Rabu, 28 April 2010

Melangkah ke alam 'sana'...

Gambaran ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit- bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.

Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a..w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

15. 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing.. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Wallahu'alam

Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Selasa, 27 April 2010

BN menang : tiada apa yang nak di banggakan


Sebaik keputusan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor diumumkan, kalungan tahniah dan puji-pujian melimpah sesama pemimpin Barisan Nasional. Namun jika diteliti, kemenangan oleh P Kamalanathan itu bukan sesuatu yang membanggakan.

Majoriti yang diperolehinya adalah 1,725 undi dan jika undi pos sebanyak 627 yang terdiri daripada anggota keselamatan yang lazimnya berpihak kepada BN diketepikan, BN cuma mendapat majoriti 1,078.Jumlah itu agak jauh lebih kecil daripada jumlah undi 6,176 yang dimenangi oleh BN di tiga kerusi dewan undangan negeri yang terletak di parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008 lalu.Ini menjelaskan mengapa Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari pengundian begitu yakin Kalamanathan mampu menang dengan sekurang-kurangnya majoriti 6,000 undi.

'Undi pecah'
Pada pilihan raya umum yang lalu, pengundi memberikan undi mereka kepada PKR pada peringkat persekutuan tetapi bagi kerusi negeri, mereka memilih BN.Antara faktor yang mempengaruhi trend pengundian ketika itu adalah kerana rakyat di Hulu Selangor, khususnya masyarakat Melayu dikatakan cukup tidak berpuas hati dengan G Palanivel dari MIC yang memegang kerusi parlimen berkenaan dari 1990 hingga 2008.

Sebelum ini, MIC berkeras mahukan timbalan presiden mereka sekali bertanding di Hulu Selangor, namun akar umbi, Umno menentang keputusan itu.

Tindakan itu menyaksikan BN kali ini meletakkan muka baru dengan mengetengahkan Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan.Selain calon muka baru, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mengumpan penduduk Hulu Selangor dengan pelbagai janji dan sogokan.

Dan yang paling ketara ialah peruntukkan RM3 juta untuk SRJK (C) Rasa dan RM5 juta sebagai bayaran pampasan peneroka Felda Sungai Buaya. Namun umpan itu dengan syarat jika BN memenangi kerusi Hulu Selangor.

Di sebalik semua itu, BN masih gagal mengubah trend pengundian kerana majoriti yang diperolehi mereka pada Ahad lalu masih kekurangan 4,451 daripada apa yang sepatutnya dikumpul daripada tiga kerusi negeri pada pemilihan 2008.Majoriti yang dimenangi BN hanya mewakili 3.5 peratus daripada jumlah undi yang dibuang dan dianggap antara yang paling rendah. Lazimnya majoriti BN berlegar melebihi paras 8,000 undi sejak 1990.Justeru, Hulu Selangor tidak lagi boleh dikatakan kubu kuat BN.

Najib yang menyedari hakikat berkenaan, cuba mengelak soalan wartawan apabila ditanya sama ada keputusan pilihan raya itu adalah bukti rakyat menyokong agenda pembaharuannya.

Sebelum ini, Najib dilaporkan berkata pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah medan terbaik sebagai pungutan suara bagi rancangan pembaharuannya termasuk Model Ekonomi Malaysia, gagasan 1Malaysia dan program tranformasi kerajaan.

Melayu sokong BN, Cina undi Pakatan
Bagi tujuan perbandingan, keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor hampir menyerupai keputusan pilihan raya di Bukit Gantang dan Bagan Pinang yang menyaksikan pertambahan undi Melayu untuk BN dan pada masa yang sama peningkatan sokongan masyarakat Cina kepada Pakatan Rakyat.

Ini amat ketara sekali di Hulu Selangor apabila BN menang di semua daerah mengundi yang mempunyai majoriti masyarkat Melayu manakala Pakatan menyapu bersih di kawasan Cina.Pada pusingan kali ini, dianggarkan BN berjaya menguasai 65 peratus undi Melayu yang sekali gus meranapkan harapan PKR untuk merampas sekurang-kurangnya 40 peratus undi Melayu.Sebagai rujukan, berikut sampel enam daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu: Kpg Soeharto (66.1 peratus mengundi BN), Gedangsa (60.6), Sungai Tengi (68.4), Batang Kali (61), Hulu Kali (62.7) dan Sungai Buaya (73.5).

Menurut laporan akar umbi, insentif kewangan yang ditaburkan oleh Najib dan konco-konco BN serta serangan peribadi ke atas calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi Melayu.

Namun umpan dan serangan berkenaan tidak berkesan di kalangan masyarakat Cina seperti yang dilihat pada sampel daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi Cina.Sampelnya seperti berikut: Kalumpang (77.2 peratus mengundi PKR), Ulu Yam Timur (71.1), Kerling (68), Kuala Kubu Bharu (78.4), Kampung Baru Batang Kali (80.5), Ulu Yam Lama (71.1) dan Kampung Baru Rasa (82.5).

Sepanjang tempoh berkempen, PKR dan DAP menjaja isu Muhyiddin yang mengakui bahawa dia adalah Melayu terlebih dahulu dan kemudian baru rakyat Malaysia. Selain itu, kenyataan Datuk Seri Noh Omar yang menggesa masyarakat India dan Cina supaya berterima-kasih kerana diberi taraf warga negara serta isu kematian Teoh Beng Hock terus menjadi modal mereka.

MCA ternyata tidak berdaya menangkis atau mampu memberikan jawapan yang bertenaga tetapi sebaliknya terpaksa membawa Najib datang ke Hulu Selangor untuk menaburkan janji-janji.Bagi sesetengah penganalisis, pemenang terbesar pada pilihan raya kecil Hulu Selangor ini adalah masyarakat Cina. Ini kerana mereka berjaya menyampaikan mesej secara jelas kepada BN dan pada masa yang sama, menerima habuan ataupun akan menerima ganjaran yang dijanjikan.

Apa seterusnya?
Di kalangan pengundi India, PKR hanya memenangi satu daripada lima daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi India.

Ada yang berpendapat kegagalan PKR menarik sokongan masyarakat India adalah kerana kerajaan negeri Selangor lembap dalam menagani masalah yang dihadapi oleh komuniti itu.Kegagalan Pakatan Rakyat mendapatkan sokongan daripada Hindu Rights Action Force (Hindraf) dan Parti Hak Asasi Manusia juga dikatakan membawa padah.
sumber : Malaysiakini

Jumaat, 23 April 2010

Barrack Obama umum sertai UMNO/BN

Oleh : WirawanIslam


(Barrack Obama menyerahkan borang UMNO kepada Presiden UMNO yang tak lama nak kena naik court di Perancis isu beli kapal selam yang tak boleh menyelam...hahahaha)

Jangan sesekali terkejut kalau media melaporkan Barrack Obama sertai UMNO/BN kerana setiap hari di sana sini pengumuman keluar parti dan menyertai parti UMNO/BN berleluasa. Tapi nak ker Barrack Obama masuk UMNO/BN???Dia pun tak selera...

Samada memang benar keluar parti kerana pelbagai masalah yang itu dan ini, itu belakang cerita...Yang menipu mengaku pimpinan parti then keluar parti bukan satu yang pelik sebab antara SYARAT WAJIB UMNO ialah PENIPU dan PERASUAH...

Yang penting PKR atau mana parti Pakatan Rakyat sgt jahat, tak mampu berkhidmat, penipu besar dan macam2 lagi. Macamlah UMNO/BN suci lagi menyucikan...

Karnival membeli belah 'katak2' secara borong semakin rancak. Beli 2 dapat 1. Beli 1 dapat 50. Macam2 lagi lah. Sampai khalayak naik muak membaca surat khabar / menonton berita media arus perdana. Yang penting boleh jadi popular sekejap sambil mendapat 'upah' yang bukan sedikit.

Pakatan Rakyat memang tak berduit. Bayangkanlah time ceramah pilihanraya pun masih mengharapkan ehsan wang dari kocek penyokong parti bagi menggerakkan kempen pilihanraya... Gila apa? Dah jadi kerajaan yang paling berduit di Malaysia (baca : Selangor) pun tak der duit? Memang bodoh lah PKR ni tak 'songlap' duit kerajaan negeri. Itu yang UMNO/BN 'jeles' tu...

Namun itulah contoh kerajaan yang perlu di beri peluang untuk terus memerintah negeri. Insyaallah selamat...

Tak sabar nak tengok berita malam ni...siapa lagi lah yang nak keluar parti masuk UMNO/BN...best jugak dapat tengok 'katak-katak' fresh dari ladang. Sekarang kau macam raja lah...Lepas ni sorry naik lorry UMNO nak sanjung lagi...

Khamis, 22 April 2010

Muhasabah : PAS masih tak boleh lawan UMNO/BN lagi...


Oleh : WirawanIslam

Nampak gayanya PAS terutamanya masih jauh ketinggalan dalam urusan mendaftarkan pemilih baru di setiap kawasan di seluruh Malaysia.

Lihat sahaja jadual di atas. Sehingga Februari pada tahun ini sahaja (tahun 2010), PAS hanya mampu mendaftarkan 2,376 pemilih baru tetapi UMNO mendahului dengan mendaftarkan 5,166 pemilih baru.

Tak payah nak peduli kalau di campurkan antara parti2 komponen dalam BN dan PR. Mujur tak di senaraikan pecahan mengikut negeri. Agak2 berapa PAS Perak berjaya mendaftarkan pemilih baru bermula pada awal tahun 2010? Dan paling utama berapa agaknya PAS Tapah berjaya mendaftarkan pemilih baru untuk Parlimen Tapah, DUN Air Kuning dan DUN Chenderiang?

Ini kerana BN hanya mampu mendaftarkan 5490 pemilih baru tetapi PR telah berjaya mendaftarkan 6824 pemilih baru. Satu angka yang boleh di banggakan oleh PR.

Tapi yang perlu di muhasabah ialah, dah lah PAS jauh di tinggalkan UMNO, DAP pun kita tak mampu nak 'lawan'. Tak perlu lah nak ulas panjang perkara ini kerana kita di kurniakan aqal fikiran yang sihat untuk kita sama2 bermuhasabah dan merenung kembali setakat mana sumbangan masing2 kepada parti.

Dan tumpuan kita pastinya di Perak dan khususnya di DUN Air Kuning dan Parlimen Tapah amnya.

Usah jadikan perkara ini sebagai satu kelemahan bahkan jadikannya sebagai satu pembakar semangat untuk kita teruskan usaha bersungguh2 dan akhirnya nanti kita serahkan kepada Allah taala untuk memberikan hasilnya.

Kita perlu segera bangkit dan bekerja keras untuk mendaftarkan seberapa banyak pemilih2 baru yang akan mengundi PAS dan Pakatan Rakyat amnya pada PRU yang akan datang.

Perkara tersebut tak mustahil dan mampu di lakukan...insya'h.

AYUH BANGKIT MELAWAN KEZALIMAN UMNO/BN...!!!



Selasa, 20 April 2010

Rahsia solat di awal waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh, pada waktu SUBUH alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (ISYRAK&DHUHA) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu ZOHOR. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu ASAR di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu MAGHRIB, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu ISYAK, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, MERAH JAMBU dan seterusnya UNGU di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

Sabtu, 17 April 2010

PASTI Negeri dan DDPK Tapah mengunjungi murid PASTI kemalangan jalan raya.

Adik Yusnura leka bermain seolah2 tidak faham apa yang berlaku pada dirinya...
Tn.Hj Hashan Aladi memberi kata semangat kepada adik Yusnura dan ibunya

Malang tidak berbau. Itulah yang berlaku kepada seorang murid PASTI As-Syakirin di Langkap terlibat dalam satu kemalangan yang mengakibatkan sebahagian daripada pergelangan kakinya terpaksa di potong dan yang tinggal hanyalah tumitnya sahaja.

Kemalangan ini berlaku di Kunci Air, Chenderong Balai, Perak apabila motosikal yang di naiki bersama ibunya telah berlanggar dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang melakukan pusingan U secara mengejut.

Akibatnya adik Haqqa Yusnura bt.Yunus cedera parah di kakinya dan di hantar ke Hospital Teluk Intan dan akhirnya di bawa ke Hospital Selayang.
Dan pada 14 April yang lepas, wakil PASTI Negeri Perak, Tuan Hj.Hashan Aladi b.Haji Ahmad ditemani wakil Dewan Pemuda PAS Tapah, Tuan Haji Safuan mengunjungi keluarga murid tersebut bagi menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban keluarga.

DPPK Tapah mendoakan agar keluarga murid tersebut tabah, redha dan sabar dengan ujian Allah ini.
Sebarang bantuan dan sumbangan boleh mengunjungi keluarga mangsa di alamat Kg.Kelapa, Bt.11, Kg.Tanjung Keramat, 36700, Langkap, Perak atau hubungi 016-5475536.

Isnin, 12 April 2010

Sekitar Muktamar Agung PAS Kawasan Tapah kali ke-23


( Pimpinan PAS Tapah meyambut ketibaan perasmi Muktamar)

Alhamdulillah, pada hari Ahad yang lepas iaitu pada 11/4/2010 telah berlangsung Muktamar PAS Kawasan Tapah. Muktamar tersebut di rasmikan oleh Y.B Khalil Idham Lim yang baru sihat dari demam denggi setelah lebih seminggu di rawat di Hospital.
Muktamar kali ini mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya Muktamar kawasan di adakan dalam Kompleks Tarbiah sendiri. Walaupun pembinaannya masih sekitar 90% siap, namun dengan semangat baru semua perwakilan kelihatan gembira kerana bermuktamar di atas tanah sendiri setelah sekian lama menanti kompleks tarbiah sendiri.
Selain daripada itu, muktamar kali ini juga di hadiri oleh Dewan Penyokong PAS yang di ketuai oleh Saudara Appalasamy dan beberapa org pemerhati di kalangan rakan2 berbangsa India. Ketua Cabang PKR Tapah dan Pengerusi DAP Tapah serta beberapa pimpinan dan pemerhati Pakatan Rakyat juga hadir memeriahkan sesi perasmian.
Y.B Khalil Idham Lim mengingatkan semua perwakilan agar menjadikan muktamar sebagai medan untuk mencari formula dan merangka strategi bagi menghadapi musuh utama Pakatan Rakyat iaitu UMNO/BN. Elakkan dari masalah dalaman dan tumpukan kepada gerak kerja parti kerana Pakatan Rakyat bukan sahaja berdepan dengan UMNO/BN tetapi juga 'komponen' mereka yang tidak rasmi seperti SPR, media massa, PDRM, SPRM dan lain2 badan2 kerajaan yang sering di gunakan untuk meyusahkan Pakatan Rakyat.
Beliau yang baru sihat dari demam denggi juga sempat berseloroh apabila mengingatkan hadirin agar berhati2 dan menjaga persekitaran kediaman dan tempat tinggal agar bersih dari tempat pembiakan nyamuk aedes.

Beberapa usul telah bawa dan di bahaskan oleh para perwakilan yang hadir dalam suasana cukup harmoni walaupun cuaca agak panas di sebelah petangnya.
Kompleks Tarbiah PAS Tapah masih memerlukan bantuan dari segi kewangan dan material bagi menyempurnakan fasa ke 2 pembinaannya yang sedang rancak di jalankan. Sila hubungi ketua cawangan masing2 bagi menghulurkan bantuan.
YDP PAS Tapah, Saudara Abd.Rahim mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dan minta agar di masa depan mutu perbahasan dapat di pertingkatkan lagi dengan fakta2 dan maklumat2 yang menyokong isi perbahasan.
Beliau mengingatkan kepada semua agar tumpukan kepada gerak kerja dakwah dan pilihanraya dan meminta pemuda agar lebih aktif mendekati pemuda dengan aktiviti2 yang lebih bermanfaat seterusnya mendekatkan mereka dengan PAS dan Pakatan Rakyat amnya.
Muktamar di tangguhkan pada jam 5 petang dengan ucapan selawat dan semua perwakilan bersalaman dengan pimpinan sebagai tanda semangat agar terus aktif merencanakan strategi yang terbaik bagi menawan Parlimen Tapah dalam PRU yang akan datang insya'h.

(Y.B Khalil Idham Lim selaku Ketua Penerangan PAS Negeri Perak dan ADUN Titi Serong memberi ucapan seterusnya merasmikan muktamar)


(Saf kepimpinan PAS Kawasan Tapah memenuhi ruang hadapan dewan)



(Sebahagian daripada perwakilan cawangan2 dan pemerhati. Tak ketinggalan kepada Dewan Penyokong PAS Tapah yang di ketuai Saudara Appalasamy)



Malam Kesenian Islam bersama Hijjaz dan Ar-Ridho di Dewan Merdeka Tapah

SUASANA KARNIVAL PRODUK HALAL DI SEBELAH SIANG

Si ibu dan anak2 leka memilih 'toys' yg di jual

Antara gerai2 yang mengambil bahagian.
Stokis HPA cawangan Tapah pun mengambil bahagian

Catatan : Pelbagai barangan ada di jual yang melibatkan barangan makanan, perhiasan, kesihatan dan tak ketinggalan produk takaful perlindungan diri dan keluarga.
SUASANA MALAM KESENIAAN ISLAM
Dewan Merdeka Tapah penuh sesak dengan penonton yang hadir. Suasana sangat terkawal sesuai dengan kehendak Islam...

Salah seorang penonton 'sporting' yang menyanyi bersama Hijjaz... Ustaz dari Maahad Abbaisiyah Sungkai...memang sedap suara dia...

Adik cilik terpilih untuk 'sembang2' dengan Hijjaz di atas pentas....malu2 kucing adik ni...


Hasnul dari kumpulan nasyid Diwani pun turut serta menghiburkan penonton. Suara yang gemersik saling tak tumpah macam suara Ust.Asri Rabbani...

Permainan alat2 muzik kumpulan Ar-Ridha mendapat pujian dari Hijjaz...mantap yeob!!

Kumpulan Ar-Ridho berpadu suara dengan Hijjaz menyanyikan lagu Junjungan Mulia.
Lagi lah mantap... macam dah praktis lama jer...penonton pun 'sporting' menyanyi bersama...

Di barisan hadapan, anak2 yatim Darul Aitam yang di raikan...berebut peminat merakamkan gambar Hijjaz...maklumlah, pertama kali Hijjaz sampai Tapah...


Penonton terpukau dengan gemersik suara Munif solo utama Hijjaz.
Ada yang sanggup berdiri sebab kerusi dah di penuhi oleh penonton2...sampai rapat ke dinding..


Kumpulan Hijjaz beri 'pose' istimewa buat peminat ketika sesi autograf/bergambar. Memang sproting geng Hijjaz ni...tak lekang dari senyuman demi peminat tersayang..
Tahniah buat penganjur Malam Kesenian Islam bersama Hijjaz dan Ar-Ridha. Moga di tahun hadapan akan ada lagi program2 hiburan Islam sebagai alternatif kepada hiburan2 berbentuk munkar dan maksiat yang jadi 'juara rakyat' sekarang ni...


Khamis, 8 April 2010

Seikhlas kelapa tua

KELAPA TUA. Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.

Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua ini tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua tidak pula pernah bersusah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Ia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.

Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokok sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. GUgur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Ia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak sahaja. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya. Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu, sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti itu. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersemburlah dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka tamatlah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang dibakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian, ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan ke dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hinga terkeluar baunya.

Apabila sudah masak dan baunya harum semerbak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya!”
Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.”
Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.
Orang kata, “Oh, sedap gulai ni!”
“Oh, sedap ikan bawal ni!”

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tiada siapa yang ambil kira dan ambil peduli.

Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan jua untuk dikenang atau untuk mendapat nama..tetapi untuk ta’abbud kepada Allah SWT.

Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak pada pandangan manusia..tetapi tetap wujud dalam perhatian Allah SWT.


Petikan dari Mutiara Minda
Oleh Mejar (B) Abu Dzar

Rabu, 7 April 2010

Promosi : Membeli sambil menyumbang kepada Tabung DPPK Tapah



PSP = RM399






BLACKBERRY = RM500






NOKIA N97 = RM700



Assalamualaikum w.b.t


Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk2 seperti yang tertera di atas dan untuk maklumat lanjut sila hubungi Saudara Azmy di talian 014-2525383 dengan segera untuk tempahan. Sementara stok masih ada.


Sebahagian daripada keuntungan akan di salurkan kepada tabung DPPK Tapah.


MENJANA EKONOMI PEMUDA!!!

Selasa, 6 April 2010

Mantapkan fikrah, Gerakkan dakwah


(Sebahagian daripada ahli jawatankuasa pemuda cawangan2 Kawasan Tapah)


LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DPPK TAPAH

Alhamdulillah, mesyuarat agung tahunan DPPK Tapah berjaya di sempurnakan dengan izin Allah pada 3 April 2010 yang lepas.
Walaupun mesyuarat tersebut di jadualkan bermula seawal jam 3 ptg tapi terpaksa bermula agak lewat sekitar jam 3.45 ptg.
Ini kerana ramai di kalangan ahli pemuda terlibat dalam menguruskan jenazah abg kepada Saudara Kamil yang kembali ke rahmatullah pada pagi Sabtu tersebut.Kehadiran agak menggalakkan apabila lebih dari 40 ahli pemuda dari semua cawangan di Kawasan Tapah hadir untuk mengikuti mesyuarat agung yang di jadikan sebagai kayu pengukur dan medan muhasabah antar ahli dan pimpinan pemuda Tapah.
Mesyuarat di rasmikan oleh Naib Ketua Pemuda Negeri Perak iaitu Saudara Salman Hj.Salleh dan di serikan lagi dengan kehadiran wakil kawasan iatu Ustaz Abd.Malek Mohammad selaku Naib YDP Kawasan Tapah merangkap Ketua Lujnah Tarbiah PAS Kawasan Tapah.
Ketua Pemuda PAS Tapah Ust.Shamsul mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua terutama kepada perasmi mesyuarat dan memohon maaf kerana mesyuarat bermula dengan agak lewat. Dalam ucapan singkat beliau mengingatkan semua agar memperjuangkan Islam kepada semua bangsa dan agama tanpa memilih latar belakang mad'u. Kerana Islam itu di turunkan untuk semua dan bukan kepada bangsa Melayu atau bangsa Arab sahaja.



(Ust.Abd Malek memberi ucapan mewakili pimpinan PAS Kawasan Tapah)

Naib YDP Pas Tapah pula memberitahu bahawa Allah taala dan Nabi saw memberikan penghormatan kepada golongan pemuda kerana banyak terdapat ayat al-quran dan hadith baginda secara jelas di tujukan khas buat golongan pemuda. Kerana bangkit jatuhnya sesebuah bangsa atau negara bergantung kepada kekuatan golongan ini. Pemuda lah yang akan menjadi pemimpin umat dan bangsa di masa akan datang. Beliau mengingatkan dengan tegas agar pemuda Tapah terus bangkit dan aktif untuk merencanakan sebarang program untuk mendekati pemuda amnya. Pemuda di setiap cawangan harus aktif dan bergerak bagi memantapkan parti dan seterusnya menggiatkan usaha dakwah bagi terus mempromosikan Islam.


(Naib Ketua DPPN Perak, Saudara Salman Hj.Salleh sedang memberikan ucapan)

Seterusnya Saudara Salman memberi pesan agar mesej Islam terus di sampaikan kepada semua pihak kerana itu adalah amanah Allah kepada semua untuk menegakkan amar maaruf dan nahi munkar. Beliau mengingatkan pemuda agar menggunakan segala medium yang ada untuk menyampaikan Islam seperti blog, facebook, twitter, akhbar dan lain2 lagi. 'Engagement' dengan pihak2 yang berwajib perlu di perkemaskan dan di tingkatkan agar hubungan baik parti dengan mereka terpelihara dan yang paling utama mesej Islam itu sampai kepada mereka. Beliau memberi contoh bagaimana DPPN mengadakan hubungan yang baik dengan pihak istana, polis, SPRM, pendaftar pertubuhan, pihak media dan lain2.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pemuda Tapah kerana berjaya mewujudkan blog sendiri dan berharap agar terus mengekalkan identiti dan keaslian sendiri dalam setiap penerbitannya. Namun begitu beliau memberi ingatan agar berhati2 dengan 'cyber troopers' UMNO yang di upah untuk memantau setiap blog2 PAS dan Pakatan Rakyat dan menyalurkan maklumat2 program parti kepada UMNO. UMNO sudah ketandusan idea bagaimana untuk menghalang kemaraan dan kemarahan rakyat kepada mereka. Oleh itu mereka akan cuba memintas setiap program yang kita lancarkan dengan melancarkan juga program mereka juga.

Setelah di rasmikan, majlis di tangguhkan seketika untuk jamuan ringan dan solat Asar berjamaah dan kemudiannya di sambung dengan agenda2 mesyuarat yang telah di jadualkan.

Majlis tersebut berakhir sekitar jam 6 ptg dengan menerima beberapa cadangan bagi memantapkan gerak kerja DPPK Tapah dan 3 usul akan di bawa ke Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tapah yang di rancangkan pada minggu hadapan bertempat di Kompleks Tarbiah PAS Tapah.

*DPPK Tapah melahirkan rasa kesedihan dan ucapan takziah di atas pemergian abang kepada Saudara Kamil iaitu Almarhum Bhusairi Hj.Mahfuz menemui Allah buat selama2nya. Marilah sama2 kita menghadiahkan Al-Fatihah moga2 ruhnya di tempatkan di sisi ruh2 yang beriman.AL-FATIHAH...

Isnin, 5 April 2010

Jadual Program Mini Karnival Produk Halal

Jadual Program Mini Karnival Produk Halal
bersempena
Malam Kesenian Islam bersama HIJAZ
Tarikh : 10 April 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 pg - 12.00 mlm
Tempat : Dewan Merdeka Tapah
Acara Menarik :
9.00 - 10.00 pg
- Peraduan mewarna kanak2 (terbuka 4-6 tahun)
10.00 - 11.00 pg
- Pertandingan gubahan tuala (di bawa dari rumah)
- Pertandingan gubahan buah-buahan
*terbuka untuk wanita shj
11.00 - 12.30 tgh/hr
- Ceramah :
Tajuk : Menjana Kekuatan Ummah menerusi produk 'Halalal Toyyiban'
Oleh : Hj.Ahmad Tajuddin Arshad (Islamic Manufacturing Practice)
3.00 - 4.30 ptg
- Pertandingan teh tarik untuk kategori :
1) Remaja lelaki
2) Remaja perempuan
3) Dewasan lelaki
4) Dewasa perempuan
- Beberapa lagi acara lain akan di sediakan buat pengunjung
"CABUTAN BERTUAH AKAN DIJALANKAN SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG "
Jom...kita datang beramai-ramai...

Sabtu, 3 April 2010

Mesyuarat Agung Tahunan DPPK Tapah 2010

Assalamualaikum w.b.t
Dengan segala hormatnya menjemput semua ahli pemuda DPPK Tapah untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan seperti yang berikut :
Tarikh : 3/4/2010 (Sabtu)
Waktu : 2.30 ptg
Tempat : Markaz PAS Kg.Hj.Salleh, Temoh
Perasmian oleh : Saudara Salman Hj.Salleh (Naib Ketua Pemuda DPPN Perak)
Sekian di maklumkan.
Wassalam

BN boleh 'menang' jika bubar DUN Perak sekarang - Zambry tunggu apa lagi???

Pakatan Rakyat berkemungkin besar akan tewas di Perak jika dewan undangan negeri itu dibubarkan hari ini.Kaji selidik bebas yang dijalankan oleh Ilham Centre menunjukkan sokongan rakyat di negeri itu kini kembali kepada Barisan Nasional.

Pada kaji selidik membabitkan 1,031 orang di dewan undangan negeri Kuala Sepetang bulan lalu, mereka menemuramah seramai 59.96 peratus pengundi Melayu, 31.6 peratus Cina, 8.34 peratus India dan 0.03 peratus bangsa lain bagi mengambarkan jumlah komposisi penduduk Perak.

“Lebih 55 peratus daripada mereka yang dibanci berkata BN akan menang jika pilihan raya diadakan sekarang,” kata pengarah urusan Ilham Centre, Mohd Azlan Zainal ketika membentangkan kajiannya di sebuah forum di Kuala Lumpur malam semalam.Kajian itu juga mendapati sebahagian besar rakyat berpendapat kerajaan Perak sekarang ini adalah sah - 39.2 peratus bersetuju berbanding 31 peratus menenatang manakala satu pertiga atau 26.8 peratus berkata mereka tidak tahu.

Pada masa yang sama, 37 peratus bersetuju dengan keputusan mahkamah yang mengesahkan calon BN, Datuk Seri Zambry Kadir sebagai menteri besar yang sah.30 peratus tidak bersetuju manakala 28 peratus lagi tidak tahu.

Mohd Azlan berkata sokongan terbesar Pakatan rakyat masih terletak dengan penduduk Cina, dengan 68 peratus berpendapat kerajaan negeri Perak sekarang adalah tidak sah.“Pakatan juga boleh mengharapkan sokongan daripada pengundi di bandar, golongan muda dan berpelajaran bagi mengundi untuk mereka pada pilihan raya akan datang,” katanya.

(sumber : Malaysiakini)

catatan :
1) Apa lagi yang UMNO-BN tunggu?Kaji selidik kata BN boleh menang kalau di bubarkan DUN sekarang.
2) UMNO-BN pun tak pernah kata mereka lemah melainkan kuat sentiasa. Mendapat sokongan rakyat.Bukan setakat rakyat,mufti,polis,media,orang asli,kem tentera dan lain2 lagi di gambarkan menyokong UMNO-BN. Sampai pihak istana pun di heret sama dalam kancah poltik mereka.
3) Dalam keadaan Pakatan Rakyat yang kononnya menganggu UMNO-BN dalam 'menguruskan' harta rakyat/negeri, satu sokongan padu seharusnya di dambakan oleh UMNO-BN.
4) Jadi Zambry di cabar untuk menunjukkan kepada 1 Malaysia bahawa UMNO-BN memang mempunyai pengaruh yang kuat dan di terima oleh rakyat Perak.
5) Tunggu apa lagi?Kalau berani...ayuh bertarung di Mahkamah Rakyat...takkan nak jadi MB Mahkamah kot...

Jumaat, 2 April 2010

Sarapan pagi seorang MB...

image0032

Dalam kepala dan imaginasi kita mungkin pernah terfikir bagaimana agaknya seorang Menteri Besar (MB) menikmati sarapan paginya?

Mesti makan dan minum yang enak2..

Mesti di layan oleh pembantu2 rumah atau orang2 yang di gajinya...

Mesti di tempat yang selesa dan berhawa dingin...

Makan pun pakai sudu garfu lah...apa kelass pakai tangan...Satu Malaysia lah katakan...

Pinggan mangkuk pun mesti di import khas, berkualiti tinggi dan mahal harganya...

Di kelilingi oleh 'pengampu2' yang tak tahu malu itu sudah kemestian...nak dapat 'habuan'...

Tapi gambar di atas menjelaskan yang sebaliknya...

Ishhh...pelik benar...seorang MB ker tu...biar benar...

Tapi makan kat tepi jalan jer...

Takder pun yang melayannya bagaikan raja...

Tak pakai pinggan mangkuk khas pun....atas bungkusan plastik jer...

Itulah dia contoh MB kesayangan ramai...

MB Kelantan...Tuan Guru Nik Abd.Aziz Nik Mat...

"Sesungguhnya ulama' itu pewaris para nabi"

Khamis, 1 April 2010

Konsep 1 Malaysia hancur : UMNO/MIC saling bercakaran rebut kerusi P94

SPR belum lagi memutuskan kedudukan kerusi P94 Hulu Selangor berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Dato' Zainal Abidin Ahmad, Khamis lalu.Dijadualkan SPR akan berbuat demikian pada hari Jumaat ini setelah menerima notis kekosongan kerusi tersebut dari Speaker Dewan Rakyat.

Ada beberapa kemungkinan akan berlaku selepas berlangsungnya mesyuarat SPR nanti walaupun sudah pasti berlakunya kekosongan kerusi Hulu Selangor. Sama-sama kita tunggu Pengerusi SPR mengumumkan keputusan mesyuarat badan pengendali pilihan raya yang telah beberapa kali membuat kejutan sejak kebelakangan ini.

Keputusan SPR juga berkemungkinan akan bergantung kepada 'wahyu dari seri perdana' samada mahu mengadakan atau tidak pilihan raya kecil bagi mencari pengganti Allahyarham Dato' Zainal.Namun apa yang nak dilontarkan adalah sikap dua parti komponen BN yang tidak menghormati jenazah bekas Timbalan Menteri Besar Selangor suatu ketika dulu.

Ketika keluarga Allahyarham sedang berduka di atas pemergiannya, kedua-dua pihak tadi sedang bercakaran dan bertokak sesama mereka kerana berebut untuk menjadi calon BN dalam pilihan raya kecil yang entah jadi entahkan tidak.

Samy Vellu yang ditolak hidup-hidup oleh orang India sendiri, awal-awal lagi sudah menamakan orang kuatnya G.Palanivel untuk merampas kembali kerusi itu. Tapi saranannya ditentang hebat Umno Bahagian yang juga beria-ria nak bertanding mencabar Pakatan Rakyat yang masih berduka di atas kehilangan aset berharganya itu.

Maka berlakulah tokak menokak dan tuduh menuduh sesama komponen BN itu. Hujah MIC ialah Hulu Selangor adalah kuota mereka, sebelum ini pun G.Palanivel dah pernah menang di situ dan PRU lalu dia juga yang bertanding dan kalah di tangan Allahyarham.

MIC perlu diberi peluang untuk merampas kembali kerusi itu dari tangan PR.Umno pulak jawab hujah MIC, kononnya MIC dah tak dapat sokongan rakyat dan akan kalah kalau dipilih untuk mewakili BN dalam PRK nanti. MIC kena beralah dan bagi peluang Umno untuk tebus kekalahan lagi pun majoriti pengundinya adalah dari komposisi kaum Melayu.

Yang pastinya kalau wahyu yang turun nanti mengizinkan SPR untuk mengadakan PRK bagi P94 Hulu Selangor, kemelut ini sudah tentu akan berlarutan dan peluang PR mengekalkan kerusi ini adalah teramat cerah.

Cumanya PR perlu bijak mengemukakan calon yang diyakini rakyat dan bukannya calon seperti Zahrain Hashim, Zulkifli Nordin, Mohsin samsuri, Tan Tee Beng, Radzi Salleh, Osman Jailu, Jamaludin Md Radzi ataupun Hee Yit Fong.

sumber : http://mohd-firdaus-jaafar.blogspot.com/