Ahad, 31 Januari 2010

HEMPAP 2010 : Pemuda PAS Perak telah bersedia menghadapi pilihan raya

(Ketua Pemuda PAS Tapah, Ust.Shamsul menerima t-shirt daripada Ketua Pemuda PAS Pusat Ust.Nasruddin Hassan)

Bertempat di Madrasah Darul Ta'lim, Selama telah berlangsung program Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) pada hari Ahad, 31 Januari yang lepas.

Antara objektif HEMPAP adalah untuk mengumpulkan seberapa ramai pemuda PAS di seluruh Perak bagi menyampaikan mesej kepada UMNO/BN dan rakyat Perak amnya bahawa PAS telah bersedia menghadapi Pilihan Raya pada bila2 masa sahaja dari sekarang.

Dan Alhamdulillah, sasaran kehadiran melebihi sasaran awal seramai 10 ribu pemuda yang hadir dari seluruh kawasan2 di Perak. Kehadiran berbelas ribu pemuda dengan penuh bersemangat telah menggegarkan Darul Ta'lim dengan pelbagai aktiviti dan program yang padat bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang.


(Datuk Seri Nizar Jamaluddin memberi semangat kepada semua peserta)

DPPK Tapah juga tidak ketinggalan menghantarkan peserta.Oleh kerana tempat program agak asing bagi kami menyebabkan konvoi kami tersesat di beberapa simpang utama.Bukan hanya konvoi kami yang tersilap jalan tapi kelihatan beberapa konvoi dari kawasan2 lain juga termasuk bas dan kereta berpusing2 mencari jalan ke tapak program. Dan akhirnya kami sampai sekitar jam 11.00 pagi setelah lebih 3 jam di atas jalan raya.

Berbagai2 aktiviti dan program termasuk ceramah, persembahan silat, pemeriksaan kesihatan dan derma darah, pendaftaran pilihan raya, pameran motor berkuasa besar, kereta yang telah memenangi beberapa siri perlumbaan rally, khemah pameran dan jualan dan pelbagai lagi.

Antara penceramah yang telah berjaya menaikkan semangat peserta2 yang hadir adalah seperti Datuk Seri Hj.Nizar Jamaluddin, Y.B Mahfuz Omar, Y.B Sallehudin Ayub dan Ketua Pemuda PAS Pusat Ust.Nasarudin Hassan.

Secara keseluruhannya matlamat program telah berjaya di capai. Harapan kini agar jentera pemuda PAS di seluruh Perak dan di Tapah khususnya agar terus menyusun strategi dan memperkemaskan jentera bagi menghadapi pembubaran DUN Perak yang kita percaya akan berlaku sedikit masa lagi.

Tahniah kepada pihak penganjur program dan juga kepada semua Pemuda PAS Tapah yang telah berkorban masa dan tenaga bagi menghadiri program ini. Moga Allah mempermudahkan segala urusan hidup kita insyaallah.

ALLAHUAKBAR!

catatan : lebih banyak gambar2 sekitar program akan di upload pada post akan datang

Selasa, 26 Januari 2010

Makluman Program : HEMPAP 2010

Assalamualaikum w.b.t

Makluman terkini berkenaan Program HEMPAP 2010 bagi semua pemuda DPPK Tapah.

Tarikh :
31/1/10 (Ahad)

Tempat berkumpul :
Masjid Tapah

Masa berkumpul :
7.00 pg - 7.30 pg

Pakaian :
WAJIB BERBAJU HIJAU
(DPPK Tapah ada menyediakan t-shirt yang di tempah khas. Boleh di dapati pada harga RM15 shj pada hari tersebut)

Sila hubungi Sdr.Azmir atau Ketua Pemuda Cawangan masing2 untuk pengesahan kehadiran / maklumat lanjut.

Maklumat terkini (jika ada) akan di maklumkan dari masa ke masa dalam blog ini.Please alert...!!!

Bersama kita jana kekuatan dengan mengumpulkan seberapa banyak Pemuda Tapah yang ada untuk menjayakan program tersebut...

Hebah2kan...

ALLAHUAKBAR!!!

Wassalam.

Isnin, 25 Januari 2010

Bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya : KP DPPK Tapah

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji pujian hanya bagi Tuhan yang menguasai kerajaan langit dan bumi.
Selawat dan salam ke atas Muhammad bin Abdullah, penutup sekalian Nabi.
Salam sejahtera kepada semua pejuang agama Allah. Moga kalian di permudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.

Pertamanya ana ucapkan tahniah di atas kewujudan blog DPPK Tapah. Moga medan ini di jadikan salah satu saluran informasi dan dakwah sesuai dengan motto blog ini iaitu dakwah dan siasah seiring.

Dasawarsa mutakhir ini sering di gambarkan sebagai kurun persepsi. Barangsiapa yang lebih terkehadapan dalam menguasai persepsi maka dia lah yang akan menguasai dunia dan masyarakat khalayak.

Namun di sana Islam telah terlebih dahulu mengingatkan agar kita mengesahkan setiap maklumat danerita yang di terima bimbang ianya bakal menjadi senjata yang bisa menggoncang saf perjuangan pejuang2 agama Allah khususnya di muka bumi Malaysia yang kita cintai ini.

Ingatlah akan satu ingatan tegas yang telah Allah nukilkan dalam Al-Quran yang bermaksud :

"Wahai orang2 yangberiman, jika datang kepada kamu seorang fasik yang membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak di ingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya), sehingga menjadikan kamu menyesali dengan apa yang telah kamu lakukan..."(surah Al-Hujurat : 6)

Sahabat2 yang di rahmati Allah,

Desas desus DUN akan di bubarkan semakin bertiup kencang. Sumber media juga mengesahkan bahawa Mahkamah Persekutuan akan memutuskan keabsahan MB Perak pada 9 Februari 2010. Nah, itukah yang kita nantikan selama ini iaitu pembubaran DUN Perak bagi memberi laluan kepada suara demokrasi memilih siapakah yang layak memegang tanggungjawab untuk pentadbiran Negeri Perak yang kita kasihi ini?

Bagi peringkat DPPN Perak, satu program yang di namakan HEMPAP 2010 akan di jayakan pada hujung minggu ini. Dan DPPK Tapah telah bersedia untuk menyahut cabaran dengan insyaallah menghantar seberapa ramai pemuda2 di seluruh Tapah bagi menghantar satu mesej yang jelas kepada kerajaan Kudeta bahawa kami telah pun bersedia!

Bangkitlah semua...!!! Usah terlena dan terbuai dek kemenangan dalam PR yang lalu tanpa kita membantu gerak kerja jamaah dengan berkorban diri,masa,wang ringgit dan apa sahaja demi melihat Islam kembali di tempat yang sewajibnya ia duduki.

Amatlah malang sekiranya kita sekadar menjadi penonton yang menyorak kemenangan atas usaha orang lain serta ihsan undi protes terhadap UMNO/BN.

Jika kita diibaratkan dalam sebuah permainan bola sepak, kini yang tinggal hanyalah masa kecedaraan atau masa tambahan. Padang sudah senget sebelah, pengadil sudah pasti berat sebelah,bola pula belum pasti bentuk bulatnya...apa daya kita hanyalah berusaha bermati2 matian untuk memenangi hati pengundi. Menang dan kalah kita serahkan kepada kekuasaanNya.

Lakukanlah apa sahaja yang di benarkan syariat dan undang2 negara. Ringankan tangan hulurkan bantuan dari segenap aspek tenaga,masa dan juga material demi kelancaran gerak kerja pilihan raya yang sedang giat di usahakan oleh pasukan MTD N47.

Bagi yang mempunyai halangan dalam menyumbangkan tenaga dan masa, sumbangan kewangan amatlah di harapkan.

Sahabat2 yang di kasihi Allah,

Sesungguhnya sahabat2 akan di tanya di Padang Mahsyar kelak tentang apa yang telah kalian lakukan untuk memenangkan Islam. Maka andainya kemenangan Islam itu tertangguh dek kerana kita maka bersedialah akan alasan yang akan di bawa di depan Rabbul Jalil kelak. Di manakah muka kita akan di sorokkan?

Maha suci Allah. Moga Allah mengampuni kita semua.

ALLAHUAKBAR!!!

Wassalam.

DAKWAH DAN SIASAH SEIRING

Ikhlas daripada,

Ust.Shamsul Anwar b.Hj Busro
Ketua Pemuda
DPPK Tapah
sesi 2009-2011

Ahad, 24 Januari 2010

Makluman Program : Ceramah Umum

Assalamualaikum w.b.t

Satu ceramah umum akan di adakan seperti yang berikut:

CERAMAH SEMPENA SETAHUN RAMPASAN KUASA NEGERI PERAK

Tarikh :
27/1/10 ( Rabu)
9.00 malam

Tempat :
PASTI Batu 3, Temoh

Penceramah :
YB Drs Khalil Idham Lim Abdullah (ADUN Titi Serong / Ketua Penerangan PAS Perak)
YB Ngeh Koh Ham (ADUN Setiawan / Ahli Parlimen Beruas / Pengerusi DAP Perak)
YB Chang Li Kang (ADUN Teja)

Semua di jemput hadir

MARI DATANG BERAMAI2...
TOLONG SEBAR2KAN...