Sabtu, 19 Jun 2010

UMNO Tapah salahguna sekolah



UMNO Bahagian Tapah menyalahgunakan premis sekolah untuk mesyuarat perwakilan bahagian.

Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Tapah melahirkan rasa kesal atas sikap UMNO yang bermuka-muka dan hipokrit apabila menggunakan Sekolah Menengah Sains Tapah bagi tujuan mesyuarat tahunan mereka. Majlis di adakan di dewan besar sekolah tersebut pada 19 Jun 2010 dan di jangka akan di rasmikan oleh Naib Presiden UMNO yang juga merangkap Ketua Bahagian UMNO Bahagian Bagan Datoh Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pertamanya DPPK Tapah ingin mempersoalkan tahap profesionalisme UMNO apabila tanpa segan silu menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan premis kerajaan iaitu bangunan dewan sekolah yang kami percaya Pakatan Rakyat tidak akan semudahnya mendapat kemudahan tersebut.

Jika selama ini UMNO sering mengugut guru2 dan kakitangan kerajaan khususnya agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berbentuk kepartian terutamanya terlibat dengan parti politik selain UMNO dan BN namun tanpa bermaruah pula menggunakan premis sekolah untuk menjalankan aktiviti tahunan mereka. Tidakkah UMNO berasa malu dengan tindakan mereka ini?

Keduanya DPPK Tapah juga tertanya2 penglibatan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi mutakhir ini yang sangat aktif bersama dengan UMNO Perak yang seolah2 ingin mencabar kewibawaan Dato’ Seri Zambry Abd Kadir. Lihat sahaja bagaimana beliau yang semasa merasmikan Persidangan Serentak Umno Cawangan seluruh Perak di Bagan Datoh yang tanpa berselindung lagi mengkritik hebat kepimpinan Datuk Seri Zambry. Pertembungan antara dua pemimpin UMNO Negeri Perak ini pastinya akan berterusan dan tidak akan berkesudahan dan kami meyakini ianya mempunyai agenda politik yang tersirat.

Ketiganya DPPK Tapah juga berasa hairan, adakah UMNO Bahagian Tapah sudah jatuh miskin apabila tak mampu lagi untuk bermesyuarat di premis sendiri atau di tempat2 mewah yang biasa mereka gunakan sebelum ini untuk berprogram. Kami tertanya2 adakah mereka membayar sewa menggunakan dewan atau menggunakannya secara percuma.
DPPK Tapah dapat merasakan bahawa rakyat semakin muak dan jelak dengan sikap kepimpinan UMNO yang sering cakap tak serupa bikin dan menyeru rakyat agar berhenti memberi peluang kepada UMNO dan BN mentadbir negara kita dalam pilihan raya akan datang.
AZMAN AZIZ
Penolong Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tapah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan