Isnin, 12 April 2010

Sekitar Muktamar Agung PAS Kawasan Tapah kali ke-23


( Pimpinan PAS Tapah meyambut ketibaan perasmi Muktamar)

Alhamdulillah, pada hari Ahad yang lepas iaitu pada 11/4/2010 telah berlangsung Muktamar PAS Kawasan Tapah. Muktamar tersebut di rasmikan oleh Y.B Khalil Idham Lim yang baru sihat dari demam denggi setelah lebih seminggu di rawat di Hospital.
Muktamar kali ini mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya Muktamar kawasan di adakan dalam Kompleks Tarbiah sendiri. Walaupun pembinaannya masih sekitar 90% siap, namun dengan semangat baru semua perwakilan kelihatan gembira kerana bermuktamar di atas tanah sendiri setelah sekian lama menanti kompleks tarbiah sendiri.
Selain daripada itu, muktamar kali ini juga di hadiri oleh Dewan Penyokong PAS yang di ketuai oleh Saudara Appalasamy dan beberapa org pemerhati di kalangan rakan2 berbangsa India. Ketua Cabang PKR Tapah dan Pengerusi DAP Tapah serta beberapa pimpinan dan pemerhati Pakatan Rakyat juga hadir memeriahkan sesi perasmian.
Y.B Khalil Idham Lim mengingatkan semua perwakilan agar menjadikan muktamar sebagai medan untuk mencari formula dan merangka strategi bagi menghadapi musuh utama Pakatan Rakyat iaitu UMNO/BN. Elakkan dari masalah dalaman dan tumpukan kepada gerak kerja parti kerana Pakatan Rakyat bukan sahaja berdepan dengan UMNO/BN tetapi juga 'komponen' mereka yang tidak rasmi seperti SPR, media massa, PDRM, SPRM dan lain2 badan2 kerajaan yang sering di gunakan untuk meyusahkan Pakatan Rakyat.
Beliau yang baru sihat dari demam denggi juga sempat berseloroh apabila mengingatkan hadirin agar berhati2 dan menjaga persekitaran kediaman dan tempat tinggal agar bersih dari tempat pembiakan nyamuk aedes.

Beberapa usul telah bawa dan di bahaskan oleh para perwakilan yang hadir dalam suasana cukup harmoni walaupun cuaca agak panas di sebelah petangnya.
Kompleks Tarbiah PAS Tapah masih memerlukan bantuan dari segi kewangan dan material bagi menyempurnakan fasa ke 2 pembinaannya yang sedang rancak di jalankan. Sila hubungi ketua cawangan masing2 bagi menghulurkan bantuan.
YDP PAS Tapah, Saudara Abd.Rahim mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dan minta agar di masa depan mutu perbahasan dapat di pertingkatkan lagi dengan fakta2 dan maklumat2 yang menyokong isi perbahasan.
Beliau mengingatkan kepada semua agar tumpukan kepada gerak kerja dakwah dan pilihanraya dan meminta pemuda agar lebih aktif mendekati pemuda dengan aktiviti2 yang lebih bermanfaat seterusnya mendekatkan mereka dengan PAS dan Pakatan Rakyat amnya.
Muktamar di tangguhkan pada jam 5 petang dengan ucapan selawat dan semua perwakilan bersalaman dengan pimpinan sebagai tanda semangat agar terus aktif merencanakan strategi yang terbaik bagi menawan Parlimen Tapah dalam PRU yang akan datang insya'h.

(Y.B Khalil Idham Lim selaku Ketua Penerangan PAS Negeri Perak dan ADUN Titi Serong memberi ucapan seterusnya merasmikan muktamar)


(Saf kepimpinan PAS Kawasan Tapah memenuhi ruang hadapan dewan)



(Sebahagian daripada perwakilan cawangan2 dan pemerhati. Tak ketinggalan kepada Dewan Penyokong PAS Tapah yang di ketuai Saudara Appalasamy)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan