Isnin, 6 Disember 2010

Bangsa jadi hina apabila tolak Islam

Biar hilang nyawa dalam mempertahankan ketuanan Melayu-UMNO???


Presiden PAS sewaktu merasmi seminar ‘PAS Sedia Ganti Umno’ pada pagi Sabtu (13 Nov 2010) memulakan dengan ayat di mana janji Allah untuk memberi kemenangan kepada umat Islam yang berjuang dan peluang memerintah, serta ciri-ciri pemerintah itu yang menunaikan solat dan mengeluarkan zakat iaitu menjaga hubungan dengan Allah dan manusia.

Tepat sekali ucaptama PAS ganti Umno dimulakan dengan ayat tersebut. Umno sebagai pemerintah memandang ringan perintah solat, terkesan kepada rakyat.

Demikian juga dengan hubungan sesama manusia. Tok Guru juga mengingatkan supaya kita mengambil semangat Aid al-Adha, antaranya pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail as.

Seterusnya diajak menoleh kepada Perjanjian Aqabah (yang disebut oleh Kaab bin Malik dalam satu riwayat hadis sebagai sangat bernilai bagi dirinya lebih dari Perang Badar walaupun Perang Badar lebih disebut-sebut oleh orang lain) kerana nilai-nilai perjuangan yang sangat tinggi di dalam butiran Perjanjian Aqabah tersebut: berjanji setia untuk mempertahankan Nabi, dan tentunya Islam dalam apa jua situasi yang mendatang-ketika rajin, malas, bersemangat atau benci. Janji setia itu dilafaz dengan penuh yakin walaupun suasana di Mekah, Yathrib dan Tanah Arab ketika itu sedang mengepung Nabi SAW.

Perjanjian Aqabah menjadi antara muqaddimah penting menyediakan tapak dan kader bagi merealisasikan tegaknya negara Islam Madinah selepas itu. Madinah bukan sahaja menjadi negara Islam, bahkan membina tamadun baharu dan mengislamkan tamadun itu sendiri di saat dunia sedang berada dalam kecamuk tamadun kebendaan Rom dan Parsi yang tidak berpaksi kepada Aqidah tauhid. Tamadun Islam inilah yang kemudiannya menyelamatkan manusia dan kemanusiaan sepanjang lebih 14 abad selepas itu.

Allah menentukan bahawa akhirnya Pemerintahan Islam jatuh di zaman Uthmaniyyah Turki pada tahun 1924. Ia berbeza dengan kejatuhan pemerintahan Barat atau Timur. Khilafah Islamiyyah jatuh apabila umat Islam meninggalkan ideologi Islam dan ajarannya. Pemerintah di Barat atau Timur jatuh kerana berpegang dengan ideologi yang ternyata gagal menyelamatkan manusia.

Benarlah Saidina Umar al-Khattab yang mengingatkan bahawa kita adalah satu kaum yang dimuliakan dengan Islam. Selagi kita berpegang dengan Islam, kita akan mulia. Apabila kita tinggalkan Islam, kita menjadi hina. Umar tidak berbangga dengan kabilah Arabnya walaupun kabilah Umar barangkali jauh lebih baik dari bangsa Melayu kini.

Dalam sejarah, umat Islam mencipta pelbagai kehebatan dan kekuatan ketika memerintah. Kehebatan dan kekuatan yang tidak ada sepertinya sebelum atau selepas pemerintahan Islam. Cubalah baca kajian yang dibuat terhadap idea-idea baharu di zaman Umar al-Khattab misalnya. Benarlah Nabi SAW yang menyebut bahawa para Sahabat seperti bintang di langit. Sesiapa sahaja di kalangan mereka yang diikuti, akan mendapat petunjuk.

Walaupun ‘Islam Adil Untuk Semua’ tidak menjadi tema rasmi pemerintahan setiap kali khalifah-khalifah baharu naik memerintah, seperti yang berlaku dalam dunia moden sekarang termasuk Malaysia, yang bertujuan untuk membaiki imej yang rosak teruk dek kefasiqan sendiri, namun itulah yang dilaksanakan oleh pemerintah Islam mulai Nabi Muhammad SAW, Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali, termasuk di zaman khalifah Umar bin Abdul Aziz yang sangat adil itu.

Apabila khilafah Islam jatuh, umat Islam mula meninggalkan Islam, di samping masuknya ideologi-ideologi asing seperti Sekularisme, Nasionalisme dan isme-isme cabang darinya. Semangat kebangsaan menjadi asas menuntut kemerdekaan. Ia juga menjadi senjata untuk menjatuhkan khilafah Islamiyyah. Negara umat Islam merdeka tetapi dari kulit sahaja. Perjuangan menuntut kemerdekaan dan menentang penjajah di Tanah Melayu sebenarnya bermula pada 1511 iaitu semenjak datangnya penjajah.

Namun tokoh-tokoh Melayu berpegang kepada agama digelapkan dari sejarah sebagai pejuang kemerdekaan dan menjaga Islam. Umno sebenarnya yang diberikan kuasa memerintah hanyalah memenuhi agenda British sahaja. Penjajah keluar dari tanahair tetapi agenda penjajah diteruskan oleh anak didik penjajah. Mereka yang mahukan kepada Islam dan benar-benar mahu memerdekakan tanahair dengan ertikata sebenar tiada dalam Umno atau keluar Umno. Umno hanyalah kelongsong yang hilang isinya.

Sekularisme yang datang tanpa dijemput ke Tanah Melayu menjadikan parti UMNO, yang tidak berteraskan Aqidah dan ajaran Islam itu, rosak teruk hingga ke ususnya. Bukan kepada usus partinya sahaja, bahkan berjangkit dalam usus masyarakat. Lihatlah kesan dari gastritis dan ulcer itu dalam masyarakat. Walaupun Najib baharu sahaja keluar dari wad ICU selepas ulcer, tetapi ulcer dalam masyarakat hasil meninggalkan Islam dan menganut sekularisme walaupun tanpa isytihar secara formal menyebabkan struktur sosial masyarakat runtuh. Dalam bahasa mudah, akhlak sudah kembali menjadi jahiliyyah.

Sekularisme banyak melahirkan cabang-cabang berpenyakit. ‘Pokko’isme dan ‘perut’isme dalam Umno menjadikan Umno tidak layak lagi memerintah negara. ‘Pokko’ isme merujuk kepada pokko-binatang sesumpah yang bertukar warna berdasarkan warna batang pokok atau daun yang dihinggap.

Begitulah Umno. Tiada prinsip dan aqidah. Ia berubah menurut keadaan, tempat, suasana tanpa mengira prinsip. ‘Perut’isme merujuk kepada kepentingan harta, wang ringgit, habuan tanpa mengenal betul salah, berprinsip atau tidak, halal haram, rakyat punya, negara punya atau sendiri punya.

‘Pokko’ isme dan ‘perut’isme, ditambah ulser dan busuk hingga ke usus yang telah lama dibicarakan melengkapkan lagi ciri-ciri kehancuran UMNO yang tidak melayakkan ia terus memerintah dan mengaku parti menjaga kepentingan Melayu di negara Malaysia ini. Enough is enough!

Oleh : Nik Masri Malek (Ketua Lajnah Ulama Pelapis, Dewan Ulama PAS Terengganu)

Isnin, 22 November 2010

FB pencorak peribadi seseorang

Pengasas Facebook


Facebook atau FB, telah menjadi satu kegilaan bagi manusia dewasa ini.

Fenomena FB mulai mewarnai kehidupan penggunaan alam maya dan sesawang 6 tahun yang lalu, dan diasaskan oleh seorang remaja yang masih muda ketika itu. Mark Zuckerberg adalah seorang mahasiswa Universiti Havard yang mencipta laman social ini. Facebook adalah merupakan satu sistem jaringan sosial yang beliau cipta bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar di Universiti Havard. Namun ini berkembang dengan pesatnya, apabila ia dikomersialkan untuk umum.

Facebook telah menjadi fenomena di seluruh dunia dan dikatakan sudah mempunyai 500 juta pengguna dan menjadikan pengasasnya billionair termuda di dunia. Baru- baru ini, Mark Zuckerberg dikatakan mempunyai kekayaan sebanyak 6.9billion USD, mengalahkan pengasas Apple yang telah lama dalam industri. (Forbes)

Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Inilah impak facebook.

Filem The Social Network

Dan, terkini saya dapat tahu bahawa akan ditayangkan sebuah filem berkisar FB ini. The Social Network merupakan sebuah kisah benar mengenai pengasas Social Network terkenal di dunia iaitu Mark Zuckerberg pengasas Facebook, yang diarahkan oleh David Fincher(pengarah Panic room, dan Zodiac). Filem ini bakal ditayangkan di seluruh Malaysia pada 2 Disember 2010 ini.

Mungkin filem ini akan mendedahkan bagaimana facebook ini berkembang daripada sebuah bilik kecil di Universiti Harvard sehinggalah sekarang yang mempunyai lebih 500 juta pengguna aktif di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja, pengguna facebook adalah seramai 7 juta orang.

Itulah serba sedikit kisah tentang fenomena yang telah merebak keseluruh dunia ini. Saya sendiri baru sahaja berkenalan dengan dunia FB pada awal tahun 2010. Masih baru. Itu pun setelah diperkenalkan oleh rakan-rakan dan adika-adik yang pernah saya kendalikan kem dan program. Habis sahaja program mesti ada suara :

“ Abang ada FB tak?,”
“ FB?”, Tanya saya.
“ Facebook la, abang,” Katanya sambil tersenyum-senyum sinis.

Sebenarnya tiada apa yang ingin saya coretan banyak tentang si pengasas ini. Cuma saya hendak ajak kita sama-sama melihat FB dari sudut yang berbeza.

Cetusan Idea

Saya masih ingat pada tahun 2008, saya menghadiri sebuah program Hijrah Menara Gading (HIMEGA) yang menghimpunkan pelajar-pelajar lepasan SPM sebagai sebuah program untuk mendedahkan suasana kampus kepada peserta. Dalam ucaputama program tersebut, satu slot telah disampaikan oleh seorang Profesor dari Universiti Teknologi Malaysia ( UTM), Skudai. Namanya : Prosefor Dr Abdul Hakim Mohamed.

Beliau menyatakan bentuk cabaran global yang akan melanda dunia beberapa tahun mendatang. Katanya :

“ Terdapat beberapa perancangan yang rapi yang dilakukan oleh pengasas internet seperti google dan sebagainya untuk mengurus, mengawal dan memantau kehidupan seharian manusia. Mereka sedang merancang sehingga dapat mengetahui apa yang dilakukan oleh kita setiap hari sehingga di dalam rumah,”

Semasa itu, saya kurang memahami apa yang ingin sampai oleh beliau. Tetapi, saya yakin perkara itu tidak mustahil boleh berlaku.

Ketagihan FB

Hari ini, rata-rata kanak-kanak, remaja, hatta orang dewasa semuanya memiliki akaun facebook. Bayangkan, di Malaysia sahaja terdapat 7 juta orang mempunyai akaun tersebut. ( Sangat banyak!) Dan banyak aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mereka-mereka yang mempunyai FB ini.

Ada yang menggunakannya, berkongsi maklumat, bertukar-tukar gambar, mencari rakan-rakan lama, melakukan hebahan maklumat, melakukan servis perkhidmatan, memberi komentar gambar yang dipostkan, menyatakan status diri dan sebagainya.

Namun, kita dapati ramai yang sudah mengalami ketagihan FB. Ya, ketagihan FB ini mulai melanda semua orang.

Di rumah, dipejabat kerajaan, di universiti, ditempat awam, dikedai yang mempunyai kemudahan WIFI, dan di serata tempat. Dan jika, kita lihat ramai yang akan membuka FB ini. Hmm. Betulkah pemerhatian dan pengamatan saya?

Apa tanda anda ketagihan FB?

(1) Jika melayari internet, laman sesawang FB merupakan laman yang pertama yang akan anda buka.

(2) Anda akan rasa tidak selesa jika tidak dapat menghadap FB ini untuk tempoh satu hari. Rasa gelisah, tidak tenang dan menggeletar seluruh jiwa dan raga.

(3) Anda mampu menghadap laptop, atau computer berjam-jam lamanya hanya dengan FB

(4) Anda terlupa untuk melakukan kerja-kerja lain, seperti assignment kuliah, tugasan daripada boss dan sebagainya sehingga mutu kerja dan produktiviti merudum.

(5) Bagi jiwa dan hati anda, tanpa FB anda akan rasai suatu kehilangan dalam kehidupan.

Sama-sama kita check diri kita, adakah kita begitu?

Kelalaian FB

Secara peribadi, FB ini jika disalahertikan dan disalahgunakan ia akan membawa kepada kemudaratan, kelalaian dan kealpaan.

Tanda-tanda kita dalam kelalaian ketika menggunakan FB :

(1) Ibadah harian kita semakin tumpul, dan kita leka serta habiskan masa banyak dengan FB

(2) Ketika azan berkumandang di udara, ketika itu kita tiada keupayaan untuk berhenti daripada melayari FB dan terus leka dibuai indah bersama alam ke”facebook”an.

(3) Berjam-jam masa dan detik kita dihabiskan untuk menjelajahi alam FB, dan kita semakin seronok dan sayang kepada FB

(4) Kita semakin jarang membuka Al-Quran yang menjadi penguat ruhani kita. Jika dahulu, sempat menghadap Al-Quran setiap hari, kini kita semakin jauh daripada ruh Al-Quran.

(5) Zikrullah yang harus menemani kehidupan kita bergantian, dengan FB sebagai peneman hidup yang akrab.

(6) Assignment kuliah yang diberikan pensyarah, gagal disiapkan tepat pada masanya. Dateline terlepas dan berasalan bahawa : “ Saya sibuk dan tidak sempat.”

(7) Dengan FB, kita leka bersembang dan berbicara tanpa arah tujuan sehingga jiwa kita terasa kekosongan dan lebih parah jika teman bersembang kita itu berlawanan jantina.

(8) Budaya kutuk mengutuk, usik mengusik berlawanan jantina, berbincang tanpa asas kemanfaatan dan sebagai mendominasi aktiviti harian kita.

(9) Gambar-gambar yang dishare, ditag dan dikomen lebih banyak membawa kepada kemudaratan, menuju ke arah penyebaran dosa dan maksiat.

Dan, banyak lagi jika disenaraikan. Dan saya yakin anda sendiri mengetahuinya. FB jika melalaikan, ia harus dinilai semula.

“Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya”
[al-Mu'minun 23: 1-3]

Afwan saya sebut, gambar-gambar para wanita dan adik-adik remaja perempuan begitu mudah untuk dikenali, dilihat dan disedari melalui laman FB ini. Pernah saya sebut kepada para pelajar semasa sesi kuliah saya minggu lepas :

“ Siswi sekalian, jaga-jagalah dalam meletakan gambar anda di FB. Di sana terdapat mata-mata dan hati-hati yang sedang asyik menikmati – kecantikan dan keayunan- anda.”

Dan, apatah lagi jika gambar itu terdedah auratnya atau tidak sempurna penutupannya.

Ia sangat-sangat mengganggu jiwa.

Ia sedikit sebanyak memberi kesan dan calaran kepada kejernihan hati.

Mencorak keperibadian kita

Anda perasaan tak?

Bahawa, FB kepunyaan kita melambangkan keperibadian kita. Apa yang kita tulis, ungkapkan, bicarakan dan nyatakan adalah sifat kita sebenarnya.

Kekadang tanpa disedari, ada yang membuat penilaian dan memerhatikan kita melalui “wajah” facebook kita.

Ia seolah-olah menampakan sisi gelap, sahsiah diri kita dan perangai sebenar kita.

Wallahu’alam

Saya sedang berfikir ke arah itu, berfikir bagaimana hendak mengajak semua orang untuk menjadikan FB ini sesuatu yang berguna, bermanfaat dan yang penting ia baik untuk dakwah!

Kitalah yang menjadikan FB ini bermanfaat atau sebalik.

Atau anda ada pandangan yang lain?

sumber : brohamzah.blogspot.com

Sabtu, 6 November 2010

Hukum ucap selamat sempena perayaan agama lain

Islam mengharamkan seseorang muslim membuat apa-apa perbuatan atau ucapan yang mengiktiraf kekufuran atau kesesatan. Termasuk dalam hal ini membesarkan agama lain dengan mengucapkan ucapan yang mengagungkan atau mengiktiraf kekufuran, atau melakukan amalan ibadah yang mempunyai makna menyembah atau menyeru tuhan selain Allah. Maka, apa sahaja tindakan yang membawa kepada maksud yang disebutkan tadi adalah haram jika dilakukan dengan perbuatan atau ucapan. Jika disertai iktikad bahawa apa yang dilakukan itu benar atau betul, maka dia menjadi kafir.

Firman Allah: (maksudnya)
“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, ayat 106).

2. Dalam masa yang sama, Islam tidak membenarkan kita menzalimi bukan muslim dan Islam menyuruh kita melakukan kebaikan kepada bukan muslim yang tidak memusuhi kita kerana agama kita. Firman Allah (maksudnya):
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)

3. Juga, Islam menyuruh kita mengucapkan ucapan yang baik kepada orang yang mengucapkan ucapan yang baik kepada kita. Firman Allah: (maksudnya):
“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”. (Surah al-Nisa, 86).
Inilah adab Islami yang tinggi. Ia merangkumi sesama muslim atau kepada bukan muslim. Sehingga Ibn ‘Abbas r.a menyebut:
“Jika Firaun berkata kepadaku ‘semoga Allah memberkatimu, nescaya aku menjawab ‘untuk engkau juga’” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).
Maka sudah pasti mereka yang tidak sejahat Firaun dan tidak memusuhi Islam lebih layak untuk menerima ucapan balas.

4. Oleh kerana dalam masalah mengucapkan tahniah ataupun “congratulating” sempena perayaan agama lain mempunyai unsur seakan mengakui agama lain –secara langsung atau tidak langsung-, dan dalam masa yang sama ada juga nilai berbuat baik kepada bukan muslim yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama berkhilaf pendapat tentang hal ini. Bagi mereka yang melihat unsur mengiktiraf kekufuran, mereka mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara bagi mereka yang melihat ia bukan berunsur mengiktiraf kekufuran agama lain, sebaliknya sekadar melakukan barr ataupun kebaikan kepada penganut agama lain yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama yang berpendapat sebegini mengharuskan ucapan tersebut dengan syarat-syarat tertentu.

5. Tidak boleh dinafikan bahawa selain nas-nas al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas, faktor keadaan, zaman dan persekitaran mempengaruhi para sarjana Islam dalam melihat kepada isu ini. Kitab-kitab yang ditulis pada persekitaran muslim begitu dominan dan tiada keperluan untuk melakukan ucapan tersebut kelihatan keras dan mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara, ramai juga sarjana terutama di zaman kini yang mempunyai persekitaran yang baru dan keperluan untuk memperlihatkan keharmonian Islam kepada bukan Islam, fatwa-fatwa mereka ini lebih lunak dan mengizinkannya dengan syarat-syarat tertentu.

6. Syeikh Islam Ibn Taimiyyah r.h. (meninggal 728H) dalam karyanya Iqtida al-Sirat al-Mustaqim dan muridnya al-Hafizd Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h (meninggal 751H) dalam karyanya Ahkam Ahl al-Zimmah dengan tegas mengharamkan hal ini. Mereka telah mengemukakan hujah dan alasan mereka dalam mengharamkannya. Teras kepada perbincangan mereka ialah perbuatan tersebut membawa erti menyerupai orang kafir dan meredhai agama mereka. Fokus mereka adalah penyertaan seorang muslim kepada upacara perayaan bukan muslim. Banyak pendapat-pendapat ulama silam yang mereka petik. Pandangan kedua imam agung itu diikuti oleh sesetengah para ulama terutama dari negara yang dominan penduduk muslim seperti Arab Saudi. Maka Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi mengharamkan ucapan selamat sempena perayaan agama lain.

7. Sementara Majlis Fatwa Eropah (The European Council For Fatwa and Research) yang dianggotai oleh ramai sarjana muslim membolehkan muslim memberikan ucapan tahniah atau selamat sempena perayaan mereka (Congratulating Non-Muslims on Their Festive Occasions). Ini lebih dituntut apabila mereka terlebih dahulu mengucapkannya semasa perayaan Islam. Ini berteras ayat dalam Surah al-Nisa, ayat 86 yang kita sebutkan tadi. Pun begitu, mereka tetap mengharamkan muslim menyertai perayaan agama lain. Hanya sekadar ucapan sempena perayaan.

8. Fatwa yang sama yang mengharuskan ucapan sempena perayaan agama lain dikeluarkan oleh beberapa ulama lain seperti Dr Yusuf al-Qaradawi dan al-Mustafa al-Zarqa. Antara hujah yang digunakan oleh al-Syeikh Mustafa al-Zarqa adalah hadis Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Zarqa: “Bangun tersebut sebagai menggambarkan penghormatan dan kemuliaan, tiada kaitan dengan akidah jenazah tersebut” (Fatawa Mustafa al-Zarqa, m.s 356. Damsyik: Dar al-Qalam).
Ertinya, beliau membandingkan mengucapkan selamat sempena hariraya agama lain kepada penganutnya, bukan bererti mengiktiraf akidah mereka.

9. Dengan ini saya berpendapat, boleh mengucapkan selamat hariraya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut ‘anak Allah’ atau tuhan selain Allah. Maka, memadai sekadar ‘selamat hariraya’ atau ‘selamat bergembira’ atau seumpamanya. Hal ini lebih dituntut jika semasa hariraya Islam mereka mengucapkannya.

10. Namun, seorang muslim tidak boleh turut merayakan hariraya agama lain. sebabnya, perayaan agama merupakan upacara agama. Bukan muslim pun tidak patut disuruh merayakan hariraya kita. Perpaduan antara kita sesama rakyat muslim dan bukan muslim bukan dengan berkongsi hariraya, tetapi dengan keadilan, berbuat baik dan tidak menzalimi antara satu sama lain.

11. Apa yang penting, dalam dunia semasa yang Islam dituduh dengan pelbagai tuduhan liar, kita patut menonjolkan imej Islam yang harmoni dan baik. Dalam masa yang sama kita mesti menjaga benteng akidah kita.

oleh : Dr.MAZA

Isnin, 1 November 2010

Israel, mereka bersungguh-sungguh. Kita?

Satu hari, Dr ‘Ala Hilat ada bercerita berkenaan Kibutsats. Pertama kali mendengarnya, membuatkan saya tertarik untuk mendengar apa yang hendak dia ceritakan.

Dia berkata:
“Kibutsats adalah salah satu sistem tarbiyah Israel, yang hakikatnya perlu kita perhatikan”
Kibutsats adalah bandar-bandar yang dibangunkan di sekitar sempadan Israel. Terdapat banyak kibutsats. Kibutsats akan dibangunkan apabila cukup 100 orang lelaki dan semuanya adalah tentera, bersama keluarga mereka. Mereka akan membina perkampungan di sempadan Israel.

Di sini saya kongsikan apa yang saya dengar berkenaan kibutsats.

Terbina untuk membina
Kibutsats hakikatnya adalah satu sistem pembinaan masyarakat yang sangat sistematik. Semua orang di dalam kibutsats terikat dengan peraturan yang agak ketat. Tetapi semuanya hidup mentaati peraturan itu.

Mereka mempunyai jadual harian. Di dalam kibutsats, terdapat dewan makan yang sangat besar. Semua keluarga di dalam kibutsats tidak akan makan di rumah mereka, tetapi makan bersama di dalam dewan besar itu. Perempuan-perempuan akan memasak bersama dan semua lelaki akan makan bersama.

Ada waktu untuk makan, ada waktu pula untuk kerja. Semua orang akan keluar bekerja yang mana, tempat-tempat bekerja mereka juga adalah milik mereka. Contohnya ladang, itu hakikatnya adalah ladang mereka. Kilang, mereka juga yang bina. Mereka bekerja menjalankan apa yang ada dan sedikit demi sedikit meningkatkan semuanya.

Kibutsats tidak terhenti dengan kehidupan makan dan bekerja sahaja. Terdapat juga jadual riadhah dan latihan ketenteraan bagi semua. Sebaik sahaja kerja tamat, mereka akan bersama menjalani latihan ketenteraan. Semua bersama. Baik anak kecil mahupun yang tua. Terbahagi kepada peringkat masing-masing.

Di dalam kibutsats ada nurseri dan sekolah. Semua anak-anak kibutsats akan dihantar ke nurseri dan sekolah di dalam kibutsats itu juga. Tidak akan dihantar keluar. Guru-guru di dalam nurseri dan sekolah itu juga adalah dari komuniti kibutsats.

Sistem pendidikan dan penjagaan kibutsats
Sistem pendidikan kibutsats amat unik. Mereka mempunyai silibus tersendiri, disusun dan direka untuk memenuhi hajat mereka yang ingin menawa duniaa. Mereka tidak memandang pelajaran mereka adalah untuk anak-anak mendapat sijil, atau kerajaan untuk mendapat untung, atau untuk pejabat-pejabat mendapat pekerja.

Mereka menggunakan sistem pendidikan mereka untuk membina ideologi, pemikiran anak-anak mereka.

Saya bagi satu contoh mudah. Matematik.
Di Malaysia, silibus kita biasanya hanya melibatkan kenderaan, buah-buahan dan makanan. Contohnya:
Ahmad ada 10 buah epal. Ahmad ada empat lagi kawan. Semuanya nak makan epal. Maka Ahmad membahagikan 10 buah epal tadi kepada dirinya dan empat kawan lagi sama-rata. Maka berapa biji epalkah yang akan dapat dimakan setiap seorang termasuk Ahmad?
Itu contoh soalan matematik di Malaysia.


Di Kibutsats Israel, mereka belajar matematik juga, tetapi isi matematik mereka membawa kepada apa yang mereka mahu. Contohnya:
Yyvon mengetuai satu peperangan terhadap 10 daerah orang arab. Yyvon mengetuai lima platun tentera termasuk platunnya sendiri. Maka, Yyvon membahagikan serangannya terhadap 10 daerah orang arab tadi kepada semua platunnya sama-rata. Maka, berapa daerah orang arabkah yang perlu dimusnahkan oleh semua platun termasuk platun Yyvon?

Itu contoh pengajian di kibutsats. Lihatlah bagaimana mereka membangunkan pemikiran pemuda-pemuda mereka. Dan silibus sebegini, digunakan sedari nurseri lagi. Ditambah pula dengan latihan ketenteraan yang wujud di dalam kibutsats sehari-hari.

Betapa bersungguhnya mereka membina anak-anak mereka.
Kemudian mereka amat menjaga pemuda-pemuda mereka. Jika ada anak-anak muda ingin keluar ke mana-mana daerah di dalam Israel, kerana cuti contohnya, maka dia wajib memaklumkan kepada ketua kibutsats. Kemudian, ketua kibutsats akan memberikan panduan:
“Sekiranya kamu hendak ke tel aviv, kamu pergi naik bas sekian, berhenti di stesen bas sekian, kemudian kamu bergerak menuju rumah sekian dan bertemu orang sekian. Di sana semuanya telah tersedia untuk kamu, makanan, duit dan sebagainya”

Begitu sekali. Malah, pemuda-pemuda yang ingin keluar tadi akan diberikan wang pula.
Sistem di Kibutsats adalah begitu.
Tujuannya satu, membina diri mereka, masyarakat mereka agar terus kuat dan kebal. Agar yang terbangun, agar yang mantap hanyalah mereka.

Doa tanpa usaha tidak akan membawa apa-apa makna
Itu sebahagian cerita Dr ‘Ala kepada kami. Dia ketika itu baru sahaja selesai mempelajari perihal Kibutsats dalam mata pelajaran Kamasyarakatan Israel di Universiti Yarmouk. Satu kekaguman saya kepada Dr ‘Ala Hilat, dia sentiasa dahagakan ilmu. Dia hakikatnay sudah mendapat PhD dalam pengkhususan Muqorantul Adyan. Tetapi dia masih lagi masuk ke kuliah-kuliah di Yarmouk ketika masa senggangnya.

Dr ‘Ala berkata:
“Kita lihat hari ini orang Islam berdoa supaya Allah menghancurkan Israel, memusnahkan tentera-tentera mereka dan menurunkan bantuan kepada kita. Tetapi, ingatlah semua bahawa, doa tanpa usaha tidak akan membawa apa-apa makna”

Doa tanpa usaha tidak akan membawa apa-apa makna. Itu pesanannya yang paling penting buat saya. Ya, kita orang Islam sering berdoa. Lebih-lebih lagi bila Palestin diserang, berapi kita berkhutbah, berqunut dan solat hajat.

Tetapi kita sendiri tidak membina diri kita, tidak membina keluarga kita, tidak membina masyarakat kita, tidak membina negara kita. Israel, mereka membina diri mereka ke arah matlamat besar mereka, mereka bina sekali keluarga mereka, masyarakat mereka, negara mereka.

Mereka jalani proses tarbiyah juga. Proses tarbiyah jahiliyyah yang sistematik.
Kita, kadangkala ada yang dikurniakan Allah SWT nikmat fikrah Islam, tetapi tidak menghargainya. Sekolah di sekolah agama tetapi tidak mengambil kelebihan di dalamnya. Kita tidak jalani proses tarbiyah Islamiyah dengan berdisiplin. Kita malas. Kita kuat main. Kita sering berfoya-foya membazir masa. Studi pun kita dapat nampak betapa orang Islam keterbelakang.
Maka apakah pertolongan Allah SWT akan sampai kepada kita?

Penutup: Itu adalah orang yang tidak beriman kepada Allah
Penduduk kibutsats adalah manusia yang tidak beriman kepada Allah SWT. Malah mereka hendak menghapuskan agama Allah SWT dan mereka yang menganutnya.

Tetapi, mereka sistematik mencapai apa yang mereka mahu. Mereka bersungguh-sungguh. Mereka ada kebersamaan. Mereka ada perancangan yang mantap. Mereka adun pengajian mereka, kultur mereka agar menyokong apa yang mereka bawa, apa yang mereka kejar.

Kita adalah manusia yang beriman kepada Allah SWT. Yakin dengan janji-janji-Nya, percaya dengan ketetuan-Nya. Tetapi kenapa kita begini hodoh? Tidak sistematik? Tidak bersatu? Tidak ada perancangan? Tidak pun kita berani bangun dengan adunan Allah SWT dalam kehidupan dan pendidikan kita. Kenapa?
Kenapa?
Di sinilah kita perlu duduk bermuhasabah semula.
Diri kitakah yang hendak menaikkan Islam?
Apa kata kita cermin diri, dan memperbaiki semula hati.
Sesungguhnya, kitalah yang menzalimi diri.
Palestin teraniaya bukan di tangan Israel hakikatnya.
Tetapi di tangan kita yang meninggalkannya.

Sabtu, 30 Oktober 2010

DAP adalah talian hayat UMNO/BN?

Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menunjukkan Malaysia berada pada paras terburuk sejak 2001. Belum pernah negara ini dapat 4.4 mata. Untuk makluman, 0 mata diberikan kepada yang paling rasuah manakala 10 mata diberikan kepada yang paling bersih rasuah.

Memanglah, apa yang berlaku itu tidak menghairankan kerana negara ini diperintah oleh Umno. Umno pula sudah jadi parti perasuah, kata bekas Presidennya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi, kerajaan Umno sikit pun tak bimbang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala kata perkara itu tidak perlu dilihat sebagai perkembangan negatif.Dan insya Allah, perkara itu tak akan jadi kudis kepada Umno. Umno akan tetap selamat. Umno boleh buat apa sahaja, mentedarah rasuah, jadi dalang hab jalang, pelingkup masa depan ekonomi negara melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP), tibai duit rakyat untuk puaskan nafsu termasuk ubahsuai mahligai Perdana Menteri sehingga RM65 juta - anda boleh senaraikan panjang-panjang segala buruk kelaku Umno.

Umno boleh buat apa sahaja, Umno boleh tipu orang-orang Melayu sepuas-puas nafsunya, Umno boleh bunuh orang-orang Melayu Islam seperti yang dilakukannya di Memali, buatlah apa sahaja, ia akan terus berkuasa kerana nyawa berharganya sentiasa ada. DAP sentiasa ada untuk menyambung kebuasan kuasa Umno.

Apabila orang-orang Melayu tiba-tiba jadi sedar diri dan mahu melawan Umno, parti itu akan cepat-cepat memberi amaran, "jangan lawan kami, nanti DAP akan perintah! Habis orang-orang Melayu!"

DAP sentiasa menjadi alasan yang sangat convenient dan tersedia kepada Umno. Orang Melayu pula dengan manja merelakan diri mereka diperbodohkan Umno. Sebab itulah ada pemimpin Umno yang berani menyatakan mereka tidak perlu lagi undi orang-orang Cina dan India. Umno terlalu yakin bahawa ia telah berjaya memperbodohkan kira-kira 70 peratus orang Melayu untuk menyambung kesedapannya merembat harta rakyat.

Walaupun paling banyak DAP akan mendapat kira-kira 40 kerusi sahaja, parti itu tetap dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu.

Seolah-olah semua orang Melayu dalam negara ini akan sua tengkuk untuk diperkudakan oleh DAP jika ia menang kira-kira 40 kerusi tersebut.Ketika dewa sembahan jiwa 'asabiyyah orang-orang Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak kian galak menggadaikan maruah dan hak negara kepada Singapura yang dikuasai PAP, sampai bilakah orang-orang Melayu mahu membiarkan Umno yang menjadi pak yet dan boneka PAP di negara ini menjadikan DAP sebagai nyawa berharganya untuk meneruskan kuasa jahat dan merembat apa sahaja yang boleh dirembat dalam negara ini?

sumber : penarikbeca@blogspot

Jumaat, 29 Oktober 2010

DAP kafir harbi...MCA kafir apa pulak?

MCA yang tentang hudud masuk kategori kafir apa pulak??

Adoi peningnya ...UMNO marah sesangat kat PAS sebab kawan ngan DAP (alaaa..kalau tak kawan ngan DAP pun UMNO memang anti PAS pun...). Sampai merayu2 kat PAS jgn kawan ngan DAP tapi kawanlah dengan UMNO.
Sebab UMNO kata DAP menentang hukum hudud/hukum Islam. Dan apa yang UMNO faham kalau kafir tentang Islam maka kafir itu masuk kategori kafir harbi.

Tapi gambar di atas tu nak cerita macamana pulak? UMNO geng ngan MCA. MCA pulak tentang hukum hudud. Tapi UMNO tak nak pulak hukumkan MCA kafir harbi.siap sayang yang amat ngan MCA lagi.....adoi peningnya pikio...

Kita ulang balik yer...pening ni...

UMNO marah PAS kawan DAP.

UMNO kata DAP tentang hukum hudud.

Tapi MCA pun tentang hudud.

Tapi UMNO tak kisah pulak kawan ngan MCA yang tentang hudud.

Sebenarnya UMNO bukan marah kat DAP mahupun MCA yang tentang hudud.

UMNO memang marah kat PAS dari dulu lagi...

UMNO saje jer bagi alasan kat org Melayu akan kenapa mereka perlu benci PAS

Kalau UMNO pun 2x5 MENENTANG HUDUD....abih tu UMNO nak masuk kategori mana pulak ni????

Adoi sakitnya kepala...


oleh : Wirawan Islam

Khamis, 28 Oktober 2010

Galas : PAS anjur solat hajat, UMNO anjur joget lambak

Tiada daya upaya manusia melainkan semuanya atas izin Allah

Suasana hari penamaan calon di Galas antara PAS vs UMNO

Ketika PAS mengadu kepada Allah dengan bersolat hajat dan berdoa agar di berikan kemenangan kepada PAS namun lain pula ceritanya bagi pihak UMNO.
Tanpa rasa takutkan azab Allah mereka berpesta menyambut hari penamaan calon.
Mereka bergembira dan tanpa rasa malu berjoget lambak antara lelaki dan perempuan. Tiada siapakah di kalangan mereka yang sudi menegur? Di mana ulama' muda UMNO yang beria2 mempertahankan Rosmah Mansur tempohari?

Ya Allah, berikanlah mereka ini hidayah....

Klik di sini untuk melihat buktinya.

Rabu, 27 Oktober 2010

Fitnah khalwat Dr.Zulkifli : UMNO-Online mengaku salah

GUA MUSANG, 26 Okt — Calon PAS Dr Zulkefli Mohamad kelihatan melepasi ‘halangan pertama’ saingan dengan menegaskan beliau telah memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat laporan fitnah kononnya pernah ditangkap khalwat.

Beliau berkata, pihak yang menyiarkan berita tersebut telah pun memohon maaf dan telah menyedari akan kesilapan yang dilakukan“Kes ini sudah selesai, saya tidak akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak tersebut,” kata beliau di sini hari ini.

“Blogger yang siarkan cerita itu sudah minta maaf secara terbuka dan menyedari ia adalah tidak benar,” kata beliau ketika ditemui selepas diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang hari ini.

Kelmarin, beliau dipetik berkata, laporan blog dan kemudian disiarkan oleh Umno Online adalah fitnah yang dilakukan dengan sengaja mahu memburukannya nama beliau.Sehubungan itu beliau bersama peguamnya bercadang mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah itu tidak ditarik balik.“

Tindakan pertama meminta fitnah dimansuhkan daripada laman web Umno Online dan sekiranya tidak dipatuhi tindakan selanjutnya akan menyusul.

“Kedua, tempoh tindakan bergantung kepada tindakan dilakukan Umno Online terhadap permintaan pertama itu,” katanya kelmarin.Zulkefli sejak hujung minggu lalu menjadi sasaran media rasmi Umno iaitu Umno Online yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Serangan itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas nama beliau diumumkan sebagai calon PAS.Semalam, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menegaskan pihaknya akan kekal dengan calon mereka itu yang diumumkan minggu lalu.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan “isterinya” sekarang, Ramelah Mat Jusoh namun dinafikan Zulkefli. Nama itu sebenarnya ada ibu beliau.

Zulkefli mengumumkan pendirian terbarunya ini pagi ini selepas pengesahan status calon diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Wan Mustapha Wan Abdul Hamid di sini kira-kira 11.30 pagi tadi.

Selasa, 26 Oktober 2010

Mengapa MB Kelantan menangis ketika berdoa di Galas


MENGAPA Mursyidul Am PAS juga MB Kelantan ini menangis tatkala kesekelian para penyokong PR begitu bersemangat untuk `mengubur'kan Umno sekali lagi di Bumi Serambi Mekah ini?
Tiada siapa yang tahu melainkan Tuan Guru sendiri serta Allah SWT Tuhan yang menjadi tempat beliau mengadu.
Kita semua tahu, Tuan Guru Nik Aziz bukan lemah jiwanya untuk menangis sedemikan rupa. Beliau telah ditekan dan diasak begitu hebat sepanjang perjalanan politiknya, apatah lagi semenjak beliau memegang jawatan MB Kelantan.
Namun, beliau begitu kuat semangatnya, begitu juga tatkala keluarganya diburukkan bahkan pemergiannya ke Mekah pun menjadi fitnah oleh musuh-musuh politiknya.
Saya cuba meneka apa yang ditangiskan oleh Tuan Guru Nik Aziz itu.
Pertamanya, beliau merasa sedih kerana masih ada umat Islam di Negeri Kelantan yang mahu menentang dasar Islam yang dibawa oleh PAS. Apabila Umno yang mengaku Melayu Islam itu meletakkan calon untuk bertanding, ini bermakna parti sekular itu begitu serius untuk menumbangkan PAS di Kelantan. Mengapa Umno sanggup menentang PAS?
Bagi Tuan Guru Nik Aziz, sepatutnya tiada sebab umat Islam di Kelantan khususnya menentang Kerajaan PAS. Apa penyelewengan atau salah laku sepanjang PAS memerintah Kelantan? Jika kemajuan atau pembangunan menjadi sebab, mengapa Kerajaan Pusat yang ditunjangi Umno tidak mahu membantu rakyat Kelantan yang majoritinya Melayu dan berugama Islam itu? Tuan Guru merasa sedih bila memikirkan sampai bila rakyat Kelantan ingin di anak tirikan.
Kedua, Tuan Guru merasa sedih mungkin kerana memikirkan mengapa tergamaknya Umno mempergunakan Ku Li untuk menentang PAS.
Semua orang tahu bahawa Ku Li selama ini berjuang untuk mendapatkan hak rakyat Kelantan di dalam isu royalti minyak. Malahan Ku Li sanggup sepentas bersama Tuan Guru untuk berjuang di dalam mendapatkan hak yang dirampas oleh Umno/Bn itu.
Di saat PAS bergelut di dalam perjuangan tersebut, tiba-tiba Ku Li menjadi orang kuat Umno untuk menentang PAS. Tidak terfikir oleh kita mengapa Ku Li sanggup terus meng`gurkha'kan dirinya sepanjang masa. Tentu pada fikiran Tuan Guru, tidak wajar PAS `menyerang' Ku Li kerana besarnya jasa Ku Li terhadap perjuangan PAS di dalam isu royalti.
Berlawan dengan Ku Li bukanlah pilihan yang menggembirakan PAS. Namun, PAS terpaksa berbuat demikian kerana Islam mengajar untuk menentang sesiapa sahaja yang ingin meruntuhkan Islam hatta ibu dan ayah kita sendiri.
Ketiganya pula, tangisan Tuan Guru Nik Aziz adalah tangisan seorang hamba yang menyerahkan segala ketentuan kepada Allah SWT. Setelah PAS berjuang dan melaksanakan segala yang terdaya dan termampu, maka PAS berserah kepada Allah.
Mudah-mudahan Allah memberi pertunjuk dan jalan yang mudah untuk PAS terus berkuasa di Kelantan demi agama yang maha suci ini. Tuan Guru sedar, sepanjang kempen ini nanti sudah pasti Umno akan menggunakan apa jua cara untuk merampas kerusi Dun Galas tersebut.
Tuan Guru tetap berdoa ke hadrat Illahi agar seluruh rakyat Kelantan khususnya di Galas akan istiqomah dengan Islam.Umno akan terus memperlecehkan kepimpinan Tuan Guru di Kelantan. Menjadi kewajipan kita semua untuk berada di saf hadapan berdepan dengan Umno.
Lupakan sementara Ku Li, dan jika kita ingin menyelamatkan maruah Ku Li maka PAS mesti tumbangkan Umno di Galas. A
Apabila Umno tewas, maka InsyaAllah, Ku Li akan dapat pertunjuk mengapa beliau harus bersama rakyat Kelantan untuk mempertahankan Kerajaan PAS. Apabila Ku Li kembali bersama kita, ini bermakna Umno akan gagal `memperhambakan' Ku Li lagi.

sumber : wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 25 Oktober 2010

Laporan Audit : Pelajar SJK(C) Choong Hua 2 di Bidor di beri mee segera


Kanak-kanak sekolah yang dijanjikan roti sandwich sardin tetapi hanya dibekalkan dua keping roti dengan marjerin.

Perkara itu didedahkan dalam laporan Ketua Auditor Negara 2009 yang mendapati Rancangan Makanan Tambahan oleh kerajaan tidak menepati apa yang serpatutnya seperti yang berlaku di SK Jeroco di Lahad Datu.

Selain sardin, sandwich yang dijanjikan itu sepatutnya juga mempunyai timun, tomato dan salad, tetapi kanak-kanak itu cuma dibekalkan dengan marjerin.

Selain SK Jeroco, pembekal makanan di lima sekolah rendah yang lainj sekitar Malaysia juga didapati membekalkan kualiti makanan yang jauh lebih rendah daripada menu yang dicadangkan mengikut Rancangan Makanan Tambahan di sekolah-sekolah.

"Selepas maklum-balas daripada pakar pemakanan daripada jabatan pemakanan, Kementerian Kesihatan, kami dapati makanan daripada menu yang dibekalkan boleh menyebabkan pemakanan yang tak seimbang dan akan membantutkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak,” petik laporan Ketua Audit Negara itu.

Bernilai lebih rendah

Enam lagi pembekal didapati menyediakan makanan yang langsung berbeza dengan apa yang dicadangkan dalam program itu, lazimnya makanan berkenaan bernilai lebih rendah daripada sepatutnya.

Rancangan Makanan Tambahan diperkenalkan 30 tahun lalu bagi memberi kanak-kanak kurang berkemampuan makanan percuma pada nilai RM1.80 (di Semenajung Malaysia) dan RM2.05 (di Sabah dan Sarawak).

Namun, laporan Ketua Audit Negara mendapati beberapa kontraktor terus menipu dalam pembekalan makanan kanak-kanak.Antaranya adalah apa yang berlaku di SJK(C) Choong Hua 2 di Bidor, Perak. Pembekal makanan kantin menyediakan bungkusan mee segera kepada kanak-kanak, di mana sepatutnya mereka dibekalkan dengan bihun goreng.

Antara alasan lazim yang dikemukan oleh sekolah dan juga pembekal adalah “kesukaran mendapatkan bahan mentah, khususnya untuk sekolah di kawasan pedalaman.Laportan Ketua Audit Negara itu juga mendedahkan kualiti makanan yang rendah di beberapa hospital."

Dalam persampelan, kami dapati Hospital Sultan Ismail Hospital membekalkan makanan yang berkualiti rendah. Ayam gorengnya masih berdarah, manakala Hospital Besar Pulau Pinang pula menyediakan sup sayur yang mempunyai rambut di dalamnya,” petik laporan itu.
Sumber : Malaysiakini

Khamis, 21 Oktober 2010

IFF menyerlahkan lagi kejahilan UMNO tentang ISLAM

Oleh : Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon



contoh menutup aurat ala UMNO....astaghfirullah


bukan untuk di tiru...please...




adoi...tang mana lah Islamnya fesyen2 ni...



Sebahagian org penting dalam menganjurkan program HINA ISLAM


sesi karaoke...acara wajib UMNO hatta selepas baca doa tahlil kat kampung2 UMNO


Masyaallah...Tidak cukup dengan mempamerkan aksi ‘gay’ yang ditonjolkan melalui artis remaja Amerika, Adam Lambert dalam konsert di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini.

Kita digemparkan pula dengan ISLAMIC Fashion Festival. Jika kita fahami sepintas lalu, apa yang bermain di fikiran dan terbayang di minda ialah fashion muslimah yang menutup aurat seperti mana yang sudah kita ketahui sebelum ini.

Tetapi ianya bertentangan dengan fikiran kita itu, apa yang ditonjolkan bukan pemakaian muslimah tetapi cara pemakaian yang jauh bertentangan dengan Islam.

Kita kesal dengan tindakan mereka ini dengan menggunakan nama ISLAM untuk menjaja pakaian yang mendedah aurat, suatu penghinaan yang amat jijik dilemparkan kepada ISLAM.

Kita persoalkan, siapa yang sebenarnya memperalatkan agama untuk kepentingan peribadi??Pemikiran sempit ini semakin mencelarukan kefahaman muda-mudi terhadap Islam itu sendiri sehinggakan terdapat pemikiran Islam ala pemerintah Malaysia sekarang dan yang dituntut di dalam Al-Quran sendiri.

Di mana perginya Ustaz Jamil Khir dan Mashitah Ibrahim yang sebelum ini lantang dalam Forum perdana menghuraikan kewajipan berpakaian seperti termaktub di dalam Surah An-Nur ayat 31??

Bayangkan 'door gift' yang mengandungi sejadah, tasbih dan cebisan kain yang tertera Kalimah Allah diedarkan kepada semua tetamu tidak kira Muslim atau bukan muslim. Apasalahnya pihak penganjur memberikan 'door gift' yang berbeza kepada yang bukan muslim?

Cuba anda bayangkan apa yang akan dibuat olah golongan bukan muslim dengan kalimah Allah tersebut? bukan niat saya mencari perbalahan dengan bukan muslim tetapi pasti ada diantara mereka yang melayangkannya ke tong sampah. Astagfirullah.

Adakah dengan penganjuran ini PM tergamak mengumumkan Bajet 2011 dengan meletakkan SELUAR DALAM dan BAJU TIDUR sebagai agenda nombor 1 dalam kerajaan??

Sepatutnya bajet berbillion ringgit perlu disalurkan kepada program membentuk kefahaman masyarakat terhadap ISLAM, membanteras pusat pelacuran, remaja berpeleseran, muda mudi yang terjebak dengan lembah maksiat, pusat hiburan, judi dan sebagainya menjadi agenda nombor 1 negara.

Cukuplah dengan masalah pembuangan bayi yang makin membarah, gengsterisme perkauman, meragut, merogol, merompak dan membunuh, yang sudah melanda negara kini. Jangan ditambah lagi penyakit masyarakat bila mana kerajaan sendiri yang menyediakan medium dan ruang yang banyak ke arah kebejatan sosial tersebut.Mahasiswa menuntut kerajaan memandang serius perkara ini, jangan dibuat atas kepentingan politik pihak-pihak tertentu sahaja!

Sudahlah PTPTN dan AUKU yang masih menghantui mahasiswa, termimpi-mimpi bajet mahu berikan mahasiswa hadiah berupa bantuan biasiswa, elaun atau yang seumpama dengannya, seperti mana yang terselit dalam peruntukan perlembagaan.
Terutama sekali bagi pelajar dan mahasiswa yang datangnya dari keluarga latar belakangnya sederhana dan tidak berkemampuan, tiadakah bantuan atau peruntukan sedikit buat mereka, tambahan pula dengan keuntungan PETRONAS yang semakin bertambah setiap tahun, namun mimpi tersebut ternyata indahnya sekejap cuma!

Bila tersedar, ianya hanyalah sekadar sebuah mimpi. Harapan dan perubahan, hanyalah mimpi kosong!! Bajet meminggirkan mahasiswa, kebejatan sosial pula tiada penghujungnya!!

Adakah negara sudah hancur seperti Turki suatu ketika dahulu dan Acheh, pemimpin negara baru nak sedar untuk kembali kepada ISLAM yang sebenar??

Rakyat perlu hentikan budaya Hendonisme ini sebelum menjadi Barah peringkat ke-5 pada PRU13 akan datang. Nasihat saya kepada penganjur dan mereka yang terlibat lain kali tolong jangan guna nama Islam kalau hanya mempermain dan mempersenda hukum Allah.

Ingatan dan amaran buat "First Lady" Malaysia


Astaghfirullah .... satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih - lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .

2. Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh Dato' Raja Rezza Shah sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ] .

3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian .

4. Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ? sungguh memalukan . Saya tidak jangka mereka sejahil itu , sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya , sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31

[ Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya .

Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya , bapanya , bapa suaminya , anaknya , anak suaminya , saudaranya , anak saudaranya yang lelaki , anak saudaranya yang perempuan , perempuan muslimah , hamba sahayanya , orang - orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan , atau kanak - kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan .

Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi . Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang - orang yang beriman mudah - mudahan kamu beroleh kejayaan . ]

5. Datin Seri Rosmah telah diberikan peluang oleh Allah swt menjadi orang penting dan berpengaruh dalam negara ini . Suami Datin Seri adalah orang bertanggungjawab memimpin negara sebagai Perdana Menteri . Malang jika kedudukan yang dimiliki itu membawa Datin Seri jauh daripada Allah swt . apalagi secara terbuka menentang syariat Allah swt.

6. Baru - baru ini Datin Seri Rosmah berjaya mempengaruhi suami untuk menganugerahkan RM 111 juta bajet negara kepada PERMATA sebagai satu badan yang dipimpin oleh Datin Seri . Kini Datin Seri memiliki segalanya selain suami , iaitu harta dan takhta . Kemungkinan juga ia menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai orang paling berkuasa di negara ini .

7. Namun kuasa bukanlah tiket untuk Datin Seri berbuat sesuka hati terutama terhadap agama Islam yang suci ini kerana ia adalah agama milik Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa . Tuhan yang memberi sedikit harta dan takhta kepada Datin Seri . Allah swt berhak dan mampu pada bila - bila masa sahaja menarik kembali segala nikmat yang dikurniakan justeru segala nikmat itu hanya ujian untuk melihatnya hambaNya bersyukur kepadaNya atau kufur .

8. Datin Seri Rosmah boleh memilih untuk bersyukur kepada Allah swt disamping segala keistemewaan dan kemewahan yang dimiliki , tetapi kenapa Datin Seri memilih untuk ingkar dan mempersenda Nabinya saw melalui tindakan Datin Seri menaungi Islamic Fashion Show yang jelas bertentangan dengan Islam ? dan pula menghina Rasulullah saw melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas .

9. Tindakan Datin Seri Rosmah cukup meninggalkan kesan jengkel dan kesal dalam jiwa ummat Islam yang perihatin . Memandangkan Datin Seri Rosmah cukup berkuasa dalam negara ini , kenapalah tidak dijadikan kuasa yang dimiliki itu benar - benar memartabatkan Islam. Islamic Fashion Show adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam . Jika Datin Seri keliru , bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya , Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama' Muda yang baru - baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti yang dipimpin oleh suami Datin Seri .

10. Justeru itu saya melihat jahil bukan alasan dan isunya di sini . Saya bimbang benar Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh - musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka . Namun saya harap tidak begitu , sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung .

11. Biarpun Datin Seri kelihatan masih sihat , muda , kaya dan berharta , namun suka saya mengingatkan kata - kata hikmah yang selalu dilafazkan oleh Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa mati tidak syarat sakit dan mati juga tidak syarat tua . Sementelah jika kita selalu sakit dan usia pula telah meningkat tua .

12. Datin Seri berdepan dengan amanah ummah . Datin Seri masih ada ruang dan peluang untuk berbakti kepada ummah dan mentaati Allah Azza wa Jalla.

Pertama , janganlah diulang lagi kesilapan serupa. Tarik diri dari terus menaungi program mungkar seperti penganjuran islamic Fashion Show yang menghina Islam dan mengelirukan ummah .
Kedua , melalui PERMATA yang dipimpin oleh Datin Seri , setelah memiliki peruntukan sedemikian banyak dari bajet negara [ RM 111 juta ] , mengatasi peruntukkan Sekolah Agama Rakyat [ RM 95 juta ] dan peruntukan rakyat marhain , Datin Seri sewajarnya manafaat kan anugerah tersebut untuk berbakti kepada agama , negara dan bangsa seperti mempertingkatkan bantuan pendidikan kepada pelajar luar bandar yang rata - ratanya tidak bernasib baik kerana faktor kemiskinan .

Juga membantu ibu tunggal dan anak - anak yatim di seluruh negara tanpa mengira dari parti manakah mereka warisi kemiskinan itu . Jadilah ibu kepada semua rakyat bukan hanya ibu kepada golongan bangsawan dan kenamaan . Rendahkan sayap untuk turun bersama rakyat , bukan hanya singgah dan berpaut di istana hinggap .

13. Andai Datin Seri terbaca atau membaca Memo Taubat yang saya hantar buat tatapan Datin Seri di alam cyber lalu ini , saya harap Datin Seri tidak marah kepada saya . Justeru saya hanya menyeru agar Datin Seri kembali kepangkuan Islam dengan melaksanakan suruhan Allah swt seperti menutup aurat lalu bertaubat kepada Allah swt atas kesalahan silam. Lantas pimpinlah tangan suami Datin Seri ke arah jalan yang betul agar ia menjadi Perdana Menteri yang juga taat kepada Allah swt .

14. Bicara atau Memo Taubat yang saya nukilkan ini memang tidak sedap di dengar oleh Datin Seri berbanding bisikan - bisikan para penasihat istana Datin Seri yang senantiasa mengampu dan memuji . Percayalah , kata - kata itu bukan kerana mereka kasihkan Datin Seri tetapi menjadikan Datin Seri lupa diri dan semakin angkuh di puncak bumi .

15. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku .
Nasrudin Hassan at Tantawi
Ketua Pemuda
Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Selasa, 12 Oktober 2010

Sidang Wanita Pertama : Rosmah di boikot



KUALA LUMPUR, 12 Okt: Mengapa hanya 14 negara dan hanya dari negara-negara Afrika sahaja menghantar wanita pertama mereka ke persidangan pertama Wanita Pertama Dunia menjadi tanda tanya.

Bagi Speaker Dun Selangor, Teng Chan Kim, jawapannya hanya satu sahaja iaitu tuan rumah sidang ini bukannya wanita pertama Malaysia iaitu Raja Permaisuri Agung.

"Kecuali Laos, tidak ada negara di Asia yang menghantar Wanita Pertama mereka ke sidang pertama Wanita Pertama. Ia lebih sesuai di namakan Sidang Wanita Pertama Afrika," kata Teng Chang Kim.

Sidang pertama ini dianjurkan oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Dr Rosmah Mansur. Sebelum ini, Rosmah menimbulkan kekeliruan apabila menyiarkan iklan bernilai RM1.5 juta di akhbar The New York Times di Amerika dan menamakan beliau sebagai wanita pertama Malaysia.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib terpaksa membuat penjelasan di Parlimen dan mempertahankan gelaran untuk isteri beliau itu.

Persidangan Wanita Pertama yang bermula hari ini di hotel Palace of The Golden Horses disertai 14 wanita pertama iaitu kira-kira 7.3 peratus dari 192 negara di dunia. Ia turut dihadiri enam perwakilan wanita pertama dan 20 menteri.

Antara negara yang menghantar wanita pertama mereka adalah Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia.

Sidang hari ini bermula dengan ucaptama oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Perbincangan panel membabitkan lima wanita pertama yang terdiri daripada Ernestina Naadu Mills dari Ghana, Lorna Golding dari Jamaica, Nyama Koroma dari Sierra Leone, Mercedes Lugo De Maidana dari Paraguay dan Thandiwe Banda dari Zambia.

Sumber : Harakahdaily

Jumaat, 8 Oktober 2010

Antara isi2 penting sekitar Ijtima' Tarbawi di Rusila

oleh : Pekerja Gomen

Dan saya bawakan kepada teman2 seperjuangan..sekitar Ijtima' Tarbawi, rusila marang..moga ada manfaatnya..khususnya kepada yang x dapat menghadirkan diri tempoh hari...

Satu point menarik nak kongsi dari Ustaz Nik Zawawi dalam forum tarbiyah....

Katanya : jangan ingat lepas kita dah kalahkan musuh kita iaitu umno dalam pru-13 kita dah berjaya dan boleh bergembira, kerana bila kita memegang Malaysia, kita akan berhadapan dengan musuh yang lebih besar seperti Amerika dan sekutu-sekutunya... maka persiapkanlah diri kita dengan tarbiyah untuk menghadapi musuh2 kita ini

Point dari dato' bentara setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
"ambe meninggalkan pesanan untuk pemuda supaya mengamalkan 3 perkara ini iaitu :
1. baca quran setiap hari
2. qiamulaill
3. solat dhuha

Dari Ustaz Yahya Othman, Murabbi PAS Pusat

Tarbiyah adalah usaha yang dilakukan oleh murabbi kepada murid-muridnya
pengisian tarbiyah adalah usrah, mukhayyam, qiamulaill, durus khususi
pemuda hendaklah
1. memastikan boleh membaca quran dengan betul dan menjadi imam solat
2. naqib memastikan anak buah solat dengan sempurna dan faham makna bacaan dalam solat, kerana selagi mana rakyat masih tak faham makna bacaan dalam solat, umno akan terus memerintah

Pesanan beliau kepada pemuda
1. mesti berilmu
2. mesti mengamalkan ilmu
3. bercakap benar
4. bermaaf-maafan
5. baca quran

"Jikalau nak masuk syurga , sertailah PAS dan jujur, ikhlas, tidak khianat"(amanat terakhir ustaz yahya othman)

Point dari Ustaz Nasharuddin Mat Isa , Timbalan Presiden PAS
"Kita hendaklah bangga menjadi orang mukmin yang duduk di dalam pas
pemuda hendaklah memastikan tidak ada satu hari berlalu tanpa membaca Al-Quran!"

Kunci beramal dengan quran
1) membaca al-quran
2) melihat terjemah al-quran
3) melihat tafsir quran
4) beramal dengan al-Quran
5) istiqamah dengan Al-Quran

Khalid Mesyal (Hamas, Palestin) kata akan belajar dengan PAS atas penubuhan DHPP , jadi , berbanggalah menjadi ahli PAS!

Point dari Ustaz Nasrudin Hasan at-Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat
Berintima dalam pas ini ada kerana beberapa perkara, antaranya kerana
1. syakhsi (peribadi) : kerana peribadi tokoh2 tertentu
2. gharawi ( kecenderungan) : kerana minat pada kopiah orang2 pas
3. istijali ( kebetulan ) : lahir dalam keluarga pas

tetapi yang perlu ialah kita mestilah intima kerana aqidi(aqidah)

Point dari Ustaz Ahmad Yahya, Ketua Pemuda PAS Kedah
Tarbiyah adalah jantung, dan perlu diletakkan di tempat utama dalam organisasi
rahsia utama bagaimana kedah boleh menang dalam pru12 kerana kita buat post mortem pada 2004 dan mendapati bahawa tarbiyahlah kunci utama untuk menang

Soalan untuk semua? apa yang dirasai selepas solat?
Jika kata rasa lega kerana telah menunaikan kewajipan, ianya masih tidak mencukupi ....

Point dari Ustaz Zulkifli Ismail, Ketua Dewan Ulama PAS Melaka
Pemuda pas hendaklah menguasai
1.fiqh marhali
2. fiqh aulawiyay
3. takzim al waqt (memuliakan waktu)
4. membelakangkan keuntungan peribadi , mazhab dan aliran serta pandangan peribadai untuk memastikan kepentingan jemaah diutamakan

Point dari Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
Pemuda hendaklah memastikan isteri-isteri mereka tidak dibiarkan di rumah sahaja, hendaklah memastikan isteri turut serta mengambil bahagian dan memegang jawatan dalam pas

Point dari Tuan Guru Dato Seri Hj Hadi, Presiden PAS
Abdullah b mubarak menulis surat kepada fudhail b iyad, meminta supaya meninggalkan tempat beribadatannya dan pergi ke medan jihad
Berjihad ialah melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan sanggup menghadapi dugaan/cubaan/dugaan

AYUH...HAPUSKAN KEZALIMAN UMNO/BN...!!!

Wallahua'lam

Selasa, 28 September 2010

Tiada lagi tirai ajaib buat UMNO yang makin membusuk

oleh : Hamba Allah
Ibrahim Ali tersenyum di bawah naungan 'lambang bulan' suatu ketika dahulu...

Isu Umno dan PERKASA semakin dihangatkan. PERKASA sendiri pada hakikatnya adalah benih ultra Melayu yang lahir dari Umno. Untuk Umno menafikan bahawa PERKASA adalah anak hasil hubungan terlarang mereka adalah sesuatu yang hampir mustahil.

Namun Umno terpaksa menafikan PERKASA adalah benih mereka kerana hubungan cinta dengan MCA dan MIC akan terjejas dengan perangai PERKASA. Cemburu PERKASA terlalu tinggi buat bangsa selain melayu.

Umno dalam masa yang sama masih ada cinta kepada PERKASA kerana PERKASA adalah anak hasil hubungan cinta berkurun Umno dengan kekasih awalnya….melayu. Najib yang nampaknya bernafsu pelbagai bangsa (mungkin termasuk antarabangsa dan antara benua) seakan lari dari PERKASA walaupun kalau DNA dibuat memang jelas PERKASA adalah anak Umno. Membunuh dan meletupkan PERKASA dari dunia adalah sesuatu yang hampir mustahil bagi Najib.

PERKASA sangat perlu untuk Umno terutama di negeri melayu dan di kawasan Melayu khususnya di kampung tradisi dan rancangan tanah berkelompok yang selama ini menjadi nadi yang masih berdenyut untuk umNO.

Namun kehadiran PERKASA di persada Negara dicurigai oleh bangsa lain yang sedang ditagih oleh Najib. Wajah sesumpah yang dimainkan umNO selama ini tak mampu ditutup lagi kerana perkembangan pesat teknologi maklumat yang berjaya menerobos pelusuk kampong dan tanah rancangan. Maka sikap terbaik ialah Najib mengelak diri dari membicarakan soal kekasih gelapnya dalam umNO ini.

Kenyataan Tg Adnan terhadap PERKASA merupakan satu kenyataan yang memanaskan punggung Brahim Ali. Kenyatan itu menyebabkan perbalahan terbuka antara dua pertubuhan ini terus bersambut. Ia mungkin satu lakonan dua puak ini namun ia turut membingungkan akar umbi melayu. umNo sebenarnya sedang mencari identity dan jati diri sebenar mereka.

Maklumat yang dipaparkan media alternative menunjukkan betapa jelasnya kekeliruan indentiti umNO. Mereka marah Pakatan Rakyat membantu bangsa selain melayu, akhirnya mereka yang membantu.

Mengamuk pasal orang bukan Islam PAKATAN Rakyat yang masuk masjid dan surau tetapi terlupa itulah yang dibuat rakannya dari MCA dan MIC selama ini. Mungkin kerana memang pemimpin umNO jarang menjengah surau dan masjid. Kalau ditegur..takut MCA dan MIC kata…kami pergi sebab kamu tak pergi…lagi malu.

Pemimpin umNo dilihat keliru sama ada menyokong atau menentang PERKASA. Ada yang suka, ada yang marah dan benci. Yang marah kerana PERKASA dilihat menentang aspirasi dan slogan Najib satu Malaysia.

Khairy yang tak pernah dipedulikan oleh Najib mengambil kesempatan menghentam PERKASA yang selama ini mengkritik Khairy. PERKASA mengkritik Khairy kerana tahu Najib tak suka Khairy…. Khairy mengkritik PERKASA kerana tahu Najib tersekat kerongkong dengan kelantangan PERKASA. Dua duanya nak mengampu Najib!

Lebih menarik … Tun Mahathir yang menjadi mentor Najib turut menyokong Brahim dan pertubuhannya. Mahathir adalah bapa Mukhriz yang dilantik menjadi timbalan menteri sekalipun kalah dengan Khairy…… Ini masa Khairy menghimpit pendirian Mukhriz terhadapPERKASA. Mukhriz pastinya tersepit antara pendirian Najib bosnya atau Mahathir ayah dan juga mentornya.

Semua ini adalah titik perpecahan dalam umNo. Ianya retak yang kian muncul belahnya. Jika dulu retak itu dilindungi oleh media yang penipu, kini tiada lagi tirai ajaib yang mampu menzahirkan watak umNO dan isi perutnya yang membusuk hingga ke kepala.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian DPPK Tapah dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Ahad, 26 September 2010

Gambar2 program menjelang Syawal

Program edar kad raya / risalah / bungkusan kuih raya di RnR Tapah menghala
ke utara


Taklimat ringkas dan bersiap sedia bagi memulakan aktiviti

Memeriksa bahan yang akan di edarkan dan bungkusan kuih raya kepada pemandu bas/lori

RnR Tapah penuh dengan orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman masing2

Risalah / kad raya yang di edarkan di terima dengan baik oleh org ramai

Salah seorang 'mat motor' sedang berehat menerima risalah

Ramai 'mat motor' cukup sporting apabila kami memperkenalkan diri dari Dewan Pemuda PAS Tapah

Ada pulak perkhidmatan karaoke percuma yang di sediakan oleh pihak PLUS... pengendali karaoke pun kami ziarah jugak...

Salah seorang pengunjung RnR Tapah yang 'sporting'... cukup happy dapat kad raya dari kami


Trak yang menempatkan bilik gerakan Polis Diraja Malaysia pun kami 'terjah'...

Alhamdulillah, kurang lebih 2 jam aktiviti ini berlangsung dan berjaya mencapat matlamatnya...


Selasa, 21 September 2010

Sambutan Hari Raya PAS Kawasan Tapah

Assalamualaikum w.b.t
Dengan segala hormatnya mempersilakan kepada semua seisi keluarga untuk menghadiri Majlis Hari Terbuka PAS Kawasan Tapah sempena Eidulfitri 1431H yang akan di adakan seperti di bawah :
Tarikh : 25/9/2010 (Sabtu)
Masa : 10.00pg - 1.00ptg
Tempat : Dewan Orang Ramai, Sg.Kroh, Air Kuning
Agenda :
9.45pg
Ketibaan para jemputan
Bacaan doa
Ucapan aluan YDP PAS Kawasan Tapah
Ucapan tetamu khas
Jamuan
1.00ptg
Bersurai
Semoga kehadiran tuan/puan seisi keluarga akan memeriahkan lagi majlis ini.
Wassalam

Isnin, 20 September 2010

Kamalanathan: Mana fatwa 'hadas besar' Khusrin


KUALA LUMPUR, 20 Sept: Sultan Selangor diharap tidak membiarkan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terus bersikap double standard apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak beragama Islam masuk ke dalam masjid, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mengulas pendedahan Ahli Jawatankuasa Politik PAS, Khalid Abdul Samad bahawa Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan berada di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan untuk menyampaikan cek, Mahfuz menempelak sikap membatu dan membisu Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

"Sebelum ini Mais mengambil alih Surau Al-Huda di Kajang kononnya kerana Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching memberikan 'tazkirah' di surau itu manakala Khusrin pula memberikan 'fatwa' kononnya orang bukan Islam adalah 'dilarang memasuki ruang solat kerana mereka dalam berkeadaan hadas besar'.

"Mana fatwa 'hadas besar' Khusrin yang turut digunakan oleh (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) apabila Kamalanathan berada di dalam masjid?" kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku itu memperlihatkan Pengerusi Mais dan Pengarah Jais ‘menggunakan neraca politik’ dalam tindakan mereka.

"Mereka jelas menampakkan bahawa mereka menggunakan neraca politik dan bukan neraca agama dalam tindakan mereka.

"Lebih dari itu, mereka juga memperlihatkan dengan amat jelas bahawa mereka adalah kakitangan Umno dan Barisan Nasional (BN)," kata Mahfuz.

Perbuatan mereka juga, katanya lagi, boleh menyebabkan diri mereka dianggap memberikan nasihat yang berbentuk hasutan kepada Sultan.

"Apabila mereka bersikap double standard dalam isu Teo dan Kamalanathan, amat jelas mereka melakukan tindakan-tindakan yang menjatuhkan maruah Sultan Selangor," kata beliau.
Sebab itulah, kata Mahfuz, beliau berharap Sultan Selangor tidak membiarkan kedua-duanya menjadikan hal-ehwal Islam sebagai mangsa kepentingan politik mereka.

sumber : Harakahdaily

Rabu, 8 September 2010

Lawak Raya oleh UMNO


Catatan : Boleh ker tak boleh nak ucap Selamat Hari Raya oleh non-Muslim? Boleh Mufti Perak jelaskan kekeliruan ini?

Selamat Hari Raya 'Idul Fitri


Selasa, 7 September 2010

Cara menyambut Hari Raya di sisi Islam

Cara Menyambut Hari Raya

Pengertian 'Idul Fitri
Kalimah 'Id (Bukan Aid) ialah kalimah bahasa Arab yang bermaksud perayaan atau hari ulang tahun.

Fitri pula bermakna berbuka atau makan minum. Maksudnya, pada Hari Raya (tanggal 1 Syawal) umat Islam dikehendaki berbuka dan haram berpuasa.

Fitri juga bermaksud tabiat semula jadi. Maksudnya orang-orang Islam setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan disertai dengan ibadah-ibadah lainnya seperti solat Tarawih pada malam-malam Ramadan, bertadarus al-Quran, Qiyamullai, Zikrullah dan berdoa, bersedekah dan sebagainya.

Amalan-amalan ini telah meleburkan dan membersihkan segala dosa sehingga keadaan diri mereka seolah-olah kembali seperti bayi yang baru dilahirkan.Dengan penjelasan tadi maka kita dapat mengambil kesimpulan bahawa 'Idil Fitri adalah hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya menundukkan nafsu amarah sepanjang bulan Ramadan.

Apabila muncul anak bukan Syawal, diri mereka telah bersih daripada dosa dan mereka sepatutnya benar-benar menjadi orang yang bertakwa. Inilah matlamat ibadah puasa sebagaimana firman Allah S.W.T menerusi ayat 183 yang bermaksud:"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan puasa atas kamu sebagai diwajibkan atas umat-umat terdahulu sebelum kamu dengan puasa itu semoga kamu bertakwa.

"Pengisian Program 'Idil Fitri'Idil Fitri hendaklah disambut dengan acara-acara yang dianjurkan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah, iaitu ada tiga perkara seperti berikut:

1) Membanyakkan Ucapan Takbir
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan sempurnakanlah puasa kamu mengikut bilangan dari dalam bulan Ramadan (29 hari atau30 hari) dan bertakbirlah (membesarkan Allah S.W.T) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, semoga kamu bersyukur." (Surah al-Baqarah: 185)

Sabda Rasullullah S.A.W pula yang bermaksud: "Hiasilah Hari Raya kamu dengan takbir dan rahmud."

2) Pembahagian Takbir

* Takbir Mursal
Sunnat dilafazkan sama ada oleh orang yang bermukim mahupun musafir, di masjid atau di jalan dengan cara duduk atau berdiri, di pasar-pasar, di rumah-rumah kediaman dan sebagainya. Waktu bermula daripada terbenamnya matahari akhir Ramadan dan berterusan sepanjang malam Hari Raya hingga solat 'Id didirikan pada esok harinya. Demikian juga bagi Takbir 'Id al-Adha (Hari Raya Qurban), sunnat dilafazkan sepanjang malam hingga esok harinya ketika solat 'Id al-Adha didirikan.

* Takbir Muqaiyad.
Iaitu takbir yang terikat dengan waktu-waktu solat. Jelasnya ia sunnat dilafazkan pada setiap kali selesai sembahyang. Waktunya bermula selepas Subuh hari Arafah (hari ke-9 Zulhijjah) dan berakhir selepas solat 'Asar pada 13 Zulhijjah.

3) Menunaikan Zakat Fitrah
Walaupun dibolehkan pembayarannya sejak awal Ramadan, yang afdal ialah pada pagi Hari Raya selepas solat Subuh sebelum solat 'Id didirikan.

Inilah menurut hukum asal yang dilakukan pada zaman hayat Rasullullah S.A.W dan para sahabat serta tabi'in yang lalu.

Masa Dahulu
Zakat Fitrah pada peringkat awal yang lalu dalam bentuk makanan asasi dan terus disampaikan kepada fakir miskin.

Jadi, dalam saat-saat mereka hendak menyambut 'Idil Fitri, hari mulia yang penuh dengan barakah, alangkah gembiranya mereka mendapat habuan makanan itu.

Ibnu Abbas r.a. berkata yang bermaksud: " Rasulullah S.A.W memfardhukan Zakat Tifrah sebagai membersihkan kecacatan ibadah puasa kerana perbuatan yang sia-sia dan mencarut, disamping itu menjadi habuan untuk orang-orang miskin.

"Pada riwayat yang lain pula, Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat 'Id, maka zakatnya itu diterima, tetapi yang membayarnya selepas solat 'Id, ia menjadi sedekah biasa." (Riwayat Abu Dawud, Ibnu Majjah dan disahkan oleh al-Hakim)

Masa Kini
Kini di negara kita, Zakat Fitrah diberikan dalam bentuk wang ringgit sebagai ganti beras. Fakir miskin telah menerima habuan sebelum Hari Raya dengan cara diberikan pendahuluan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

Oleh itu, elok Zakat Fitrah dibayar lebih awal atau pada malam Hari Raya, untuk mengelakkan kesibukan tugas amil memungutnya. Sempena 'Idul Fitri selain diwajibkan berfitrah, kita umat Islam yang berkemampuan juga disunnatkan memberi sedekah-sedekah yang lain dengan mengutamakan kaum kerabat kita yang susah, kemudian barulah kepada fakir miskin dan anak-anak yatim.

4) Menghadiri Upacara Solat 'Id
Sekelian Muslimin dan Muslimat, tua dan muda, termasuk wanita-wanita yang haid disunnatkan menghadiri upacara perhimpunan tahunan tersebut bagi masyarakat Islam setempat.

Kehadiran mereka sebagai menghayati syi'ar keagungan Islam dan perpaduan ummah, disamping itu mereka berpeluang bertakbir (membesarkan Allah S.W.T) beramai-ramai, mendengar khutbah 'Id yang penting, berzikir dan mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam.

Bagi yang tidak uzur berpeluang mendirikan solat 'Id (Hari Raya).Daripada Ummu 'Atuyah r.a. ujurnya: Kami disuruh membawa gadis-gadis kecil dan wanita yang haid pada Hari Raya ('Idil Fitri dan 'Idil Adha), agar mereka menyaksikan kebajikan dan doa kaum Muslimin tetapi wanita-wanita yang sedang haid itu terpisah dari tempat solat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Perlu diingatkan, bahawa Hari Raya Puasa kita disunnatkan menjamah makanan atau juadah terlebih dahulu, kemudian pergi ketempat solat, tetapi untuk Hari Raya Haji sunat tidak makan terlebih dahulu, sebaliknya kita bersegera keupacara perhimpunan solat.

Solat 'Idil Adha disegerakan lalu menyembelih binatang qurban, kemudian kita pulang dengan membawa daging qurban, lalu dimasak dan baru makan.

Pada pagi-pagi Hari Raya, kita juga disunnatkan mandi dan memakai pakaian yang serba baru atau yang bersih dan indah.

Kemudian ketika pergi ke musollah (tempat solat), pergi melalui satu jalan dan pulang melalui jalan yang lain, dengan tujuan dapat bertemu lebih ramai sahabat handai dan saudara sesama Islam.

Kita sama-sama mengucapkan Salam 'Idil Fitri sambil berbalas-balas senyuman, sama-sama menyatakan rasa syukur ke Hadrat Ilahi atas petunjuk dan pertolongan-Nya sehingga kita berjaya menundukkan nafsu sepanjang bulan Ramadan.

Pada zaman hayat Rasulullah S.A.W dahulu, solat 'Id diadakan di tanah lapang kerana masjid-masjid pada zaman itu kecil-kecil belaka. Kini solat 'Id diadakan di masjid atau di surau. Adalah amat elok jika dapat dibuatkan khemah atau ruang khas di luar masjid atau surau untuk memberi peluang para wanita yang uzur (haid) duduk ditempat itu supaya mereka dapat sama-sama menikmati syi'ar 'Idil Fitri atau 'Idil Adha.

5) Amalan-amalan Menjelang Hari Raya Puasa
Umat-umat Islam digalakkan melakukan I'tikaf beramai-ramai di masjid pada malam-malam sepuluh terakhir pada bulan Ramadan (malam ke-21 hingga malam ke-29 atau ke-30) kerana berharap bertemu malam LAILATUL QADAR atau malam kemuliaan yang mempunyai nilai lebih baik daripada 1000 bulan.

Amalan ini dilakukan pada zaman hayat Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat serta abad-abad berikutnya, bahkan hingga kini masih dilakukan begitu bersemarak di sesetengah negara Islam khususnya di Masjidil Haram (Makkah), tetapi malangnya di negara kita kebanyakkan umat Islam menyambut 'Idil Fitri lebih tertumpu dalam bentuk fizikal atau lahiriah, yang mana sesetengahnya tidak sesuai dengan roh pengajaran Islam.

Sejak awal Ramadan lagi, mereka lebih tertumpu kepusat membeli-belah, melengkapkan persiapan membeli pakaian, hiasan rumah dan lain-lain lagi. Apabila Hari Raya sudah hampir, kebanyakkan suri rumah lebih tertumpu menyediakan kuih-muih yang pelbagai jenis.

Setiap individu Muslim dan Muslimah wajib menilai segala aktiviti yang telah berjalan selama ini, yang sesetengahnya telah menjadi 'budaya' termasuk bentuk acara menyambut 'Idil Fitri. Ciri-ciri yang diambil dari budaya luar Islam atau warisan budaya asing, yang tidak sesuai dengan aqidah dan syari'ah Islam hendaklah ditinggalkan.

Kita boleh menyediakan makanan, juadah dan kuih-muih untuk Hari Raya tetapi hendaklah dalam bentuk sederhana. Demikian juga dengan perhiasan rumah, pakaian untuk diri dan anak-anak mestilah sesuai dengan ekonomi keluarga.

Acara ziarah-menziarahi orang tua, saudara-mara, kaum kerabat, orang-orang yang berjasa kepada kita seperti para guru dan sabahat handai ini sebenarnya tidak terbatas sempena Hari Raya sahaja, tetapi perlu dilakukan pada hari dan bulan lain yang sesuai dari semasa ke semasa, sebagaimana sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud: "Ziarahilah saudara-mara kamu dari masa ke masa kerana ia boleh menambahkan kasih sayang."

Lebih-lebih lagi menziarahi ibu bapa kita, hendaklah dilakukan lebih kerap dan janganlah menunggu Hari Raya sahaja. Amalan meminta maaf juga perlulah dilakukan dengan segera apabila kita terasa telah melakukan kesilapan serta kesalahan pada orang lain.

Sumber:http://tanbihul_ghafilin.tripod.com