Ahad, 22 Ogos 2010

Surat kepada LAP untuk memohon diskaun/rebat bil air




Dewan Pemuda PAS Kawasan Tapah (DPPK Tapah) telah mengutus surat kepada Lembaga Air Perak (LAP) pada 12 Ogos 2010 yang lepas untuk menimbangkan permohonan diskaun/rebat bil air untuk penduduk yang masih mengalami gangguan bekalan air akibat tumpahan minyak diesel awal bulan ini.

Namun DPPK Tapah berasa kesal kerana sehingga ke saat ini masih belum ada sebarang jawapan bertulis bagi menjawab surat tersebut. Pihak LAP juga masih belum mengeluarkan sebarang notis rasmi bagi memaklumkan status kauliti bekalan air yang di terima samada selamat atau tidak untuk di gunakan. Pihak LAP tidak perlu berasa bimbang dengan desakan masyarakat terlibat kerana insiden ini adalah akibat dari kecuaian syarikat pembekal minyak diesel tersebut yang sepatutnya kerugian yang di alami di tanggung sepenuhnya oleh syarikat berkenaan.

Oleh itu DPPK Tapah mendesak agar rebat/diskaun di berikan kepada semua penduduk yang terlibat dan jika kualiti tidak di jamin selamat di gunakan maka pihak LAP juga perlu memberi notis ingatan/amaran kepada pengguna. Bekalan air bersih pula perlu terus di hantar dari rumah ke rumah setiap kawasan yang terlibat bagi mengelakkan masalah kesihatan yang mungkin boleh berlaku akibat daripada pencemaran air ini hingga ianya kembali selamat untuk di gunakan.

Azman Bin Ali Aziz
Penolong Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tapah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan