Sabtu, 3 April 2010

BN boleh 'menang' jika bubar DUN Perak sekarang - Zambry tunggu apa lagi???

Pakatan Rakyat berkemungkin besar akan tewas di Perak jika dewan undangan negeri itu dibubarkan hari ini.Kaji selidik bebas yang dijalankan oleh Ilham Centre menunjukkan sokongan rakyat di negeri itu kini kembali kepada Barisan Nasional.

Pada kaji selidik membabitkan 1,031 orang di dewan undangan negeri Kuala Sepetang bulan lalu, mereka menemuramah seramai 59.96 peratus pengundi Melayu, 31.6 peratus Cina, 8.34 peratus India dan 0.03 peratus bangsa lain bagi mengambarkan jumlah komposisi penduduk Perak.

“Lebih 55 peratus daripada mereka yang dibanci berkata BN akan menang jika pilihan raya diadakan sekarang,” kata pengarah urusan Ilham Centre, Mohd Azlan Zainal ketika membentangkan kajiannya di sebuah forum di Kuala Lumpur malam semalam.Kajian itu juga mendapati sebahagian besar rakyat berpendapat kerajaan Perak sekarang ini adalah sah - 39.2 peratus bersetuju berbanding 31 peratus menenatang manakala satu pertiga atau 26.8 peratus berkata mereka tidak tahu.

Pada masa yang sama, 37 peratus bersetuju dengan keputusan mahkamah yang mengesahkan calon BN, Datuk Seri Zambry Kadir sebagai menteri besar yang sah.30 peratus tidak bersetuju manakala 28 peratus lagi tidak tahu.

Mohd Azlan berkata sokongan terbesar Pakatan rakyat masih terletak dengan penduduk Cina, dengan 68 peratus berpendapat kerajaan negeri Perak sekarang adalah tidak sah.“Pakatan juga boleh mengharapkan sokongan daripada pengundi di bandar, golongan muda dan berpelajaran bagi mengundi untuk mereka pada pilihan raya akan datang,” katanya.

(sumber : Malaysiakini)

catatan :
1) Apa lagi yang UMNO-BN tunggu?Kaji selidik kata BN boleh menang kalau di bubarkan DUN sekarang.
2) UMNO-BN pun tak pernah kata mereka lemah melainkan kuat sentiasa. Mendapat sokongan rakyat.Bukan setakat rakyat,mufti,polis,media,orang asli,kem tentera dan lain2 lagi di gambarkan menyokong UMNO-BN. Sampai pihak istana pun di heret sama dalam kancah poltik mereka.
3) Dalam keadaan Pakatan Rakyat yang kononnya menganggu UMNO-BN dalam 'menguruskan' harta rakyat/negeri, satu sokongan padu seharusnya di dambakan oleh UMNO-BN.
4) Jadi Zambry di cabar untuk menunjukkan kepada 1 Malaysia bahawa UMNO-BN memang mempunyai pengaruh yang kuat dan di terima oleh rakyat Perak.
5) Tunggu apa lagi?Kalau berani...ayuh bertarung di Mahkamah Rakyat...takkan nak jadi MB Mahkamah kot...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan