Ahad, 16 Mei 2010

Terima kasih guru

DPPK Tapah ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru2 yang berkhidmat tanpa rasa jemu demi menabur bakti bagi mendidik anak bangsa menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Terima kasih guru...

GURU OH GURU

oleh :Usman Awang

Berburu ke Padang Datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa

Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta

Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia

Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara

Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka

Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya
mengajar tulis baca .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan