Sabtu, 15 Januari 2011

Menyambut kepulangan wira bola sepak negara(safee sali)



Assalamualaikum w.b.t....

Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan harimau malaya kerana telah mengharumkan nama negara mengakhiri kemarau Piala AFF suzuki selama 14 tahun, di kesempatan ini pihak DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN( DPPK )Tapah telah diberi peluang untuk menyambut kepulangan wira negara ini beliau adalah Mohd Safee b. Mohd Sali merupakan anak muda kelahiran selangor yang membesar dipekan Tapah ini.

Bagi pihak DPPK Tapah menjemput pemuda - pemudi disekitar tapah serta kawasan - kawasan yang berhanpiran bagi meramaikan majlis kesyukuran ini bertempat di Taman Bukit Indah(kedai Wak Sali) pada 15/11/2011 hari sabtu selepas maghrib (7.50pm). Jazakaallah.....

Jumaat, 7 Januari 2011

Lembaran Baru Tahun 2011




Assalamualaikum wbt......
Hari ini adalah Jumaat yg pertama dalam tahun 2011, Alhamdulillah kita semua diberi kesempatan lagi meneruskan perjuangan suci dalam menegakkan syiar islam.

Baru - baru ini pada tanggal 3 januari 2011 merupakan hari bersejarah bagi dua orang sahabat yang telah berjaya membuka satu lagi cawangan PASTI Smart Aulad julung - julung kalinya beroperasi dikawasan Bidor. Sambutan yang menggalakan daripada ibu bapa yang mendaftarkan anak - anak mereka untuk diberikan pendedahan mengenai ISLAM sejak dibangku sekolah adalah satu tindakan yang wajar dalam umur mereka yang masih hijau.

Anak - anak adalah prospek masa depan, yang mana umpama kain putih yang perlu kita corakkan bagi melahirkan insan kelas pertama untuk memimpin masa hadapan...Wallahualam.