Selasa, 6 April 2010

Mantapkan fikrah, Gerakkan dakwah


(Sebahagian daripada ahli jawatankuasa pemuda cawangan2 Kawasan Tapah)


LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DPPK TAPAH

Alhamdulillah, mesyuarat agung tahunan DPPK Tapah berjaya di sempurnakan dengan izin Allah pada 3 April 2010 yang lepas.
Walaupun mesyuarat tersebut di jadualkan bermula seawal jam 3 ptg tapi terpaksa bermula agak lewat sekitar jam 3.45 ptg.
Ini kerana ramai di kalangan ahli pemuda terlibat dalam menguruskan jenazah abg kepada Saudara Kamil yang kembali ke rahmatullah pada pagi Sabtu tersebut.Kehadiran agak menggalakkan apabila lebih dari 40 ahli pemuda dari semua cawangan di Kawasan Tapah hadir untuk mengikuti mesyuarat agung yang di jadikan sebagai kayu pengukur dan medan muhasabah antar ahli dan pimpinan pemuda Tapah.
Mesyuarat di rasmikan oleh Naib Ketua Pemuda Negeri Perak iaitu Saudara Salman Hj.Salleh dan di serikan lagi dengan kehadiran wakil kawasan iatu Ustaz Abd.Malek Mohammad selaku Naib YDP Kawasan Tapah merangkap Ketua Lujnah Tarbiah PAS Kawasan Tapah.
Ketua Pemuda PAS Tapah Ust.Shamsul mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua terutama kepada perasmi mesyuarat dan memohon maaf kerana mesyuarat bermula dengan agak lewat. Dalam ucapan singkat beliau mengingatkan semua agar memperjuangkan Islam kepada semua bangsa dan agama tanpa memilih latar belakang mad'u. Kerana Islam itu di turunkan untuk semua dan bukan kepada bangsa Melayu atau bangsa Arab sahaja.



(Ust.Abd Malek memberi ucapan mewakili pimpinan PAS Kawasan Tapah)

Naib YDP Pas Tapah pula memberitahu bahawa Allah taala dan Nabi saw memberikan penghormatan kepada golongan pemuda kerana banyak terdapat ayat al-quran dan hadith baginda secara jelas di tujukan khas buat golongan pemuda. Kerana bangkit jatuhnya sesebuah bangsa atau negara bergantung kepada kekuatan golongan ini. Pemuda lah yang akan menjadi pemimpin umat dan bangsa di masa akan datang. Beliau mengingatkan dengan tegas agar pemuda Tapah terus bangkit dan aktif untuk merencanakan sebarang program untuk mendekati pemuda amnya. Pemuda di setiap cawangan harus aktif dan bergerak bagi memantapkan parti dan seterusnya menggiatkan usaha dakwah bagi terus mempromosikan Islam.


(Naib Ketua DPPN Perak, Saudara Salman Hj.Salleh sedang memberikan ucapan)

Seterusnya Saudara Salman memberi pesan agar mesej Islam terus di sampaikan kepada semua pihak kerana itu adalah amanah Allah kepada semua untuk menegakkan amar maaruf dan nahi munkar. Beliau mengingatkan pemuda agar menggunakan segala medium yang ada untuk menyampaikan Islam seperti blog, facebook, twitter, akhbar dan lain2 lagi. 'Engagement' dengan pihak2 yang berwajib perlu di perkemaskan dan di tingkatkan agar hubungan baik parti dengan mereka terpelihara dan yang paling utama mesej Islam itu sampai kepada mereka. Beliau memberi contoh bagaimana DPPN mengadakan hubungan yang baik dengan pihak istana, polis, SPRM, pendaftar pertubuhan, pihak media dan lain2.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pemuda Tapah kerana berjaya mewujudkan blog sendiri dan berharap agar terus mengekalkan identiti dan keaslian sendiri dalam setiap penerbitannya. Namun begitu beliau memberi ingatan agar berhati2 dengan 'cyber troopers' UMNO yang di upah untuk memantau setiap blog2 PAS dan Pakatan Rakyat dan menyalurkan maklumat2 program parti kepada UMNO. UMNO sudah ketandusan idea bagaimana untuk menghalang kemaraan dan kemarahan rakyat kepada mereka. Oleh itu mereka akan cuba memintas setiap program yang kita lancarkan dengan melancarkan juga program mereka juga.

Setelah di rasmikan, majlis di tangguhkan seketika untuk jamuan ringan dan solat Asar berjamaah dan kemudiannya di sambung dengan agenda2 mesyuarat yang telah di jadualkan.

Majlis tersebut berakhir sekitar jam 6 ptg dengan menerima beberapa cadangan bagi memantapkan gerak kerja DPPK Tapah dan 3 usul akan di bawa ke Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tapah yang di rancangkan pada minggu hadapan bertempat di Kompleks Tarbiah PAS Tapah.

*DPPK Tapah melahirkan rasa kesedihan dan ucapan takziah di atas pemergian abang kepada Saudara Kamil iaitu Almarhum Bhusairi Hj.Mahfuz menemui Allah buat selama2nya. Marilah sama2 kita menghadiahkan Al-Fatihah moga2 ruhnya di tempatkan di sisi ruh2 yang beriman.AL-FATIHAH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan