Khamis, 17 Jun 2010

Pasca Muktamar DPPP kali ke-51

Pasca Muktamar DPPP kali ke-51

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan . Insyaallah ini tema Pemuda PAS bekerja sepanjang musim ini disamping menyelesaikan tunggakan tugas serta rancangan yang masih tergendala ekoran tertunda kerana menghadapi 11 pilihanraya kecil pasca pilihanraya 2008 yang lalu .

Insyaallah , seluruh jentera pemuda dipelbagai peringkat mestilah mula aktif malah pro aktif untuk menggerakkan amanah dan tanggungjawab yang sedang dipikul sebagai ansoorullah yang menggalas cita - cita untuk mendaulatkan syariat Islam .10 Kriteria Ansoorullah dan 10 Politik Rasul saw juga apa yang lebih penting dan menjadi asas bergerak sepanjang tempoh perjuangan kita ialah 10 Badihiyat [ peraturan dan arahan khas yang wajib dilaksanakan oleh setiap pemuda ] telah saya gariskan dalam ucaptama ketua DPPP baru - baru ini .

Jangan leka dan jangan lena . Masa kita singkat , kerja kita banyak , cabaran kian sukar dan halangan kian rencam . Atur langkah secara cermat dan berhemat dan depani cabaran dengan tenang dan tabah . Mohon pertolongan daripada Allah dengan sabar , munajat dan solat [ doa ] .Gandingkan tenaga . Lama , baru , ulama' , profesional , aktivis , amilin , pimpinan dan seluruh anggota mestilah rapatkan saff dan eratkan ukhuwwah .

Kini masa kita berjuang bukan membuang masa dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada jamaah dan ummah .Khasnya kepada saff pimpinan yang sedang memikul beban amanah dan tanggungjawab perjuangan . Pedulikan segala fitnah dan tohmahan . Pacu perjuangan ini semampunya dan bertawakkal kepada . Cari nilai dari sisi Allah swt bukan nilai di sisi manusia .Sabar atau segala susah sukar berjuang . Korbankan masa , tenaga , pemikiran malah jika perlu darah dan nyawa demi Islam . Samaada menang atau syahid ..... itulah slogan kita berjuang .

Tiada istilah kalah dalam perjuangan .Jadilah pejuang Ansoorullah untuk terus memimpin Jiil [ generasi ] rabbani . Inilah tugas besar kita menyambung tugasan golongan as saabiquunal awwalin [ generasi terdahulu ] . Jika mereka gigih dan istiqamah malah mampu tunaikan tugas mereka , kenapa kita hari ini mesti mengemukakan 1001 alasan untuk berdalih .

Ayuh bangkit pemudaku .

Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan