Selasa, 28 September 2010

Tiada lagi tirai ajaib buat UMNO yang makin membusuk

oleh : Hamba Allah
Ibrahim Ali tersenyum di bawah naungan 'lambang bulan' suatu ketika dahulu...

Isu Umno dan PERKASA semakin dihangatkan. PERKASA sendiri pada hakikatnya adalah benih ultra Melayu yang lahir dari Umno. Untuk Umno menafikan bahawa PERKASA adalah anak hasil hubungan terlarang mereka adalah sesuatu yang hampir mustahil.

Namun Umno terpaksa menafikan PERKASA adalah benih mereka kerana hubungan cinta dengan MCA dan MIC akan terjejas dengan perangai PERKASA. Cemburu PERKASA terlalu tinggi buat bangsa selain melayu.

Umno dalam masa yang sama masih ada cinta kepada PERKASA kerana PERKASA adalah anak hasil hubungan cinta berkurun Umno dengan kekasih awalnya….melayu. Najib yang nampaknya bernafsu pelbagai bangsa (mungkin termasuk antarabangsa dan antara benua) seakan lari dari PERKASA walaupun kalau DNA dibuat memang jelas PERKASA adalah anak Umno. Membunuh dan meletupkan PERKASA dari dunia adalah sesuatu yang hampir mustahil bagi Najib.

PERKASA sangat perlu untuk Umno terutama di negeri melayu dan di kawasan Melayu khususnya di kampung tradisi dan rancangan tanah berkelompok yang selama ini menjadi nadi yang masih berdenyut untuk umNO.

Namun kehadiran PERKASA di persada Negara dicurigai oleh bangsa lain yang sedang ditagih oleh Najib. Wajah sesumpah yang dimainkan umNO selama ini tak mampu ditutup lagi kerana perkembangan pesat teknologi maklumat yang berjaya menerobos pelusuk kampong dan tanah rancangan. Maka sikap terbaik ialah Najib mengelak diri dari membicarakan soal kekasih gelapnya dalam umNO ini.

Kenyataan Tg Adnan terhadap PERKASA merupakan satu kenyataan yang memanaskan punggung Brahim Ali. Kenyatan itu menyebabkan perbalahan terbuka antara dua pertubuhan ini terus bersambut. Ia mungkin satu lakonan dua puak ini namun ia turut membingungkan akar umbi melayu. umNo sebenarnya sedang mencari identity dan jati diri sebenar mereka.

Maklumat yang dipaparkan media alternative menunjukkan betapa jelasnya kekeliruan indentiti umNO. Mereka marah Pakatan Rakyat membantu bangsa selain melayu, akhirnya mereka yang membantu.

Mengamuk pasal orang bukan Islam PAKATAN Rakyat yang masuk masjid dan surau tetapi terlupa itulah yang dibuat rakannya dari MCA dan MIC selama ini. Mungkin kerana memang pemimpin umNO jarang menjengah surau dan masjid. Kalau ditegur..takut MCA dan MIC kata…kami pergi sebab kamu tak pergi…lagi malu.

Pemimpin umNo dilihat keliru sama ada menyokong atau menentang PERKASA. Ada yang suka, ada yang marah dan benci. Yang marah kerana PERKASA dilihat menentang aspirasi dan slogan Najib satu Malaysia.

Khairy yang tak pernah dipedulikan oleh Najib mengambil kesempatan menghentam PERKASA yang selama ini mengkritik Khairy. PERKASA mengkritik Khairy kerana tahu Najib tak suka Khairy…. Khairy mengkritik PERKASA kerana tahu Najib tersekat kerongkong dengan kelantangan PERKASA. Dua duanya nak mengampu Najib!

Lebih menarik … Tun Mahathir yang menjadi mentor Najib turut menyokong Brahim dan pertubuhannya. Mahathir adalah bapa Mukhriz yang dilantik menjadi timbalan menteri sekalipun kalah dengan Khairy…… Ini masa Khairy menghimpit pendirian Mukhriz terhadapPERKASA. Mukhriz pastinya tersepit antara pendirian Najib bosnya atau Mahathir ayah dan juga mentornya.

Semua ini adalah titik perpecahan dalam umNo. Ianya retak yang kian muncul belahnya. Jika dulu retak itu dilindungi oleh media yang penipu, kini tiada lagi tirai ajaib yang mampu menzahirkan watak umNO dan isi perutnya yang membusuk hingga ke kepala.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian DPPK Tapah dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Ahad, 26 September 2010

Gambar2 program menjelang Syawal

Program edar kad raya / risalah / bungkusan kuih raya di RnR Tapah menghala
ke utara


Taklimat ringkas dan bersiap sedia bagi memulakan aktiviti

Memeriksa bahan yang akan di edarkan dan bungkusan kuih raya kepada pemandu bas/lori

RnR Tapah penuh dengan orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman masing2

Risalah / kad raya yang di edarkan di terima dengan baik oleh org ramai

Salah seorang 'mat motor' sedang berehat menerima risalah

Ramai 'mat motor' cukup sporting apabila kami memperkenalkan diri dari Dewan Pemuda PAS Tapah

Ada pulak perkhidmatan karaoke percuma yang di sediakan oleh pihak PLUS... pengendali karaoke pun kami ziarah jugak...

Salah seorang pengunjung RnR Tapah yang 'sporting'... cukup happy dapat kad raya dari kami


Trak yang menempatkan bilik gerakan Polis Diraja Malaysia pun kami 'terjah'...

Alhamdulillah, kurang lebih 2 jam aktiviti ini berlangsung dan berjaya mencapat matlamatnya...


Selasa, 21 September 2010

Sambutan Hari Raya PAS Kawasan Tapah

Assalamualaikum w.b.t
Dengan segala hormatnya mempersilakan kepada semua seisi keluarga untuk menghadiri Majlis Hari Terbuka PAS Kawasan Tapah sempena Eidulfitri 1431H yang akan di adakan seperti di bawah :
Tarikh : 25/9/2010 (Sabtu)
Masa : 10.00pg - 1.00ptg
Tempat : Dewan Orang Ramai, Sg.Kroh, Air Kuning
Agenda :
9.45pg
Ketibaan para jemputan
Bacaan doa
Ucapan aluan YDP PAS Kawasan Tapah
Ucapan tetamu khas
Jamuan
1.00ptg
Bersurai
Semoga kehadiran tuan/puan seisi keluarga akan memeriahkan lagi majlis ini.
Wassalam

Isnin, 20 September 2010

Kamalanathan: Mana fatwa 'hadas besar' Khusrin


KUALA LUMPUR, 20 Sept: Sultan Selangor diharap tidak membiarkan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terus bersikap double standard apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak beragama Islam masuk ke dalam masjid, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mengulas pendedahan Ahli Jawatankuasa Politik PAS, Khalid Abdul Samad bahawa Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan berada di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan untuk menyampaikan cek, Mahfuz menempelak sikap membatu dan membisu Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

"Sebelum ini Mais mengambil alih Surau Al-Huda di Kajang kononnya kerana Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching memberikan 'tazkirah' di surau itu manakala Khusrin pula memberikan 'fatwa' kononnya orang bukan Islam adalah 'dilarang memasuki ruang solat kerana mereka dalam berkeadaan hadas besar'.

"Mana fatwa 'hadas besar' Khusrin yang turut digunakan oleh (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) apabila Kamalanathan berada di dalam masjid?" kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku itu memperlihatkan Pengerusi Mais dan Pengarah Jais ‘menggunakan neraca politik’ dalam tindakan mereka.

"Mereka jelas menampakkan bahawa mereka menggunakan neraca politik dan bukan neraca agama dalam tindakan mereka.

"Lebih dari itu, mereka juga memperlihatkan dengan amat jelas bahawa mereka adalah kakitangan Umno dan Barisan Nasional (BN)," kata Mahfuz.

Perbuatan mereka juga, katanya lagi, boleh menyebabkan diri mereka dianggap memberikan nasihat yang berbentuk hasutan kepada Sultan.

"Apabila mereka bersikap double standard dalam isu Teo dan Kamalanathan, amat jelas mereka melakukan tindakan-tindakan yang menjatuhkan maruah Sultan Selangor," kata beliau.
Sebab itulah, kata Mahfuz, beliau berharap Sultan Selangor tidak membiarkan kedua-duanya menjadikan hal-ehwal Islam sebagai mangsa kepentingan politik mereka.

sumber : Harakahdaily

Rabu, 8 September 2010

Lawak Raya oleh UMNO


Catatan : Boleh ker tak boleh nak ucap Selamat Hari Raya oleh non-Muslim? Boleh Mufti Perak jelaskan kekeliruan ini?

Selamat Hari Raya 'Idul Fitri


Selasa, 7 September 2010

Cara menyambut Hari Raya di sisi Islam

Cara Menyambut Hari Raya

Pengertian 'Idul Fitri
Kalimah 'Id (Bukan Aid) ialah kalimah bahasa Arab yang bermaksud perayaan atau hari ulang tahun.

Fitri pula bermakna berbuka atau makan minum. Maksudnya, pada Hari Raya (tanggal 1 Syawal) umat Islam dikehendaki berbuka dan haram berpuasa.

Fitri juga bermaksud tabiat semula jadi. Maksudnya orang-orang Islam setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan disertai dengan ibadah-ibadah lainnya seperti solat Tarawih pada malam-malam Ramadan, bertadarus al-Quran, Qiyamullai, Zikrullah dan berdoa, bersedekah dan sebagainya.

Amalan-amalan ini telah meleburkan dan membersihkan segala dosa sehingga keadaan diri mereka seolah-olah kembali seperti bayi yang baru dilahirkan.Dengan penjelasan tadi maka kita dapat mengambil kesimpulan bahawa 'Idil Fitri adalah hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya menundukkan nafsu amarah sepanjang bulan Ramadan.

Apabila muncul anak bukan Syawal, diri mereka telah bersih daripada dosa dan mereka sepatutnya benar-benar menjadi orang yang bertakwa. Inilah matlamat ibadah puasa sebagaimana firman Allah S.W.T menerusi ayat 183 yang bermaksud:"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan puasa atas kamu sebagai diwajibkan atas umat-umat terdahulu sebelum kamu dengan puasa itu semoga kamu bertakwa.

"Pengisian Program 'Idil Fitri'Idil Fitri hendaklah disambut dengan acara-acara yang dianjurkan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah, iaitu ada tiga perkara seperti berikut:

1) Membanyakkan Ucapan Takbir
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan sempurnakanlah puasa kamu mengikut bilangan dari dalam bulan Ramadan (29 hari atau30 hari) dan bertakbirlah (membesarkan Allah S.W.T) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, semoga kamu bersyukur." (Surah al-Baqarah: 185)

Sabda Rasullullah S.A.W pula yang bermaksud: "Hiasilah Hari Raya kamu dengan takbir dan rahmud."

2) Pembahagian Takbir

* Takbir Mursal
Sunnat dilafazkan sama ada oleh orang yang bermukim mahupun musafir, di masjid atau di jalan dengan cara duduk atau berdiri, di pasar-pasar, di rumah-rumah kediaman dan sebagainya. Waktu bermula daripada terbenamnya matahari akhir Ramadan dan berterusan sepanjang malam Hari Raya hingga solat 'Id didirikan pada esok harinya. Demikian juga bagi Takbir 'Id al-Adha (Hari Raya Qurban), sunnat dilafazkan sepanjang malam hingga esok harinya ketika solat 'Id al-Adha didirikan.

* Takbir Muqaiyad.
Iaitu takbir yang terikat dengan waktu-waktu solat. Jelasnya ia sunnat dilafazkan pada setiap kali selesai sembahyang. Waktunya bermula selepas Subuh hari Arafah (hari ke-9 Zulhijjah) dan berakhir selepas solat 'Asar pada 13 Zulhijjah.

3) Menunaikan Zakat Fitrah
Walaupun dibolehkan pembayarannya sejak awal Ramadan, yang afdal ialah pada pagi Hari Raya selepas solat Subuh sebelum solat 'Id didirikan.

Inilah menurut hukum asal yang dilakukan pada zaman hayat Rasullullah S.A.W dan para sahabat serta tabi'in yang lalu.

Masa Dahulu
Zakat Fitrah pada peringkat awal yang lalu dalam bentuk makanan asasi dan terus disampaikan kepada fakir miskin.

Jadi, dalam saat-saat mereka hendak menyambut 'Idil Fitri, hari mulia yang penuh dengan barakah, alangkah gembiranya mereka mendapat habuan makanan itu.

Ibnu Abbas r.a. berkata yang bermaksud: " Rasulullah S.A.W memfardhukan Zakat Tifrah sebagai membersihkan kecacatan ibadah puasa kerana perbuatan yang sia-sia dan mencarut, disamping itu menjadi habuan untuk orang-orang miskin.

"Pada riwayat yang lain pula, Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat 'Id, maka zakatnya itu diterima, tetapi yang membayarnya selepas solat 'Id, ia menjadi sedekah biasa." (Riwayat Abu Dawud, Ibnu Majjah dan disahkan oleh al-Hakim)

Masa Kini
Kini di negara kita, Zakat Fitrah diberikan dalam bentuk wang ringgit sebagai ganti beras. Fakir miskin telah menerima habuan sebelum Hari Raya dengan cara diberikan pendahuluan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

Oleh itu, elok Zakat Fitrah dibayar lebih awal atau pada malam Hari Raya, untuk mengelakkan kesibukan tugas amil memungutnya. Sempena 'Idul Fitri selain diwajibkan berfitrah, kita umat Islam yang berkemampuan juga disunnatkan memberi sedekah-sedekah yang lain dengan mengutamakan kaum kerabat kita yang susah, kemudian barulah kepada fakir miskin dan anak-anak yatim.

4) Menghadiri Upacara Solat 'Id
Sekelian Muslimin dan Muslimat, tua dan muda, termasuk wanita-wanita yang haid disunnatkan menghadiri upacara perhimpunan tahunan tersebut bagi masyarakat Islam setempat.

Kehadiran mereka sebagai menghayati syi'ar keagungan Islam dan perpaduan ummah, disamping itu mereka berpeluang bertakbir (membesarkan Allah S.W.T) beramai-ramai, mendengar khutbah 'Id yang penting, berzikir dan mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam.

Bagi yang tidak uzur berpeluang mendirikan solat 'Id (Hari Raya).Daripada Ummu 'Atuyah r.a. ujurnya: Kami disuruh membawa gadis-gadis kecil dan wanita yang haid pada Hari Raya ('Idil Fitri dan 'Idil Adha), agar mereka menyaksikan kebajikan dan doa kaum Muslimin tetapi wanita-wanita yang sedang haid itu terpisah dari tempat solat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Perlu diingatkan, bahawa Hari Raya Puasa kita disunnatkan menjamah makanan atau juadah terlebih dahulu, kemudian pergi ketempat solat, tetapi untuk Hari Raya Haji sunat tidak makan terlebih dahulu, sebaliknya kita bersegera keupacara perhimpunan solat.

Solat 'Idil Adha disegerakan lalu menyembelih binatang qurban, kemudian kita pulang dengan membawa daging qurban, lalu dimasak dan baru makan.

Pada pagi-pagi Hari Raya, kita juga disunnatkan mandi dan memakai pakaian yang serba baru atau yang bersih dan indah.

Kemudian ketika pergi ke musollah (tempat solat), pergi melalui satu jalan dan pulang melalui jalan yang lain, dengan tujuan dapat bertemu lebih ramai sahabat handai dan saudara sesama Islam.

Kita sama-sama mengucapkan Salam 'Idil Fitri sambil berbalas-balas senyuman, sama-sama menyatakan rasa syukur ke Hadrat Ilahi atas petunjuk dan pertolongan-Nya sehingga kita berjaya menundukkan nafsu sepanjang bulan Ramadan.

Pada zaman hayat Rasulullah S.A.W dahulu, solat 'Id diadakan di tanah lapang kerana masjid-masjid pada zaman itu kecil-kecil belaka. Kini solat 'Id diadakan di masjid atau di surau. Adalah amat elok jika dapat dibuatkan khemah atau ruang khas di luar masjid atau surau untuk memberi peluang para wanita yang uzur (haid) duduk ditempat itu supaya mereka dapat sama-sama menikmati syi'ar 'Idil Fitri atau 'Idil Adha.

5) Amalan-amalan Menjelang Hari Raya Puasa
Umat-umat Islam digalakkan melakukan I'tikaf beramai-ramai di masjid pada malam-malam sepuluh terakhir pada bulan Ramadan (malam ke-21 hingga malam ke-29 atau ke-30) kerana berharap bertemu malam LAILATUL QADAR atau malam kemuliaan yang mempunyai nilai lebih baik daripada 1000 bulan.

Amalan ini dilakukan pada zaman hayat Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat serta abad-abad berikutnya, bahkan hingga kini masih dilakukan begitu bersemarak di sesetengah negara Islam khususnya di Masjidil Haram (Makkah), tetapi malangnya di negara kita kebanyakkan umat Islam menyambut 'Idil Fitri lebih tertumpu dalam bentuk fizikal atau lahiriah, yang mana sesetengahnya tidak sesuai dengan roh pengajaran Islam.

Sejak awal Ramadan lagi, mereka lebih tertumpu kepusat membeli-belah, melengkapkan persiapan membeli pakaian, hiasan rumah dan lain-lain lagi. Apabila Hari Raya sudah hampir, kebanyakkan suri rumah lebih tertumpu menyediakan kuih-muih yang pelbagai jenis.

Setiap individu Muslim dan Muslimah wajib menilai segala aktiviti yang telah berjalan selama ini, yang sesetengahnya telah menjadi 'budaya' termasuk bentuk acara menyambut 'Idil Fitri. Ciri-ciri yang diambil dari budaya luar Islam atau warisan budaya asing, yang tidak sesuai dengan aqidah dan syari'ah Islam hendaklah ditinggalkan.

Kita boleh menyediakan makanan, juadah dan kuih-muih untuk Hari Raya tetapi hendaklah dalam bentuk sederhana. Demikian juga dengan perhiasan rumah, pakaian untuk diri dan anak-anak mestilah sesuai dengan ekonomi keluarga.

Acara ziarah-menziarahi orang tua, saudara-mara, kaum kerabat, orang-orang yang berjasa kepada kita seperti para guru dan sabahat handai ini sebenarnya tidak terbatas sempena Hari Raya sahaja, tetapi perlu dilakukan pada hari dan bulan lain yang sesuai dari semasa ke semasa, sebagaimana sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud: "Ziarahilah saudara-mara kamu dari masa ke masa kerana ia boleh menambahkan kasih sayang."

Lebih-lebih lagi menziarahi ibu bapa kita, hendaklah dilakukan lebih kerap dan janganlah menunggu Hari Raya sahaja. Amalan meminta maaf juga perlulah dilakukan dengan segera apabila kita terasa telah melakukan kesilapan serta kesalahan pada orang lain.

Sumber:http://tanbihul_ghafilin.tripod.com

Isnin, 6 September 2010

Masjid seluruh dunia telah 'tercemar' dengan org Kafir?? dasyatnya...

1) Masjid al-Azhar sendiri membenarkan pelawat bukan Islam memasuki ruang dalaman masjid termasuklah Putera Charles dan Lady Diana dengan ditemani oleh Syeikh Azhar ketika itu iaitu Syeikh Tantawi. Siap ada jambul pulak Lady Diana...tapi dia bukan Islam apa nak heran. Kalau wanita Islam ada jambul itu yang kita heran sesangat.Kalau kat Malaysia mungkin Majlis Agama menghambat mereka kot? Tapi ada seorang Syeikh kat Perak ni pantang kena kat orang bukan Islam..semedang haram...siapakah dia itu...jeng jeng jeng...





2) Lihat bagaimana Obama sendiri yang menziarahi masjid turut membuka kasut beliau untuk masuk ke ruang solat. Bahkan Pope sebagai ketua agama Kristian Katolik juga masuk ke masjid dalam lawatannya ke negara Arab. Kalau berlaku di Malaysia nescaya berlakulah 'kiamat'. Berita TV3suku boleh sampai setengah jam ulas pasal benda ni jer..




3) 3 May 2010, pihak Masjid Makkah di United Kingdom telah mengadakan pameran Islam secara tahunan dan dikunjungi oleh rombongan setiausaha kerajaan Alan Johnson. Mereka sempat melawat dan megadakan dialog dan perbincangan didalam masjid tersebut


aii..bior benor..org kafir bagi tazkirah ker tu...kena tangkap masuk ISA ni...kerana mencemar kesucian Islam dan tidak mengikut perintah kerajaan...hehehe


Utusan Meloya ngan Berita Hairan dok tunggu jer gambar macam ni...perghh...best betui kalau dapat snap gambar pemimpin DAP berucap dalam masjid... tapi kalau solat hajat dan baca Yassin kat pemimpin MIC/MCA/Gerakan..its ok...Satu Malaysia lah katakan..

org bukan Islam masuk masjid bukan nak tengok keindahan masjid semata2 macam Masjid Putrajaya tu...tapi nak kenal Islam lebih dalam...

4) Pusat Islam London .Terletak di Regent Park yang sibuk dengan orang-ramai khususnya hari jumaat yang menampung 10,000 jamaah. Para pelawat akan diberi penerangan oleh Pegawai Perhubungan Awam pusat Islam tersebut iaitu Omar Saddique. Beliau memberi penjelasan tentang Islam dan setiap persoalan yang diutarakan oleh para pelawat didalam masjid tersebut


Ni dah lebih....siap buat usrah lagi tu...alhamdulillah

begitu rapat org bukan Islam dengan masjid... betapa hebatnya aktiviti dakwah di sana..tanpa halangan...

5) Sempena Ramadhan The Golden Mosque Lower Sheriff Street, Rochdale telah mengadakan hari terbuka dengan mengundang orang ramai termasuk bukan Islam untuk berbuka puasa dan mendapat taklimat tentang islam didalam masjid yang dikendalikan oleh imam selaku pengerusi masjid iaitu Tahir Mahmood.

PAS dah mula....tu yang yg UMNO dok jeles...
6) Lebih 2,000 masjid di Jerman telah mengadakan Hari khusus pada hari Rabu dan terbuka kepada umum termasuk bukan Islam untuk mengunjungi masjid, melihat ibadah umat Islam dan bertanyakan tentang Islam.



Insya'h... jika PAS di beri peluang memerintah...aktiviti dakwah akan lebih di perhebat... kalau org Melayu tak mau kat Islam...kita pi sembang ngan org bukan Melayu...biar depa bersama2 kami perjuangkan Islam di muka Malaysia ni...

7) Di Durban, Masjid dan selaku Pusat Islam yang pernah diasas dan dikelolakan oleh Syeikh Ahmad Deedat iaitu IPCI, seorang pendakwah tersohor telah menyediakan hari lawatan khusus kepada non muslim sebagai Mosque Tours dan memberi penjelasan tentang ibadah dan penerangan tentang islam dan perbandingan agama. Khususnya amalan para nabi yang ditinggalkan oleh Yahudi dan nasrani tetapi diamalkan oleh umat Islam seperti membuat kasut sebelum masuk ke tempat suci (masjid), berwudhu dengan membersih diri, kiblat, cara iabadah dengan sujud dan ruku’ yang merupakan amalan para nabi semenjak bani Israel lagi. Ramai yang tertarik dan akhirnya memeluk Islam disitu.



sempoi...bukan org Islam ajer yang dengar tazkirah...org kafir pun dengar tazkirah...dalam masjid...dekat ruang utama Solat lagi tu...tak pakai tudung bukan satu isu yang DASYAT...Kalau isteri pimpinan negara yang mengaku Islam tapi tak nak pakai tudung...ITU YANG TERAMAT DASYAT

8) Masjid Lakemba di Sydney yang merupakan antara tertua dan terbesar. Mereka mengundang bukan Islam serta memberi penjelasan berkait kekeliruan tentang Islam. Mereka sentiasa mengadakan hari terbuka yang member banyak manfaat dakwah. Sheikh Yahya Safi, sebagai imam yang merupakan kelahiran lubnan menyebut ianya memberi ruang untuk berdialog serta menolak salah-faham terhadap Islam. Bahkan ramai yang terbuka hati dan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam. Indahnya Islam kalau betul2 ikut kata ulama' bukan ikut kata umama'...

tu diaa...pakat ramai2 tengok macamana cara mengerjakan solat..UMNO marah ni...mengotorkan masjid

budak2 pun dok minat nak tengok bagaimana Muslim beribadah...baru depa respect ngan Islam.. kalau tak paham, tu yang dok bom surau macam kat Negeri Sembilan tu..

dah tak paham...mereka bertanya kepada yang ahlinya...kalau tanya ngan yang tak paham, jadilah macam MIC,MCA dan Gerakan yang dok tanya kat UMNO pasal Islam.
AYUH...DAULATKAN ISLAM

Jumaat, 3 September 2010

Mengenal malam Lailatul Qadr

LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu.

Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah.

Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan.

Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan.

Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar wujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar

Wallahualam