Sabtu, 31 Julai 2010

Program 'Retreat' DPPK Tapah di Teluk Batik

( Saf AJK DPPK khusyuk meneliti salah satu pembentangan kertas kerja melalui LCD)



Alhamdulillah, Jawatankuasa DPPK Tapah telah berjaya menjalankan satu 'retreat' dan 'brainstorming' pada 24 dan 25 Julai lepas bertempat di salah sebuah resort terkenal di sekitar Teluk Batik.

Antara 'hadaf' utama program ini adalah bertujuan untuk mengemaskini dan memperbaiki perjalanan pengurusan DPPK Tapah di samping membincangkankan program2 DPPK Tapah dalam baki tahun 2010 yang tinggal beberapa bulan sahaja lagi.

Dan antara slot yang paling utama adalah bagi membincangkan gerak kerja pilihan raya dalam menyusun strategi dan jentera pemuda bagi misi menawan DUN Air Kuning khususnya dan Parlimen Tapah amnya. Walaupun jumlah undi pos yang hampir mencecah angka 2000, namun ianya bukan satu misi yang mustahil untuk di capai. Beberapa kertas kerja telah di bentang dan di bincangkan dengan serius berdasarkan post mortem keputusan pilihan raya yang lepas dan trend pengundian terkini pemilih di Parlimen Tapah.

Program tersebut jelas telah membangkitkan azam dan semangat serta menghalakan fokus yang tepat kepada semua jawatankuasa DDPK Tapah dan program2 yang telah di rancang insya'h akan di laksanakan mengikut apa yang telah di putuskan melalui resolusi2 yang di tetapkan.

Moga Allah meredhai usaha2 ini dan memudahkan segala urusan kami demi meletakkan Islam di tempat yang paling tinggi di Malaysia yang kita cintai ini.

ALLAHUAKBAR!!!

Rabu, 28 Julai 2010

UMNO ibarat hidung tak mancung, pipi tersorong2

PAS tetap tidak mahu melayan Umno sambil menyifatkan tindakan komponen Barisan Nasional (BN) itu secara berterusan mengajak PAS menjalin kerjasama perpaduan hanya bertujuan mahu memecahbelahkan Pakatan Rakyat.Sekali lagi, dua naib presiden PAS menegaskan bab perbincangan parti itu dengan Umno “sudah ditutup”.

Dalam hubungan ini, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, ajakan Umno sebenarnya bukan mahu mewujudkan perpaduan, tetapi mahu menghilangkan kepercayaan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap PAS.

“Kita melihat tawaran itu bukannya mahu mewujudkan perpaduan Melayu yang sebenarnya tapi ia strategi halus digunakan Umno untuk membuatkan rakyat hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat terutamanya PAS.

“Kalau PAS terima ajakan itu, kita akan kehilangan kepercayaan dan akan berlaku keadaan PAS tidak akan dipercayai oleh rakyat.“Malah saya percaya Umno akan terus berusaha untuk pastikan PAS terima cadangan itu dan pemimpin PAS telah dapat mencium muslihat tersebut,”
kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan semalam, yang mengatakan usaha parti itu untuk menjalinkan perpaduan bersama PAS tidak akan dihentikan meskipun mendapat tentangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ahmad berkata, ini kerana Umno yakin masih terdapat kumpulan tertentu dalam PAS yang menyokong usaha berkenaan.“Nik Aziz boleh cakap apa saja tapi dalam PAS itu ada juga kumpulan-kumpulan tertentu. Sebagaimana orang maklum, PAS ini bukannya semua berkisar pada Nik Aziz saja,” katanya.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata PAS tidak bergantung kepada kepimpinan Nik Aziz semata-mata kerana masih ada pemimpin lain termasuk presiden, timbalan presiden dan jawatankuasa tertinggi parti.“...tentunya mereka mempunyai pandangan tertentu yang saya kira mungkin menyokong cadangan kita,” katanya.

Salahuddin juga menafikan bahawa ada kumpulan tertentu dalam PAS yang menyokong usaha berkenaan.“Itu tidak benar sama sekali. Dasar parti sudah jelas, kita tiada agenda untuk menjalinkan hubungan kerjasama politik dengan Umno.

“Jadi Umno perlu faham bahawa PAS sudah tutup buku dan selepas ini kita tidak akan menghiraukan mereka lagi,” katanya.Sebelum ini Nik Aziz tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

“Bila dah kalah baru cari kawan... selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak datang jumpa PAS, kami ingat ikhlas, sebab saya orang yang paling kuat menerima jemputan (daripada Tun Abdul Razak).

“Tetapi bila sudah gemuk (selesa kedudukan), gigit (tangan PAS)... dia orang (akhbar menulis) PAS keluar (BN), tetapi bukan keluar, tetapi ditendang, macam mana punya wartawan tulis macam itu,” katanya di Kuala Terengganu Sabtu lalu.

Dalam pada itu, seorang lagi Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar berkata PAS telah mengambil sikap tidak mahu layan Umno-BN dalam isu ini.Sebaliknya kata beliau, PAS mahu memberi tumpuan terhadap usaha menyatupadukan orang Melayu dan umat Islam bersama Pakatan Rakyat untuk mewujudkan gelombang baru politik Malaysia tanpa Umno.

“Dan, mahu tumpukan gerakan kebangkitan orang Melayu dalam kerangka baru berdasarkan Islam yang adil untuk semua dan berprinsipkan keadilan sebagai tonggak keharmonian kehidupan masyarakat majmuk untuk meminggir dan menolak Umno pada pilihan raya umum akan datang,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.Oleh itu kata beliau,

“biarlah Umno nak cakap seorang diri dan orang yang bercakap seorang diri ada penyakit.”

Selasa, 27 Julai 2010

BN tiru PR demi kebaikan rakyat

BANTU SAR & SUWA: TIRU PAKATAN RAKYAT DEMI KEBAIKAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut dengan pemberian tanah untuk tujuan pembangunan ladang kelapa sawit kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Persendirian Cina (SUWA) bagi usaha meningkatkan sumber pengurusan kewangan sudah pernah diberikan semasa pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) yang turut dijadikan isu oleh Umno ketika itu.

Bagi DPPN Pk, usaha yang sama yang pernah dilakukan PR dengan tujuan meniru demi kebaikan adalah amat digalakkan. Ini kerana selama pemerintahan Umno / Barisan Nasional (BN) 50 tahun dahulu, usaha ini langsung tidak dilakukan. Bagi SUWA, mereka masih lagi belum mendapat habuan tambahan sebanyak RM3.6 juta yang telah dijanjikan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

DPPN Pk tidak menghalang usaha pemberian bantuan tersebut, tetapi DPPN Pk meminta keperihatinan Datuk Seri Zambry agar juga memberikan peruntukan yang lebih besar kepada SAR yang kini masih di dalam dilema yang amat mendukacitakan. Sudah tentu bantuan yang akan diberikan lebih banyak diperuntukan oleh kepimpinan Datuk Seri Zambry.

Amalan dan juga tindakan kerja yang masih diteruskan oleh kepimpinan Datuk Seri Zambry jelas meneruskan Negeri Bekerbajikan yang telah menjadi pendekatan PR dahulu yang masih relevan untuk rakyat.

ZAWAWI HASSAN Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Selasa, 20 Julai 2010

Gambar2 sekitar sambutan Hari Keluarga PAS Tapah dan Ulangtahun Al-Qamar


1) FORUM PERDANA : Islam penyelesaian kepada masalah ummah


saf panel Forum Perdana terdiri daripada Y.B Siti Zailah, Ust Abd.Ghani, Ust.Wan Ji dan di pengerusikan oleh Cikgu Othman



Y.B Siti Zailah merangkap Ahli Parlimen Rantau Panjang dan Timb.Ketua Muslimat PAS Pusat

Ustaz Wan Ji


Ust.Abd Ghani Abd Rahman merangkap Pesuruhjaya PAS Melaka


2) CERAMAH UMUM



Y.B Dato' Husam Musa merangkap Exco Kerajaan Islam Kelantan


Yang Dipertua PAS Kawasan Tapah Saudara Abd.Rahim Nordin


Sebahagian yang hadir mendengar ceramah di perkarangan PASTI Bt.3 Temoh



3) HARI KELUARGA PAS TAPAH



Y.B Siti Zailah bersama Pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat Tapah

Belon di gunakan sebagai simbolik perasmian Hari Keluarga


Y.B Siti Zailah dan YDP PAS Tapah melepaskan belon



Antara hadiah cabutan bertuah yang di sediakan



Antara penerima sumbangan daripada PAS Tapah



Masyarakat bukan Melayu-Islam juga tidak dilupakan


Antara ruang pameran PAS Tapah yang menjadi tumpuan

Jamuan Rakyat bersama pimpinan Pakatan Rakyat

Antara AJK Pemuda yang terlibat

4) ZIARAH DAN LAWATAN sekitar DUN Air Kuning bersama Dato' Husam Musa


bergambar dengan penduduk yang sempat di lawati


Dato' Husam memberi sumbangan kepada yang memerlukan



Minum petang di salah sebuah kedai kopi sambil sembang2 petang


menziarahi pusara Almarhum Hj.Busro bekas pimpinan PAS yang banyak menyumbangkan jasa kepada gerakan Islam di Tapah... Al-Fatihah


5) PERTANDINGAN FUTSAL KELOLAAN DEWAN PEMUDA PAS TAPAH

Salah satu daripada 18 pasukan yang bertanding bergambar dengan YDP PAS Tapah



Ketua pengadil futsal yang berpengalaman luas sedang memberikan taklimat undang2 permainan



Antara pasukan yang mengambil bahagian sedang bersiap sedia sebelum beraksi


kejor yeob kejor....



Tempat kedua, walaupun tewas tipis 0-1 namun tetap tersenyum puas



Juara pertandingan Futsal , pasukan Highland F.C



lepas letih bermain, rehat2 sambil menjamu selera bersama jawatankuasa pemuda


Sabtu, 17 Julai 2010

Editor media di arah tidak guna perkataan 'Barang Naik'...

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra."Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.

Jangan buat tinjauan rambang
Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.

Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka."Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan.

Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan,” kata sumber itu.Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion.

Abdullah berjanji “penjimatan” akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

Puji 'keberanian' Najib
Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji 'keberanian' Najib dalam mengurangkan subsidi.Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak.

Alasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti - menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.

Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.

Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam.

Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu.

Media patuhi arahan
Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka.

Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan.

Berita Harian memilih “harga baru” manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya “subsidi diselaras”

Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu.

Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu.Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan “harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai “harga baru”.

Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil “antara yang terendah di rantau ini”.Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk “Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM”.

Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu.

sumber : Malaysiakini

Rabu, 14 Julai 2010

Program ziarah dan sumbangan kepada masyarakat sekitar DUN Air Kuning




(walaupun sumbangan tak seberapa namun ianya sangat berharga bagi yang memerlukan)



(En.Mohd Alas b.Abas menderita lumpuh lebih dari setahun setelah terjatuh dari tempat tinggi)


(kasih sayang seorang isteri kepada suami....setia berkhidmat hingga ke akhir hayat)



(berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....wakil pemuda menghulurkan sedikit bantuan)



(menziarahi rumah Pn.Aisyah seorang balu sambil menghulurkan sedikit sumbangan di Kg.Tersusun Sg.Keroh, Mambang di Awan)


(keadaan rumah beliau yang agak uzur yang memerlukan perhatian dan bantuan)




Isnin, 12 Julai 2010

Hari Keluarga & Sambutan Ulang Tahun ke-3 Al-Qamar PAS Kawasan Tapah

Assalamualaikum w.b.t

PAS Kawasan Tapah menjemput semua masyarakat khusunya di Tapah untuk bersama menjayakan Hari Keluarga dan Sambutan Ulang Tahun ke-3 Al-Qamar yang bertemakan "HARI KEBAJIKAN & MESRA RAKYAT" seperti yang berikut :

Tarikh : 17 & 18 Julai 2010 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Tapak Al-Qamar, PASTI Bt.3, Temoh & Dewan Muhibbah, Kg.Muhibbah, Temoh

17/7/2010 (Sabtu)
* Gotong royong rakyat (8.00 pg - 12.00 tgh/hr)
* Sukaneka untuk kanak2, remaja, dewasa, ibu-bapa (8.00 pg - 5.00 ptg)
* Pertandingan Futsal terbuka dewasa (8.00 pg - 5.00 ptg) - hubungi 013-243 2549 (Zaid) untuk maklumat lanjut
* Lawatan / ziarah / rawatan percuma ke rumah org2 tua, ibu tunggal, fakir miskin dan OKU bersama Ahli Parlimen Rantau Panjang, Y.B Hjh.Siti Zailah bt. Mohd Yusoff (2.30 ptg - 5.00 ptg)
* Hi-tea bersama Ahli Parlimen Rantau Panjang, Y.B Hjh.Siti Zailah bt. Mohd Yusoff (5.00 ptg - 6.30 ptg)
* Forum Perdana bersama :
- Y.Bhg Ust.Hj.Abd Ghani Abd.Rahman (bekas panelis Forum Perdana Hal Ehwal Islam)
- Y.Bhg Ust. Wan Ji Wan Husin (penceramah bebas)
- Y.B Hjh.Siti Zailah bt. Mohd Yusoff (Ahli Parlimen Rantau Panjang)

18/7/2010 (Ahad)
* Marathon untuk bawah 12 tahun dan dewasa terbuka (8.00 pg - 10.00 pg)
* Perasmian Program oleh Y.B Dato' Hj.Husam Musa (Exco Kerajaan Kelantan)
* Cabutan bertuah di berikan pada semasa ke semasa
* Jamuan Rakyat (bermula 12.30 tgh/hr )
* Ceramah UMUM :
- Y.B Dato' Hj.Husam Musa (Exco Kerajaan Kelantan)
- Y.B Saudara Saifudin Nasution (Ahli Parlimen Machang)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Saudara Kamaruddin Abdul Karim (019-515 2123)

Ayuh hadir beramai-ramai...!

Jumaat, 9 Julai 2010

Siapa yang sesat? PAS atau UMNO?

Jika Pas parti ajaran sesat, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membuat perisytiharan mengenai perkara itu, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Bagaimanapun sehingga kini, katanya, tiada fatwa yang seperti itu sekali gus membuktikan tuduhan orang yang mengatakan parti itu sesat, yang sebenarnya sesat.

"Takkan kerana kita berjuang nak menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kerusi Parlimen, berebut dengan mereka, kita dianggap sesat," katanya.

Mahfuz berkata, jika fatwa parti sesat benar-benar dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, UMNO juga boleh dianggap sesat kerana kedua-duanya adalah parti politik yang sama-sama nak menang kerusi dalam pilihan raya.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang melabelkan Pas sebagai 'parti ajaran sesat' ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kulaijaya, minggu lalu.

Mahfuz berharap orang ramai dapat menilai sendiri kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin politik seperti Mohd Shafie.

“Sekiranya beliau mem- punyai hujah yang logik terhadap kenyataan yang dibuat, Pas sedia berdebat secara ilmiah agar kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada perdebatan itu.

“Akan tetapi, sekiranya kenyataan negatif itu dibuat hanya bersandarkan hujah Pas lebih pentingkan perjuangan merampas kerusi DUN dan Parlimen dari tangan BN, beliau tidak cukup bijak untuk jadi pemimpin,”katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Baling yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kedah, Taib Azamuddin Md Taib berkata, kenyataan Mohd Shafie keterlaluan dan suatu penghinaan.

“Saya tidak kisah sekiranya kita bercanggah pandangan politik tetapi kenyataan itu melibatkan agama, tuduhan ajaran sesat adalah sangat berat dan berkaitan dengan akidah. Siapa dia mahu orang lain seperti itu, lainlah jika ada buat rujukan kepada Majlis Fatwa atau sebagainya,” katanya.

Taib berkata, tuduhan Mohd Shafie itu juga menunjukkan kecetekan ilmu politik beliau, yang hanya pandai membuat tuduhan liar.

“Jika Mohd Shafie ahli politik yang profesional, dia perlu tarik balik kenyataan itu yang telah menimbulkan kemarahan rakan politik lain. Tidak rugi pun jika beliau buat begitu kerana tindakannya itu tidak akan menjatuhkan imej beliau sebagai tokoh politik UMNO,” katanya.

Menurutnya, keadaan yang tegang ini boleh diredakan sekiranya Mohd Shafie berlembut hati dengan menarik balik kenyataan itu.

“Beliau berani cakap Pas sesat, Pas pun boleh cakap UMNO lebih sesat dan tidak berpegang kepada ajaran Islam. Malah UMNO mengamalkan politik perkauman, tidak perlu saya perjelas, rasanya bukti ada di depan mata,” katanya.

Selasa, 6 Julai 2010

Perlantikan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) di pertikai

PEGAWAI PENYELARAS MASJID DAERAH: JAWATAN KHAS YANG DIWUJUDKAN DEMI KEPENTINGAN PARTI POLITIK UMNO UNTUK KUASAI MASJID

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kesal dengan tindakan Umno bagi meneruskan agenda untuk menguasai Masjid bertindak menyusun perlantikan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) yang jelas telah dipolitikkan yang mana penjawat tersebut telah dianugerahkan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIAMP) baru-baru ini.

DPPN Pk melihat demi untuk menguasai Masjid seluruh Negeri Perak, dengan terlantiknya PPMD ini akan menguatkan lagi usaha Umno bagi memastikan politik mereka menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti. Apa yang dikesali ialah amanah untuk menjaga institusi Masjid ini dirosakkan oleh Umno setelah ianya dipolitikkan bukannya usaha menyatu-padukan Umat Islam.

Oleh yang demikian, DPPN Pk memohon perkenan Raja Dr Nazrin Shah selaku YDP MAIAMP agar menangguh semua perlantikan PPMD tersebut. DPPN Pk memohon juga agar perlantikan PPMD ini dibuat mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). DPPN Pk berharap sepatutnya isu perlantikan ini dibuat secara telus dan beramanah demi menjaga keharmonian Umat Islam seluruhnya.

Sekiranya syarat perlantikan ini tidak dapat mengikut ketetapan yang wajib, DPPN Pk berpandangan jawatan PPMD (adalah bertaraf kontrak) tidak layak untuk diwujudkan di Pejabat Agama Daerah memadai dengan tugas tersebut diserahkan kepada Pegawai Tadbir Agama (PTA) Daerah yang telah dilantik untuk mengurus hal ehwal Islam dalam daerah seperti di negeri-negeri lain. Sekiranya ianya diwujudkan juga seolah-olah tugas PTA Daerah tidak berfungsi bahkan PPMD lebih berkuasa.

DPPN Pk juga mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Pengaduan Awam (BPA) menyiasat jika perlantikan yang telah dibuat tidak mengikut prosuder yang telah ditetapkan dan juga telah berlaku penyalahgunaan kuasa di dalam melantik atau menyusun semua pelantikan PPMD tersebut.

ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Jumaat, 2 Julai 2010

Anak luar nikah : Islam penyelesaiannya

ANAK LUAR NIKAH: ISLAM SEBAGAI PENYELESAIAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) memandang berat titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan 257,000 sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak mencatatkan nama bapa amat membimbangkan.

DPPN Pk percaya kebimbangan titah Raja Dr Nazrin Shah tersebut berasas dengan fenomena krisis moral yang tinggi sebagai penyumbang kepada perkara ini. Bagi umat Islam, sudah tentu segala punca yang berlaku adalah kerana tidak melaksanakan penguatkuasaan undang-undang berpandukan kepada tuntutan yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran.

