Isnin, 8 Mac 2010

Mengapa Mufti Perak sanggup berbohong?


Membaca pengakuan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam Malaysian Insider berhubung usahanya memujuk PAS untuk bekerjasama dengan Umno bagi mewujudkan Kerajaan Campuran di Perak, pasti ramai yang sudah menduga, tapi tidak kurang juga yang kesal dan menganggapnya sebagai tindakan yang sia-sia.

Malah ramai yang kesal kerana beliau sebagai seorang Mufti rela diperkudakan untuk menjadi ejen Umno bagi memujuk PAS. Paling menyedihkan kerana Umno, beliau sanggup mengkhianati jubah Muftinya dan berbohong kepada rakyat dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ahli Majlis Syura Ulama PAS, yang juga Pesuruhjaya PAS Perak ketika itu Ustaz Ahmad Awang menjelaskan;“Apa yang beliau (Harussani) cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul (bohong),”Ustaz Ahmad turut menjelaskan bahawa dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda. Malah perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu pun tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya.

Memang jelaslah Harussani begitu taksub pada Umno, dan layaknya beliau berhenti jadi Mufti dan bertanding sebagai calon Umno kalau mahu tubuh Kerajaan dan jadi menteri Besar.Harussani sudah lupa bahawa sekarang dia masih lagi Mufti Perak.

Dan amat tidak wajar beliau bercakap tentang isu ini sekarang kerana Umno sudah kembali merompak kuasa di Perak dan tubuh Kerajaan haram. Jadi apa jadahnya beliau bangkitkan hal ini dalam Forum di UKM.

Mahu sindir PAS?

Nak bagitau bahawa PAS sekarang sudah rugi?

Memang jelas beliau ada niat yang tidak baik bila mengungkitkan hal itu. Sejak dapat gelaran Tan Sri ni, makin galak beliau berjuang untuk Umno.Yang pasti beliau sudah bekerjasama dengan kezaliman yang tidak diredhai rakyat dan Islam.

Kalau Khalifah Umar hidup lagi, pasti beliau dah kena tampar sebab bersekongkol dengan penzalim, perasuah dan pemimpin-pemimpin Umno yang begitu taat sembah tugu negara setiap tahun.

Beliau sebelum ini begitu semangat bicara soal murtad, tapi apa pula hukum Pak Lah dan Najib sembah tugu negara? Adakah itu amalan yang dituntut oleh Islam.

Bagaimana pun dengan cara Umno rompak kerajaan Perak. Halalkah?

Ingatlah wahai Harussani…jangan hanya tahu harus sana sini. Gunakanlah ilmu yang ada untuk bercakap benar, bukannya berbohong.

Bersamalah dengan kebenaran kalau tidak mahu lari sana-sini di Padang Mahsyar nanti.

Oleh : Herman Samsudeen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan