Selasa, 16 Ogos 2011

Program DPPK Tapah

Penyerahan Bantuan kepada fakir miskin sempena Bulan Ramadan oleh Dewan Pemuda PAS Tapah di Kg Sg Kroh, Mambang DI Awan
 









 

Selasa, 28 Jun 2011

Program penyerahan hamper di hospital Tapah

TAPAH - Bertempat di Hospital Tapah satu program penyerahan hamper makanan yang dianjurkan oleh DPPK Tapah pada hari Ahad, 13 Jun kepada pesakit - pesakit di hospital tersebut. Di ketuai oleh S/U pemuda kawasan diiringi sahabat - sahabat yang lain turut turun padang dalam memberi sokongan dan sama - sama menjaya program bermanfaat. Setibanya kami di Hospital Tapah skuad Pemuda kawasan disambut oleh staf dengan hati yang terbuka dimana staf ini bertugas di wad pesakit. 

Riak wajah pesakit - pesakit tampak gembira dengan kehadiran skuad Pemuda PAS kawasan yang datang melawat sambil bersedekah dan juga mendoakan pesakit yang beragama Islam. Tidak ketinggalan, kami juga melawat di wad kanak - kanak dan juga di wad kecemasan. Alhamdulillah penerimaan positif jelas kelihatan melalui komunkasi antara dua mata. 

Semoga kita semua di redhai Allah dan tadbir negeri kita yang tercinta. Jazakallah.

Gambar random sekitar program tersebut













Rabu, 4 Mei 2011

Ceramah perdana


Assalamualaikum kepada semua muslimin dam muslimat, sebelum itu  admin ingin memohon kemaafan kepada pembaca - pembaca blog kerana lambat atau tidak update blog. Dengan ini marilah beramai - ramai meraikan majlis ini, semoga kita semua terbuka minda dan sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat bagi menegak syiar ISLAM dan membantutkan agenda - agenda UMNO laknat...Takbir!!!!!!!!!!!!!

Isnin, 14 Mac 2011

MAJLIS PELANCARAN GERAK KERJA PILIHAN RAYA-13 PAS KAWASAN TAPAH

Wahai semua AJK kawasan,dewan - dewan, AJK MTD, serta SEMUA AJK Cawangan anda semua di pinta hadir, dengan kehadiran anda semua akan menambah semangat dan kekuatan PAS kawasan Tapah....Takbir!!!!

Selasa, 8 Mac 2011

INFO:BN KUAT, PAS LEMAH??

Keputusan PRK DUN Kerdau telahpun diketahui, dan media telah melaporkan bagaimana BN meraikan kemenangan tersebut dengan penuh gaya.

PAS merakamkan ucapan tahniah kepada calon BN yang telah berjaya dan kini beliau menggalas amanah besar yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Semoga dengan kuasa yang ada beliau mampu melaksanakan amanah ini. Rakyat akan menilai hal ini dan peranannya yang tentunya berbeza dengan wakil rakyat yang bukan dari aliran agama.

Kekalahan PAS dalam PRK Kerdau sememangnya telah dijangka, kerana bukanlah sesuatu yang mudah untuk merampas kerusi yang telah dimenangi BN. Ditambah lagi dengan penggunaan jentera kerajaan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan bergaya di negeri PM. Hakikat ini dapat dilihat bilamana PM dan isteri turut sama berkempen dengan perisytiharan jutaan ringgit bakal diturunkan bagi kawasan DUN Kerdau.


Analisa Keputusan.

Secara asasnya ada sesuatu yang agak menarik dalam keputusan PRK ini:
  • Undi PAS secara keseluruhannya merosot sebanyak 184 (-7.3%), dan undi BN meningkat sebanyak 925 (22.4%) - dibantu daripada peningkatan peratus keluar mengundi sebanyak 3%.
  • PAS mendapat peningkatan undi di semua kawasan Felda - Jengka 22 : 28.2%; Jengka 23 : 8% dan Jengka 25 : 4.9%; walaupun mereka dijanjikan dengan pelbagai wang MPOB, dan SES berjumlah RM13,000 dan RM4,000 seorang. Keadaan ini membayangkan PAS  mempunyai masa depan yang agak baik di kawasan Felda, yang dianggap lubuk UMNO.

    Kejayaan ini boleh dianggap kemenangan bagi perjuangan ANAK yang mula diterima oleh masyarakat Felda. Penghargaan juga harus diberi kepada PKR yang menumpukan gerakerja mereka di kawasan Felda bersama dengan jentera PAS dari Kelantan, Kedah dan Pahang.
  • Di Kawasan Felcra Rumpun Makmur sokongan kepada PAS merosot sebanyak -4.2%. Hal ini berkemungkinan dari tumpuan jentera Felcra seluruh negara dengan pelbagai ugutan kepada peserta Felcra.

Kesimpulan
  • PAS perlu melihat kemerosotan ini sebagai statu cabaran besar dalam PRU yang hampir tiba.
  • Kelemahan yang ketara di Unit Peti Undi berpunca dari kelemahan jentera di cawangan yang gagal berfungsi dengan baik, sehingga ada cawangan yang tidak bergerak dan terpaksa dibantu oleh tenaga luar. Tetapi bilamana menghadapi PRU, suasananya tentu berbeza apabila tenaga tempatan adalah penggerak utama.
  • Diharap beberapa kelemahan dapat dikenalpasti dan di ambil tindakan segera, bagi menghadapi PRU 13
Kini Kerdau mulai sunyi sepi, dan jalan-jalan yang diturap separuh siap, terus menanti curahan tar bagi menyiapkannya. Namun  apakah ianya akan terus kekal begini? Rumah-rumah buruk, kedai yang terbiar, projek perumahan yang terbengkalai dan sekolah agama yang tidak mendapat perhatian dan pelbagai gambaran tertinggalnya Kerdau daripada pembangunan. Apakah bandar  Kerdau akan terus menjadi 'bandar Kerbau'?. Sama-sama kita tunggu...
sumber: Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Aktiviti akan datang: KEMPEN ANTI SAMAN EKOR DAN PROGRAM MINUM PETANG

Selasa, 22 Februari 2011

Kenapa Bob Lokman menyertai PAS...Allahuakbar!!!

video
X cukup blog saudara Bob, kami saji pula video...Takbir!!!!

Isnin, 21 Februari 2011

Bob Lokman : Sebuah kisah penghijrahan


Selamat berjuang Bob Lokman...

Sila layari blog beliau di sini untuk membaca luahan hati beliau...

Semoga Allah memudahkan segala urusan beliau dan terus istiqamah di atas jalan ini.

ALLAHUAKBAR!!!

Ahad, 20 Februari 2011

HIMPUNAN 30K PEMUDA PAS

'MASA UNTUK BERUBAH' itu lah tema pehimpunan pemuda yang boombastik yang diadakan di kompleks PAS bertempat di Kota Sarang Semut. Lautan umat membanjiri kawasan dataran kompleks tersebut. Di situ terdapat semua pemuda setiap pelosok negeri di seluruh Malaysia berhimpunan sebagai simbolik sokongan Pemuda kepada parti iaitu PAS.

7.15 PM;
Kami semua berkumpul di masjid Tapah untuk mengumpul jemaah bagi sama - sama konvoi dengan satu niat untuk menegak syiar islam. Kami semua perlu keluar dari Tapah sebelum maghrib untuk dapat soalt jama' bagi memudahkan perjalanan kami selaku musafir untuk menegak syiar Islam, moga - moga pejalanan kami sentiasa di redhai Allah S.W.T. Takbir!!!

8.15PM
Kami semua selamat sampai di R n R sg.perak, seperti yang dijanjikan rombongan dari gopeng turut serta jumpa di RnR tersebut, Alhamdulillah kami selamat walaupun perjalanan dari Ipoh hingga ke Sg. Perak diiringi dengan hujan rahmat namun perjalanan kami lancar dan selamat.Kami berhenti rehat solat jama' dan makan malam dan menruskan perjalanan untuk menjimatkan masa.Takbir!!!

11.30 PM
Kami selamat sampai ke gurun untuk bermalam di rumah saudara sahabat kita di Taman perwaja, kami semua nampak keletihan terutama 'driver' namun penat lelah hilang dengan saudara sahabat kita menjamu sedikit 'supper' syukur ke hadrat Illahi, nampak perjalanan ini diberkati.

6.30AM
Setelah selesai bersolat berhampiran dengan taman perumahan, terlihat satu bas gerombolan pemuda PAS daru dun redang sudah sampai semalamnya dan bermalam di Surau tersebut. Kami berkesempatan mendengar tazkirah dari ketua pemuda tersebut. Sedikit sebanyak menambah ilmu dan kekuatan untuk berjuang...Takbir!!!

8.30AM
Kami semua bersiap - siap menuju ke kompleks PAS di kota sarang semut, unit amal malaysia bersiap - siap untuk bertugas. Semangat ini yang diperlukan. Tahniah!!!

9.30AM - 2.00PM
Sekitar kompleks dan suasana.