Bagi DPPN Pk, umat Islam perlu kembali kepada fitrah semulajadi sepertimana yang telah dituntut di dalam Al-Quran yang menjadi pedoman kepada seluruh umat Islam. Keperluan kesedaran terhadap kefahaman yang dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai penyelesaian terbaik bukan sahaja untuk umat Islam tetapi juga untuk yang bukan beragama Islam.

Jesteru, DPPN Pk meminta semua pihak yang telah dipertanggungjawabkan agar menjadikan Al-Quran sebagai panduan yang terbaik kepada penyelesaian segala masalah masyarakat. Kaedah dan pendekatan yang terbaik sebagai jalan keluar semua masalah yang ada perlu di titik beratkan.


ZAWAWI HASSAN
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Khamis, 1 Julai 2010

Bagaimana UMNO songlap duit Felda

Saya boleh membantu menjelaskan, sebahagian, bagaimana ceritanya rizab tunai Felda dikeringkan.

Sejumlah setengah billion, (RM 512 juta) dibelanjakan melalui projek-projek (tak perlu dan di luar tugas Felda) yang disiapkan oleh firma arkitek yang sama.

Firma arkitek diterajui seorang Ketua Pemuda Umno Bahagian di Terengganu ini sudah pasti ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan tokoh dari Terengganu juga yang memayungi Felda.

Kasih sayang kekeluargaan mereka diluaskan dengan mencari jalan bersama bagaimana wang Felda boleh 'diuruskan'. Jumlahnya bukan sedikit, demi warga Felda tercinta....

Lantaran itu, projek bukan bidang tugas Felda sama sekali, turut dibiayai oleh Felda atas sifat pemurahnya. Seperti Kolej Komuniti di Terengganu (RM 18 juta) dan Sabah (RM 22 juta), Menaik Taraf Bekalan Air Di Pahang (RM 200 juta) dan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (RM 120 juta).

Apa kena mengena Mara dan Felda? Kos Maktab ini ialah RM 120 juta dan Felda dengan segala senang hatinya membiayai sepenuhnya. Mungkin kerana wang tunainya terlalu banyak, Felda berbesar hati membiayai projek bukan bidang tugasnya sekalipun.

Kononnya pula Felda sudah memasuki alaf moden dan untuk itu, bentuk impian Felda akan datang dibina dengan ciri-ciri peneroka Felda masa depan. Ia dipanggil Feldajaya.

Rumah bungalow mewah berharga mahal, rumah kedai dan lain-lain ciri bandar baru dalam satu kawasan 'masa depan' di bina. Setakat ini, empat Feldajaya telah dibangunkan (Mempaga, Trolak, Serting dan Cini) dengan reka bentuk oleh firma arkitek yang sama. Setakat ini, kosnya ialah RM 152 juta.

Samada rumah kedai dan bungalow ini laku dijual atau tidak, Felda tidak peduli sangat. Yang penting, itulah rumah peneroka masa depan Felda!

Asal dikata moden, wang habis tak mengapa. Itulah bagusnya bila ada wang melimpah.

RM setengah billion oleh firma arkitek bertuah ini.

Sebelum ini, saya telah tunjukkan, RM 800 juta pelaburan Felda di US dan Kanada. Pegawai Felda tak sampai setengah dozen yang membeku dek kedinginan di Quebec di musim sejuk, barangkali ada cerita boleh dikongsi dengan kami di Malaysia.

Maknanya, di sini sahaja, saya telah membantu Felda menjelaskan bagaimana sebanyak RM 1.3 billion rizab tunai Felda dibelanjakan!

Selebihnya, Felda sendiri boleh tolong jelaskan.....

Kalau Felda tak ada masa untuk jelaskan untuk tunjukkan pengurusannya telus dan amanah warga Felda menjadi taruhannya, saya tak ada masalah untuk jelaskan sedikit demi sedikit.

Datuk Paduka Husam Musa,
Exco Kerajaan Kelantan.