Khamis, 1 April 2010

Konsep 1 Malaysia hancur : UMNO/MIC saling bercakaran rebut kerusi P94

SPR belum lagi memutuskan kedudukan kerusi P94 Hulu Selangor berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Dato' Zainal Abidin Ahmad, Khamis lalu.Dijadualkan SPR akan berbuat demikian pada hari Jumaat ini setelah menerima notis kekosongan kerusi tersebut dari Speaker Dewan Rakyat.

Ada beberapa kemungkinan akan berlaku selepas berlangsungnya mesyuarat SPR nanti walaupun sudah pasti berlakunya kekosongan kerusi Hulu Selangor. Sama-sama kita tunggu Pengerusi SPR mengumumkan keputusan mesyuarat badan pengendali pilihan raya yang telah beberapa kali membuat kejutan sejak kebelakangan ini.

Keputusan SPR juga berkemungkinan akan bergantung kepada 'wahyu dari seri perdana' samada mahu mengadakan atau tidak pilihan raya kecil bagi mencari pengganti Allahyarham Dato' Zainal.Namun apa yang nak dilontarkan adalah sikap dua parti komponen BN yang tidak menghormati jenazah bekas Timbalan Menteri Besar Selangor suatu ketika dulu.

Ketika keluarga Allahyarham sedang berduka di atas pemergiannya, kedua-dua pihak tadi sedang bercakaran dan bertokak sesama mereka kerana berebut untuk menjadi calon BN dalam pilihan raya kecil yang entah jadi entahkan tidak.

Samy Vellu yang ditolak hidup-hidup oleh orang India sendiri, awal-awal lagi sudah menamakan orang kuatnya G.Palanivel untuk merampas kembali kerusi itu. Tapi saranannya ditentang hebat Umno Bahagian yang juga beria-ria nak bertanding mencabar Pakatan Rakyat yang masih berduka di atas kehilangan aset berharganya itu.

Maka berlakulah tokak menokak dan tuduh menuduh sesama komponen BN itu. Hujah MIC ialah Hulu Selangor adalah kuota mereka, sebelum ini pun G.Palanivel dah pernah menang di situ dan PRU lalu dia juga yang bertanding dan kalah di tangan Allahyarham.

MIC perlu diberi peluang untuk merampas kembali kerusi itu dari tangan PR.Umno pulak jawab hujah MIC, kononnya MIC dah tak dapat sokongan rakyat dan akan kalah kalau dipilih untuk mewakili BN dalam PRK nanti. MIC kena beralah dan bagi peluang Umno untuk tebus kekalahan lagi pun majoriti pengundinya adalah dari komposisi kaum Melayu.

Yang pastinya kalau wahyu yang turun nanti mengizinkan SPR untuk mengadakan PRK bagi P94 Hulu Selangor, kemelut ini sudah tentu akan berlarutan dan peluang PR mengekalkan kerusi ini adalah teramat cerah.

Cumanya PR perlu bijak mengemukakan calon yang diyakini rakyat dan bukannya calon seperti Zahrain Hashim, Zulkifli Nordin, Mohsin samsuri, Tan Tee Beng, Radzi Salleh, Osman Jailu, Jamaludin Md Radzi ataupun Hee Yit Fong.

sumber : http://mohd-firdaus-jaafar.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan