Isnin, 9 Ogos 2010

Jemputan Wacana Pemikir Muda

Assalamualaikum w.b.t
Di jemput semua untuk menghadiri satu program wacana seperti berikut :

Tajuk : Perpaduan Generasi Muda ; Gaza sebagai teladan
Anjuran : Majlis Belia Negeri Perak
Tarikh : 9 Ogos 2010 (Isnin)
Waktu : 9.00 malam
Tempat : Auditorium INTIM, Jalan Dairy
Ahli Panel :
1) Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
2) Y.B Ahli Parlimen Parit - bekas tahanan Marvi Marmara
3) Presiden Majlis Belia Perak
4) Moderator - Sdr Saiful Adli Mohd Arshad
Mari datang beramai2.
Wassalam

Jumaat, 6 Ogos 2010

Konvensyen PAS Perak Kali ke-15


Dewan Pemuda PAS Kawasan Tapah mengucapkan selamat berprogram kepada semua peserta Konvensyen PAS pada tahun ini. Moga Allah merahmati dan meredhai konvensyen ini demi masa depan Islam di muka bumi Malaysia ini.

ALLAHUAKBAR!!!

Khamis, 5 Ogos 2010

Air tercemar dengan diesel : Kualiti Air menjadi tanda tanya?

KENYATAAN MEDIA
5 OGOS 2010

Air tercemar : Kualiti air menjadi tanda tanya?

Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Tapah melahirkan rasa bimbang akan tahap kualiti air yang di bekalkan oleh Lembaga Air Perak (LAP) kepada penduduk sekitar Tapah, Bidor dan sebahagian dari kawasan Sungkai, Teluk Intan dan Bagan Datoh. Walaupun pencemaran minyak diesel akibat dari tumpahan minyak dari lori pengangkut minyak dapat di kawal namun air yang diterima penduduk masih berbau diesel dengan agak kuat.

DPPK Tapah amat kesal dengan sikap seolah-olah lepas tangan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan masalah pencemaran ini apabila masih tiada notis rasmi memaklumkan tahap keselamatan penggunaan air yang telah tercemar oleh tumpahan minyak diesel khasnya bagi tujuan memasak makanan dan minuman.

DPPK Tapah juga tertanya-tanya adakah air yang kembali di bekalkan kini kepada semua penduduk yang terlibat selamat di gunakan untuk kegunaan penduduk seharian? Perkara ini masih menjadi tanda tanya kerana setakat kenyataan ini di tulis belum ada lagi notis atau peringatan rasmi oleh pihak LAP, Jabatan Kesihatan mahupun daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak bagi memaklumkan kualiti air yang telah di bekalkan kepada penduduk terlibat bermula daripada 3 Ogos yang lepas setelah 2 hari pemotongan air bekalan di lakukan sebelum itu.

DPPK Tapah amat bimbang akan kesan buruk yang boleh berlaku kepada kesihatan penduduk setempat yang kami percaya akibat daripada pencemaran air ini. Hasil daripada pemerhatian kami mendapati pesakit akan mengalami simptom seperti muntah-muntah, sakit tekak, cirit-birit, sakit perut dan lain-lain simptom yang biasa berlaku akibat daripada pencemaran air dan golongan kanak-kanak adalah yang paling ramai menghidapinya.

Justeru kami amat berharap agar tindakan sewajarnya perlu di ambil dengan kadar segera kerana ini melibatkan kesihatan dan nyawa penduduk. Datuk Dr.Mah Hang Soon selaku exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio kesihatan dan alam sekitar perlu lebih proaktif dalam mencari alternatif penyelesaian kepada masalah ini serta mengambil berat masalah penduduk terlibat yang kesihatan mereka yang kini mungkin di ancam bahaya. Jangan sekadar mengambil sikap tunggu dan lihat serta melepaskan tanggungjawab ini kepada pihak yang lain.

Walaupun begitu DPPK Tapah ingin merakamkan setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada setiap usaha siang dan malam yang di jalankan oleh pihak LAP dan agensi yang berkaitan dalam menguruskan masalah tersebut buat masa ini. Jasa dan usaha kalian amat kami hargai.

DPPK Tapah sekali lagi ingin mengingatkan pihak yang bertanggungjawab akan perlunya notis peringatan bagi memaklumkan perkembangan terkini kualiti air dari semasa ke semasa kepada semua penduduk yang terlibat. Bekalan air bersih yang bebas pencemaran perlu sentiasa di bekalkan setiap masa dengan meningkatkan jumlah pengagihan bekalan air menggunakan lori tangki ke setiap pelusuk kampung, taman perumahan, restoran, kedai makan, sekolah dan semua tempat yang terlibat bagi tujuan memasak makanan dan minuman sehingga kualiti air kembali di sahkan bersih dan selamat untuk di gunakan.

DPPK Tapah berdoa semoga krisis pencemaran air ini dapat segera di atasi dan penduduk sekitar dapat kembali menikmati kehidupan yang berkualiti seperti sediakala.

AZMAN BIN ALI AZIZ
Penolong Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tapah

Rabu, 4 Ogos 2010

Demokrasi Dibunuh di Dewan Negeri Perak

Kenyataan Media
YB V.Sivakumar pada 3 Ogos 2010 di Ipoh

Demokrasi Dibunuh Di Dewan Negeri Perak

Apa yang telah berlaku dalam Dewan Negeri Perak hari ini amat mengecewakan. Ahli-ahli Dewan Negeri Perak BN sanggup membunuh demokrasi semata-mata untuk mengekalkan kuasa politik mereka. Kemuliaan Dewan Negeri Perak telah dicompang-camping sekali lagi dalam persidanagan Dewan Negeri hari ini. Mereka ini merupakan golongan yang paling tidak bertamadun. Tindakan mereka harus dikecam untuk menghidupkan kembali demokrasi di Negeri Perak.

Persidangan Dewan Negeri Perak lebih sesuai dipanggil Pesidangan Polis Diraja Malaysia. Lebih ramai polis berkerumun di perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan dibandingkan dengan wakil-wakil rakyat. Nampak jelas bahawa pihak kerajaan cuba menggunakan polis yang begitu ramai untuk menggertak pihak pembangkang secara tidak langsung. Tidak ada sebab kenapa beratus-ratus anggota polis ditugaskan di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada hari ini. Kenapa masa dan tenaga polis dikerah untuk tujuan politik BN? Kehadiran polis yang begitu ramai sendiri telah mengancam amalan demokrasi yang sihat di Negeri Perak. Tambahan pula, orang awam tidak dibenarkan hadir sebagai pemerhati persidangan Dewan Negeri.

Pihak media tidak diberi ruang di dalam dewan untuk membuat liputan. Mereka ditempatkan di sebuah bilik ‘akuarium’ yang kalis bunyi. Kebebasan akhbar telah dinodai oleh kerajaan BN yang zalim. Pihak media tidak diberi penghormatan yang sewajarnya . Mereka dilayan dengan buruk dan tidak dibenarkan membuat laporan yang sebenar. Dalam kata lain, kerajaan BN mempunyai niat buruk menyekat atau mengambus berita sebenar supaya tidak sampai kepada rakyat jelata. Tindakan ini membuktikan bahawa kerajaan BN takut kepada kuasa rakyat yang bakal menjatuhkan kerajaan itu di Negeri Perak dalam PRU ke 13.

Terbukti Datuk R.Ganesan adalah kuda tunggangan BN yang sanggup mengadai maruah legislatif kerana akur seratus peratus arahan pihak eksekutif . Beliau bertindak secara kelam kabut dan membuat kenyataan-kenyataan yang tidak rasional apabila menerima arahan komplot daripada ketua eksekutif. Terbukti Datuk R.Ganesan tunduk kepada kemahuan dan manupulasi politik kerajaan BN. Jari telunjuk ketua eksekutif dianggap sebagai cokmar oleh Datuk R.Ganesan yang terang-terang jahil dalam Perintah-perintah Tetap dan konvensyen Dewan Negeri.

Satu Rang Undang-undang yang bertajuk Enakmen Perbekalan Tambahan 2010 telah dibentangkan di Dewan Negeri hari ini. Peruntukan tambahan yang dipohon oleh kerajaan ialah sebanyak RM80 juta. Jumlah ini adalah terlalu besar dan memerlukan pertimbangan yang sewajarnya. Tetapi, Datuk R.Ganesan telah mengumumkan bahawa persidangan hanya selama satu hari sahaja. Perkara ini amat ganjil sekali dan menimbulkan rasa kesangsian dan kecurigaan kepada Ahli-ahli Dewan Negeri PR. Kenapakah rang undang-undang itu perlu diluluskan secara ekspres? Kenapakah persidangan Dewan Negeri tidak dilanjutkan selama 4 atau 5 hari mengikut konvenyen.

Ketua pembangkang hanya diberi 15 minit untuk membahaskan rang undang-undang tersebut. Semua Ahli-ahli Dewan yang lain hanya dibenarkan untuk berucap selama 10 minit sahaja. Ini merupakan satu penghinaan kepada Dewan Negeri Perak yang mulia. Ahli-ahli Dewan Negeri BN dibawah pimpinan Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir terbukti bacul kerana tidak berani berbahas dengan Ahli-ahli dewan Negeri PR dibawah pimpinan Dato Seri Ir Nizar Jamaludin.

Kerajaan BN menggunakan Datuk R. Ganesan, seorang boneka eksekutif untuk mencari jalan pintas meluluskan wang RM 80 juta tanpa perbahasan dan prosiding yang sebenar. Walaupun Dato Seri Zambry dan kuncu-kuncunya dicabar berulangkali untuk mengadakan perdebatan selama skurang-kurangnya 4 hari, tetapi mereka tidak berani menyahut cabaran itu. “Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah” Dalam keadaan dewan yang kalut, Ahli-ahli Dewan Negeri PR terpaksa meninggalkan Dewan kerana penyalah gunaan kuasa oleh Datuk R.Ganesan yang menghalau keluar Dato Seri Nizar dari Dewan.