Jumaat, 7 Mei 2010

Awang Adek : Satu Malaysia....moh kita berjudi


( pakai songkok tinggi, siap bersampin dan berbaju Melayu lagi....siapakah org ini? sekadar selingan...)

Bakal calon MB menunggu yang di sebut2 (baca:di angan2kan) bagi menggantikan Tok Guru Nik Aziz sebagai MB Kelantan akhirnya menunjukkan sikap sebenar UMNO/BN yang memang lunak dengan maksiat kepada Allah taala.

Apa kata dia lobi Parlimen semalam ?
"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram)."Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir"

Wahai Timbalan Menteri Kewangan UMNO...apa lagi nak di kaji? bukankah sahih berjudi itu haram di sisi Islam. Nak pikir2 apa lagi?

Antara alasannya ialah bagi mengelakkan 'perjudian haram' dan bertambahnya gejala sosial yang boleh berlaku akibat daripada pinjam duit dengan along. Cerdik pulak bercakap tapi malangnya cakap beliau tidak berlandaskan apa yg Islam nak. Nak tanya juga ni, bila masa pula wujudnya perjudian halal? mungkin semenjak adanya gagasan Satu Malaysia lah ni...

Pak Lah lebih tegas apabila langsung tidak meluluskan sebarang bentuk perjudian menjelang Piala Dunia 2004 dan 2008.

Tapi dapat kat Najib, jahanam satu Malaysia di buatnya. Yang sebenarnya kerajaan BN terdesak untuk mengumpul seberapa banyak wang untuk di sumbatkan kembali ke dalam kantung wang kerajaan. Apatah lagi PRU dah tak berapa nak lama lagi dah. Wang judi pun wang judi lah...peduli apa dengan wang judi janji fulus masyuuukkkk...

Minta kepada Tok2 Mufti untuk tegur kerajaan UMNO/BN agar jgn di teruskan niat 'suci' mereka itu. Itupun kalau Tok2 Mufti berani lah..

Kalau Tok2 Mufti tak berani kita minta Ustaz2 UMNO tolong tegur Najib dan Awang Adek. Itu pun kalau berani lah..

Tak pun kita suruh Zul Nordin yang ingin melihat Islam tertegak di Malaysia ini melalui wadah UMNO yang di pilihnya...apa lagi Zul, memekik lah kuat2 kat Najib...biar satu malaysia tahu kamu tu sayangkan Islam. Bukan macam PAS yang kamu kata dah banyak menyeleweng.

Kalau tak sorang pun berani nak tegur...apa lagi kome....moh kita judi ramai2....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan