Isnin, 30 Ogos 2010

Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia : Hukum bukan Islam masuk masjid dan ruang solat utama

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Keterangan seterusnya klik di sini untuk laman e-fatwa Portal Rasmi Fatwa Malaysia.

nota - UMNO bukan pernah peduli pun pasal fatwa2 ulama' ni. Yang penting boleh cetuskan kekeliruan di kalangan org Melayu beragama Islam. Apabila ulama mereka sendiri pun di bakul sampahkan...memang sah UMNO kini di ambang kehancuran.

Hukum org kafir masuk masjid/rumah Allah

Hukum orang kafir masuk ke masjid @ rumah Allah

Soalan:
Apakah hukum dlm Islam jika non-Muslims memasuki masjid utk membuat baik-pulih/ubah-suai, menyampaikan ucapan, atau belajar lebih lanjut mengenai Islam?

Jawapan oleh Syeikh `Atiyyah Saqr, & Syeikh Muhammad Saleh Al-Munajjid
Adalah ditegaskan yg Islam menggalakkan toleransi dan kewujudan bersama secara aman antara Muslims dan non-Muslims. Jika non-Muslim masuk ke masjid utk menyampaikan ucapan yg boleh membawa kpd persefahaman lebih baik, maka ia amat di alu-alukan dan digalakkan mengikut pandangan agama.

Islam ialah agama yg mengamalkan dialog yg bermanfaat dlm maksud sebenar. Sejarah Muslim ialah satu contoh yg baik berkenaan hal ini.

Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar Fatwa, menjelaskan pandangan Fuqaha berkenaan hal ini seperti berikut:

Allah SWT berfirman,
(Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci), maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.) (At-Tawbah 9: 28)

Allah SWT berfirman lagi,
(Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi...) (An-Nisaa’ 4: 43)

Berpandukan ayat-ayat ini, majority Fuqaha, termasuk mereka dari Mazhab Fiqah Maliki, Shafi`i dan yg lain, menegaskan yg musyrikin/penyembah berhala tidak dibenarkan utk memasuki Masjidil Haram di Makkah.

Bagaimanapun, mereka berpendapat tidak salah kalau Orang Kristian dan Yahudi memasukinya. Mereka berpendapat hukum ini diguna-pakai kpd Masjidil Haram di Makkah juga kawasan persekitarannya.

Abu Hanifah, bagaimanapun, berpendapat musyrikin/penyembah berhala boleh masuk ke Masjidil Haram di Makkah selagi dia tidak tinggal atau menetap disitu. Dia menafsirkan tidak suci sebagai kekotoran spiritual (syirik).

Utk masjid lain selain Masjidil Haram di Makkah, Fuqaha Madinah melarang non-Muslims dari memasuki masjid kerana non-Muslims dianggap oleh al- Qur’an sebagai tidak suci. Imam Ahmad diriwayatkan berkata mereka boleh masuk ke masjid dgn kebenaran Muslims.

Ini disokong oleh riwayat yg Rasululllah (SAW) membenarkan penduduk At-Ta’if utk tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Baginda juga menerima Orang Kristians dari Najran dlm masjid baginda di Madinah. Apabila masa sembahyang mereka sampai, mereka bersembahyang di masjid mengadap arah timur. Maka Rasululllah (SAW) bersabda (kpd Sahabat), “Biarkan mereka (utk menunaikan sembahyang).”

Di bawah tajuk ‘Musyrik Masuk Ke Masjid’, Al-Bukhari, dlm Sahih nya menyebut yg Thamamah ibn Athal (sedangkan dia seorang Musyrik) pernah diikat dlm masjid.

Dlm Fath al-Bari, Ibn Hajar menyebut terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Fuqaha Hanafi memberikan kebenaran tanpa syarat sedangkan ulama Maliki dan al-Mazni diriwayatkan melarang nya langsung.

Ulama Shafi`i membezakan antara Masjidil Haram dgn masjid lain. Terdapat satu pendapat yg kebenaran itu dihadkan kpd Ahli Kitab tetapi ini di bantah dgn kes Thamamah yg disebutkan di atas.

Sheikh M. S. Al-Munajjid, penceramah dan pengarang Islam dari Arab Saudi, menyatakan:Adalah diharamkan kpd Muslims utk membenarkan sebarang non-Muslim utk masuk ke Al-Masjid Al-Haram di Makkah dan persekitarannya yg suci, kerana Allah berfirman: (Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci), maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskinmaka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.) (At-Tawbah 9: 28)

Berkenaan dgn masjid lain, beberapa Fuqaha Muslim berpendapat adalah dibenarkan kpd non-Muslims utk masuk ke dlm nya kerana tiada dalil utk menyebut keharaman perbuatan itu; yg lain berkata ia nya tidak dibenarkan, dgn qias kpd kes Al-Masjid Al-Haram.

(Keputusan Fatawa Al-Lajnah Al-Da'imah – Jawatan kuasa Tetap Utk Kajian Islam dan Ifta’)
Pandangan tepat ialah ia nya dibenarkan jika ia menepati matlamat Shari`ah atau menepati sebab penting, seperti jika non-Muslim perlu masuk ke masjid utk mendengar sesuatu yg mungkin menggalakkan nya utk memeluk Islam, atau dia perlu minum air, atau seumpamanya.

Ini adalah tujuan cara Rasulullah (SAW) dlm hal ini; dia mengikat (tawanan baginda ) Thamaamah ibn Athal Al-Hanafi dlm masjid sebelum dia menjadi Muslim, dan rombongan dari Thaqif dan Kristian dari Najran tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.
Sebenarnya, banyak manfaat diperolehi dari hal ini: mereka boleh mendengar ucapan dan khutbah Rasulullah (SAW) utk melihat orang solat dan membaca al- Qur’an, dan sebagainya.

Maka, jika non-Muslims memohon utk masuk ke masjid dgn tujuan utk melihat bagaimana Muslims bersolat, tiada salah dlm hal itu, selagi mereka tiada sesuatu yg boleh mencemarkan masjid itu, dan perempuan mereka tidak berpakaian menjolok mata, atau sebarang alasan lain yg menghalang mereka dari masuk ke masjid.

Jadi mereka boleh masuk dan duduk di belakang Muslims utk melihat bagaimana mereka sembahyang.

Berdasarkan kpd Fatwa diatas , kita boleh katakan yg non-Muslim, termasuk Orang Kristians dan Yahudi, dibenarkan utk masuk ke masjid, tetapi mereka patut mentaati syarat berikut:
1- Non-Muslim dibenarkan utk masuk ke masjid – selain dari Masjidil Haram di Makkah – dgn kebenaran awal dari Muslim.
2- Mereka mesti ada alasan kukuh utk masuk ke masjid.
3- Mereka mesti menghormati kemuliaan masjid dan beringat yg itu ialah tempat suci utk beribadah.
4- Lelaki dan perempuan tidak dibenar membuka aurat semasa masuk ke masjid.

Berkenaan dgn hal baik-pulih/ubah-suai, Kita berpendapat yg Muslims mesti diberi keutamaan dlm melaksanakan kerja itu, melainkan jika ia sangat perlu utk meminta pertolongan dari non-Muslims. Ada keperluan yg memerlukan pertolongan dari mereka, terutamanya dlm hal berkaitan masjid.

Sumber: Can a non-Muslim Enter the Mosque?
http://www.islamonline.net/
Perterjemah: Zul Yusoff http://zulyusoff.blogspot.com

Khamis, 26 Ogos 2010

Dr.Asri jawab fatwa Mufti Perak

Oleh : Dr.Asri Zainal Abidin

Saya rasa amat wajar untuk saya mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan muslim yang 'dikecohkan' sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini.

Tujuan tulisan ini agar salah faham dapat dielakkan.Apabila seorang tokoh Umno yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya "malu") dengan fatwa Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan Muslim, saya jawab, saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut.

SMS beliau kepada saya: "Apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?"

Setelah mendapat SMS itu saya cuba mencari kenyataan Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media.Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria itu.

Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain, di luar apa yang saya faham. Perkataan "sejahtera" itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut:

Setiap orang yang mempunyai pengetahuan agama hendaklah sentiasa adil dengan pandangannya. Tidak boleh berpihak untuk kepentingan pembangkang ataupun kerajaan. Saya tujukan nasihat ini kepada mereka yang daif seperti saya ini agar berusaha mendisiplinkan diri dalam pandangan ilmu.

Harussani bukan lemah seperti saya
Adapun Tan Sri Harussani, Mufti Perak sudah pasti seorang yang teguh - bukan lemah seperti saya - dan saya doakan agar keteguhan itu menjadi contoh insan yang berdisiplin dalam ilmu.

Pandangan agama yang membabitkan hal bukan Muslim di negara kita khususnya, dan dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam.

Kita memberitahu dunia "Islam adalah agama yang rahmat". Pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya. Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu.

Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan, terutama di media-media kerajaan, "assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam".

Walaupun Nabi SAW - seperti riwayat al-Bukhari - dalam praktik baginda, jika ada bukan Muslim bersama dengan Muslim, baginda hanya mengucapkan "assalamualaikum" sahaja. Perkataan "assalamualaikum" itu memang bermaksud "kesejahteraan ke atas kamu".

Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan "salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam". Tidakkah "salam sejahtera kepada bukan beragama Islam" itu satu doa untuk mereka?Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini?

Demikian salam ciptaan baru "Salam 1Malaysia" juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan Muslim. Mengapa tidak diharamkan? Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: Janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa.

Nabi jampi orang gila bukan Muslim
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan Muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas. Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan.

Kata Abdullah bin Mas'ud: "Aku seakan masih melihat Rasulullah SAW menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi AS yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: "Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam ertikata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan.

Dalam hadis yang sahih riwayat al-Nasai dan Abu Daud, sahabah Nabi SAW pernah menjampi untuk seorang gila yang bukan Muslim dengan Surah al-Fatihah sehingga sembuh. Ketua kabilah lelaki itu memberikan kepada sahabah berkenaan 100 ekor kambing.

Nabi SAW bersabda kepada sahabat tersebut: "Makanlah, selama ini orang memakan dari jampi yang batil, engkau memakan dari jampi yang sebenar". Jampi adalah sebahagian dari doa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan boleh mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada bukan Muslim.

Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan Muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan Muslim yang bermusuh dengan Islam.

Permainan politik
Firman Allah, maksudnya: "Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).

Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Samada yang didoakan itu Muslim atau bukan Muslim. Firman Allah: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan" (Surah Hud: 113).

Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik. Sebab itu 'Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama: "Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil" (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.

Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredaan sesuatu pihak semata-mata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan Muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau perincian.

Cina rajin dan kaya
Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak peranda? Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman?

Jika seorang pemimpin Muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan di kalangan mereka?

Tambahan lain, perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan Muslim menerima Islam ini. Orang Cina khususnya, mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh.

Jika Nabi SAW pernah berdoa: "Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau 'Umar bin Al-Khattab". (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).

Alangkah perlunya kita juga berdoa agar tokoh-tokoh yang hebat di negara ini menerima Islam.Inilah pandangan ringkas saya. Saya percaya Tan Sri Harussani Zakaria mempunyai tafsiran atau andaiannya yang tersendiri. Apapun, kita harapkan andaian dan tafsiran itu sentiasa memberikan nilai yang positif untuk Islam dan bebas dari belenggu kepentingan mana-mana pihak.

Ini adalah pandangan saya.

Rabu, 25 Ogos 2010

Tuan Guru Nik Aziz di mata Kerajaan Australia


sumber : marul77.blogspot

Assalamualaikum,

Semasa saya bermusafir ke Australia..ada pengalaman menarik yang saya kutip semasa berada di sana. Saya berkesempatan berjumpa dengan Imam sebuah masjid di negeri Tasmania dan negeri Victoria.Bersama dengan Imam di Tasmania sempat la jugak berbual bersama Imam berkenaan sambil menghirup kopi cappuccino di restoran minuman halal.

Apa yang mengujakan saya ialah Imam berkenaan merupakan orang Melayu berasal dari Malaysia.Beliau telah menetap lebih 30 tahun di Australia dan telah pun menukar kewarganegaraan dengan menjadi Warganegara Australia. Dia begitu seronok menceritakan pengalaman berdakwah di Australia dan berkongsi kegembiraan melihat perkembangan Islam yang pesat di bumi Australia.

Imam juga memberitahu bahawa setiap tahun....Imam-Imam seluruh Australia telah dihantar oleh kerajaan Australia untuk melawat negeri Kelantan dan mengikuti kursus dan kuliah anjuran Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Imam turut menunjukkan pasportnya dan gambar-gambar beliau dan para Imam lain semasa melawat dan berkursus di Kelantan serta turut menunjukkan gambarnya bersama Tuan Guru Nik Aziz di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu.

Imam berkenaan memberitahu...Kerajaan Australia pimpinan Parti Buruh sangat menghormati Tuan Guru Nik Aziz dan mereka menganggap Kerajaan Negeri Kelantan adalah contoh kerajaan Islam tulen yang berpegang kepada prinsip keadilan, keamanan dan perpaduan.

Oleh itu..bagi mengelakkan umat Islam Australia terpengaruh dengan unsur-unsur radikal (extremist)..mereka telah menghantar Imam-Imam menjalani kursus anjuran Pejabat Menteri Besar Kelantan dan mengamalkan ajaran Islam sebenar yang menolak tindakan keganasan tanpa perikemanusiaan. Itu fikiran kerajaan Australia.

Lihatlah..betapa tingginya penghormatan Kerajaan Australia terhadap Tuan Guru Nik Aziz...
Saya ada bertanya jugak..

"Kenapa kerajaan Australia tidak hantar Imam-Imam berkursus dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)"..

Jawab Imam berkenaan :
"Kerajaan Australia menganggap JAKIM sebagai alat UMNO dan kerajaan Australia memandang UMNO sebagai racist (perkauman)..kerajaan Australia pimpinan Parti Buruh sangat menolak fahaman racist (perkauman)".

Tambah Imam itu lagi :
"sebab tu kerajaan Australia hantar Imam-Imam berkursus di Kelantan kerana kerajaan Australia memandang Kerajaan PAS Kelantan sebagai kerajaan Islam tulen yang adil, tidak racist (perkauman), dan mereka menjadi contoh kepada kerajaan Australia. Malah banyak polisi Kerajaan Australia sekarang ditiru daripada polisi Kerajaan Negeri Kelantan"...

Tuan Guru Nik Aziz..kau satu dalam berjuta...Ulama tersohor yang sangat dihormati di seluruh dunia..semoga PAS akan terus melahirkan pemimpin seperti beliau..takbir....

Wallahualam



* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian DPPK Tapah. DPPK Tapah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Kenapa orang Melayu masih mundur?

oleh : Ar-razmi

KENAPA ORANG MELAYU MASIH MUNDUR???

Akibat menyokong Inggeris semasa darurat, orang melayu menjadi bodoh dan mundur. Cuba kita bandingkan kenapa orang cina yang menyokong komunis pula maju dan berpendidikan. Manakala orang India yang tak menyokong mana-mana pula tak kemana-mana, cuma mereka bila pandai cakap English jadilah kerani Inggeris.

Disini saya hendak menyorot kaitannya orang melayu yang menyokong UMNGOK@UMNO dan kebodohannya sehinggakan merugikan orang melayu.
1) Semasa darurat, orang cina telah dipindahkan ke kawasan kampong-kampung baru atau dipanggil kem cina yang ketika itu kawasan melayu. Ini adalah kerana orang cina didapati menyokong atau bersimpati dengan Parti Komunis Malaya. Orang melayu tetap tinggal di hutan belantara kerana menyokong Inggeris dan tidak mengancam Inggeris.
2) Orang cina diberi tanah dan kawasan pertanian untuk penempatan, manakala anak mereka disekolahkan dan disediakan bas oleh Inggeris. Ini menyebabkan anak mereka berpendidikan dan anak orang melayu masih bodoh dan tak bersekolah.
3) Kampung Baru Cina juga dilengkapi bekalan elektrik, air, balai polis dan sebagainya. Orang melayu hanya pakai pelita dekat kampong dan mandi guna perigi. Sebabnya mereka sokong Inggeris.
4) Tauke lombong cina jadi talam 2 muka dengan komunis dan Inggeris. Mereka inilah tempat orang Inggeris bergantung. Untuk mengelakkan mereka menyokong komunis, banyak kemudahan ekonomi diserahkan pada mereka sehingga mereka menjadi kaya-raya. Orang melayu yang paling kaya masa tu pun pakai basikal. Kalau ada pakai kereta pun adalah pegawai melayu kerja dengan Inggeris.

Tapi sekarang komunis dan Inggeris tak ada di Malaysia, yang ada adalah UMNO-Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat – PAS, DAP, Keadilan. Orang melayu telah terlalu selesa menyokong UMNO walaupun UMNO ini menipu mereka. Dengan modal kain pelekat/batik, T-shirt BN dan Payung BN, maka cairlah pengundi Melayu dan berbondong-bondong mereka memangkah UMNO-BN.

Orang cina mengundi mengikut sosio perkembangang semasa. Mereka akan menuntut perkara yang akan menguntungkan mereka. Contoh terdekat adalah Parlimen Kampar yang sering bertukar tangan antara DAP dan MCA. Kita lihat Kampar berkembang dengan maju malah mendahului bandar-bandar lain yang tegar dengan Barisan Nasional. Begitu juga parlimen Setiawan, betapa majunya Manjung dan Lumut sekarang ini walaupun di bawah DAP. Ini terjadi kerana:-
I) Kerajaan BN terpaksa membuat kemajuan di situ untuk mengambil hati penduduk supaya menyokong BN semula.
II) Orang cina baik DAP atau MCA tidak menindas bangsa mereka jika menyokong parti yang lain. Orang UMNO kalau ada orang melayu sokong PAS atau Keadilan akan diboikot, biasiswa anak diugut dan pelbagai lagi. Malah royalti minyak pun kena tarik. Betapa bodohnya orang Melayu.
III) Orang cina pandai bermuka-muka, depan BN punya program penuh datang, siap buat jamuan besar-besaran, hasilnya mereka dapat dana berjuta-juta dari kerajaan tapi bila mengundi mereka swing pada yang lain.

Jadi pada orang-orang melayu khususnya UMNO@UMNGOK, tegakah kalian melihat anak-anak orang Islam khususnya melayu ini merempat. Ada masa untuk berubah.

UNDILAH PERUBAHAN DAN UNDILAH PAS. PAS FOR ALL.

Wallahu’Alam



* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian DPPK Tapah. DPPK Tapah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Selasa, 24 Ogos 2010

Ceramah Nuzul Quran

Assalamualaikum w.b.t

CERAMAH NUZUL QURAN

Tarikh : 24/8/2010 (Selasa)
Tempat : Surau Highland Park, Jalan Pahang, Tapah
Penceramah : Ust.Hasan Razak (Peg.Khas MB Kedah)
Tentatif :
1) Berbuka puasa
2) Solat Maghrib/Isyak Berjamaah
3) Solat terawih berjamaah
4) Ceramah Nuzul Quran

Muslimin dan Muslimat di jemput hadir

Wassalam

Misi Kebajikan dan Prihatin Rakyat DUN Air Kuning

Pada 21 dan 22 Ogos 2010 bersamaan 11 dan 12 Ramadhan 1431H, DPPK Tapah telah berjaya menjalankan Misi Kebajikan dan Prihatin Rakyat di sekitar DUN Air Kuning. Untuk kali ini kami telah memilih penduduk di kawasan sekitar Sg.Kroh dan Kampung Tengah, Temoh untuk di sampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan dan sokongan.

Bantuan berupa beras, minyak masak, tepung, gula dan barang2 keperluan harian sumbangan daripada DPPK Tapah dan ada juga daripada individu yang bermurah hati bagi meringankan beban penduduk yang kurang bernasib baik. Golongan sasar adalah golongan OKU, armalah dan anak yatim serta tak lupa kepada mereka yang hidup dalam serba kekurangan.

Seramai 15 keluarga telah kami kunjungi sepanjang fasa pertama 2 hari program ini berjalan. Di samping menyampaikan bantuan, kami berkesempatan berbual mesra dan berkongsi rasa derita yang mereka tanggung selama ini tanpa pembelaan yang sewajarnya. Dan di setiap kunjungan akan di akhiri dengan bacaan doa selamat agar keluarga tersebut di permudahkan segala urusan hidup serta sentiasa dalam rahmat Allah taala.

Alhamdulillah program berjalan lancar dengan kehadiran ramai pemuda kawasan dan cawangan bagi menjayakan program ini.

Sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk sekitar memberikan kami inspirasi untuk meneruskan misi kebajikan dan prihatin ini dalam fasa2 yang berikutnya insyallah terutamanya sebelum menjelang 'idulfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

NEGARA BERKEBAJIKAN IMPIAN KAMI...



Antara penerima sumbangan berupa barang keperluan harian



Golongan OKU di santuni... beliau hanya tinggal bersendirian di rumahnya dan menjalani aktiviti seharian dgn hanya berkerusi roda


Doa memohon agar Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang kepada penghuni rumah


Penerima sumbangan merupakan seorang penghidap sakit jantung dan hidup dengan serba kekurangan

Ucapan terima kasih tak putus2 di ucapkan dari mulut makcik ini...



KP Ust.Shamsul, TKP Sdr.Hafiz dan AJK Pemuda bersama dgn sebahagian dari hamper sumbangan yang di sediakan.


Sumbangan kewangan kepada golongan armalah


Ziarah seorang penduduk yang menderita sakit...hanya linangan air mata mampu menceritakan segalanya






Penduduk kampung tanpa sebarang ideologi politik menyambut kedatangan kami dengan mesra

Taklimat akhir setelah tamat program... terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program...Moga Allah menerima usaha kebajikan kami ini

NANTIKAN MISI KAMI YANG SETERUSNYA...

Ahad, 22 Ogos 2010

Surat kepada LAP untuk memohon diskaun/rebat bil air




Dewan Pemuda PAS Kawasan Tapah (DPPK Tapah) telah mengutus surat kepada Lembaga Air Perak (LAP) pada 12 Ogos 2010 yang lepas untuk menimbangkan permohonan diskaun/rebat bil air untuk penduduk yang masih mengalami gangguan bekalan air akibat tumpahan minyak diesel awal bulan ini.

Namun DPPK Tapah berasa kesal kerana sehingga ke saat ini masih belum ada sebarang jawapan bertulis bagi menjawab surat tersebut. Pihak LAP juga masih belum mengeluarkan sebarang notis rasmi bagi memaklumkan status kauliti bekalan air yang di terima samada selamat atau tidak untuk di gunakan. Pihak LAP tidak perlu berasa bimbang dengan desakan masyarakat terlibat kerana insiden ini adalah akibat dari kecuaian syarikat pembekal minyak diesel tersebut yang sepatutnya kerugian yang di alami di tanggung sepenuhnya oleh syarikat berkenaan.

Oleh itu DPPK Tapah mendesak agar rebat/diskaun di berikan kepada semua penduduk yang terlibat dan jika kualiti tidak di jamin selamat di gunakan maka pihak LAP juga perlu memberi notis ingatan/amaran kepada pengguna. Bekalan air bersih pula perlu terus di hantar dari rumah ke rumah setiap kawasan yang terlibat bagi mengelakkan masalah kesihatan yang mungkin boleh berlaku akibat daripada pencemaran air ini hingga ianya kembali selamat untuk di gunakan.

Azman Bin Ali Aziz
Penolong Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tapah

Jumaat, 20 Ogos 2010

Mereka yang kaya dari hasil judi...

Oleh : Zorro Boy

UMNGOK opps sorry UMNO memang terkenal dengan judinya. Bagi mereka judi ini menguntungkan dan tidak wajar diharamkan. Yang wajar diharamkan adalah DINAR EMAS Kelantan. Kerana itu bercanggah dengan akidah ahli UMNGOK.

Bagi pengundi-pengundi Melayu khususnya "MELAYU ISLAM" sampai bila kita hendak maju. Kalau dikaji, orang cina kalau melancung, mereka akan ke negara Maju seperti Eropah, Jepun, termasuklah China, ini untuk mengujudkan peluang perniagaan dan percambahan minda. Orang UMNO bila buat rombongan asyik ke DANOK dan PADANG BESAR. Itu sebab melayu UMNO tak maju-maju.

Semoga senarai penama saham di bawah membuka hati dan mata Melayu Islam. Tapi bagi orang UMNO dia akan berbangga, sebab katanya kita dapat bersaing secara sihat dengan non-bumi.

Wallahu'Alam

Saham dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:

1. Bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj memiliki 1,900,000.

2. Bekas Menteri Pelajaran... dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari memiliki saham sebanyak 40,843 dan 6,666 saham dalam Magnum 4D.

3. Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman memiliki 1,666,666 saham.

4. Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib memiliki 680,334 saham. Saham dalam Genting Berhad

1. Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad.

2. Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

3. Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

Saham dalam Sports Toto

1. Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memegang 3.5 juta saham dalam Sports Toto melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian DPPK Tapah. DPPK Tapah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Lautan muslim solat terawih di Mesir - Allahuakbar








Gambar yang mengejutkan dunia
Tempat: Iskandariah Mesir
Imam: Imam Hatim
Masjid: masjid al-Qaid Ibrahim hayyu Syatibi mahattah Raml.
Jumlah : 1 juta pesolat

ALLAHUAKBAR... !!!

Bila agaknya Dataran Merdeka boleh buat Solat Terawih macam ni?

Rabu, 18 Ogos 2010

Mowgli atau Mau geli-geli



Apabila kebabian manusia menguasai jiwa maka

mana BAGERA ?...tak ada.. yang ada CELAKA..
mana BALOO ? ... tak ada.. yang ada MALU..
mana SHER KHAN ? ... tak ada.... yang ada SETAN
mana ALEXENDER ? ... tak ada...yang ada TAK PER
mana MOWGLI ? ... tak ada.... yang ada hasil GELI-GELI

watak hutan yang dimainkan manusia

"bal hum adhol" (bahkan lebih teruk daripada binatang...)

JAUHI MAKSIAT...JAUHI UMNO/BN...

Isnin, 16 Ogos 2010

Kesilapan kerap Muslim ketika Ramadhan

KESILAPAN KERAP MUSLIM KETIKA RAMADHAN
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda.

"Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936).

Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian
Sumber : zaharuddin.net

Selasa, 10 Ogos 2010

Marhaban Ya Ramadhan Al-Mubarak

Andaikan kita tahu kali ini adalah Ramadhan terakhir
Sudah tentu kita akan berbondong bondong memakmurkan masjid dengan tarawih
Menyambut hadirnya Malam berqiyamullail untuk sujud bertahajud
memohon untuk bisa bertemu denganMu kekasih hati di syurgaMu yang kekal

Andaikan kita tahu kali ini adalah Ramadhan terakhir
Maka lidah ini tak akan berhenti melantunkan ayat ayatMu
Alunan Al Quran tidak akan berhenti setiap waktu-waktumu
Hentakan dzikir bagaikan alunan di setiap helaan nafasmu

Andaikan kita tahu kali ini adalah Ramadhan terakhir
Tiada sedikitpun lengah untuk menyempurnakan shalat ketika adzan memanggil
maka langkah ini berlari menjemputnya
Tunduk dengan khusyuk dan tawadhu kepadaMu menangisi sekecil apapun kekhilafan ini
Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
(Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam)

Andaikan kita tahu kali ini adalah Ramadhan terakhir
tentu kita akan bersedia lahir dan batin mempersiap diri rohani dan jasmani menanti-nanti datangnya musuh Islam di kiri dan kanan dari lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Ya Rabb
Andaikan kita tahu kali ini adalah Ramadhan terakhir
Jadikanlah Ramadhan paling penuh arti
Jadikanlah Ramadhan yang membersihkan hati dan diri
Jadikanlah Ramadhan paling berseri yang menerangi kegelapan hati-hati kami
Seperti kutipan khutbah Rasulullah saw menyambut bulan suci Ramadhan sebagai berikut :

Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima, dan doa-doamu diijabah.

Hadirnya bulan yang selalu kita tunggu tunggu yaitu Bulan yang penuh berkah dan ampunan, bukan yang menjadi setiap amalan kecil dilipat gandakan. Marhaban Ya Ramadhan. Betapa indahnya Ramadhan yang tidak akan pernah kita jumpai dibulan bulan lain. Mari kita songsong bulan Ramadhan dengan hati yang siap dan dengan segenap hati
Mohon Maaf atas segala salah khilaf kami selama ini.
Ikhlas daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Tapah

Isnin, 9 Ogos 2010

Jemputan Wacana Pemikir Muda

Assalamualaikum w.b.t
Di jemput semua untuk menghadiri satu program wacana seperti berikut :

Tajuk : Perpaduan Generasi Muda ; Gaza sebagai teladan
Anjuran : Majlis Belia Negeri Perak
Tarikh : 9 Ogos 2010 (Isnin)
Waktu : 9.00 malam
Tempat : Auditorium INTIM, Jalan Dairy
Ahli Panel :
1) Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
2) Y.B Ahli Parlimen Parit - bekas tahanan Marvi Marmara
3) Presiden Majlis Belia Perak
4) Moderator - Sdr Saiful Adli Mohd Arshad
Mari datang beramai2.
Wassalam

Jumaat, 6 Ogos 2010

Konvensyen PAS Perak Kali ke-15


Dewan Pemuda PAS Kawasan Tapah mengucapkan selamat berprogram kepada semua peserta Konvensyen PAS pada tahun ini. Moga Allah merahmati dan meredhai konvensyen ini demi masa depan Islam di muka bumi Malaysia ini.

ALLAHUAKBAR!!!

Khamis, 5 Ogos 2010

Air tercemar dengan diesel : Kualiti Air menjadi tanda tanya?

KENYATAAN MEDIA
5 OGOS 2010

Air tercemar : Kualiti air menjadi tanda tanya?

Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Tapah melahirkan rasa bimbang akan tahap kualiti air yang di bekalkan oleh Lembaga Air Perak (LAP) kepada penduduk sekitar Tapah, Bidor dan sebahagian dari kawasan Sungkai, Teluk Intan dan Bagan Datoh. Walaupun pencemaran minyak diesel akibat dari tumpahan minyak dari lori pengangkut minyak dapat di kawal namun air yang diterima penduduk masih berbau diesel dengan agak kuat.

DPPK Tapah amat kesal dengan sikap seolah-olah lepas tangan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan masalah pencemaran ini apabila masih tiada notis rasmi memaklumkan tahap keselamatan penggunaan air yang telah tercemar oleh tumpahan minyak diesel khasnya bagi tujuan memasak makanan dan minuman.

DPPK Tapah juga tertanya-tanya adakah air yang kembali di bekalkan kini kepada semua penduduk yang terlibat selamat di gunakan untuk kegunaan penduduk seharian? Perkara ini masih menjadi tanda tanya kerana setakat kenyataan ini di tulis belum ada lagi notis atau peringatan rasmi oleh pihak LAP, Jabatan Kesihatan mahupun daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak bagi memaklumkan kualiti air yang telah di bekalkan kepada penduduk terlibat bermula daripada 3 Ogos yang lepas setelah 2 hari pemotongan air bekalan di lakukan sebelum itu.

DPPK Tapah amat bimbang akan kesan buruk yang boleh berlaku kepada kesihatan penduduk setempat yang kami percaya akibat daripada pencemaran air ini. Hasil daripada pemerhatian kami mendapati pesakit akan mengalami simptom seperti muntah-muntah, sakit tekak, cirit-birit, sakit perut dan lain-lain simptom yang biasa berlaku akibat daripada pencemaran air dan golongan kanak-kanak adalah yang paling ramai menghidapinya.

Justeru kami amat berharap agar tindakan sewajarnya perlu di ambil dengan kadar segera kerana ini melibatkan kesihatan dan nyawa penduduk. Datuk Dr.Mah Hang Soon selaku exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio kesihatan dan alam sekitar perlu lebih proaktif dalam mencari alternatif penyelesaian kepada masalah ini serta mengambil berat masalah penduduk terlibat yang kesihatan mereka yang kini mungkin di ancam bahaya. Jangan sekadar mengambil sikap tunggu dan lihat serta melepaskan tanggungjawab ini kepada pihak yang lain.

Walaupun begitu DPPK Tapah ingin merakamkan setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada setiap usaha siang dan malam yang di jalankan oleh pihak LAP dan agensi yang berkaitan dalam menguruskan masalah tersebut buat masa ini. Jasa dan usaha kalian amat kami hargai.

DPPK Tapah sekali lagi ingin mengingatkan pihak yang bertanggungjawab akan perlunya notis peringatan bagi memaklumkan perkembangan terkini kualiti air dari semasa ke semasa kepada semua penduduk yang terlibat. Bekalan air bersih yang bebas pencemaran perlu sentiasa di bekalkan setiap masa dengan meningkatkan jumlah pengagihan bekalan air menggunakan lori tangki ke setiap pelusuk kampung, taman perumahan, restoran, kedai makan, sekolah dan semua tempat yang terlibat bagi tujuan memasak makanan dan minuman sehingga kualiti air kembali di sahkan bersih dan selamat untuk di gunakan.

DPPK Tapah berdoa semoga krisis pencemaran air ini dapat segera di atasi dan penduduk sekitar dapat kembali menikmati kehidupan yang berkualiti seperti sediakala.

AZMAN BIN ALI AZIZ
Penolong Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tapah

Rabu, 4 Ogos 2010

Demokrasi Dibunuh di Dewan Negeri Perak

Kenyataan Media
YB V.Sivakumar pada 3 Ogos 2010 di Ipoh

Demokrasi Dibunuh Di Dewan Negeri Perak

Apa yang telah berlaku dalam Dewan Negeri Perak hari ini amat mengecewakan. Ahli-ahli Dewan Negeri Perak BN sanggup membunuh demokrasi semata-mata untuk mengekalkan kuasa politik mereka. Kemuliaan Dewan Negeri Perak telah dicompang-camping sekali lagi dalam persidanagan Dewan Negeri hari ini. Mereka ini merupakan golongan yang paling tidak bertamadun. Tindakan mereka harus dikecam untuk menghidupkan kembali demokrasi di Negeri Perak.

Persidangan Dewan Negeri Perak lebih sesuai dipanggil Pesidangan Polis Diraja Malaysia. Lebih ramai polis berkerumun di perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan dibandingkan dengan wakil-wakil rakyat. Nampak jelas bahawa pihak kerajaan cuba menggunakan polis yang begitu ramai untuk menggertak pihak pembangkang secara tidak langsung. Tidak ada sebab kenapa beratus-ratus anggota polis ditugaskan di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada hari ini. Kenapa masa dan tenaga polis dikerah untuk tujuan politik BN? Kehadiran polis yang begitu ramai sendiri telah mengancam amalan demokrasi yang sihat di Negeri Perak. Tambahan pula, orang awam tidak dibenarkan hadir sebagai pemerhati persidangan Dewan Negeri.

Pihak media tidak diberi ruang di dalam dewan untuk membuat liputan. Mereka ditempatkan di sebuah bilik ‘akuarium’ yang kalis bunyi. Kebebasan akhbar telah dinodai oleh kerajaan BN yang zalim. Pihak media tidak diberi penghormatan yang sewajarnya . Mereka dilayan dengan buruk dan tidak dibenarkan membuat laporan yang sebenar. Dalam kata lain, kerajaan BN mempunyai niat buruk menyekat atau mengambus berita sebenar supaya tidak sampai kepada rakyat jelata. Tindakan ini membuktikan bahawa kerajaan BN takut kepada kuasa rakyat yang bakal menjatuhkan kerajaan itu di Negeri Perak dalam PRU ke 13.

Terbukti Datuk R.Ganesan adalah kuda tunggangan BN yang sanggup mengadai maruah legislatif kerana akur seratus peratus arahan pihak eksekutif . Beliau bertindak secara kelam kabut dan membuat kenyataan-kenyataan yang tidak rasional apabila menerima arahan komplot daripada ketua eksekutif. Terbukti Datuk R.Ganesan tunduk kepada kemahuan dan manupulasi politik kerajaan BN. Jari telunjuk ketua eksekutif dianggap sebagai cokmar oleh Datuk R.Ganesan yang terang-terang jahil dalam Perintah-perintah Tetap dan konvensyen Dewan Negeri.

Satu Rang Undang-undang yang bertajuk Enakmen Perbekalan Tambahan 2010 telah dibentangkan di Dewan Negeri hari ini. Peruntukan tambahan yang dipohon oleh kerajaan ialah sebanyak RM80 juta. Jumlah ini adalah terlalu besar dan memerlukan pertimbangan yang sewajarnya. Tetapi, Datuk R.Ganesan telah mengumumkan bahawa persidangan hanya selama satu hari sahaja. Perkara ini amat ganjil sekali dan menimbulkan rasa kesangsian dan kecurigaan kepada Ahli-ahli Dewan Negeri PR. Kenapakah rang undang-undang itu perlu diluluskan secara ekspres? Kenapakah persidangan Dewan Negeri tidak dilanjutkan selama 4 atau 5 hari mengikut konvenyen.

Ketua pembangkang hanya diberi 15 minit untuk membahaskan rang undang-undang tersebut. Semua Ahli-ahli Dewan yang lain hanya dibenarkan untuk berucap selama 10 minit sahaja. Ini merupakan satu penghinaan kepada Dewan Negeri Perak yang mulia. Ahli-ahli Dewan Negeri BN dibawah pimpinan Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir terbukti bacul kerana tidak berani berbahas dengan Ahli-ahli dewan Negeri PR dibawah pimpinan Dato Seri Ir Nizar Jamaludin.

Kerajaan BN menggunakan Datuk R. Ganesan, seorang boneka eksekutif untuk mencari jalan pintas meluluskan wang RM 80 juta tanpa perbahasan dan prosiding yang sebenar. Walaupun Dato Seri Zambry dan kuncu-kuncunya dicabar berulangkali untuk mengadakan perdebatan selama skurang-kurangnya 4 hari, tetapi mereka tidak berani menyahut cabaran itu. “Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah” Dalam keadaan dewan yang kalut, Ahli-ahli Dewan Negeri PR terpaksa meninggalkan Dewan kerana penyalah gunaan kuasa oleh Datuk R.Ganesan yang menghalau keluar Dato Seri Nizar dari Dewan.