Sabtu, 1 Mei 2010

Kalau UMNO semuanya boleh...

oleh : Wirawan Islam


Tiada apa yang nak di peningkan dengan banner di atas. Cuba tengok betul2...
Sememangnya Solat Hajat dan bacaan Yassin pada setiap malam jumaat adalah satu budaya yang telah lama di amalkan oleh masyarakat Melayu.
Namun apa yang peliknya ada pula gambar seorang yang belum beragama Islam di gandingkan dengan gambar PM 1 Malaysia. Rupanya ianya adalah salah satu usaha terdesak UMNO untuk memenangi plihan raya kecil baru2 ini. Alhamdulillah ingat sekejap UMNO kat tuhan. Mungkin bagi UMNO Allah hanya ada di dalam masjid. Sebab tu tanpa rasa malu melakukan maksiat dan munkar apabila berada di luar masjid. Rasuah dan fitnah berleluasa.
Tergamak UMNO menggunakan masjid memaksa jamaah untuk solat hajat dan bacaan Yassin untuk memenangkan calon MIC dalam pilihan raya. Kalau calon Islam bolehlah gagah. Isu ini bukan baru bahkan UMNO juga pernah melakukan perkara yg serupa apabila bermati-matian mempertahankan DUN Ijok dalam PRK beberapa tahun yg lepas.
Bila Dato' Hassan Ali membaca khutbah jumaat. heboh 1 Malaysia mengeji beliau dengan menaburkan pelbagai cerita dan fitnah yang bukan sahaja di nafikan oleh beliau bahkan JAIS juga mengesahkan tiada apa yang salah dalam khutbah yang di sampaikan oleh pesuruhjaya PAS tersebut.
Media sibuk memutarbelitkan titah ucapan baginda Sultan Selangor yang menegur individu yang menggunakan ,masjid untuk tujuan politik kepartian. Heboh media UMNO/BN melaga2kan antara Tuan Guru Nik Aziz dan baginda Sultan Selangor.
Rupa2nya baginda Sultan tegur Najib 1 Malaysia sebab gunakan masjid untuk tujuan politik kepartian. Banner di atas adalah asas kepada teguran tersebut.
Tapi biasalah...kalau UMNO semuanya boleh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan