulu apabila jawatan KM Pulau Pinang disandang oleh Gerakan.

Umno tidak pernah berasa parti itu boneka sesiapa walau pun parti itu juga tunduk kepada parti dan orang tertentu.

Percayalah, kalau PAS berkawan dengan Umno, PAS tak akan dituduh boneka DAP. Demikian juga PKR.

Apakan daya, untuk masa kini itulah cuma modal Umno untuk pecahkan Pakatan Rakyat.

Apa perasaan Najib kalau dikatakan bahawa 1 Malaysia adalah boneka 1 Israel?

oleh : bongkarsauh.blogspot

Umno sabotaj ekonomi Kelantan dengan JPP dan wang ehsan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan karenah Umno yang tidak pernah ikhlas membantu Kelantan. Kelantan yang diperintah PAS selama dua dekad, tidak pernah sunyi dengan gangguan dan sabotaj dari Umno yang masih menguasai Kerajaan Persekutuan atas tiket Barisan Nasional.

Tindakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin yang mengesa agar Kelantan tidak berterusan ‘eksport’ rakyatnya dan mendakwa bahawa kedudukan perniagaan di negeri itu sebagai tidak bermaya adalah salah satu contoh persepsi buruk yang cuba ditimbulkan oleh Umno. Kedudukan ekonomi Kelantan masih baik dan peluang perniagaan sentiasa ada di Kelantan.

Isu Kelantan ‘eksport’ rakyatnya, tidak sepatutnya menjadi isu kerana negeri lain seperti Johor, Terengganu, Pahang, dan Kedah juga adalah antara negeri yang aktif mengeksport rakyatnya. Negeri Johor sebelum ini dilaporan mengeksport lebih dari 100 ribu rakyatnya untuk bekerja di Singapura iaitu negara jiran Malaysia. Ini berbeza dengan Kelantan yang kebanyakkan rakyatnya bekerja di Lembah Klang dan membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia secara umumnya. Sebelum ini, perkara sebegini tidak pernah menjadi isu, kenapa sekarang beliau membangkitkannya.

Rakyat Kelantan kini berada di hampir semua negeri dalam pelbagai sektor termasuklah yang bekerja dengan Kerajaan. Dalam sektor Kerajaan sendiri ramai tenaga pakar kalangan anak-anak Kelantan yang pernah meminta ditukar ke Kelantan untuk membantu negeri itu tetapi mereka diletakan di Putrajaya, yang tidak sokong Kerajaan dihantar ke pedalaman di Sabah Sarawak.

Menyentuh tentang soal kedudukan perniagaan di Kelantan yang tidak bermaya serta kurangnya pelancong asing ke negeri berkenaan, fenomena ini bukan sahaja dirasai Kelantan pada waktu ini. Negeri-negeri lain juga sebenarnya mengalami masalah yang sama berikutan kelembapan ekonomi negara keseluruhannya.

PAS juga kesal kerana selama ini banyak peruntukan dari kerajaan Persekutuan tidak sampai sepenuhnya ke tangan pentadbiran Kerajaan Negeri. Kerajaan Barisan Nasional mewujudkan tol yang bernama “Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)” dimana sebahagian peruntukan Pusat kepada Kelantan diserahkan kepada Jabatan ini dan dana yang dimasukan dalam akaun JPP tidak direkodkan oleh Kerajaan Negeri sebagai hasil negeri. Ini berbeza dengan negeri yang diperintah BN, dimana mereka mendapat jumlah penuh peruntukan dari Pusat.

Dalam kes wang ehsan, Kerajaan Persekutuan juga mengunakan prosedur kewangan yang sama dimana RM 20 juta akan diserahkan kepada JPP Kelantan. Apakah ini bukan satu tindakan yang culas.

Kelantan secara tegasnya menolak wang ehsan kerana yakin mereka berhak menerima wang royalti minyak bernilai lebih RM 2 Bilion. Hak ini juga dinafikan sedangkan wang royalti adalah hasil negeri yang sewajarnya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan setelah membenarkan Petronas menjalankan carigali minyak di perairan Kelantan. PAS yakin, jika Kelantan menerima wang royalti dan JPP dibubarkan, maka kewangan negeri tidak akan mengalami defisit, malah pembangunan yang lebih rancak dapat diadakan.

Kenapa Umno Kelantan berpakat untuk menafikan hak rakyat ini. Jelas Umno berniat untuk sabotaj ekonomi negeri dimana hasil negeri yang sepatutnya diterima tidak diberikan dan Awang Adek sibuk mengatakan bahawa ekonomi dan perniagaan Kelantan tidak bermaya.

Kelantan sentiasa dimomokan dengan imej negatif hingga menyebabkan pelabur dan pelancong merasa kurang yakin. Kerajaan Persekutuan harus berhenti menganaktirikan Kelantan dan menerima hakikat bahawa negeri ini selesa dibawah pentadbiran PAS sejak dua dekad yang lalu.

PAS akan terus memastikan Kelantan dapat dimajukan walaupun Umno-BN tidak akan berhenti mensabotaj negeri ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat