Ahad, 30 Mei 2010

Gula vs subsidi = rakyat menderita

oleh : Wirawan Islam

Part I - Gula oh gula...

Gula dah start hilang dari pasaran. Satu Tapah mencari tak juga jumpa sepaket gula melainkan gelengen kepala taukeh2 kedai apabila ditanya bekalan gula.

Try pulak cari sekitar Bidor namun hampa. Seorang taukeh kedai runcit di pasar awam bidor dengan berseloroh suruh pegi Siam sebab gula kita katanya dah di 'eskport' secara besar2an di Siam.

"kawan...lu tau kah sapa kasi gula hilang?diam2 sudah lah..." sambil senyum menyeringai menunjuk gigi yang dah reput separuh.

"lu angkat kereta pegi Siam lorr...satu paket gula arr RM2.30...kita punya olang sudah angkat sana pakai kontena orr.." bersemangat nak bagitau betapa rapuhnya Kementerian yang jaga hal pengguna buat kerja.

Taukeh gula makin kaya malah menambahkan lagi kekayaannya.

Majalah Forbes edisi terbaru menyenaraikan Taukeh besar gula Malaysia Tan Sri Robert Kuok makin mengukuhkan kekayaannya sebagai terkaya di Malaysia dengan mencatatkan kekayaan sejumlah USD9ooo juta. Di ulang balik 9000juta duit dollar Amerika tu...lebih kurang busuk2 pun RM27000 juta.

Kalau gula kat Malaysia takder so agak2 dari mana Robert Kuok dapat tambahkan kekayaannya?

Mungkin betul juga kata taukeh kedai runcit tu. Oleh sebab kerajaan tak boleh nak 'deal' gula untuk pasaran tempatan dek kerana harga yang murah, so deme jual ler ke luar negara yang lebih mahal.Kerana subsidi rakyat merasa harga gula yang lebih murah berbanding harga gula di negara jiran

Oleh sebab duit kerajaan dah kurang sebab 'belanja' ADUN2 dan MP lompat parti maka susah lah bagi kerajaan nak deal sama pengeluar2 gula di Malaysia.

Takde pilihan bagi kerajaan melainkan mainkan isu subsidi.Supaya harga gula boleh di naikkan sebab subsidi di tarik sedikit lagi. Taukeh gula boleh happy.Bekalan gula boleh kembali di pasaran tempatan.

Yang lebih memalukan ialah kerajaan punyalah lemah sampai 'terkencing dalam seluar' bila di gertak taukeh gula. Nak tak nak terpaksalah akur dengan kenaikan harga gula yang kesannya di tanggung oleh rakyat marhaen.

Part II- Subsidi oh subsidi...

Dah heboh se Malaysia bekalan gula semakin kurang timbul pula isu kerajaan nak tarik balik subsidi yang sejak sekian lama di nikmati oleh rakyat Malaysia.

Datuk Seri Idris Jala bekas CEO MAS yang menganggotai kabinet tempang Najib bersedia menjadi 'kambing hitam' isu subsidi ni.

Di gertaknya, diugutnya,dimomoknya rakyat Malaysia. Kalau kerajaan tak tarik balik subsidi dalam banyak perkara yang bersangkutan dengan keperluan rakyat maka negara kita akan menjadi muflis sepertimana negara Greece.

Itupun Greece beruntung mendapat jiran tetangga yang sudi membantu. Tak tau lah pulak kalau Singapura yang telah banyak di beri 'subsidi' oleh Malaysia terutamanya dalam hal penyaluran air mentah sudi membantu kita di kala negara kesusahan.

Nampak sangat negara kita sekarang sedang di tadbir oleh golongan yang tak amanah dan terlibat dengan korupsi yang sangat dasyat. Sejak sekian lama rakyat di beri subsidi, tup tup sibuk pulak nak hapuskannya.

Yang lebih menggelikan hati sebab yang dok sibuk nak komen dan ulas dengan seribu satu fakta dan kajian untuk hapuskan subsidi ni adalah golongan atasan dan professional yang pastinya kaya raya.

Cubalah tanya orang kampung atau golongan yang sederhana sahaja hidupnya yang sekadar boleh menyimpan RM200-300 sebulan dari hasil gaji mereka. Mereka setuju atau tidak? Najib pulak 'interframe' kata nak tanya pendapat rakyat dulu.Lawak pulak dengarnya. Bila masa Najib dengar cakap rakyat?

Boleh dengar Najib cakap tapi percaya jangan. Tapi kalau sungguh nak dengar pendapat rakyat, tarik balik pemberian judi sukan dulu sebab satu Malaysia rakyat bangkit membantah kecuali puak2 UMNO sahaja yang berdiam diri. Orang tua2 kata, kalau diam tandanya setuju. Parti Gerakan melalui Timbalan Presidennya pun membantah.

Berikut adalah senarai sebahagian daripada subsidi yang bakal di tarik menurut laporan The Star :

1) Petrol naik harga 10 sen -15 sen seliter tengah bulan ni, bulan Jun tu agaknya. Selepas itu setiap 6 bulan sekali, naik 10 sen seliter hingga 2014.
2) Gula pulak naik harga 20 sen sekilo setiap 6 bulan sekali hinggalah 2012.
3) Tepung naik 20 sen sekilo tahun ni dan 25 sen sekilo tahun depan.
4) Minyak Masak yang sekilo naik 15% tahun ni dan 15% lagi tahun depan. Lepas tu naik 5% setiap tahun hingga 2014
5) Pengurangan subsidi letrik kepada mereka yang menggunakan lebih 200kWh. 44% pengguna jadi mangsa.
6) Tol naik lagi pertengahan tahun ni. Bulan Jun lagi..
7) Rawatan pesakit luar naik dari RM1 kepada RM3.
8) Wad pesakit naik dari RM3-RM80 kepada RM6-RM160.
9) Yuran Pengajian di universiti naik sekitar RM300 ke RM800

Apa kata kita cadangkan yang berikut :
1) Cukai yang tinggi kepada golongan mewah yang berpendapatan lebih daripada RM20k sebulan.
2) Potong juga 'subsidi' mewah kepada menteri2 dan yang berkaitan dengannya. Petrol, elaun keraian,elauan baju,elaun amah,elaun driver,elaun penerbangan,elaun itu dan elaun ini. Baru deme rasa macamana teruknya rakyat menderita...
3) TUKAR KERAJAAN BN KEPADA KERAJAAN PR pada PRU yang akan datang....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan