Ahad, 31 Januari 2010

HEMPAP 2010 : Pemuda PAS Perak telah bersedia menghadapi pilihan raya

(Ketua Pemuda PAS Tapah, Ust.Shamsul menerima t-shirt daripada Ketua Pemuda PAS Pusat Ust.Nasruddin Hassan)

Bertempat di Madrasah Darul Ta'lim, Selama telah berlangsung program Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) pada hari Ahad, 31 Januari yang lepas.

Antara objektif HEMPAP adalah untuk mengumpulkan seberapa ramai pemuda PAS di seluruh Perak bagi menyampaikan mesej kepada UMNO/BN dan rakyat Perak amnya bahawa PAS telah bersedia menghadapi Pilihan Raya pada bila2 masa sahaja dari sekarang.

Dan Alhamdulillah, sasaran kehadiran melebihi sasaran awal seramai 10 ribu pemuda yang hadir dari seluruh kawasan2 di Perak. Kehadiran berbelas ribu pemuda dengan penuh bersemangat telah menggegarkan Darul Ta'lim dengan pelbagai aktiviti dan program yang padat bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang.


(Datuk Seri Nizar Jamaluddin memberi semangat kepada semua peserta)

DPPK Tapah juga tidak ketinggalan menghantarkan peserta.Oleh kerana tempat program agak asing bagi kami menyebabkan konvoi kami tersesat di beberapa simpang utama.Bukan hanya konvoi kami yang tersilap jalan tapi kelihatan beberapa konvoi dari kawasan2 lain juga termasuk bas dan kereta berpusing2 mencari jalan ke tapak program. Dan akhirnya kami sampai sekitar jam 11.00 pagi setelah lebih 3 jam di atas jalan raya.

Berbagai2 aktiviti dan program termasuk ceramah, persembahan silat, pemeriksaan kesihatan dan derma darah, pendaftaran pilihan raya, pameran motor berkuasa besar, kereta yang telah memenangi beberapa siri perlumbaan rally, khemah pameran dan jualan dan pelbagai lagi.

Antara penceramah yang telah berjaya menaikkan semangat peserta2 yang hadir adalah seperti Datuk Seri Hj.Nizar Jamaluddin, Y.B Mahfuz Omar, Y.B Sallehudin Ayub dan Ketua Pemuda PAS Pusat Ust.Nasarudin Hassan.

Secara keseluruhannya matlamat program telah berjaya di capai. Harapan kini agar jentera pemuda PAS di seluruh Perak dan di Tapah khususnya agar terus menyusun strategi dan memperkemaskan jentera bagi menghadapi pembubaran DUN Perak yang kita percaya akan berlaku sedikit masa lagi.

Tahniah kepada pihak penganjur program dan juga kepada semua Pemuda PAS Tapah yang telah berkorban masa dan tenaga bagi menghadiri program ini. Moga Allah mempermudahkan segala urusan hidup kita insyaallah.

ALLAHUAKBAR!

catatan : lebih banyak gambar2 sekitar program akan di upload pada post akan datang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan