Isnin, 22 Februari 2010

Al-kisah...tersebutlah kisah...

AL-KISAH PERARAKAN MAULIDUR RASUL
Dikisahkan bahawa terdapat seorang pemimpin bukan Islam dan Melayu yang memerintah di sebuah negeri Pulau Kelapa yang majoriti rakyatnya bukan Islam yang bernama LU GUA ONG yang juga meminati ciri-ciri kepimpinan Khalifa Umar Abdul Aziz.
Ditakdirkan beliau dikhianati oleh Pegawai Negeri beliau sendiri yang memaklumkan bahawa Perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini dibatalkan bagi negeri Pulau Kelapa.
Maka berlakulah gegak gempita di Negeri Pulau Kelapa membantah perkara tersebut yang diketuai oleh bekas Pembesar yang memerintah sebelum ini yang juga dikenali sebagai Pembesar Barisan Nyonglap (songlap).
Mereka menonjolkan seorang hero seorang India Muslim yang mengaku dirinya Melayu iaitu Mamak Merican (anak penjual pasembor) yang begitu marah atas pembatalan Perarakan tersebut dan menjajanya ke seluruh negeri hatta seluruh Negara.
Pembesar LU GUA ONG menafikan beliau mengeluarkan arahan pembatalan perarakan tersebut memandang tahun sebelumnya beliau turut menyertai perarakan tersebut dan merupakan satu-satunya pembesar bukan Islam yang menyertai perarakan dalam sejarah Pulau Kelapa. Malah beliau menjemput mereka yang memfitnah beliau.
Para Ulama dan alim di Pulau Kelapa amat musykil ke atas perkara ini, kerana hasil rujukan kitab-kitab lama dan baru, tiada akan perarakan Maulidur Rasul pernah diadakan oleh Rasullulah SAW, Khalifah Ar –Rassyidin begitu juga dengan Imam 4 Mahzab Hanafi, Hambali, Syafie dan Maliki.
Jadi tiadalah masalah sekiranya dibatalkan Perarakan Maulidur Rasul jika ianya bagi menjimatkan perbelanjaan Negara memandangkan ekonomi merosot, juga bagi mengelakkan percampuran lelaki dan perempuan dan juga kebanyakan yang hadir perarakan tidak menutup aurat dan tidak solat.
Selain itu ianya juga bertujuan bagi mengelakkan ianya dipolitikkan oleh Pembesar Barisan Nyonglap.Amatlah musykil juga sekalian ulama tindak tanduk Pembesar Barisan Nyonglap yang begitu beriya-riya untuk mengadakan Perarakan Maulidur Rasul sedangkan pada masa yang sama Pembesar mereka Bung Mangkok Raden yang menikahi primadona bangsawan turut berhibur di Pusat Riadah Malam sehingga pagi dengan tidak menutup aurat dan bergaul dengan bukan muhrim.
Begitu juga dengan Pembesar Mamak Merican yang berkahwin jua dengan Primadona Bangsawan yang bernama Seeripah Marlinda Ayamor yang tidak menutup auratnya juga sedangkan itu adalah tuntutan agama dan perlu dipatuhi.
Lagilah musykil sekalian rakyat kenapa Syariat Islam yang lebih utama dan penting tidak mahu ditegakkan oleh Pembesar Barisan Nyonglap melainkan meniup api kemarahan mengenai Perarakan Maulidur Rasul yang tidak wajib.Wallahu ‘Alam
oleh : ZORRO (AL-AZMY)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan